Jumaat, 16 April 2010

KEKAL DALAM INGATAN DAN SENTIASA DALAM KENANGAN




Kemarin genap sudah dua tahun pemergian arwah Mama mengikut kelendar Hijriah. Namun pemergiannya masih aku rasakan seperti baru kemarin, secara jujur aku masih merindui mama dan masih belum dapat untuk menerima hakikat yang dia telah pergi meninggalkan aku untuk selama - lamanya. Dua tahun bukanlah satu jangka masa yang agak panjang dan agak lama dan yang ada cumalah perasaan rindu pada arwah mama. Kenangan lama sering mengimbau dan dikala itulah hanya airmata yang sering jadi permainan dikala rindu datang bertandang. Aku merasakan pemergiannya adalah satu kehilangan yang amat besar buatku dan juga seluruh keluarga ku. Seorang insan yang begitu penyayang kepada keluarganya.
Kini semuanya hanya tinggal kenangan yang terabadi, mama kini sentiasa dalam ingatan dan sentiasa dalam kenangan, kasih sayangnya tetap akan kekal didalam kenangan jasanya tiada akan pernah aku dan kami lupakan. Kami akan terus merindui mu, merindui tawa mu, merindui amarah mu, merindui belai kasih mu....... Kami sentiasa menyayangi mu sehingga keakhir hayat kami.... Semoga Kau damai disana...Amin.
'Doa kami sentiasa mengiringi mu bonda yang tercinta, semoga Roh Bonda akan sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah serta dihimpunkan bersama - sama dengan golongan orang - orang yang beriman, beramal soleh dan termasuk dalam golongan Ahli - Ahli Syurga..... Amin...Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamin......!'
-Al - Fatihah -

1 ulasan:

nabilah_2908 berkata...

Al-fatiha 4 ur mom...moga sejahtera dia di sana..