Ahad, 3 Ogos 2008

CINTA









Apa itu C. I. N. T. A.? Entahlah, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghuraikan makna CINTA itu sebenarnya. Terlalu luas untuk dihuraikan maksud dan makna CINTA itu, meluas dalam erti kata bukan tertumpu untuk satu saja tetapi untuk merangkumi semuanya.



Bagi sesetengah orang maksud cinta itu adalah huraian kepada seseorang yang sangat disayangi. Itu bagi yang mabuk cinta. Namun bagi aku rasa cinta itu amat meluas untuk dihuraikan. C inta kepada Tuhan yang menjadikan kita, cinta pada Rasul, Cinta kepada Ugama, Cinta kepada Negara, Cinta Kepada Ibubapa, cinta kepada keluarga. Jadi makna CINTA itu sebenarnya terlalu luas, yang perlu untuk dihuraikan satu - persatu.



Menyatakan hasrat hati pada pasangan 'AKU CINTA PADA MU' adalah merupakan satu perkata yang terlalu amat lumrah untuk diluahkan. Bila sudah mabuk bercinta, segalanya terlalu indah untuk dinyatakan. Aku cinta pada mu tidak kira tempat untuk dilafazkan. Namun itulah keajaiban CINTA, yang lahir dari hati.

CINTA MONYET, dari mana perkataan itu datang? Dan bagaimana mereka tahu yang itu adalah cinta monyet? Entahlah aku sendiri pun kadang - kadang terfikir juga darimana mereka dapat tahu yang bagaimana monyet bercinta. Aku sendiri pun kadang gelak juga bila memikirkan binatang yang tak tahu apa-apa tu dijadikan contoh terdekat dalam memberikan makna cinta. Hebat bukan...? Itulah dia keajaiban cinta sehinggakan cinta monyet pun orang tahu.....!



0 ulasan: