Isnin, 12 April 2010

MASA SEMAKIN PANTAS BERGERAK PERJALANAN SEMAKIN PENDEK

Pernahkah kita menyedari bahawa akhir - akhir ini perubahan masa berlaku dengan begitu pantas sekali? Jika kita duduk didalam pejabat sambil membuat dan melakukan tugasan kita, tanpa disedari waktu berlalu dengan begitu pantas sekali. apa tah lagi perubahan masa dari satu minit kepada satu jam berlaku dengan pantasnya. Jika kita memulakan kerja didalam pejabat seawal jam 745 pagi, kita tidak pernah menyedari yang putaran masa berlaku dengan begitu cepat sekali, apa yang kita sedari setelah waktu rehat minum pagi jam 9, dan pernahkah kita merasakan bahawa sekelip mata saja waktu berjalan dan membawa kita kepada jam 9 pagi. Selepas waktu rehat minum pagi jam 9, kita menyambung semula kerja kita, dan tanpa kita sedari juga waktu untuk rehat jam 12 tengah hari sudah tiba, dan kita akan bertanya kepada diri kita, yang kenapa masa berlalu dengan begitu pantas sekali.
Samada kita sedar atau tidak perubahan masa dari hari keminggu dan dari minggu kepada bulan juga berubah dengan pantas, perubahan masa setiap hari kadang - kadang membuatkan kita terpaksa bergerak dengan begitu pantas, jika kita lalai, maka kita akan jauh ketinggalan. Hari - hari yang kita lalui setiap setiap hari begitu pantas pusingannya yang membawa kita kepada hari - hari baru, jika kita tidur dimalam hari, kita dapat merasakan yang putaran masa itu berlaku dengan pantas, kerana kita merasakan ianya seperti baru saja kita melelapkan mata dan baru saja bermimpi namun apabila tersedar waktu sudah menunjukkan hari sudah siang. Dan pusingan waktu itu yang membuatkan kita bergerak dengan pantas untuk mengejar apa yang kita inginkan aga kita tidak ketinggalan.
Namun dalam pergerakan masa yang semakin pantas, pernahkah kita terfikir bahawa perjalanan kita sekarang sudah semakin pendek? Usia kita juga semakin menghampiri usia kepada senja, namun dimanakah kita meletakkan diri kita disepanjang perjalanan ini? Dalam putaran masa yang berlalu dengan begitu sekejap saja, membawa setiap pergerakan kita kepada satu perubahan tanpa kita sedari, selari dengan bertambahnya usia kita. Dalam masa beberapa jam kita duduk didalam pejabat, tidak terasa masa memintas kita dengan begitu pantas sekali. Dalam pada masa yang sama pernahkah terfikir oleh kita untuk bertanya pada diri kita sepanjang perjalanan kita ini adakah sudah cukup bekalan yang akan kita bawa untuk perjalanan kita seterusnya?
Setiap tahun kita sentiasa didoakan panjang umur apabila kita mennyambut hari kelahiran kita, begitu juga setiap kali kita bersedekah kepada kawan, pastinya ada yang mendoakan kita semoa panjang umur dimurahkan rezeki dan berbagai doa untuk kebaikan kita. Tetapi adakah kita teringat bahawa semakin bertambahnya angka pada usia kita, maka semakin pendeklah juga perjalanan kita. Mungkin ada yang bertanya kenapa perjalana kehidupan kita semkin pendek? Sememangnya ajal maut adalah satu ketentuan dari yang Maha Kuasa, semakin bertambah usia kita dan semakin kita menghampiri senja. Namun apakah persiapan kita untuk perjalanan yang seterusnya? Jawapan itu ada pada diri kita masing-masing, kerana hanya kita yang berhak menilai seberapa besar dan banyaknya tugas dan tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta yang sudah kita laksanakan, mata orang lain hanya dapat memerhati pada apa yang kita lakukan namun kita yang empunya badan lebih mengetahui sejauh mana tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kita telah kita laksanakan.
Kadang kita perlu ingat, apakah yang kita laksanakan itu sudah mencukupi dan menjamin kita untuk keperjalanan kita seterusnya?? Sekali lagi kita tanya pada diri kita sendiri, kerana jawapan itu bukan orang lain yang perlu menjawabnya. Kadang kita terlupa, pada satu sudut lain kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan perintah dari Maha Pencipta dengan baik sekali, namun pada satu sudut lain kita terlupa akan tanggungjawb kita sesama insan lain tidak begitu baik, yang mana pada penghujungnya semua amalan yang kita lakukan itu akhirnya akan menjadi sia - sia disebabkan perhubungan kita dengan orang lain yang tidak kita perbaiki.
Sering saya peringatkan diri saya agar lebih berhati - hati dan menjaga pergaualan saya dengan orang lain, agar tidak menyakiti hati sesiapa. Itu yang kini saya ambil kira pada perjalanan kehidupan saya ketika ini, entahlah mungkin disebabkan faktor usia juga telah membawa saya untuk berfikir kearah itu. Melalui pengalaman telah banyak mengajar saya untuk tidak menilai orang lain sedari luarannya, kerana tidak semestiya orang yang mempunyai perwatakan luarannya yang agak pelik itu akan mempunyai perwatakan yang agak pelik juga, sebaliknya dalam kepelikan pada perwatakan itu adakalanya terselindung satu sifat yang tidak dimiliki oleh orang lain , seperti sifat kebaikan budi bahasa dan sopan santun terhadap orang lain. Dan adakalanya mereka yang mempunyai perwatakan yang begitu baik pada luarannya, belum tentu lagi ianya akan mempunayi satu sifat perangai yang terpuji. Malah mungkin perwatakan dalamannya lebik buruk dari apa yang kita telah sangkakan dari perwatakan luarannya.
Kerana itu, setiap perjalanan kita hari-hari, masa adalah sempadan dan pengukurnya, dan semakin pantas waktu bergerak akan membawa kita kepada satu perubahan kedalam diri kita. Faktor masa dan usia membawa kita kepada satu perubahan kepada diri , dan kedua - dua faktor ini akan merubah diri kita, peristiwa yang lalu adalah satu pengalaman untuk perjalanan kita seterusnya, dan melaluinya ianya akan merubah perjalanan kita, sebelum ianya menjadi satu sejarah pada kehidupan. Apa yang kita lalui pada hari kelmarin hanya dapat tercatat samada pada kotak memori otak kita, buku catatan diari kita mahupun pada gambar kita. Namun apa yang ada pada kotak memori otak kita, itulah yang banyak meninggalkan kesan pada diri kita sebenarnya sehinggakan membawa kepada perubahan dalam hidup kita. Namun sebaliknnya, ada juga yang tidak pernah kisah dengan pengalaman yang mereka lalui semalam, kerana bagi mereka yang berlalu itu biarlah berlalu, dan jalan untuk kehari esuk masih perlu untuk difikirkan lagi. Tapi betulkah peristiwa kemarin itu tidak perlu untuk kita imbas kembali?? Jawapan kepada pertanyaan itu ada pada diri awda sendiri.
Apa pun yang kita lakukan pada hari ini, biarlah ianya akan menjadi pengalaman yang manis pada diri kita dalam meniti hari - hari yang mendatang. Dan apa yang penting, biar esuk apabila kita telah tiada diatas muka bumi ini, mereka yang pernah hidup bersama kita akan terus mengenang kita sebaiknya, kerana jika kita meninggalkan kesan yang baik kepada mereka maka akan tinggallah satu kenangan yang baik pada mereka selamanya, namun sekali kita meninggalkan satu kejahatan apa tah lagi pernah mencalarkan hati orang lain, maka akan jahatlah kita selamanya pada kenangan mereka. Kerana itu, semakin pantasnya masa bergerak maka secepat itulah juga kita mesti mengejarnya, jika kita pantas dan dapat mencantas masa dengan baik, maka tidaklah kita rugi, kerana satu saat masa yang berlalu, adalah satu kerugian dalam itu kita. Kerana setiap mereka yang berjaya dalam kehidupan mereka, adalah mereka yang berlari seiring dengan masa dan berjaya mencantas masa. Mudahan aku akan dapat berlari seiring dengan masa.......!

0 ulasan: