Isnin, 4 Ogos 2008

KASIH


Seperti juga dengan CINTA, perkataan KASIH adalah terlalu sukar untuk diungkapkan. Bak kata bidalan 'BERKAWAN BIAR SERIBU BERKASIH BIAR SATU', itu mungkin ungkapan yang ditujukan pada mereka yang sedang dilamun cinta. Namun bagiku perkataan kasih itu jika hendak dihuraikan adalah terlalu dalam maknanya. Kasih bukan saja untuk pasangan yang bercinta, malah juga untuk orang yang tersayang iaitu ibu bapa kita.


Kasih Ibu membawa kesyurga kasih ayah sepanjang hayat, itulah antara salah sebuah tajuk lagu yang pernah didendangkan oleh seorang penyanyi veteran tahun 60an. Kadang - kadang kita selalu terlupa untuk memberikan kasih sayang kepada orang tua kita, malah kita sering menumpukan kasih sayang kita kepada kekasih hati kita. Namun setelah orang tua kita pergi meninggalkan kita untuk selamanya barulah kita mula menyedari akan kesilapan kita kepada mereka, barulah kita mencuba mencari - cari kasih sayangnya. Barulah kita cuba untuk mengingati kasih sayang yang pernah diberikan, kita menyesal diatas kesilapan kita kepada mereka.


Bagi yang mempunyai ibubapa, curahkanlah kasih sayang awda kepada mereka, kerana apabila mereka telah tiada lagi didunia ini, anda pastinya akan tercari - cari kasih sayang kedua ibubapa kita itu, terlalu berbeza memberikan kasih dan menerima kasih sayang. Kasihi ibu kita kerana kasihnya hingga keSyurga, kasihi ayah kita kerana kasehnya tidak pernah putus. Jadi kasihilah mereka selgai mereka masih ada, kerana apabila mereka telah tiada kita akan menangis tercari - cari kasih mereka itu sebenarnya.

0 ulasan: