Ahad, 5 Disember 2010

SELAMAT TINGGAL TAHUN 1431 HIJRIAH DAN SELAMAT DATANG TAHUN 1432 HIJRIAH

Masa berputar begitu pantas, sehinggakan kita tidak terasa kita sudah berada dipenghujung tahun 1431 hijriah. Namun pernahkah kita memandang kebelakang sekejap setiap hari pada hari kemarin yang telah kita tinggalkan? Dan pernahkah kita bermuhasabah sebenatar dengan apa yang telah terjadi pada kita pada hari kemarin? Semuanya akan terungkai apabila kita sesekali memandang kebelakang dan bermuhasabah pada kejadian yang menimpa diri kita pada hari - hari sebelumnya, dan dengan bermuhasabah sekurangnya kita akan mengenal diri kita dengan lebih dalam dan mengenali setiap kesilapan yang telah kita lakukan dan cuba untuk memperbaikinya pada hari yang mendatang.
Tahun 1431 Hijriah telah banyak meninggalkan kenangan suka duka disepanjang setahun aku laluinya, membukakan aku satu jalan baru yang aku lalui didalam menjana ekonomi kami suami isteri, aku bersyukur dugaan yang diberikan kepada aku suami isteri terutama didalam mengatasi permasalahan kewangan kami dan atas dasar sering bermuhasabah dan berdoa kami akhirnya diberikan jalan yang terbaik oleh Allah SWT untuk menjana kewangan kami, Alhamdulillah kami suami isteri bersyukur sedikit demi sedikit masalah kewangan yang sering menjadi masalah kami dapat kami atasi, segalanya atas sering bermuhasabah dan sering memandang kebelakang melihat dimana letaknya kesilapan untuk diperbaiki.
Aku menerima dugaan yang amat berat didalam hidup ku pada tahun 1431 hijriah dan dugaan ini adalah yang amat berat rasa ku untuk aku lalui, malah ianya adalah satu hambatan hebat bagi ku didalam hidupku. Bila mana kakak dan abah ku meninggalkan aku untuk selamanya, mereka berdua meninggal dunia selang dua bulan sahaja dan bagi ku ianya adalah satu pukulan dan hambatan yang terhebat didalam hidupku. Kedua mereka adalah insan yang begitu rapat dengan ku malah mereka berdua ku ibaratkan seperti ' BEST FRIENDS ' aku, mereka berdualah temapt aku mengadu jika aku ada masalah malah mereka jugalah yang enjadi pendengar setia ku. Aku terhambat dan terpukul, namun aku pasrah kerana semua ini adalah ketentuan pada perjalan sebuah kehidupan seorang hamba kerana setiap yang hidup itu pasti akan menghadapi mati. Dan kerana Tuhan lebih menyayangi mereka. Biarpun belum sampai 40 hari pemergia abah, dan esuk tepat 100 hari pemergian arwah kakak, aku merasakan mereka masih bersama aku, cuma doaku untuk mengiringi mereka disana sealalu.
Esuk insyaAllah, kita akan melangkah ketahun baru hijriah 1432 , dan bermakna kita akan membuka satu lagi diari baru untuk perjalanan kita pada hari seterusnya. Kita lakar pada diari itu sebagai satu tanda kenangan tentang apa yang kita buat pada hari - hari yang kita laui tersebut, dan mudahan kita akan dapat melihat dimana diri kita pada hari - hari yang kita lalui itu, semoga kita akan dapat meletakkan diri kita pada satu tempat yang benar dan diberkati oleh Allah SWT jua..... Amin.
Buat semua pengunjung blog ku, Selamat menyambut Tahun BAru Hijrah 1432 dan semoga tahun ini akan memberikan kesejahteraan dan keamanan pada diri dan minda kita, dan semoga kita semua akan terus mendapat keberkahan dari Allah SWT jua. Amin....... Salam Maal Hijriah untuk semua.