Ahad, 5 April 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

SELAMAT PENGANTIN BARU
AWG HAZMIAL HAPIDS DENGAN DYG. HADZA KHAIRULLENA





SELAMAT PENGANTIN BARU
AWG OMAR ABDUL AZIZ dengan DYG. MASNANI

THE BUSIEST MONTH

Hai semua, maaflah sebab dah lama tak update blog ni. Bukan apa aku terlalu sibuk pada pertengahan bulan Mac yang lalu, banyak tugasan yang perlu aku selesaikan terutama sekali dengan tugasan kerja dipejabat, selain daripada komitment dan urusan keluarga yang juga terlalu banyak kebelakangan ini. Itulah dia kehidupan kita hanya kadang merancang apa yang kita inginkan, namun kadang - kadang segala apa yang kita rancangkan itu tidak menjadi pada saat akhirnya, kerana ada saja hal yang terjadi. Jadi segala perancangan yang telah dibuat terpaksa dibatalkan atau ditunda pada masa yang akan datang dan perkara yang tidak termasuk dalam list perancangan pula yang dilakukan. Dan itulah yang dikatakan sebagai perkara yang tidak dirancangkan.


Penghujung bulan Mac yang lalu, adalah merupakan saat paling manis buat kedua orang anak saudara ku, kerana dua adik beradik ini telah melangsungkan perkahwinan mereka dengan gadis pilihan mereka. Tahniah Uncu ucapkan pada kalian berdua. Mulai sekarang kalian berdua sudah pun bergelar suami dan ucapan dari Uncu buat Hapidz dan Umar selamat melayari bahtera alam rumah tangga doa uncu buat kalian berdua semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat dan mendapat anak - anak yang ramai. Amin.