Isnin, 9 Ogos 2010

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN



Rasanya sudah lama aku tidak menulis apa - apa didalam blog ini, bukan apa faktor masa dan kesibukan harian membuatkan aku jarang menulis untuk blog ini. Banyak sekali tugas yang perlu aku selesaikan dan selain daripada itu sibuk dengan urusan - urusan keluarga, jadi yang perlu dihadulukan perlulah didahulukan terutama sekali dengan urusan tugas dalam pekerjaan dan keluarga. Dan Alhamdulillah rasanya mungkin esuk atau lusa kita semua akan memulakan ibadah puasa, dan tanpa kita rasakan masa membawa kita bergerak pantas, dan tanpa kita sedari kita sudah pun memasuki bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkahan, bulan ibadat dan bulan keampunan.


Rasa syukur ku panjatkan kepada Allah SWT kerana menemukan aku lagi dengan Ramadhan pada tahun ini, Terima Kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan Ramadhan kali ini, tiada lain yang dipanjatkan melain rasa syukur yang tidak terhingga. Kepada awda sekalian pengunjung blog ku ini, terlebih dahulu aku memohon kemaafan andainya ada perkataan yang salah menyinggung perasaan didalam bahasa dan tulisan ku, dan semoga esuk apabila kita memulakan ibadah puasa, insyaAllah semoga ibadah puasa kita akan diterima disisi Allah jua....Amin. Buat isteri yang tersayang semoga Ramadhan kali ini dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua dan semoga cita - cita kita untuk menimang cahaya mata akan dikabulkan oleh Allah SWT berkat doa kita dibulan yang penuh dengan berkah ini. Buat keluarga tersayang semoga ikatan kekeluargaan kita akan terus bersimpul erat dan kehidupan kita akan terus kekal bahagia, biarpun kebelakangan ini terlalu banyak dugaan yang telah kita terima daripada Tuhan, dan semoga dengan dugaan yang kita terima itu akan membuatkan kita seluruh keluarga akan bertambah sehati dan bertambah erat lagi ikatan kekeluargaan kita semua. Dan semoga kita semua akan sentiasa mendapat rahmat dan taufiq daripada Allah SWT jua... Amin.

BUat rakan - rakan sepejabat ku pohonkan kemaafan andainya ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan baik secara disedari maupun tidak. Maklum sajalah pergaulan seharian tidak kita terasa ada kalanya tanpa disedari telah menyinggung perasaan dan hati orang lain. Kerana itulah aku memohon kemaafan agar esuk apabila kita mula menunaikan ibadah puasa kita semua akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Dan pada semua yang mengenali diri ini kemaafan dari kalian amat bermakna bagi ku agar esuk bila kita berpuasa kita semua akan mendapat keberkatan daripada Tuhan yang Maha Esa. Kerana maaf bermaafan sebelum kita berpuasa adalah dituntut didalam islam, dan agar ianya tidak mencacat celakan ibadah puasa kita. Jadi marilah kita bermaafan sesama kita sebelum kita menunaikan ibadat puasa dan semoga ibadah puasa yang kita laksanakan akan mendapat berkat daripada Allah SWT Jua.

Semoga segala ibadah yang kita lakukan disepanjang bulan yang penuh berkat ini, bulan yang terbaik daripada seribu bulan ini akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda, namun apa yang penting adalah keikhlasan kita didalam kita menunaikan ibadah kita dan juga didalam kita sama - sama menjalinkan hubungan persaudaraan sesama kita. Dan semoga mana - mana hubungan yang selama ini tidak baik akan terjalin erat kembali...Amin.!

0 ulasan: