Ahad, 5 Disember 2010

SELAMAT TINGGAL TAHUN 1431 HIJRIAH DAN SELAMAT DATANG TAHUN 1432 HIJRIAH

Masa berputar begitu pantas, sehinggakan kita tidak terasa kita sudah berada dipenghujung tahun 1431 hijriah. Namun pernahkah kita memandang kebelakang sekejap setiap hari pada hari kemarin yang telah kita tinggalkan? Dan pernahkah kita bermuhasabah sebenatar dengan apa yang telah terjadi pada kita pada hari kemarin? Semuanya akan terungkai apabila kita sesekali memandang kebelakang dan bermuhasabah pada kejadian yang menimpa diri kita pada hari - hari sebelumnya, dan dengan bermuhasabah sekurangnya kita akan mengenal diri kita dengan lebih dalam dan mengenali setiap kesilapan yang telah kita lakukan dan cuba untuk memperbaikinya pada hari yang mendatang.
Tahun 1431 Hijriah telah banyak meninggalkan kenangan suka duka disepanjang setahun aku laluinya, membukakan aku satu jalan baru yang aku lalui didalam menjana ekonomi kami suami isteri, aku bersyukur dugaan yang diberikan kepada aku suami isteri terutama didalam mengatasi permasalahan kewangan kami dan atas dasar sering bermuhasabah dan berdoa kami akhirnya diberikan jalan yang terbaik oleh Allah SWT untuk menjana kewangan kami, Alhamdulillah kami suami isteri bersyukur sedikit demi sedikit masalah kewangan yang sering menjadi masalah kami dapat kami atasi, segalanya atas sering bermuhasabah dan sering memandang kebelakang melihat dimana letaknya kesilapan untuk diperbaiki.
Aku menerima dugaan yang amat berat didalam hidup ku pada tahun 1431 hijriah dan dugaan ini adalah yang amat berat rasa ku untuk aku lalui, malah ianya adalah satu hambatan hebat bagi ku didalam hidupku. Bila mana kakak dan abah ku meninggalkan aku untuk selamanya, mereka berdua meninggal dunia selang dua bulan sahaja dan bagi ku ianya adalah satu pukulan dan hambatan yang terhebat didalam hidupku. Kedua mereka adalah insan yang begitu rapat dengan ku malah mereka berdua ku ibaratkan seperti ' BEST FRIENDS ' aku, mereka berdualah temapt aku mengadu jika aku ada masalah malah mereka jugalah yang enjadi pendengar setia ku. Aku terhambat dan terpukul, namun aku pasrah kerana semua ini adalah ketentuan pada perjalan sebuah kehidupan seorang hamba kerana setiap yang hidup itu pasti akan menghadapi mati. Dan kerana Tuhan lebih menyayangi mereka. Biarpun belum sampai 40 hari pemergia abah, dan esuk tepat 100 hari pemergian arwah kakak, aku merasakan mereka masih bersama aku, cuma doaku untuk mengiringi mereka disana sealalu.
Esuk insyaAllah, kita akan melangkah ketahun baru hijriah 1432 , dan bermakna kita akan membuka satu lagi diari baru untuk perjalanan kita pada hari seterusnya. Kita lakar pada diari itu sebagai satu tanda kenangan tentang apa yang kita buat pada hari - hari yang kita laui tersebut, dan mudahan kita akan dapat melihat dimana diri kita pada hari - hari yang kita lalui itu, semoga kita akan dapat meletakkan diri kita pada satu tempat yang benar dan diberkati oleh Allah SWT jua..... Amin.
Buat semua pengunjung blog ku, Selamat menyambut Tahun BAru Hijrah 1432 dan semoga tahun ini akan memberikan kesejahteraan dan keamanan pada diri dan minda kita, dan semoga kita semua akan terus mendapat keberkahan dari Allah SWT jua. Amin....... Salam Maal Hijriah untuk semua.

Rabu, 17 November 2010

AKU SAYANG ABAH... PASTINYA AKU AKAN MERINDUI MU.

AL-FATIHAH


Pada 12 November 2010, tepat jam 1030 malam, Abah ku menghembuskan nafas yang terakhir di Rumah Sakit RIPAS. Aku kehilangan seorang insan yang tersayang, dia bukan saja seorang abah kepada ku malah dia juga adalah seorang sahabat baik kepada ku. Dia adalah insan segalanya bagi diriku. Seorang insan yang begitu memahami hati anak - anaknya, yang tidak pernah menjentik, menengking apa tah lagi merotan anak - anaknya disepanjang hayatnya. Dialah seorang abah yang begitu penyayang kepada anak - anaknya. Tidak pernah untuk menghampakan segala permintaan anak - anaknya pastinya ditunaikan dengan hati yang begitu ikhlas.

Hubungan ku dengan abah begitu rapat sekali, dialah teman ketika berduka, teman tempat mengadu ketika ada masalah dan juga teman bergurau senda. Abah adalah seorang pendengar yang setia , tika ada masalah dia menjadi pendengar kepada permasalahan tersebut, bagi aku segalanya abah. Kasih sayang yang diberikan oleh Abah kepada ku adalah merupakan satu nikmat kasih yang tidak akan aku dapat dari orang lain, kasihnya adalah kasih sejati.
Kini Abah telah pergi untuk selamanya, meninggalkan aku dan yang lain. Biarpun kedukaan masih menyelubungi diri ini, namun perjalanan hidup ku perlu aku teruskan. Aku meredhakan pemergian abah. Pemergian Abah memberikan hambatan dan juga pukulan yang hebat kepada diri ku, namun aku juga perlu meyakinkan diri ku bahawa aku harus kuat meneruskan perjalanan kehidupanku seterusnya.
Aku bersyukur kerana Abah pergi meninggalkan kami tiga adik beradik didalam keadaan yang begitu cukup sekali, biarpun tidak ada harta yang ditinggalkan untuk kami, namun kami bersyukur kerana abah telah memberikan kami segalanya serba cukup dari segi pendidikan ugama dan juga ilmu pendidikan duniawi. Tidak ada satupun yang tercicir dan dia lupakan. Kami ditinggalkan cukup dengan pendidikan ugama, tidak ada satupun diantara kami yang tercicir didalam ugama, baik anak - anaknya maupun cucu-cucunya segalanya cukup dengan penerapan ugama, aku bersyukur diatas semua itu. Kerana itu juga disaat terakhirnya, kalimah Allah tidak pernah terluput dari bibirnya shingga saat menghembuskan nafas dia masih lagi menyebut nama Allah. Aku cukup bersyukur malah aku berdoa agar satu masa nanti jika saat terakhir ku akan sama seperti abah, AMIN....!

Buat Abah, bersemadilah kau disana dengan damai, tidak akan pernah aku lupakan dirimu, pengorbananmu kepada ku adalah merupakan satu yang tidak akan pernah aku lupakan dan akan terus terabadi didalam diriku selamanya. Nasihatmu adalah kata semangat yang begitu berharga bagi diriku, yang akan ku jadi penunjuk disepanjang perjalanan ku ini, tiada memori yang terindah untuk dijadikan sebagai satu kenangan pada sepanjang perjalanan kehidupan ini adalah ketika aku bersama mu. Abah... kini tiada ada lagi dahi yang ku kucup dan tanganmu yang ku cium ketika bersalam setiap hari, pastinya hari - hari yang mendatang aku akan terus merindui untuk mencium tangan dan mengucup dahi mu. Damailah abah disana.... dan semoga perjalanan mu disana akan teriring bersama rahmat daripada Tuhan.... Amin. Aku yang tinggal disini hanya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu disana. Selamat itnggal abah dan aku sentiasa sayang abah....!

Rabu, 27 Oktober 2010

SALAM BUAT SEMUA....



Salam buat semua, maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ni. Faktor masa membuatkan aku jarang untuk menuliskan segala apa yang berlaku akhir - akhir ini kedalam blog kesayangan ku ini. Selain daripada faktor masa juga berbagai faktor lain menjadi penyebab aku jarang untuk menulis keblog ku akhir - akhir ini.





Sejak akhir -akhir ini, aku terlalu risau dengan keadaan kesihatan ayah ku, sejak arwah kakak ku meninggal kesihatan abah semakin terganggu, apa yang merungsingkan kami adik beradik adalah sikap degilnya yang tidak mahu makan ubat membuatkan sakitnya bertambah, badan abah juga sudah semakin susut, kerana tidak mahu makan, apa tah lagi dia juga kurang minum. Dia sering mengadu yang badan dia sering lemah. NAmun apa yang dapat aku lakukan, jika dia sendiri pun tidak mahu untuk makan dan minum. Otak ku bercelaru sejak akhir - akhir ini namun aku hanya dapat berdoa agar ayah ku akan kembali sihat... AMIN....!




Dua minggu yang lalu berlangsung mesyuarat ke-11 HAPUA bagi Kumpulan Kerja - 3, dimana Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tersebut, dan jabatan ku menjadi penyelaras kepada mesyuarat tersebut. Aku dilantik dan diberikan kepercayaan untuk menjadi Jawatankuasa Urusetia dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari tersebut telah dihadiri oleh lapan buah negara ASEAN, kecuali Malaysia dan Cambodia saja yang tidak menghantar wakilnya keMesyuarat tersebut kali ini. Biasalah biarpun mesyuarat tersebut berlangsung selama dua hari, namun persiapan yang dibuat lebih awal daripada itu, jadi banyaklah kerja yang perlu aku buat. Alhamdulillah, biarpun terdapat sedikit masalah, namun segalanya dapat diselesaikan. Jadi tahniah buat semua jawatankuasa, dan kepada Boss ku PJW, maaf kerana untuk mesyuarat kali ini aku terlalu banyak melakukan kesilapan, maklum sajalah Boss terlalu banyak yang merungsingkan aku dan banyak yang perlu aku fikirkan, terutama dengan ayah ku, kerana itulah aku kurang menunjukkan kerja yang efisyen untuk mesyuarat kali ini.




Bulan ini juga adalah bulan kelahiran isteri ku tersayang, Selamat Hari Jadi Sayang.... Maaflah kerana cuma dapat mengadakan acaranya secara sederhana saja, cuma makan simple saja dirumah, abang harap sayang pun faham dengan kondisi abang ketika ini. Namun apa yang abang dapat katakan, Selamat Hari Jadi semoga dipanjangkan Umur dimurahkan rezeki serta terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi melayan kerenah abang selama ini. Apa pun 'I LUV U, dear'.








BUlan ini juga, aku memikul satu tugas baru dan juga satu tanggungjawab yang begitu besar, aku masih kekal bertugas didalam Jabatan Yang sama, dan masih ditugaskan dibahagian yang sama, cuma aku kini telah dipindahkan ksatu Unit yang mana tugas yang diberikan kepada ku adalah satu tugas yang begitu mencabar aku. Namun aku bersyukur kerana sekurangnya ianya adalah satu pengalaman baru bagi ku, biarpun ianya berat namun aku suka dengan kerja ini. Mencabar.....! Namun aku sedih meninggalkan bilik kerja lama ku, aku sedih meninggalkan kawan - kawan aku disana, biarpun kini lebih selesa dengan keadaan bilik baru ku, namun dari segi keserasian kerja bersama staff disini, masih lagi baru, serba baru bagi ku. Dan apa pun aku suka dengan kerja baru ku, dan aku suka dengan bilik baru ku.......!





Kepada mereka yang menunaikan fardhu haji tahun ini, ku doakan semoga segala pekerjaan yang akan dilakukan disana akan dapat dikerjakan dengan mudah dan selesa, dapat menunaikan ibadat dengan khusyuk dan semoga selamat pergi dan selamat pulang dengan beroleh haji yang mabrur....AMIN...!







Apapun itu saja yang dapat aku tuliskan untuk kali ini, kerana aku perlu menyambung kembali kerja - kerja aku, insyaAllah, jika ada masa yang terluang, aku akan menulis lagi dan yang pastinya aku akan sering menulis jika ada masa. Bye...... Semua.....!! dan jumpa lagi.....

Selasa, 7 September 2010

SELAMAT JALAN RAMADHAN DAN SELAMAT DATANG SYAWAL.



Cuma tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Syawal, dan pastinya awda semua sudah sibuk mempersiapkan diri dengan menyediakan berbagai keperluan untuk menyambut Syawal ini, dan selain itu juga mungkin juga sudah sibuk menghias rumah dengan cantik sekali, maklumlah Syawal datang setahun sekali. Namun apa yang pastinya apakah kita semua sudah melaksanakan satu tugas yang wajib untuk kita laksanakan? Sudahkah kita semua melaksanakan rukun islam yang keempat iaitu membayar zakat? Bagi yang belum melaksanakannya maka laksanakanlah ia secepatnya agar esuk kita tidak akan lupa. Bagi yang sudah melaksanakan tahniah saya ucapkan kerana awda masih belum lupa melaksanakan aapa yang dituntut oleh Ugama kita.

Dalam kita sibuk mempersiapkan diri ita untuk menyambut lebaran ini, pastinya kita juga akan bersedih kerana tidak lama lagi kita akan meninggalkan ramadhan, kerana apakah kita pasti akan berjumpa dengan ramadhan pada tahun hadapan atau adakah ini ramadhan kita yang terakhir? Wallah hu wa'lam.... Segalanya adalah ketentuan illahi, namun apa pun yang pastinya kita semua pastinya akan bersedih dengan berakhirnya ramadhan nanti. Selama sebulan berpuasa pastinya telah memberikan satu penglaman yang baru bagi kita semua.

Kepada semua pengunjung blog yang saya hormati, dikesempatan ini saya dan seluruh keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang tidak lama lagi akan menjelang, dan pada kesempatan ini saya ingin memohon kemaafaan andainya ada kesilapan dan kesalahan yang tanpa saya sedari disepanjang saya menulis didalam blog ini yang menyinggung perasaan awda semua. Dan semoga Aidil Fitri tahun ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT jua. AMin....!


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

SEPTEMBER DATANG LAGI.



Tanpa kita sedari rupanya kita sudah berada dibulan september, dan tanpa kita rasakan masa berlalu dengan begitu pantas membawa kita dengan berbagai kisah suka dan duka dalam perjalanan kita untuk kita jadikan ianya sebagai satu kenangan yang kita lalui disepanjang tahun 2010, penghujung Ogos yang lalu, saya telah kehilangan seorang kakak yang juga menjadi kawan karib saya (best friend) saya, tempat saya mengadu segala hal suka duka, tempat saya berkongsi segala masalah yang timbul dan juga tempat saya bermanja setelah ibu pergi. Namun kini dia telah pergi untuk selamanya, meninggalkan saya. Saya begitu kehilangan besar, hilang tempat saya mengadu dan berkongsi masalah, dia seorang kakak yang begitu prihatin yang selalu berkorban untuk saya. Namun saya redha, kerana tuhan lebih sayangkan dirinya. Kerana itulah penghujung Ogos 2010 adalah satu kenangan yang tidak akan pernah saya lupakan. Hanya doa menjadi pengiring perjalanannya disana, agar sentiasa diberikan dan dikurniakan rahmat dan dihimpunkan rohnya bersama-sama dengan orang -orang yang beriman dan tergolong bersama ahli - ahli syurga. Amin....!

Dalam pada itu, buat seluruh umat islam dimana saja berada saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang tidak lama lagi akan menjelma. Semoga dengan hadilrya Syawal kali ini akan membawa seribu keberkatan dalam kehidupan kita semua. BAgi saya sendiri Syawal yang hadil kali ini tidaklah menghadirkan seribu kemeriahan seperti sebelumnya, kerana baru saja kehilangan insan yang tersayang. Namun apa pun ianya akan tetap saya sambut dengan ala kadar saja.

Akhirnya Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Bati dari saya dan keluarga buat semua pengunjung blog ini.

Ahad, 29 Ogos 2010

KAU AKAN TETAP DIHATI DAN KAMI AKAN MERINDUI MU SELALU

AL - FATIHAH

DAYANG HAJAH SAIMAH BINTI HAJI METARSAT
06.06.1966 - 29. 08. 2010
Tiada yang dapat terungkap melainkan satu perasaan sedih yang tidak terhingga, seorang insan yang menjadi tempat bermanja setelah bonda pergi kini telah tiada. Pemergian arwah kakak adalah satu kehilangan besar pada ku, kakak yang begitu rapat, tempat mengadu segala hal yang manis dan pahit, teman tempat mencurah rasa isi hati kini telah tiada lagi. Hancurnya hati ketika kau pergi duhai kakak ku yang tersayang.
Namun aku redha dengan ketentuan yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT, bahawa Tuhan lebih sayangkan kau berbanding sayang ku kepada mu. Damailah kau dengan tenang dan semoga akan dicurahkan rahmat dari Tuhan untuk mu selalu. Amin. AL-FATIHAH.

Isnin, 9 Ogos 2010

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN



Rasanya sudah lama aku tidak menulis apa - apa didalam blog ini, bukan apa faktor masa dan kesibukan harian membuatkan aku jarang menulis untuk blog ini. Banyak sekali tugas yang perlu aku selesaikan dan selain daripada itu sibuk dengan urusan - urusan keluarga, jadi yang perlu dihadulukan perlulah didahulukan terutama sekali dengan urusan tugas dalam pekerjaan dan keluarga. Dan Alhamdulillah rasanya mungkin esuk atau lusa kita semua akan memulakan ibadah puasa, dan tanpa kita rasakan masa membawa kita bergerak pantas, dan tanpa kita sedari kita sudah pun memasuki bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkahan, bulan ibadat dan bulan keampunan.


Rasa syukur ku panjatkan kepada Allah SWT kerana menemukan aku lagi dengan Ramadhan pada tahun ini, Terima Kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan Ramadhan kali ini, tiada lain yang dipanjatkan melain rasa syukur yang tidak terhingga. Kepada awda sekalian pengunjung blog ku ini, terlebih dahulu aku memohon kemaafan andainya ada perkataan yang salah menyinggung perasaan didalam bahasa dan tulisan ku, dan semoga esuk apabila kita memulakan ibadah puasa, insyaAllah semoga ibadah puasa kita akan diterima disisi Allah jua....Amin. Buat isteri yang tersayang semoga Ramadhan kali ini dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua dan semoga cita - cita kita untuk menimang cahaya mata akan dikabulkan oleh Allah SWT berkat doa kita dibulan yang penuh dengan berkah ini. Buat keluarga tersayang semoga ikatan kekeluargaan kita akan terus bersimpul erat dan kehidupan kita akan terus kekal bahagia, biarpun kebelakangan ini terlalu banyak dugaan yang telah kita terima daripada Tuhan, dan semoga dengan dugaan yang kita terima itu akan membuatkan kita seluruh keluarga akan bertambah sehati dan bertambah erat lagi ikatan kekeluargaan kita semua. Dan semoga kita semua akan sentiasa mendapat rahmat dan taufiq daripada Allah SWT jua... Amin.

BUat rakan - rakan sepejabat ku pohonkan kemaafan andainya ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan baik secara disedari maupun tidak. Maklum sajalah pergaulan seharian tidak kita terasa ada kalanya tanpa disedari telah menyinggung perasaan dan hati orang lain. Kerana itulah aku memohon kemaafan agar esuk apabila kita mula menunaikan ibadah puasa kita semua akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Dan pada semua yang mengenali diri ini kemaafan dari kalian amat bermakna bagi ku agar esuk bila kita berpuasa kita semua akan mendapat keberkatan daripada Tuhan yang Maha Esa. Kerana maaf bermaafan sebelum kita berpuasa adalah dituntut didalam islam, dan agar ianya tidak mencacat celakan ibadah puasa kita. Jadi marilah kita bermaafan sesama kita sebelum kita menunaikan ibadat puasa dan semoga ibadah puasa yang kita laksanakan akan mendapat berkat daripada Allah SWT Jua.

Semoga segala ibadah yang kita lakukan disepanjang bulan yang penuh berkat ini, bulan yang terbaik daripada seribu bulan ini akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda, namun apa yang penting adalah keikhlasan kita didalam kita menunaikan ibadah kita dan juga didalam kita sama - sama menjalinkan hubungan persaudaraan sesama kita. Dan semoga mana - mana hubungan yang selama ini tidak baik akan terjalin erat kembali...Amin.!

Rabu, 7 Julai 2010

THAT'S IT HOW I LOOK ALIKE....!



Nothing to write in my blog these day, since no idea come up to share with you. Currently I'd got a lot of work to do, many thing to finish. What I just post in my blog today is only my old pictures to sharing with you. I didn't know what to put... I'm really blurred.
Well that's all for today guys..... I got to go now and see you soon......babye....!!!

Rabu, 30 Jun 2010

BULAN JULAI DATANG LAGI.....

Masa membawa kita kepada putaran yang agak pantas aku rasakan pada tahun ini, tanpa aku sedari dan mungkin kita semua tidak sedari hari ini sudah masuk bulan JULAI didalam kalendar tahun 2010. Seperti biasa bagaimana dengan azam kita? Apakah kita sudah dapat melaksanakan azam kita, dan sudahkah kita mencapai matlamat kita? Bagi aku masih banyak lagi matlamat dan azam ku yang belum terlaksana, dan aku berusaha kearah untuk dapat mencapai azam dan matlamat ku itu. Kerana itu masih banyak lagi impian ku yang ingin ku kejar, dan apa yang aku harapkan semoga sebelum kita kepenghujung tahun 2010 ini beberapa impian ku akan dapat aku gapai....Amin. BAgaimana pula dengan awda semua? Mungkin sebilangan daripada awda ada yang sudah berjaya mencapai azam dan matlamat mereka pada tahun ini, tahniah, dan bagi yang belum lagi dapat mencapai azam serta matlamat mereka, saya doakan semoga awda akan dapat mencapai azam awda. Dan semoga tahun 2010 ini akan meninggalkan kenangan - kenangan manis bagi kita semua.

Bagi aku kehadiran bulan julai setiap tahun merupakan satu bulan yang paling aku sukar untuk lupakan, jika aku lupa sekalipun masih banyak lagi yang diluar sana akan datang kepada ku untuk mengingatkan aku tentang bulan ini. Bulan Julai tahun ini, akan bertambahlah satu angka lagi pada umur ku kerana bulan julai ini adalah tarikh aku dilahirkan, bila aku teringatkan pada tarikh hari kelahiran ku, aku terlupa rupanya aku sudah semakin berumur sekarang, sudah hampir menjagkau ke 40tahun rupanya aku, tapi aku bersyukur kepada Allah SWT kerana aku diberikan peluang untuk menikmati kehidupan ku, hidup disamping isteri ku yang tersayang, cuma rezeki saja belum ada lagi kerana belum dikurniakan cahaya mata, dan itulah juga antara matlamat yang ingin aku capai pada tahun ini. Dan semoga tuhan akan mengabulkan hasrat ku untuk menimang cahaya mata pada tahun ini.....AMIN. Pada bloggers doakan ye... semoga hasrat ku itu akan dikabulkan.

Apa pun pada awda semua semoga bulan Julai ini akan terus memberikan kebahagiaan kepada kita semua.....AMIN.

Dan kepada pemimpin negara yang amat aku sanjungi iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, selamat menyambut hari keputeraan dulia tuanku yang ke - 64 pada tahun ini, semoga kekal karar memerintah negara dan hidup bahagia disamping kerabat diraja. ...AMin...!

Selasa, 29 Jun 2010

IT'S FUNNY - 'd IRON BABY

Sabtu, 26 Jun 2010

FARIDAH UNCU......!


Sudah lama aku tak bertemu dengan gadis cilik ini, berbadan kecil namun mempunyai cita - cita yang tinggi. Dia adalah anak saudara ku, anak kepada abang ku. Tak terasa oleh ku peredaran masa yang terlalu cepat rupanya tanpa aku sedari anak - anak saudara ku semuanya sudah membesar malah kebanyakan mereka sudah pun dewasa. Aku bagaikan tidak percaya, anak kecil yang sering aku dokong masa kecilnya, yang kadangnya aku hantar dan ambil waktunya masih bersekolah tau-tau sudah menjadi anak gadis, dan insyaAllah pada 19 Julai ini nanti akan menamatkan pengajiannya diUniversiti Liverpool, dia akan Garduate pada tarikh itu.
Aku cukup berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh kesemua anak - anak buah ku, Alhamdulillah mereka semuanya mempunyai prestasi yang membanggakan pada keluarga. Namun Faridah adalah anak buah ku pertama yang akan Graduasi (Graduate) dan menamatkan pengajiannya, yang lain masih lagi belajar.

Apapun Tahniah dari uncu, semoga akan terus berjaya pada masa akan datang.........!

Rabu, 16 Jun 2010

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN - ABIB AMSYAR & DK SUKEISEH
















Pada 13 Jun 2010 yang lalu, adalah minggu yang paling sibuk bagi seluruh keluarga, kerana pada hari itu telah berlangsungnya Majlis Pernikahan dan Persandingan bagi anak saudara ku dengan gadis pilihannya.
Alhamdulillah Majlis pada hari itu berlangsung dengan baik dan teratur tanpa ada sedikit cacat celanya. Semuanya berlancar dengan lancar, biarpun ketika majlis selesai hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah seluruh keluarga komited dan bekerjasama dalam menjayakan majlis ini, persandingan diadakan dirumah pengantin lelaki sahaja dalam keadaan yang serba sederhana namun meriah.
Tahniah dari seluruh keluarga buat Abib Amsyar @ Boboy diatas Pernikahan dan persandingannya yang berlangsung pada 13 Jun Yang lalu, dan buat Abang Zakeria & Kakak Mardinah tahniah kerana menerima menantu. Pada hari persandingan itu juga adalah bersamaan dengan ulangtahun perkahwinan ku yang kedua, cuma pada waktu aku tidak berapa kisah sangat dan tidak mahu bising - bising, takut nanti habis dikacau oleh yang lain. Apa pun majlis yang diadakan pada hari itu begitu meriah sekali apa tah lagi seluruh keluarga berkumpul pada hari itu, dan jelas kemeriahan semakin dirasakan.
Buat Abib Amsyar dan Dayangku Sukeiseh, selamat melayari bahtera alam rumah tangga dan semoga akan kekal bahagia sepanjang hayat dan semoga dianugerahkan zuriat yang banyak..... Amin...!

Isnin, 31 Mei 2010

WE ARE IN THE MONTH OF JUNE ALREADY.

Time goes very fast, with or without realize we're in the month of June already in the calendar of the year 2010. Where are we now? Do we achieve our goal already? For those who their dreams get through and comes true and had achieving their goals, congrats from me, and for those who are still looking and search their goals and ambition to be comes true, good luck. We still got another six more months to go. So go for it, and try to grift it and never give up. For those who think that they're failure, wake up and make ur mind, starts from the beginning again and never say to the failure, keep trying untill you reach your goal. If you fail it doesn't mean the whole of your life also fail, wake up and starts again untill you reach your goal. For those who fail many time in their life is a winner, coz they learn many experience from their failure, and they still stand and wake up just to achieve their goal.
Whatever, we have our own goal and dreams to achieve this year. Keep up a good work and never put the words ' GIVE UP' in our mind......... Good Luck Guys.....!!!

Jumaat, 21 Mei 2010

BICARA SINETRON : BUKU HARIAN BAIM

Assalamualaikum semua, bagaimana perkhabaran awda semua, saya harap semuanya dalam keadaan yang menyenangkan dan sihat hendaknya. Maafkan saya kerana sudah lama tidak update blog saya, maklum sajalah terlalu banyak tugasan harian yang perlu saya selesaikan disamping keadaan keadaan kesihatan saya yang kurang mengizinkan saya sejak akhir -akhir ini. Tapi Alhamdulillah kini saya sudah beransur sihat, dan tugasan saya pun banyak yang sudah saya laksanakan. Bagaimana pula dengan keadaan awda sekalian? Saya berdoa semoga awda semua akan sentiasa dalam keadaan yang baik dan menyenangkan, dan sentiasa dalam lindungan Allah jua..... Amin.

Untuk entri saya kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai dengan sebuah sinetron Indonesia yang mungkin saya anggap adalah salah satu sinetron yang paling berjaya dan pada penilaian saya secara individu didalam banyak sinetron indonesia yang saya pernah lihat. Ianya adalah satu sintron yang benar - benar membawa saya kepada satu rasakeinsafan apabila saya melihat sinetron ini.

Secara jujur saya menonton sinetron ini hanya melalui youtube saja, entah kenapa sinetron ini benar - benar menarik perhatian saya sehinggakan saya sanggup mencarinya ke Youtube semata - mata untuk melihat cerita ini. Bermula dari mendengar lagu soundtreknya, membuatkan saya begitu tertarik untuk menonton ceritanya. Lagu soundtrek yang memberikan makna besar kepada saya yang membuatkan saya mengalirkan airmata ketika mula mendengarnya, saya menangis kerana lirik pada lagu itu memberikan makna yang besar kepada saya, bagi seorang insan seperti saya yang masih belum dapat menerima hakikat tentang pemergian ibuku, bait - bait liriknya meninggalkan kesan yang dalam kepada saya ditambah lagi dengan adunan meloddinya yang begitu indah dan pembawaan suara kedua - dua penyanyinya, membuatkan saya teringat kembali kepada arwah ibu, yang membawa kepada kenangan bersama arwah ibu. Setiap kali saya mendengar lagu ini maka setiap kali itu juga airmata saya jatuh membasahi pipi, kehilangan yang begitu besar dalam kehidupan saya, yang membawa impak yang besar kepada saya.

Bermula dari lagu soundtrek ini membawa saya untuk melihat cerita pada sinteronnya. Apa tah lagi ketika berada diofis kawan - kawan ada bercerita mengeai cerita sinetron ini. Dalam kesempatan yang ada, tiga hari yang lalu, saya mengambil kesempatan untuk melayari website youtube, dan mencari tajuk sinetron ini, nyatanya saya menemuinya dalam youtube. Saya melihat babak demi babak didalam sinetron tersebut, biarpun cuba beberapa episode yang dapat saya lihat dalam youtube, namun impaknya kepada saya begitu besar. Sebagai seorang dewasa saya termenggu bila melihat bagaimana kecintaan seorang kanak - kanak yang berusia seawal empat tahun terhadap Tuhan. Bagaimana setiap detik hanya ada nama Tuhan pada setiap perbicaraannya, bagaimana dia membayangkan Tuhan itu sebenarnya mengikut cara pemikiran seorang anak kecil, saya termenggu melihat sinetron ini, Ya Allah, keluh ku, aku merasakan alangkah beruntungnya ibu bapa anak ini, yang sekecil itu sudah tahu mensyukuri nikmat Tuhan yang tahu menilai kehendak yang patut dilakukan dan tidak boleh dilakukan, yang tahu hukum halal haramnya. Sambil melihat sinetron tersebut, hati ku dan minda ku terus ligat berfikir dan berdoa, semoga aku akan dapat dikurniakan anak seperti siBaim, bukan saja pintar dan lawa, namun jua kuat pada pegangan ugamanya.

Kelainan yang dilihatkan didalam sinetron BUKU HARI BAIM ini jelas jika dibandingkan dengan sinetron yang lain, jalan cerita yang cukup memberikan impak yang berkesan kepada penoton, ditambah lagi dengan sountrek yang begitu baik, meninggalkan satu kesan yang mendalam kepada aku, yang cuma mampu melihat beberapa episode cerita ini. Hubungan ibu dengan anak kecil, yang tidak pernah faham dengan kehidupan sebenar, namun dalam usia kecilnya banyak mempelajari tunas kehidupan orang disekelilingnya, yang menganggap dirinya sudah menjadi dewasa, yang sanggup mempertahankan hak ibunya daripada ditindas oleh orang lain, yang tidak ingin melihat ibunya bersedih kerana penderitaan, yang pintar untuk berfikir dalam memberikan idea kepada orang dewasa. Bertapa kita tidak pernah untuk terfikir untuk memikirkan bagaimana besarnya syurga itu sebenarya , namun bagi sikecil Baim ini, otaknya bijak memikirkan jika syurga itu dibawah telapak kaki ibunya, dia dan rakan - rakanya berfikir bagaimana agaknya syurga itu, lalu mereka cuba untuk menyiasat dengan melihat kasut kepunyaan bondanya. Tidakkah pemikiran yang sebegini jarang kita temui pada anak kecil seawal umur empat tahun? Namun saya tabik pada penulis skrip sinetron ini, kerana telah banyak mengupas tentang minda dan perkembangan anak kcil, yang membawa impak kepada orang dewasa yang menonton sinetron ini.

Tidak pernah kita terfikir bagaimana seorang anak kecil yang seusia empat tahun mempertahankan hak bondanya yang ditindas oleh orang lain, yang mana kalimah itu benar - beanr meninggalkan kesan yang besar terhadapku, bagaimana dia cuba menyatakan sedangkan Tuhan mampu untuk memberikan keampunana kepada umatnya, dan kenapa orang - orang yang menindas bondanya itu tidak termampu untuk berbuat begitu, memberikan keampunan kepada bondanya? Pernahkah kita mendengarkan kanak - kanak seusia itu berkata sedemikian? Kenyataannya mungkin ada, jika tidak manakan mungkin penulis skrip tersebut akan mnulis didalam skripnya. Namun apa pun terlalu banyak yang terungkap didalam sinetron ini, pastinya jika ianya dijual ada didalam bentuk DVD pastinya aku akn membelinya, kerana aku belum puas menontonnya di youtube.

Kepada semua, apabila sikecil menjadi bijak, bukan kerana dirinya sendiri, namun kerana cara kita mendidik mereka, jika pendidikan yang terbaik kita terapkan pada diri mereka ditambah lagi dengan memberikan contoh yang terbaik kepada mereka, insyaAllah pastinya kita akan dapat melahirkan satu generasi yang terbaik, bukan saja untuk kita sebagai orang tua malah juga kepada negara. Kita adalah role model bagi anak - anak , jika kita memberikan contoh yang terbaik pada mereka, maka terbaiklah juga yang akan ada pada sifat anak - anak, kerana anak - anak akan meniru apa saja yang kita buat, jika baik kita lakukan didepan mereka baiklah juga yang akan mereka tiru, jika buruk yang kita tunjukkan maka buruklah juga jadinya mereka kelak.

CATATAN KU - MELLY FEATURING BAIM

Ahad, 2 Mei 2010

BULAN MEI KINI MENJELMA LAGI.....

Tanpa kita sedari, kini kita sudah berada diawal bulan Mei. Bulan kelima dalam perkiraan kalendar Tahun 2010. Bagaimana dengan azam awda? Adakah sudah terlaksana sepenuhnya? Bagi yang sudah mencapai matlamat mereka dan mencapai apa yang diimpikan, tahniah saya ucapkan dan semoga ianya akan terus terlaksana sepenuhnya. Bagi yang belum terlaksana azam dan impian mereka pada 2010 ini, apa yang diharapkan adalah akan terus berusaha untuk mencapai hasrat yang diimpikan. Usaha yang gigih pastinya akan membuahkan kejayaan yang cemerlang.
Semoga Bulan Mei ini akan dapat membawa awda semua mencapai segala matlamat yang awda inginkan dan semoga terus berjaya.

Isnin, 26 April 2010

BICARA ILUSI: ANDAINYA... SEMUT.......




Semalam aku keluar menemankan anak buah ku Nora untuk membeli nasi ayam penyet disebuah gerai yang terletak dikawasan kampong ku. Jadi biasalah dalam kami menunggu tempahan nasi tersebut disiapkan, kami berborak -borak dan diiringi dengan gurauan dan ketawa kecil. Sememangnya Nora pandai berlawak, dan aku sendiri terhibur juga dengan gurauannya.
Semasa kami sedang menanti tempahan kami siap, tiba - tiba Nora terpandang pada satu kumpulan semut yang memang banyak diatas tempat penyimpanan barang digerai tersebut. Aku tidak mengendahkan sama sekali reaksi Nora apabila melihat sekumpulan semut - semut tersebut, namun aku jadi tergamam seketika dan menjadi bengang apabila satu soalan singgah kepada ku, apabila dia betanyakan kepada soalan ini:
' Uncu aku kan tanya uncu......... semut ani pandai becakap kah?' Tanya Nora kepada ku tiba - tiba.
Aku yang ketika itu tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan hanya memberikan satu jawapan rengkas:
' Entah eh inda uncu tau ah, kenapa kau tanyakan uncu soalan macam atu? Mana uncu tau, tapi apa perasaan mu kan? Becakap kan semut atu? ' Balas ku memberikan jawapan pada pertanyaan soalannya.
'Cuba uncu liat ah arah semut atu, kalaunya bejalankan tejumpa ia kawannya, mesti ia beranti tu, nah kan tu cua uncu liat (sambil tangannya menunjukkan kearah kumpuln semut), kenapa tia beranti atu kalau nya inda becakap tu kan....' Balas Nora lagi.
'Antah ah, awu becakap ia kali ah banar, lepas atu besalam ia lagi tu lau inda masakan ia berantikan.......' Jawabku kepadanya sambil bergurau.
Sepanjang jalan pulang kerumah aku tersenyum sendirian mengenangkan apa yang dikatakan oleh Nora mengenai dengan semut tadi. Aku mula berfikir sendiri, dan membuat persepsi mengenai semut tadi. Mungkin betul juga dengan tanggapan anak buah ku tadi berhubung dengan semut tersebut, maklum sajalah apabila diperhatikan saja gerak - geri semut tadi, jelas kelihatan dalam mereka bergerak secara berpasukan apabila mereka terjumpa satu pasukan yang lain mereka seolah berhenti dan seolah mereka berbual seketika dan seperti mereka bersalam, kemudian barulah mereka meneruskan perjalanan mereka semua. Mungkin kerana itulah anak buah ku terfikir kearah itu mengenai semut - semut yang kami lihat tadi.
Bagi aku cara anak buah ku berfikir adalah bijak, kerana apa saya katakan sebegitu, kerana dia begitu peka dengan keadaan sekelilingnya, sehinggakan dia mempunyai pemikiran yang jauh kearah itu, jarang sekali aku mendengar seseorang itu berfikir seperti itu, kerana jika seseorang itu tidak begitu prihatin dan peka masakan dia boleh memikirkan kearah itu. Bayangkan tumpuannya yang begitu tajam terhadap semut - semut yang dilihatnya sehinggakan otaknya ligar berfikir dengan pantas mengenai dengan hal - hal semut tadi. Walau bagaimapun persepsi kita tentang semut tadi samada ia boleh bercakap atau bersalam, ianya adalah rahsia Tuhan, kerana dia yang maha mengetahui tentang sesuatu yang diciptakannya diatas muka bumi ini. Segala rahsia yang tidak diketahui oleh kita manusia hanya dia yang maha mengetahui. Dan itulah dia keindahan dan keunikan setiap ciptaan Tuhan keatas setiap hambanya. Setiap apa yang dijadikan oleh Tuhan diatas muka bumi ini mempunyai rahsia yang hanya tuhan yang mengetahuinya saja.

Selasa, 20 April 2010

TUDING - MENUDING ...... BILA AKAN HABIS CERITANYA

Bila berlaku sesuatu, kebanyakannya akan menuding jari, saling tuduh menuduh. Namun apakah yang akan kita perolehi daripada tuding - menuding dan tuduh menuduh? Apakah perkara yang berbangkit itu akan selesai dengan hanya kita saling tuduh menuduh antara satu dengan yang lain? Kebanyakan perkara yang berbangkit selalunya tidak pernah berakhir dengan penyelesaian yang terbaik jika tuduh menuduh berterusan kerana masing - masing ingin menegakkan benang yang basah, dan masing - masing ingin menang sendiri, akhirnya perkara kecil menjadi lebih besar. Apa yang kita dapat melalui tuduh menuduh? Masing - masing tidak akan memperolehi apa - apa, melainkan hanya satu saja iaitu kejahatan. Kenapa saya katakan begitu, kerana masing - masing saling menyalahkan dan tidak ada seorang pun yang ingin mengalah malah keduanya ingin menjadi api, yang mana akhirnya membakar diri masing - masing.
Sering saya dengar apabila berlakunya perselisihan faham dikalangan kita, jarang sekali perkara yang terjadi itu akan dapat diselesaikan pada waktu itu juga, apa yang sering terjadi adalah apabila berlakunya salah faham dikalangan sesama sendiri, masing - masing akan cuba mempertahankan diri masing - masing, dan apa yang tidak eloknya ialah masing - masing ingin mencari pengikutnya, apa yang kurang eloknya ialah, apabila hal yang boleh diselesaikan dengan cara yang baik itu menjadi panjang dengan satu pihak cuba menceritakan dan memburukkan orang sayang bertelegah dengannya itu kepada orang lain, dan hal ini bukannya akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik, malah ianya akan menambah burukkan lagi persengketaan antara mereka. Kerana apa??????
Kerana apabila kita kita mula bercerita hal persengketaan kita kepada orang lain, maka cerita itu akan menjadi lebih panas dan lebih hebt lagi, ingin tau kenapa? Jawapannya adalah, pastikah kita bahawa orang yang mendengar cerita kita itu akan dapat menutup mulut dan menyimpan rahsia ataupun sebaliknya? apa hal jika orang tersebut adalah kaki domba yang suka melaga-lagakan dan ingin melihat awda terus bersengketa? Jawapannya adalah akan menjadikan persengketaan awda berdua menjadi lebih buruk lagi. Inilah hal yang sering terjadi kepada sebilangan orang. Apabila berlakunya sengketa, mereka lebih suka bermasam muka bila bertemu, lebih suka bercerita kepada orang lain dan banyak hal lain lagi yang sering berlaku. Dan akhirnya mejadikan persengketaan itu berlangsung dengan lebih lama dan akan menjadi lebih besar lagi. Masing - masing ingin mencari kebenaran masing - masing.
Kadang - kadang yang lebih hebat lagi, apabila sering membabitkan orang lain yang tidak tahu menahu hal persengketaan mereka. apabila membabitkan orang lain maka akan bertambah lagilah besar masalahnya, dan akan menjadi lebih komplexlah cerita tersebut jadinya, dari persengketaan individu akan membawa pula kepada persengketaan secara berkroni dan akhirnya akan membabitkan banyak pihak. Wajarkah hal sebegini terjadi? Hal ini sering saya perhatikan terjadi dikalangan sebilangan orang, ini dengan sendirinya akan mengundang banyak masalah. Dimana akhirnya akan menjadikan punca yang lebih buruk keatas individu itu masing - masing. Apabila sudah ada pengikut maka akan menjadi besarlah lagi cerita, kerana kini masing - masing ingin mempertahankan hak masing - masing, akhirnya perbelahan besar terjadi.
Jarang sekali kita mencari konklusi kepada persengketaan ini dengan jalan yang mudah dan rengkas, maksud saya, ada berbagai cara yang baik untuk menyelsaikan permasalahan dan persengketaan malah perkara ini juga tidak akan membabitkan sesiapa, kecuali kedua pihak yang bersengketa. Saya juga berpengalaman dalam hal sebegini, namun saya menyedarinya setelah banyak perkara yang berbangkit, dalam hal ini pihak ketiga adalah merupakan pihak yang memberikan kesan buruk kepada persengketaan yang berlaku, ini seperti yang terjadi kepada diri saya sendiri. Saya pernah bersengketa dengan teman baik saya, dan sebenarnya persengketaan itu cumalah perkara yang terlalu remeh temeh, namun kerana saya begitu sensitif dan juga mudah marah, jadi saya marah untuk sektika kepada teman saya ini, namun apabila pihak ketiga yang juga kawan saya datang kepada saya yang mana dia juga mengetahui kami ada masalah, jadi dia datang kepada saya seperti seorang yang tidak bersalah. Jadi dia bertanya kepada saya punca masalah tersebut, jadi saya cuba menceritakan hal tersebut kepadanya, rupanya dalam diam dia menceritakan kepada teman yang bersengkta dengan saya tadi, jadi semua cerita tadi disampaikan kepada saya dan juga teman tadi, namun saya bersyukur kerana dalam masa yang sama setelah persengketaan ini berlaku terlalu lama dan ianya menjadi lebih buruk, saya tersedar bahawa seperti ada sesuatu perkara yang tidak kena dalam hal ini, jadi saya cuba menyiasat kenapa hal ini menjadi lebih buruk, kerana biasanya apabila terjadi hal pertengkaran ianya tidak menjadi lebih panjang, jadi apabila saya siasat rupanya rakan dipihak ketiga ini yang mejadikan punca perbelahan ini menjadi lebih buruk, dia dalam diam cuba mengadu domba kami berdua. Lalu saya berfikir bagaimana untuk tidak menjadikan perkara ini menjadi lebih buruk, perkara pertama yang saya ambil adalah dengan berdiam diri. Yang saya maksudkan dengan berdiam diri itu adalah dengan tidak menceritakan perkara yang berlaku kepada orang lain, kerana semkain kita bercerita kepada orang lain maka akan mejadikan perkara tersebut menjadi lebih buruk, jadi dengan berdiam diri orang lain yang melihat perkara tersebut akan merasakan tidak akan ada perkara buruk yang terjadi dengan individu yang bersengketa dengan kita, kerana apabila kita membuka mulut kita menceritakan keburukan orang tersebut, sebilangan orang yang tidak suka kepada persengketaan akan menganggap seolah kita ini seperti bahasa yang sering saya gunakan 'bibir bergerak', dan sebilangan lagi akan cuba menjadi api menghasut kita dan yang sebilangan lagi hanya akan mendengar saja tanpa berkata apa - apa. Jadi jika kita berdiam, orang lain akan berfikir jika individu yang bersengketa dengan kita itu mebuka mulut kepada mereka tanpa kita bertindak apa - apa dan berdiam diri, orang lain pastinya akan berfikir samada cerit asiPolan itu betul atau tidak mengenai kita, dan kemungkinan orang lain tidak akan mudah asuk campur dalam hal kita.
Perkara yang kedua yang saya lakukan adalah dengan tidak melayan orang yang sering menjadi batu api kepada persengketaan kita, menjauhkan diri daripada golongan ini adalah amat mustahak kerana dengan cara sebegini saja kita akan menjadikan diri kita kurang bermasalah. Perlu diingat golongan insan seperti ini adalah golongan yang tidak pernah senang untuk melihat kita berdamai dengan orang lain, dan sehinggalah mereka sanggup untuk mengucar kacirkan hubungan baik kita dengan sahabat kita. Dan ini juga sering terjadi kepada kebanyakkan persengketaan yang mana golongan batu api ini seolah telah mencuci otak individu yang bersengketa tersebut dengan menjadi penyampai mesej yang tidak berasas.
Perkara seterusnya yang saya lakukan adalah untuk bersemuka dengan teman yang saya bersengketa. Menyedari hal ini, saya terus berfikir dan adalah lebih baik jika saya bertemu sendiri dengan kawan yang bersengketa dengan saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hampir setahun saya tidak bertegur dan bermaam muka dengannya, dan akhirnya saya mengambil keputusan sebelum saya bertemu dengannya biarlah saya terlebih dulu yang mengalah dan demi kebaikan saya dan kawan saya tersebut. Selepas itu saya cuba hubungi kawan saya tersebut melalui SMS untuk menyatakan kemaafan dan ingin bertemu dan berbincang untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit secara empat mata tanpa ada orang lain. Alhamdulillah saya bersyukur kawan saya tersebut sudi menerima pelawaan saya, dan kami bertemu dan berbincang dan akhirnya persengketaan yang hampir setahun dapat saya selesaikan dengan cara yang terbaik, malah lebih mudah cara penyelesaiannya. Dan kini saya masih lagi berkawan dengannya.
Kesimpulannya, jika berlaku persengketaan diantara awda dan teman awda, perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah bersikap mengalah biarpun itu bukan kesilapan kita, dan jika masih juga berlarutan dan masih ada tuduh menuduh lebih baiknya duduk bermuzakarah berdua atau bertiga dan pastikan kita duduk hanya bersama dengan pihak yang bersengketa dengan kita, dan apabila kita duduk bersama -sama untuk meyelsaikan masalah kita, pastikan kita bersedia untuk mengakui kesilapan kita jika individu itu menerangkan kesilapan yang kita lakukan kepadanya, jangan terlalu hipokrit untuk menerima kenyataan yang kita bersalah dan menjadi punca kepada permasalahan tersebut, terima hakikat yang kita juga melakukan kesilapan dan cepat - cepat meminta maaf. Semasa menerangkan kesilapan teman kita tersebut jangan terlalu kasar, biarlah berlembut kerana kelembutan lidah itu boleh menikam hati yang sedang panas. Dan apa yang penting sekiranya masih dalam persengketaan elakkan dari bercerita dan menceritakan hal teman yang bersengketa dengan kita, kerana hal ini akan menambah burukkan lagi keadaan dan mungkin akan membawa kepada permasalahan yang lebih besar lagi. Kita perlu ingat, tidak semua individu itu hanya mendengar tanpa menjadi penyampai tentang apa yang kita ceritakan. Harus diingat kadang - kadang apa yang kita ceritakan mengenai sesuatu itu pastinya akan ada tokok tambah mengenainya apabila ia diceritakan kepada orang lain, padahal cerita asal kita cuma pendek saja namun apabila ianya diceritakan kepada orang lain, maka cerita itu akan berubah dari yang asalnya. Hal ini yang perlu diingat.......
Apa pun tuding menuding dalam masalah yang timbul tidak akan pernah habis dan selesai jika kita tidak menyelesaikannya.

Jumaat, 16 April 2010

MENCARI DIRI SEBENAR........

Kenapa baru sekarang baru terfikir untuk mencari siapa diri sendiri? Apakah kerana matlamat diri yang sebenar belum tercapai, yang sering gagal dalam kehidupan yang membuatkan diri sendiri belum dikenali secara dalam....? Itu yang menjadi persoalan selama ini.
Hampir tiga puluh lapan tahun aku hidup, namun nyatanya hari ini baru aku menyedari bahawa aku belum mengenali siapa diri ku sebenarnya. Entah dimana aku sebenarnya selama ini dalam perjalanan ku ini. Biarpun sering pergi jauh mengembara bukan saja merentasi negara malah juga sudah merentasi negara orang, namun nyatanya aku belum dapat mengenali siapa diri ku sebenarnya aku. Mungkin kalian akan bertanya, betulkah tidak apa yang aku tuliskan ini? Bagi sebilangan pembaca mungkin menganggap aku ini mungkin agak gila, kerana selama ini aku tidak mengenali siapa diri ku. Bukan kerana kehilangan daya ingatan ataupun otak miring, bukan namun aku belum tahu dimana letaknya diriku sebenarnya didalam diri ku ini, itu yang aku katakan aku sebenarnya ketika ini sedang pencarian diri ku sebenarnya. Mencari identiti ku sebeanrnya dalam hidup ku. Aku sebenarnya hilang... hilang bertahun..... namun untuk kembali aku gagal menjejakinya.
Kehilangan jejak menjadikan aku sukar untuk kembali kedalam diri ku, self confident ku sering hilang, jalan ku sering terpesong, aku takut aku akan kehilangan terus akan diri ku. Begitu lama aku mencari diri ku, destinasi diri ku semakin jauh aku terus mengejar, lenguh rasa kaki mengejar badan ku menjadi lemah, minda ku menjadi bosan tidak mahu untuk berfikir. Dalam aku mencari jejak langkah - langkah diri ku sebenarnya, aku keletihan, ku cari danmencari, namun kenapa tidak pernah ia melekat terlalu lama, dan pastinya ia akan hilang kembali. Egokah aku kerana terlalu sukar untuk mempercayai diri sendiri?
Kegagalan demi kegagalan dengannya aku tetap bangkit jua, namun kenapa setiap kali aku bangkit untuk melawan kegagalan itu, aku tersungkur lalu membuatkan aku lemah lagi, dan aku kehilangan diri ku lagi, lemah lagi...... entah dimana sebenarnya aku ini.......!!!!!!!!!
Setiap kali bila bangun pagi aku bercermin, aku lihat pada fizikal badan ku, sama seperti biasa dan hari - hari sebelumnya....! Namun dalam diam minda ku berfikir apakah ini diri ku sbenarnya? Lalu aku lemah lagi, malas untuk bangkit semula, kelemahan dan longlai.......!! Ingin menjadi seperti orang lain... namun kenapa sering tergagal.....! Bukan ingin menjadi mereka sepenuhnya atau ingin seperti diri orang lain tersebut.... bukan namun aku inigin menjadi berjaya seperti mereka itu..... Namun kenapa aku gagal dan gagal..... tidak pernah untuk aku mendapat apa yang aaku inginkan. Kenapa....itu pertanyaan ku pada maha pencipta..... kenapa? Itu juga yang aku tanyakan pada maha pencipta........ Otak dan minda ku jadi keletihan......!
Pintar? betulkah? namun dimana letakanya kepintaran itu....namun tidak sedikitpun aku meraakan semua itu....? Aduh..... aku merintih..... aku menangis kerana sepanjang perjalanan ku ini aku tergagal, terjatuh.... biarpun aku berjaya bangun dari kejatuhan ku itu, nmaun aku gagal lagi, dimana sebenarnya aku?????????????
Keyakinan pada diri ku hilang..... ku renung dan bercermin diri ku, mencari dimana sebenarnya diri ku bersembunyi dalam diriku sebenarnya? Namun aku gagal dimana letaknya diri ku sebeanrnya dalam diriku. Aku patah harapan... ingin aku biarkan saja aku takut aku akan tersungkur jatuh dalam jurang yang dalam, aku mencuba namun aku takut aku akan terus kehilangan arah tuju. Dimana letaknya diri ini sebenarnya???????
Muhasabah diri, meletakkan aku untuk dekat pada maha pencipta, namun dalam aku mendekatkan diri dengan maha pencipta, aku masih agal mencari diri ku sebenarnya...... Berkhayalkan aku disepanjang perjalanan kehidupan ku ini?????? Waraskah aku disepanjang jalan kehidupan ku ini? Mentaliti otak dan minda ku masih ditahap yang baik, bermakna aku masih waras, namun pencarian pada diri ku masih aku teruskan kerana semakin aku gagal menjejaki diri ku, maka aku akan umpama hidup dalam khayalan. Lemah kaki untuk berdiri berjalan keletihan..... tiada yang pernah tahu apa sebenarnya yang aku tanggung biarpun bibir mengukir senyum, kaki masih mampu untuk berjalan dan tangan masih lagi kuat untuk mengangkat, namun pada dasarnya aku hilang jejak dalam diri ku sendiri..........!
Aku hilang arah dan jejak, ditambah lagi dengan kekeliruan pada minda untuk mencari diriku sebenarnya......! Aku terhina pada diri ku sendiri kerana tidak mampu untuk kembali kepada diri ku sendiri, berputar - putar aku redahi diri ku, namun aku masih gagal. Dimana??????? Sering aku bertanya diri persoalan sebegitu namun jawapannya juga sama...... gagal lagi gagal lagi.....! Aku tidak pernah untuk menyalahkan diriku kepada nasib, namun aku sering salahkan kepada diri ku kerana aku gagal dalam menjajaki diri ku sebenarnya, dan kerana itulah nasib ku sering malang dan kejayaan itu takut untuk datang kepada ku. Namun kegagalan itu saja yang sudi bertandang kepada diriku.
Aku bangkit kini, bersemangat setelah aku ketahui diri ku sebenarnya hilang dalam diri ku, dan kini aku mempunyai matlamat yang tinggi agar aku akan dapat menjejaki diri ku yang sebenarnya, dan kekuatan inilah yang akan membawa aku kepada diri ku sebenarnya, ketempat persembunyian diri ku kini bersembunyi. Esuk lusa pastinya aku akan hadir dengan diri ku sendiri dengan diri yang telah hilang begitu lama.........!
Aku berdoa dan berharap agar esuk aku akan menemui diri ku sebenar dalam diri ku ini, dan semoga tidak akan ada lagi kekeliruan dalam diri ku ini.....................

KEKAL DALAM INGATAN DAN SENTIASA DALAM KENANGAN




Kemarin genap sudah dua tahun pemergian arwah Mama mengikut kelendar Hijriah. Namun pemergiannya masih aku rasakan seperti baru kemarin, secara jujur aku masih merindui mama dan masih belum dapat untuk menerima hakikat yang dia telah pergi meninggalkan aku untuk selama - lamanya. Dua tahun bukanlah satu jangka masa yang agak panjang dan agak lama dan yang ada cumalah perasaan rindu pada arwah mama. Kenangan lama sering mengimbau dan dikala itulah hanya airmata yang sering jadi permainan dikala rindu datang bertandang. Aku merasakan pemergiannya adalah satu kehilangan yang amat besar buatku dan juga seluruh keluarga ku. Seorang insan yang begitu penyayang kepada keluarganya.
Kini semuanya hanya tinggal kenangan yang terabadi, mama kini sentiasa dalam ingatan dan sentiasa dalam kenangan, kasih sayangnya tetap akan kekal didalam kenangan jasanya tiada akan pernah aku dan kami lupakan. Kami akan terus merindui mu, merindui tawa mu, merindui amarah mu, merindui belai kasih mu....... Kami sentiasa menyayangi mu sehingga keakhir hayat kami.... Semoga Kau damai disana...Amin.
'Doa kami sentiasa mengiringi mu bonda yang tercinta, semoga Roh Bonda akan sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah serta dihimpunkan bersama - sama dengan golongan orang - orang yang beriman, beramal soleh dan termasuk dalam golongan Ahli - Ahli Syurga..... Amin...Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamin......!'
-Al - Fatihah -

Khamis, 15 April 2010

EGO DAN HIPOKRIT.

Perlukah dalam hidup kita ini kita mempunyai sifat hipokrit dan ego? Dan kenapakah ia perlu ada pada sifat diri kita? Jawapan pada pertanyaan saya itu ada pada diri awda sendiri.
Ego sering dikaitkan dengan sifat yang dimiliki oleh kaum lelaki, benarkah begitu? Namun bagaimana pula dengan kaum perempuan? Apakah mereka tidak mempunyai sifat ego? Sebenarnya sifat ego dimiliki oleh kedua - dua kaum Adam dan Hawa, cuma masing - masing dengan caranya. Keegoan lelaki sering dilihat pada ketegasan mereka, baik dari segi berfikir yang kadangnya tidak ada toleransi dan jua kompromi dalam apa yang mereka lakukan, namun bagi setengah andaian sifat ego lelaki mudah cair apabila ia bertemu dengan wanita. Apakah ini benar? Mungkin persepsi seperti ini ada kebenarannya dan mungkin juga boleh ditolak sedikit kebenaran yang diberikan.
Ada setengah lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi, sehinggakan terlalu susah untuk berkompromi dalam apa jua yang mereka buat, malah ketegasan mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat dilihat bila mana tiada toleransi yang mereka tunjukkan, dan hal ini juga dapat dilihat walaupun mereka bersama kaum hawa, sebilangannya akan menunjukkan taring mereka pada setiap wanita, malah ada ingin wanita itu mengikut telunjuk meeka. Namun berapa ramai jenis lelaki yang sebegini? Itu kita kenalah buat survey dulu.......
Ada pula sebilangan lelaki, mempunyai sifat keegoan yng mudah cair bila berdepan dengan wanita. Dan ini kelemahan yang dapat dilihat pada sebilangan lelaki, mereka nampak keras pada sifatnya, namun bila berdepan dengan wanita yang mereka minati bak kata satu lirik dalam lagu "PIJAK SEMUT PUN TAK MATI", mereka akan mati akal bila mereka bertemu dengan wanita, malah ketegasan yang dapat dilihat pada sifat diri mereka akan cair dengan mudah. Itu bagi sifat ego lelaki yang dapat diketahui..... Bagi saya sendiri saya akui saya memang ego, namun dimana syaa ingin meletakkan keegoan saya itu, itu hanya saya sendiri yang dapat mengetahuinya.
Siapa menyangka wanita tidak mempunyai sifat ego? Bagi sebilangan orang, sifat ego yang dimiliki oleh wanita lebih tinggi daripada kaum lelaki. Entahlah itu saya tak berani komen, kerana nanti tersalah komen yang menerima padah saya pula. Tapi sebenarnya, ego wanita itu dapat dilihat pada ketegasan mereka, banyak yang memberikan persepsi yang berbeza mengenai dengan ego wanita. Sebenarnya apabila seorang wanita itu menjadi boss dalam jabtan, kita akan nampak bagaimana ketegasan mereka dalam menjadi ketua. Malah kita akan ternampak mereka ini mempunyai ketegasan yang tidak mempunyai sifat kompromi dan toleransi, dan malah mereka lebih bertegas dalam memberikan arahan, mereka berani melakukan tindakan yang diluar daripada apa yang kita fikirkan seorang wanita itu dapat bertindak. Sifat mereka inilah yang kadang - kadang dibenci oleh kaum Adam. Bagi sebilangan wanita mereka tidak mudah cair pada lelaki, malah sifat ego mereka nampak terlalu tinggi bila mereka bersama lelaki. Betulkah apa yang saya nyatakan ini? Bagi kaum Hawa, saya minta maaf kerana membuat persepsi ini, namun pada dasarnya dalam ketegasan kaum hawa ada juga sifat kelembutan yang mereka miliki, jadi inilah yang mebuatkan peratusan wanita yang paling tinggi yang mereka pamerkan.
Namun apa pun yang pentingnya, masing - masing diantara kita mempunyai sifat ego, cuma sebilangannya dapat dilihat keegoannya dan sebilangan lagi tidak kita ketahui. Dan dalam hal ini, ada juga perlunya kita mempunyai sifat ego, terutama dalam kehidupan kita, terlalu lurus pada pandangan kadangnya kita akan dibuli, namun terlalu tegas pun kita akan dibenci, apa pun kita imbangilah sifat ego kita agar ianya tidak akan membinasakan diri kita.
Hipokrit sifat yang bagaimana pula??? Banyak jawapan diberikan kepada saya apabila saya bertanya kepada kawan - kawan saya, masing - masing memberikan jawapan yang berbeza-beza, dan mengikut pada pandangan mereka mengenai sifat ini. Namun apa pun ini adalah pandangan saya secara peribadi, hipokrit adalah satu sifat yang dimiliki oleh orang yang tidak pernah untuk mengetahui kesilapan pada dirinya dan cuma mengetahui dan mencari silap orang lain. Orang yang mempunyai sifat hipokrit ini adalah mereka yang tidak pernah untuk meminta maaf pada orang lain sekalipu kesilapan itu dilakukan olehnya sendiri. Terlalu susah baginya untuk melepaskan perkataan maaf dan malah jika seorang lain melakukan kesilapan kepadanya dia tidak akan bertindak untuk membuatkan orang itu sendiri datang kepadanya memohon maaf. Orang yang mempunyai sifat HIPOKRIT ini adalah manusia yang tidak pernah mengenal erti budi orang lain, dia tidak pernah kenal hati budi orang lain apa yang diketahuinya adalah hanya mengetahui sebanyak mana budi yang dibtaburkannya kepada orang lain. Selain daripad itu juga orang yang mempunyai sifat hipokrit ini dapat dilihat daripada lagak dan caranya berkata - kata, sifat yang mereka miliki seolah mereka itu saja yang layak untuk dihormati. Sifat mereka terlalu sombong, mereka tidak pernah mahu untuk menerima sebarang nasihat yang diberikan kepada mereka, kerana bagi mereka apapun tindakan yang mereka lakukan itu adalah semuanya betul, malah bagi mereka itu adalah hak mereka dan orang lain tidak layak untuk masuk campur.
Itu adalah pandangan peribadi saya. Kerana terus terang saya katakan saya banyak bergaul dengan insan yang sebegini, namun apa yang saya lakukan dengan sikap dan perangai mereka yang terlalu hipokrit ini, saya hanya mengikut rentak yang mereka mainkan, namun dalam masa yang sama saya juga bertindak apa yang saya rasa perlu, tidak semestinya saya mengiakan semua perbuatan mereka. Kerana jika mereka salah saya perlu juga memberikan teguran, itu terpulanglah kepada mereka untuk menerima atau tidak. Dan disinilah saya saya daapt memerhati sifat seseorang itu. Pergaulan kita bersama kawan - kawan kadang - kadang mempunyai had dan batasannya, kita pun perlu ada rentak kita dan apa pun yang penting dalam pergaualan kita seharain, mestilah ada sikap toleransi dan berkompromi dalam semua hal, jika kita tidak mempunyai kedua sikap ini, dan hanya mementingkan diri kita sendiri, maka kita akan dapat melihat sendiri bagaimana persepsi rakan - rakan kita terhadap diri kita.
Kerana itulah kita sering tertanya-tanya kenapa kita sering kehilangan kawan atau kenapa kawan - kawan kita menghindarkan diri daripada kita? Itu persoalan yang sering kita ajukan, namun pada dasarnya kita perlu kembali kepada diri kita sendiri, kita lihat apa saja perbuatan yang pernah kita lakukan kepada kawan - kawan kita sehinggakan mereka tidak mahu lagi untuk bersama kita. Dengan cara sebegini sekurangnya kita akan dapat mengubah sikap dan perangai diri kita. Sikap Ego dan Hipokrit adalah kedua sifat yang boleh memusnahkan kehidupan seseorang, dengan hanya memiliki kedua sifat ini secara berlebihan maka ianya akan memakan diri kita sendiri, malah akan membuatkan kita kehilangan banyak kawan adakalanya keluarga sendiri.
Jadi mari kita berfikir bersama-sama, apakah kita perlu berubah sebelum ada orang yang merubah kita? Tidak salah untuk memiliki kedua sifat tadi, namun biarla kena pada tempatnya dansesuai untuk kita meletakkan kedua sifat tadi, namun jika kita terlah tempat untuk meletakkan kedua sifat tadi ianya boleh menghancurkan kehidupan kita. Jadi kita lihat diri kita, kita cermin diri kita bersama - sama, memang untuk melakukan perubahan kita perlu banyak bersabar, perlu banyak berkorban, kita berubah bukan untuk sehari dua malah untuk selamanya. Semoga kita akan sama - sama merubah sikap diri kita.

Rabu, 14 April 2010

CEMBURU... DENDAM.... KHIANAT....!




Perjalanan dalam kehidupan kita setiap hari berubah - ubah dan perubahan yang terjadi kepada diri kita itu samada kita sedari atau tidak, ianya pasti akan terjadi jua. Apa yang kita selalu sedari perubahan yang ada pada diri kita ialah apabila bertambahnya angka pada usia kita, dan dari sinilah kita akan menyedari bertapa setiap perubahan yang berlaku kepada angka usia kita, kita akan merasakan bahawa diri kita semakin menuju keusia yang semakin matang.
Tetapi apakah kita pernah menyedari pada perubahan yang ada pada sikap kita? Berapa ramai daripada kita yang menyedari perubahan yang terjadi keatas diri kita? Sememang tidak semua yang menyedari secara sedar akan perubahan yang terjadi pada dirinya, mungkin perubahan yang terjadi pada diri kita itu akan mencermin siapa diri kita sebenarnya ataupun sebaliknya. Namun semua itu hanya akan kita sedari apabila ada teguran dari orang terdekat dengan diri kita tentang apa yang terjadi pada diri kita. Dari sinilah kita akan menyedarinya.

Siapa diantara kita yang tidak punya rasa cemburu? Semua orang mempunyai sifat cemburu, namun cuma cara yang berbeza-beza, dan tidak kurangnya saya sendiri juga mempunayi sifat cemburu namun tidaklah pada tahap yang begitu kronik, cemburu saya bertempat dan masih dapat saya kawal perasaan itu tanpa meninggalkan sebarang dendam dihati saya, itu saya akui. Malah jika ditanya pada isteri saya sendiri pun mungkin beliau akan mengatakan saya bukanlah dari golongan lelaki yang penyemburu buta, dan saya cemburu pun ada tempatnya. Jika saya dqari jenis manusia yang kuat cemburu buta, mungkin rumah tangga saya akan sering bergolak. Begitu juga dengan isteri saya, saya akui dia bukanlah seorang yang penyemburu, dia mungkin ada sifat cemburu, namun dia meletakkan sifat cemburunya itu pada satu tempat yang dirasakan betul untuk meletakkan sifat cemburu itu. Kerana itulah saya sayangkan beliau, kami berdua mempunyai sifat keterbukaan atas segala hal, dan sentiasa bermuzakarah dan berbincang jika ada perkara yang masing - masing kami berdua rasakan tidak kena, begitu juga kami menjaga hak privacy kami masing - masing, kerana bagi saya privacy itu adalah hak masing - masing, kerana itu saya dan isteri saya begitu serasi, berdusta jika saya katakan saya tidak pernah bertengkar dengan isteri saya disepanjang perkahwinan saya, memang ada, namun segalanya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik, bermuzakarah dan melihat pada kesilapan masing - masing, dan akhirnya masalah yang timbul dapat kami selesaikan dengan baik tanpa bermasam muka. Itu sedikit cerita mengenai saya dan isteri saya, bagi saya dan isteri saya kami berdua meletakkan sifat cemburu itu pada sesuatu tempat yang betul. Maaflah bukan angkat bakul.
Tetapi saya terkadang begitu hairan sebilangan daripada kita mempunyai sifat cemburu yang begitu teruk sekali, apakah sifat cemburu yang ada pada diri mereka itu tidak membebankan kehidupan mereka? Maksud saya tidakkah mereka itu dibayangi oleh sifat mereka itu sendiri, dan bagaimana mereka melakukan kerja mereka jika mereka mempunayi sifat tersebut? Mungkin kerana sifat cemburu yang begitu tinggilah membuatkan sebilangan manusia itu kadang - kadang sanggup berdendam dan sehingga sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh Ugama. Dan kerana itulah juga mereka terlupa pada kekuasaan tuhan, sehingga mereka sanggup melepaskan dendam dan kecemburuan mereka itu pada sesuatu yang diluar daripada jangkauan fikiran mereka iaitu dengan membelakangkan Tuhan dan mengikut gerak hati yang dipenuhi dengan hsutan iblis. Kenapa mereka sanggup melakukan semua ini? adakah hanya semata - mata kerana ingin melakukan kepuasan pada sifat cemburu mereka atau untuk memuaskan dendam mereka? Mungkin untuk keduanya sekali, namun kenapa mesti membelakangkan Tuhan dan patuh pada hasutan Iblis? Kemanakah perginya akidah islam yang kita pegang?
Kerana dendam dan cemburu sebilangan individu itu sanggup melakukan perkara -perkara yang diluar tabie, mereka melepaskan dendam mereka dengan perkara yang menghancurkan orang lain, yang membuatkan orang lain tersiksa malah mereka akan terasa puas apabila mangsa yang mereka hajati itu mati tersungkur akibat perbuatan mereka. Namun apakah iu yang dinamakan kepuasan? Kepuasan dari segi apa? Membunuh dengan cara halus? Menghukum insan lain dengan cara sendiri? Sejauh mana kepuasan mereka itu? Mungkin itu pandangan dan persepsi sesat mereka, mereka seolah tidak mempunyai tuhan, dan mengabaikan hukum ugama yang menjadi pegangan mereka. Mereka seolah seperti orang jahil dan buta tentang ugama. Mereka lebih rela menghukum dengan cara dan kehendak mereka, sedang mereka terlupa bahawa esuk diakhirat apakah mereka itu layak untuk menjadi penghuni syurga atau sebaliknya? Mereka mungkin akan terlepas dari hukuman dunia, namun apakah mereka akan terlepas daripada hukuman tuhan diakhirat kelak. Kadang kita terlupa pada satu perkara, kita selalu menunaikan ibadat kepada Allah SWT dengan mengharaapkan pada hari pembalasan esuk kita akan mendapat belasan yang terbaik dan juga menjadi ahli syurga , dan hubungan kita sama Tuhan kita jaga dengan baik dan kita kerjakan dan tunaikan bersungguh - sungguh, sehingga satu pun tak pernah kita pernah ingkari, sedang hubungan kita dengan sesama insan bagaimana pula? Kita terlupa pada benda ini? Jika hubungan kita sesama manusia tidak berjalan dengan baik, maka ianya juga boleh menghancurkan segala amalan kita selama ini, hanya kerana hubungan kita sesama insan tidak kita jaga dengan baik sekali. Namun sama jugalah halnya sebegini, kerana cemburu dan dendam asalkan hati puas akidah kita pun turut berubah. Namun selepas kita cuba menginaya insan lain hanya kerana ingin memuaskan hati keran sifat cemburu dan dendam itu, adakah ianya mencukupi selepas mengatakan taubat kepada Tuhan, dengan menangis dan bersujud konon melapaskan kata taubat itu adakah dia sudah yakin bahawa Tuhan akan mengampunkannya, mungkin pada satu sudut kesilapannya itu Tuhan akan mengampunkannya, namun bagaiaman pula dengan insan yang dianiayanya? Apakah tuhan juga akan mengampunkannya? Bagaimana jika orang yang dianiaya itu tidak akan mengampunkan dosanya hingga kehari akhirat esuk? Jadi berfikirlah, apakah amalan kita selama ini akan menyelamatkan kita untuk terus membawa masuk kedalam syurga Tuhan????? Wallah hu wa'lam..... pada sudut ugama seperti mana yang saya pernah terbaca jika kita melakukan kesilapan dan kesalahan kepada Tuhan, jika kita bertaubat dengan sebenar - benar taubat atas segala kesilapan dan dosa yang telah kita lakukan kepada Tuhan, insyaAllah jika tuhan mengizinkan taubat kita akan diterima dan kita akan diampunkan, namun jika kita melakukan kesilapan kepada sesama manusia, sehingga manusia itu terluka dan tidak mahu mengampunkan dan meaafkan kita, maka sehingga bila pun selagi dia tidak memaafkan selagi itulah kita akan menanggung dosa orang tersebut, inikan pula jika sanggup berbuat kepada sesama insan dengan melakukan perkara yang dilaknati tuhan itiaut dengan melakukan pembunuhan dengan cara yang halus dalam perkataan lain dengan menggunakan ilmu hitam. Jadi tidakkah pernah terfikir oleh mereka tentang semua ini? Hanya kerana cemburu mereka berdendam dan kemudia melepaskan dendam mereka dengan cara yang terhina bukan saja hina pada pandangan manusia juga kepada Tuhan.
Apakah yang mereka terima setalh mereka melakukan khianat terhadap insan lain? Setakat hanya satu kepuasan bagi saya itulah pekerjaan yang sia - sia yang kosong, kepuasan dengan menghukum orang lain dengan cara mengikut nafsu sendiri dan juga hasutan iblis. Itulah perbuatan mereka yang tidak mempunyai akal dan pendirian diri sendiri dalam kehidupan mereka. Itu yang sering saya ingatkan kepada diri saya selalu, biarkan pun saya kadang - kadang cemburu dan iri pada kawan - kawan maupun keluarga saya, namun bagi saya tidak pernah untuk terfikir untuk berbuat perkara sedemikian, kerana bagi saya apalah ada pada kepuasan yang saya terima ketika itu, sedang esuk diakhirat saya akan tersiksa dan tidak dapat masuk syurga, secara berfikir dan bermuhasabah saya sering menasihatkan diri saya jika perasaan cemburu dan dengki itu ada pada diri untuk lebih berusaha dengan gigih agar apa yang mereka dapat ketika ini akan juga saya dapatkan pada masa akan datang biarpun lewat, dan malah ianya juga mendidik saya agar saya terus berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti mereka. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana sering memelihara saya daripada melakukan perkara - perkara yang terkutuk.
Akhirnya bagi mereka yang pernah melakukan kerja - kerja terkutuk ini insaflah, kerana apa yang awda lakukan itu adalah satu perkara yang akan membuatkan awda menyesal seumur hidup awda, pada ketika kita melakukan perkara itu, mungkin ada kepuasan dalam diri namun jangan lupa kadangkala balasan yang tuhan yang akan berikan bukan saja sesudah mati malah juga dalam masa hidup, kerana itu insaflah. Kita ingat beringat pada setiap perkara yang kita lakukan, bahawa ada yang memerhatikan kita, pada satu sudut lain kita berfikir perbuatan yang kita lakukan itu tidak terlihat oleh insan lain, namun ada lagi mata yang melihat perbuatan kita itu, jadi berfikirlah jika kita ikut hati kita akan mati, dan biarlah bertempat untuk kita meletakkan sifat cemburu, dengki , dendam kita pada insan lain, kita berusaha dengan gigih jika kita ingin menjadi seperti mereka, bukan melepaskan dendam irihati dan cemburu dengan melakukan perkara yang dilaknat. Ingatlah hukum tuhan itu amat berat.........! Hari ini kita terlepas dari perbuatan kita itu, esuk belum tentu lagi, kerana ingatlah Tuhan itu maha adil......!
Mudahan kita semua akan sentiasa didalam peliharaan tuhan, dan semoga tuhan tidak akan pernah untuk memalingkan akidah yang kita ppegang dan semoga kita akan terus menjadi hamba yang senitasa berpegang teguh dengan pegangan ugama. AMIN....AMIN...Ya RABBIL ALAMIN...!

Isnin, 12 April 2010

MASA SEMAKIN PANTAS BERGERAK PERJALANAN SEMAKIN PENDEK

Pernahkah kita menyedari bahawa akhir - akhir ini perubahan masa berlaku dengan begitu pantas sekali? Jika kita duduk didalam pejabat sambil membuat dan melakukan tugasan kita, tanpa disedari waktu berlalu dengan begitu pantas sekali. apa tah lagi perubahan masa dari satu minit kepada satu jam berlaku dengan pantasnya. Jika kita memulakan kerja didalam pejabat seawal jam 745 pagi, kita tidak pernah menyedari yang putaran masa berlaku dengan begitu cepat sekali, apa yang kita sedari setelah waktu rehat minum pagi jam 9, dan pernahkah kita merasakan bahawa sekelip mata saja waktu berjalan dan membawa kita kepada jam 9 pagi. Selepas waktu rehat minum pagi jam 9, kita menyambung semula kerja kita, dan tanpa kita sedari juga waktu untuk rehat jam 12 tengah hari sudah tiba, dan kita akan bertanya kepada diri kita, yang kenapa masa berlalu dengan begitu pantas sekali.
Samada kita sedar atau tidak perubahan masa dari hari keminggu dan dari minggu kepada bulan juga berubah dengan pantas, perubahan masa setiap hari kadang - kadang membuatkan kita terpaksa bergerak dengan begitu pantas, jika kita lalai, maka kita akan jauh ketinggalan. Hari - hari yang kita lalui setiap setiap hari begitu pantas pusingannya yang membawa kita kepada hari - hari baru, jika kita tidur dimalam hari, kita dapat merasakan yang putaran masa itu berlaku dengan pantas, kerana kita merasakan ianya seperti baru saja kita melelapkan mata dan baru saja bermimpi namun apabila tersedar waktu sudah menunjukkan hari sudah siang. Dan pusingan waktu itu yang membuatkan kita bergerak dengan pantas untuk mengejar apa yang kita inginkan aga kita tidak ketinggalan.
Namun dalam pergerakan masa yang semakin pantas, pernahkah kita terfikir bahawa perjalanan kita sekarang sudah semakin pendek? Usia kita juga semakin menghampiri usia kepada senja, namun dimanakah kita meletakkan diri kita disepanjang perjalanan ini? Dalam putaran masa yang berlalu dengan begitu sekejap saja, membawa setiap pergerakan kita kepada satu perubahan tanpa kita sedari, selari dengan bertambahnya usia kita. Dalam masa beberapa jam kita duduk didalam pejabat, tidak terasa masa memintas kita dengan begitu pantas sekali. Dalam pada masa yang sama pernahkah terfikir oleh kita untuk bertanya pada diri kita sepanjang perjalanan kita ini adakah sudah cukup bekalan yang akan kita bawa untuk perjalanan kita seterusnya?
Setiap tahun kita sentiasa didoakan panjang umur apabila kita mennyambut hari kelahiran kita, begitu juga setiap kali kita bersedekah kepada kawan, pastinya ada yang mendoakan kita semoa panjang umur dimurahkan rezeki dan berbagai doa untuk kebaikan kita. Tetapi adakah kita teringat bahawa semakin bertambahnya angka pada usia kita, maka semakin pendeklah juga perjalanan kita. Mungkin ada yang bertanya kenapa perjalana kehidupan kita semkin pendek? Sememangnya ajal maut adalah satu ketentuan dari yang Maha Kuasa, semakin bertambah usia kita dan semakin kita menghampiri senja. Namun apakah persiapan kita untuk perjalanan yang seterusnya? Jawapan itu ada pada diri kita masing-masing, kerana hanya kita yang berhak menilai seberapa besar dan banyaknya tugas dan tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta yang sudah kita laksanakan, mata orang lain hanya dapat memerhati pada apa yang kita lakukan namun kita yang empunya badan lebih mengetahui sejauh mana tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kita telah kita laksanakan.
Kadang kita perlu ingat, apakah yang kita laksanakan itu sudah mencukupi dan menjamin kita untuk keperjalanan kita seterusnya?? Sekali lagi kita tanya pada diri kita sendiri, kerana jawapan itu bukan orang lain yang perlu menjawabnya. Kadang kita terlupa, pada satu sudut lain kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan perintah dari Maha Pencipta dengan baik sekali, namun pada satu sudut lain kita terlupa akan tanggungjawb kita sesama insan lain tidak begitu baik, yang mana pada penghujungnya semua amalan yang kita lakukan itu akhirnya akan menjadi sia - sia disebabkan perhubungan kita dengan orang lain yang tidak kita perbaiki.
Sering saya peringatkan diri saya agar lebih berhati - hati dan menjaga pergaualan saya dengan orang lain, agar tidak menyakiti hati sesiapa. Itu yang kini saya ambil kira pada perjalanan kehidupan saya ketika ini, entahlah mungkin disebabkan faktor usia juga telah membawa saya untuk berfikir kearah itu. Melalui pengalaman telah banyak mengajar saya untuk tidak menilai orang lain sedari luarannya, kerana tidak semestiya orang yang mempunyai perwatakan luarannya yang agak pelik itu akan mempunyai perwatakan yang agak pelik juga, sebaliknya dalam kepelikan pada perwatakan itu adakalanya terselindung satu sifat yang tidak dimiliki oleh orang lain , seperti sifat kebaikan budi bahasa dan sopan santun terhadap orang lain. Dan adakalanya mereka yang mempunyai perwatakan yang begitu baik pada luarannya, belum tentu lagi ianya akan mempunayi satu sifat perangai yang terpuji. Malah mungkin perwatakan dalamannya lebik buruk dari apa yang kita telah sangkakan dari perwatakan luarannya.
Kerana itu, setiap perjalanan kita hari-hari, masa adalah sempadan dan pengukurnya, dan semakin pantas waktu bergerak akan membawa kita kepada satu perubahan kedalam diri kita. Faktor masa dan usia membawa kita kepada satu perubahan kepada diri , dan kedua - dua faktor ini akan merubah diri kita, peristiwa yang lalu adalah satu pengalaman untuk perjalanan kita seterusnya, dan melaluinya ianya akan merubah perjalanan kita, sebelum ianya menjadi satu sejarah pada kehidupan. Apa yang kita lalui pada hari kelmarin hanya dapat tercatat samada pada kotak memori otak kita, buku catatan diari kita mahupun pada gambar kita. Namun apa yang ada pada kotak memori otak kita, itulah yang banyak meninggalkan kesan pada diri kita sebenarnya sehinggakan membawa kepada perubahan dalam hidup kita. Namun sebaliknnya, ada juga yang tidak pernah kisah dengan pengalaman yang mereka lalui semalam, kerana bagi mereka yang berlalu itu biarlah berlalu, dan jalan untuk kehari esuk masih perlu untuk difikirkan lagi. Tapi betulkah peristiwa kemarin itu tidak perlu untuk kita imbas kembali?? Jawapan kepada pertanyaan itu ada pada diri awda sendiri.
Apa pun yang kita lakukan pada hari ini, biarlah ianya akan menjadi pengalaman yang manis pada diri kita dalam meniti hari - hari yang mendatang. Dan apa yang penting, biar esuk apabila kita telah tiada diatas muka bumi ini, mereka yang pernah hidup bersama kita akan terus mengenang kita sebaiknya, kerana jika kita meninggalkan kesan yang baik kepada mereka maka akan tinggallah satu kenangan yang baik pada mereka selamanya, namun sekali kita meninggalkan satu kejahatan apa tah lagi pernah mencalarkan hati orang lain, maka akan jahatlah kita selamanya pada kenangan mereka. Kerana itu, semakin pantasnya masa bergerak maka secepat itulah juga kita mesti mengejarnya, jika kita pantas dan dapat mencantas masa dengan baik, maka tidaklah kita rugi, kerana satu saat masa yang berlalu, adalah satu kerugian dalam itu kita. Kerana setiap mereka yang berjaya dalam kehidupan mereka, adalah mereka yang berlari seiring dengan masa dan berjaya mencantas masa. Mudahan aku akan dapat berlari seiring dengan masa.......!