Rabu, 6 Ogos 2008

TERMENUNG DAN RENUNGKANLAH.....


Bila kita teringatkan peristiwa lalu, kita sering termenung. Dalam masa termenung kadang - kadang timbul rasa kesal kita yang tidak dapat kita lupakan. Bermacam- macam kekesalan timbul dalam masa kita termenung. Apa tah lagi jika kita pernah melakukan sebarang kesalahan maka akan bertambahlah kekesalan pada diri kita.
Jarang sekali kita termenung untuk suka-suka. Melainkan jika kita ada masalah kita akan termenung panjang sambil berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapai ketika itu. Adakalanya dalam masa kita termenung kita ketawa sendirian itu pun jika ada perkara lucu yang bermain dalam benak fikiran, dan adakalanya kita menangis tanpa disedari apabila teringat akan kesilapan kita pada masa yang lalu. Kadang - kadang kita murung, mungkin kerana masalah yang kita hadapai tidak dapat kita selesaikan sendirian. Ada masa kita meronta-ronta dalam hati namun hanya dapat dilontarkan dalam masa kita termenung.
Orang yang melihat hanya akaan dapat memerhatikan diri kita semasa kita termenung saja, adakalanya sewaktu kita termenung, kita dikejutkan oleh orang sekeliling kita yang tidak ingin melihat kita termenung panjang.Apapun, bila kita termenung panjang maka otak kita juga akan turut berfikir. Kehidupan ini terlalu panjang namun kita juga mesti ingat bahawa semakin usia kita meningkat maka semakin itu jugalah kita hampir kepada kematian.
Kita bersyukur umur kita dipanjangkan oleh Tuhan setiap tahun, dan apakah kita sering teringat bahawa kematian itu juga sudah semakin dekat dengan kita? Saya sering mengingatkan diri saya agar selalu ingat pada kematian, dan saya sering ingatkan bahawa saya juga perlu merubah keolahan saya. Saya pernah diberitahu oleh kawan saya bahawa seseorang itu apabila usianya 40 tahun, jika dia tidak berubah maka akan begitulah keadaannya sehingga keakhir hayatnya. Kerana itu juga saya selalu ingatkan pada diri saya bahawa sebelum usia saya mencecah ke 40 tahun yang hanya tinggal beberapa tahun saja lagi, saya mesti berubah secara perlalhan. Saya ingin menjadi seorang insan yang berguna pada ugama, bangsa dan negara, juga ingin menjadi seorang hamba Allah yang begitu mentaati suruhanNya. Cukuplah saya tinggalkan perangai dan perbuatan syaa yang buruk yang dulu - dulu semasa usia remaja dan zaman bujang saya, kini saya sudah bergelar suami dan insyaAllah jika ada rezeki akan dikurniakan anak, jadi kini saya perlu untuk merubah kehidupan saya. Namun saya cukup bersyukur kerana pengalaman masa lampau yang saya lalui telah banyak mengajar saya erti perjalanan hidup. Banyak pengalaman yang saya timba dan lalui, selain dari merasai berbagai kegagalan dalam hidup. Dan dari pengalaman semua itulah saya belajar untuk terus bersabar dalam menjalani kehidupan ini. Semoga saya akan terus tabah dalam mengharungi perjalanan ini seterusnya, kerana perjalanan hari esuk mungkin akan terus mencabar dari perjalan hari ini dan hari - hari semalam.

0 ulasan: