Selasa, 20 April 2010

TUDING - MENUDING ...... BILA AKAN HABIS CERITANYA

Bila berlaku sesuatu, kebanyakannya akan menuding jari, saling tuduh menuduh. Namun apakah yang akan kita perolehi daripada tuding - menuding dan tuduh menuduh? Apakah perkara yang berbangkit itu akan selesai dengan hanya kita saling tuduh menuduh antara satu dengan yang lain? Kebanyakan perkara yang berbangkit selalunya tidak pernah berakhir dengan penyelesaian yang terbaik jika tuduh menuduh berterusan kerana masing - masing ingin menegakkan benang yang basah, dan masing - masing ingin menang sendiri, akhirnya perkara kecil menjadi lebih besar. Apa yang kita dapat melalui tuduh menuduh? Masing - masing tidak akan memperolehi apa - apa, melainkan hanya satu saja iaitu kejahatan. Kenapa saya katakan begitu, kerana masing - masing saling menyalahkan dan tidak ada seorang pun yang ingin mengalah malah keduanya ingin menjadi api, yang mana akhirnya membakar diri masing - masing.
Sering saya dengar apabila berlakunya perselisihan faham dikalangan kita, jarang sekali perkara yang terjadi itu akan dapat diselesaikan pada waktu itu juga, apa yang sering terjadi adalah apabila berlakunya salah faham dikalangan sesama sendiri, masing - masing akan cuba mempertahankan diri masing - masing, dan apa yang tidak eloknya ialah masing - masing ingin mencari pengikutnya, apa yang kurang eloknya ialah, apabila hal yang boleh diselesaikan dengan cara yang baik itu menjadi panjang dengan satu pihak cuba menceritakan dan memburukkan orang sayang bertelegah dengannya itu kepada orang lain, dan hal ini bukannya akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik, malah ianya akan menambah burukkan lagi persengketaan antara mereka. Kerana apa??????
Kerana apabila kita kita mula bercerita hal persengketaan kita kepada orang lain, maka cerita itu akan menjadi lebih panas dan lebih hebt lagi, ingin tau kenapa? Jawapannya adalah, pastikah kita bahawa orang yang mendengar cerita kita itu akan dapat menutup mulut dan menyimpan rahsia ataupun sebaliknya? apa hal jika orang tersebut adalah kaki domba yang suka melaga-lagakan dan ingin melihat awda terus bersengketa? Jawapannya adalah akan menjadikan persengketaan awda berdua menjadi lebih buruk lagi. Inilah hal yang sering terjadi kepada sebilangan orang. Apabila berlakunya sengketa, mereka lebih suka bermasam muka bila bertemu, lebih suka bercerita kepada orang lain dan banyak hal lain lagi yang sering berlaku. Dan akhirnya mejadikan persengketaan itu berlangsung dengan lebih lama dan akan menjadi lebih besar lagi. Masing - masing ingin mencari kebenaran masing - masing.
Kadang - kadang yang lebih hebat lagi, apabila sering membabitkan orang lain yang tidak tahu menahu hal persengketaan mereka. apabila membabitkan orang lain maka akan bertambah lagilah besar masalahnya, dan akan menjadi lebih komplexlah cerita tersebut jadinya, dari persengketaan individu akan membawa pula kepada persengketaan secara berkroni dan akhirnya akan membabitkan banyak pihak. Wajarkah hal sebegini terjadi? Hal ini sering saya perhatikan terjadi dikalangan sebilangan orang, ini dengan sendirinya akan mengundang banyak masalah. Dimana akhirnya akan menjadikan punca yang lebih buruk keatas individu itu masing - masing. Apabila sudah ada pengikut maka akan menjadi besarlah lagi cerita, kerana kini masing - masing ingin mempertahankan hak masing - masing, akhirnya perbelahan besar terjadi.
Jarang sekali kita mencari konklusi kepada persengketaan ini dengan jalan yang mudah dan rengkas, maksud saya, ada berbagai cara yang baik untuk menyelsaikan permasalahan dan persengketaan malah perkara ini juga tidak akan membabitkan sesiapa, kecuali kedua pihak yang bersengketa. Saya juga berpengalaman dalam hal sebegini, namun saya menyedarinya setelah banyak perkara yang berbangkit, dalam hal ini pihak ketiga adalah merupakan pihak yang memberikan kesan buruk kepada persengketaan yang berlaku, ini seperti yang terjadi kepada diri saya sendiri. Saya pernah bersengketa dengan teman baik saya, dan sebenarnya persengketaan itu cumalah perkara yang terlalu remeh temeh, namun kerana saya begitu sensitif dan juga mudah marah, jadi saya marah untuk sektika kepada teman saya ini, namun apabila pihak ketiga yang juga kawan saya datang kepada saya yang mana dia juga mengetahui kami ada masalah, jadi dia datang kepada saya seperti seorang yang tidak bersalah. Jadi dia bertanya kepada saya punca masalah tersebut, jadi saya cuba menceritakan hal tersebut kepadanya, rupanya dalam diam dia menceritakan kepada teman yang bersengkta dengan saya tadi, jadi semua cerita tadi disampaikan kepada saya dan juga teman tadi, namun saya bersyukur kerana dalam masa yang sama setelah persengketaan ini berlaku terlalu lama dan ianya menjadi lebih buruk, saya tersedar bahawa seperti ada sesuatu perkara yang tidak kena dalam hal ini, jadi saya cuba menyiasat kenapa hal ini menjadi lebih buruk, kerana biasanya apabila terjadi hal pertengkaran ianya tidak menjadi lebih panjang, jadi apabila saya siasat rupanya rakan dipihak ketiga ini yang mejadikan punca perbelahan ini menjadi lebih buruk, dia dalam diam cuba mengadu domba kami berdua. Lalu saya berfikir bagaimana untuk tidak menjadikan perkara ini menjadi lebih buruk, perkara pertama yang saya ambil adalah dengan berdiam diri. Yang saya maksudkan dengan berdiam diri itu adalah dengan tidak menceritakan perkara yang berlaku kepada orang lain, kerana semkain kita bercerita kepada orang lain maka akan mejadikan perkara tersebut menjadi lebih buruk, jadi dengan berdiam diri orang lain yang melihat perkara tersebut akan merasakan tidak akan ada perkara buruk yang terjadi dengan individu yang bersengketa dengan kita, kerana apabila kita membuka mulut kita menceritakan keburukan orang tersebut, sebilangan orang yang tidak suka kepada persengketaan akan menganggap seolah kita ini seperti bahasa yang sering saya gunakan 'bibir bergerak', dan sebilangan lagi akan cuba menjadi api menghasut kita dan yang sebilangan lagi hanya akan mendengar saja tanpa berkata apa - apa. Jadi jika kita berdiam, orang lain akan berfikir jika individu yang bersengketa dengan kita itu mebuka mulut kepada mereka tanpa kita bertindak apa - apa dan berdiam diri, orang lain pastinya akan berfikir samada cerit asiPolan itu betul atau tidak mengenai kita, dan kemungkinan orang lain tidak akan mudah asuk campur dalam hal kita.
Perkara yang kedua yang saya lakukan adalah dengan tidak melayan orang yang sering menjadi batu api kepada persengketaan kita, menjauhkan diri daripada golongan ini adalah amat mustahak kerana dengan cara sebegini saja kita akan menjadikan diri kita kurang bermasalah. Perlu diingat golongan insan seperti ini adalah golongan yang tidak pernah senang untuk melihat kita berdamai dengan orang lain, dan sehinggalah mereka sanggup untuk mengucar kacirkan hubungan baik kita dengan sahabat kita. Dan ini juga sering terjadi kepada kebanyakkan persengketaan yang mana golongan batu api ini seolah telah mencuci otak individu yang bersengketa tersebut dengan menjadi penyampai mesej yang tidak berasas.
Perkara seterusnya yang saya lakukan adalah untuk bersemuka dengan teman yang saya bersengketa. Menyedari hal ini, saya terus berfikir dan adalah lebih baik jika saya bertemu sendiri dengan kawan yang bersengketa dengan saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hampir setahun saya tidak bertegur dan bermaam muka dengannya, dan akhirnya saya mengambil keputusan sebelum saya bertemu dengannya biarlah saya terlebih dulu yang mengalah dan demi kebaikan saya dan kawan saya tersebut. Selepas itu saya cuba hubungi kawan saya tersebut melalui SMS untuk menyatakan kemaafan dan ingin bertemu dan berbincang untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit secara empat mata tanpa ada orang lain. Alhamdulillah saya bersyukur kawan saya tersebut sudi menerima pelawaan saya, dan kami bertemu dan berbincang dan akhirnya persengketaan yang hampir setahun dapat saya selesaikan dengan cara yang terbaik, malah lebih mudah cara penyelesaiannya. Dan kini saya masih lagi berkawan dengannya.
Kesimpulannya, jika berlaku persengketaan diantara awda dan teman awda, perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah bersikap mengalah biarpun itu bukan kesilapan kita, dan jika masih juga berlarutan dan masih ada tuduh menuduh lebih baiknya duduk bermuzakarah berdua atau bertiga dan pastikan kita duduk hanya bersama dengan pihak yang bersengketa dengan kita, dan apabila kita duduk bersama -sama untuk meyelsaikan masalah kita, pastikan kita bersedia untuk mengakui kesilapan kita jika individu itu menerangkan kesilapan yang kita lakukan kepadanya, jangan terlalu hipokrit untuk menerima kenyataan yang kita bersalah dan menjadi punca kepada permasalahan tersebut, terima hakikat yang kita juga melakukan kesilapan dan cepat - cepat meminta maaf. Semasa menerangkan kesilapan teman kita tersebut jangan terlalu kasar, biarlah berlembut kerana kelembutan lidah itu boleh menikam hati yang sedang panas. Dan apa yang penting sekiranya masih dalam persengketaan elakkan dari bercerita dan menceritakan hal teman yang bersengketa dengan kita, kerana hal ini akan menambah burukkan lagi keadaan dan mungkin akan membawa kepada permasalahan yang lebih besar lagi. Kita perlu ingat, tidak semua individu itu hanya mendengar tanpa menjadi penyampai tentang apa yang kita ceritakan. Harus diingat kadang - kadang apa yang kita ceritakan mengenai sesuatu itu pastinya akan ada tokok tambah mengenainya apabila ia diceritakan kepada orang lain, padahal cerita asal kita cuma pendek saja namun apabila ianya diceritakan kepada orang lain, maka cerita itu akan berubah dari yang asalnya. Hal ini yang perlu diingat.......
Apa pun tuding menuding dalam masalah yang timbul tidak akan pernah habis dan selesai jika kita tidak menyelesaikannya.

0 ulasan: