Rabu, 14 April 2010

CEMBURU... DENDAM.... KHIANAT....!




Perjalanan dalam kehidupan kita setiap hari berubah - ubah dan perubahan yang terjadi kepada diri kita itu samada kita sedari atau tidak, ianya pasti akan terjadi jua. Apa yang kita selalu sedari perubahan yang ada pada diri kita ialah apabila bertambahnya angka pada usia kita, dan dari sinilah kita akan menyedari bertapa setiap perubahan yang berlaku kepada angka usia kita, kita akan merasakan bahawa diri kita semakin menuju keusia yang semakin matang.
Tetapi apakah kita pernah menyedari pada perubahan yang ada pada sikap kita? Berapa ramai daripada kita yang menyedari perubahan yang terjadi keatas diri kita? Sememang tidak semua yang menyedari secara sedar akan perubahan yang terjadi pada dirinya, mungkin perubahan yang terjadi pada diri kita itu akan mencermin siapa diri kita sebenarnya ataupun sebaliknya. Namun semua itu hanya akan kita sedari apabila ada teguran dari orang terdekat dengan diri kita tentang apa yang terjadi pada diri kita. Dari sinilah kita akan menyedarinya.

Siapa diantara kita yang tidak punya rasa cemburu? Semua orang mempunyai sifat cemburu, namun cuma cara yang berbeza-beza, dan tidak kurangnya saya sendiri juga mempunayi sifat cemburu namun tidaklah pada tahap yang begitu kronik, cemburu saya bertempat dan masih dapat saya kawal perasaan itu tanpa meninggalkan sebarang dendam dihati saya, itu saya akui. Malah jika ditanya pada isteri saya sendiri pun mungkin beliau akan mengatakan saya bukanlah dari golongan lelaki yang penyemburu buta, dan saya cemburu pun ada tempatnya. Jika saya dqari jenis manusia yang kuat cemburu buta, mungkin rumah tangga saya akan sering bergolak. Begitu juga dengan isteri saya, saya akui dia bukanlah seorang yang penyemburu, dia mungkin ada sifat cemburu, namun dia meletakkan sifat cemburunya itu pada satu tempat yang dirasakan betul untuk meletakkan sifat cemburu itu. Kerana itulah saya sayangkan beliau, kami berdua mempunyai sifat keterbukaan atas segala hal, dan sentiasa bermuzakarah dan berbincang jika ada perkara yang masing - masing kami berdua rasakan tidak kena, begitu juga kami menjaga hak privacy kami masing - masing, kerana bagi saya privacy itu adalah hak masing - masing, kerana itu saya dan isteri saya begitu serasi, berdusta jika saya katakan saya tidak pernah bertengkar dengan isteri saya disepanjang perkahwinan saya, memang ada, namun segalanya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik, bermuzakarah dan melihat pada kesilapan masing - masing, dan akhirnya masalah yang timbul dapat kami selesaikan dengan baik tanpa bermasam muka. Itu sedikit cerita mengenai saya dan isteri saya, bagi saya dan isteri saya kami berdua meletakkan sifat cemburu itu pada sesuatu tempat yang betul. Maaflah bukan angkat bakul.
Tetapi saya terkadang begitu hairan sebilangan daripada kita mempunyai sifat cemburu yang begitu teruk sekali, apakah sifat cemburu yang ada pada diri mereka itu tidak membebankan kehidupan mereka? Maksud saya tidakkah mereka itu dibayangi oleh sifat mereka itu sendiri, dan bagaimana mereka melakukan kerja mereka jika mereka mempunayi sifat tersebut? Mungkin kerana sifat cemburu yang begitu tinggilah membuatkan sebilangan manusia itu kadang - kadang sanggup berdendam dan sehingga sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh Ugama. Dan kerana itulah juga mereka terlupa pada kekuasaan tuhan, sehingga mereka sanggup melepaskan dendam dan kecemburuan mereka itu pada sesuatu yang diluar daripada jangkauan fikiran mereka iaitu dengan membelakangkan Tuhan dan mengikut gerak hati yang dipenuhi dengan hsutan iblis. Kenapa mereka sanggup melakukan semua ini? adakah hanya semata - mata kerana ingin melakukan kepuasan pada sifat cemburu mereka atau untuk memuaskan dendam mereka? Mungkin untuk keduanya sekali, namun kenapa mesti membelakangkan Tuhan dan patuh pada hasutan Iblis? Kemanakah perginya akidah islam yang kita pegang?
Kerana dendam dan cemburu sebilangan individu itu sanggup melakukan perkara -perkara yang diluar tabie, mereka melepaskan dendam mereka dengan perkara yang menghancurkan orang lain, yang membuatkan orang lain tersiksa malah mereka akan terasa puas apabila mangsa yang mereka hajati itu mati tersungkur akibat perbuatan mereka. Namun apakah iu yang dinamakan kepuasan? Kepuasan dari segi apa? Membunuh dengan cara halus? Menghukum insan lain dengan cara sendiri? Sejauh mana kepuasan mereka itu? Mungkin itu pandangan dan persepsi sesat mereka, mereka seolah tidak mempunyai tuhan, dan mengabaikan hukum ugama yang menjadi pegangan mereka. Mereka seolah seperti orang jahil dan buta tentang ugama. Mereka lebih rela menghukum dengan cara dan kehendak mereka, sedang mereka terlupa bahawa esuk diakhirat apakah mereka itu layak untuk menjadi penghuni syurga atau sebaliknya? Mereka mungkin akan terlepas dari hukuman dunia, namun apakah mereka akan terlepas daripada hukuman tuhan diakhirat kelak. Kadang kita terlupa pada satu perkara, kita selalu menunaikan ibadat kepada Allah SWT dengan mengharaapkan pada hari pembalasan esuk kita akan mendapat belasan yang terbaik dan juga menjadi ahli syurga , dan hubungan kita sama Tuhan kita jaga dengan baik dan kita kerjakan dan tunaikan bersungguh - sungguh, sehingga satu pun tak pernah kita pernah ingkari, sedang hubungan kita dengan sesama insan bagaimana pula? Kita terlupa pada benda ini? Jika hubungan kita sesama manusia tidak berjalan dengan baik, maka ianya juga boleh menghancurkan segala amalan kita selama ini, hanya kerana hubungan kita sesama insan tidak kita jaga dengan baik sekali. Namun sama jugalah halnya sebegini, kerana cemburu dan dendam asalkan hati puas akidah kita pun turut berubah. Namun selepas kita cuba menginaya insan lain hanya kerana ingin memuaskan hati keran sifat cemburu dan dendam itu, adakah ianya mencukupi selepas mengatakan taubat kepada Tuhan, dengan menangis dan bersujud konon melapaskan kata taubat itu adakah dia sudah yakin bahawa Tuhan akan mengampunkannya, mungkin pada satu sudut kesilapannya itu Tuhan akan mengampunkannya, namun bagaiaman pula dengan insan yang dianiayanya? Apakah tuhan juga akan mengampunkannya? Bagaimana jika orang yang dianiaya itu tidak akan mengampunkan dosanya hingga kehari akhirat esuk? Jadi berfikirlah, apakah amalan kita selama ini akan menyelamatkan kita untuk terus membawa masuk kedalam syurga Tuhan????? Wallah hu wa'lam..... pada sudut ugama seperti mana yang saya pernah terbaca jika kita melakukan kesilapan dan kesalahan kepada Tuhan, jika kita bertaubat dengan sebenar - benar taubat atas segala kesilapan dan dosa yang telah kita lakukan kepada Tuhan, insyaAllah jika tuhan mengizinkan taubat kita akan diterima dan kita akan diampunkan, namun jika kita melakukan kesilapan kepada sesama manusia, sehingga manusia itu terluka dan tidak mahu mengampunkan dan meaafkan kita, maka sehingga bila pun selagi dia tidak memaafkan selagi itulah kita akan menanggung dosa orang tersebut, inikan pula jika sanggup berbuat kepada sesama insan dengan melakukan perkara yang dilaknati tuhan itiaut dengan melakukan pembunuhan dengan cara yang halus dalam perkataan lain dengan menggunakan ilmu hitam. Jadi tidakkah pernah terfikir oleh mereka tentang semua ini? Hanya kerana cemburu mereka berdendam dan kemudia melepaskan dendam mereka dengan cara yang terhina bukan saja hina pada pandangan manusia juga kepada Tuhan.
Apakah yang mereka terima setalh mereka melakukan khianat terhadap insan lain? Setakat hanya satu kepuasan bagi saya itulah pekerjaan yang sia - sia yang kosong, kepuasan dengan menghukum orang lain dengan cara mengikut nafsu sendiri dan juga hasutan iblis. Itulah perbuatan mereka yang tidak mempunyai akal dan pendirian diri sendiri dalam kehidupan mereka. Itu yang sering saya ingatkan kepada diri saya selalu, biarkan pun saya kadang - kadang cemburu dan iri pada kawan - kawan maupun keluarga saya, namun bagi saya tidak pernah untuk terfikir untuk berbuat perkara sedemikian, kerana bagi saya apalah ada pada kepuasan yang saya terima ketika itu, sedang esuk diakhirat saya akan tersiksa dan tidak dapat masuk syurga, secara berfikir dan bermuhasabah saya sering menasihatkan diri saya jika perasaan cemburu dan dengki itu ada pada diri untuk lebih berusaha dengan gigih agar apa yang mereka dapat ketika ini akan juga saya dapatkan pada masa akan datang biarpun lewat, dan malah ianya juga mendidik saya agar saya terus berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti mereka. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana sering memelihara saya daripada melakukan perkara - perkara yang terkutuk.
Akhirnya bagi mereka yang pernah melakukan kerja - kerja terkutuk ini insaflah, kerana apa yang awda lakukan itu adalah satu perkara yang akan membuatkan awda menyesal seumur hidup awda, pada ketika kita melakukan perkara itu, mungkin ada kepuasan dalam diri namun jangan lupa kadangkala balasan yang tuhan yang akan berikan bukan saja sesudah mati malah juga dalam masa hidup, kerana itu insaflah. Kita ingat beringat pada setiap perkara yang kita lakukan, bahawa ada yang memerhatikan kita, pada satu sudut lain kita berfikir perbuatan yang kita lakukan itu tidak terlihat oleh insan lain, namun ada lagi mata yang melihat perbuatan kita itu, jadi berfikirlah jika kita ikut hati kita akan mati, dan biarlah bertempat untuk kita meletakkan sifat cemburu, dengki , dendam kita pada insan lain, kita berusaha dengan gigih jika kita ingin menjadi seperti mereka, bukan melepaskan dendam irihati dan cemburu dengan melakukan perkara yang dilaknat. Ingatlah hukum tuhan itu amat berat.........! Hari ini kita terlepas dari perbuatan kita itu, esuk belum tentu lagi, kerana ingatlah Tuhan itu maha adil......!
Mudahan kita semua akan sentiasa didalam peliharaan tuhan, dan semoga tuhan tidak akan pernah untuk memalingkan akidah yang kita ppegang dan semoga kita akan terus menjadi hamba yang senitasa berpegang teguh dengan pegangan ugama. AMIN....AMIN...Ya RABBIL ALAMIN...!

0 ulasan: