Khamis, 14 Ogos 2008

BELAJAR DARI PERJALANAN HIDUP


Hidup ini umpama roda, yang terus berputar kadang lama ia berada diatas dan kadang ia berada dibawah sekejap, namun percaturan hidup ini kadang - kadang tidak dapat untuk ditentukan. Namun apa yang penting, hidup perlu diteruskan.
Kegagalan adalah merupakan satu perkataan yang tidak diingin oleh setiap orang, namun bagaimanakah cara kita untuk mengelakkan kegagalan itu dari terus berlaku dan menyelubungi kehidupan kita? Gagal sekali bukan bermakna kita akan terus menerus gagal, dalam erti kata yang lain rabah sekali bukan bermakna kita akan terus lumpuh, biarpun kita patah bukan bermakna kita tidak lagi dapat bangun untuk meneruskan perjalan dan akan terus terbaring, berbagai cara untuk kita berusaha untuk kembali berjalan, biar sekali patah namun kita boleh gunakan tongkat asalkan kita mampu berjalan dan menuju kearah kejayaan.
Sebilangan orang dia akan terus berputus asa apabila dia gagal dalam segala hal. Kerana baginya kegagalan itu umpama sial yang akan terus menyelubungi dirinya. Padahal jalan masih panjang didepan untuknya meneruskan perjalanan menuju kejayaan. Tidak pernah dia menjadikan kegagalan itu sebagai perintis untuk dia terus maju apa yang dilakukannya hanyalah terus berputus asa dan bersedih. Bukan itu sesuatu yang bodoh yang akan terus merugikan diri. Bukan rugi untuk gagal, tapi adalah satu keuntungan kerana dari kegagalan kita belajar untuk memperbaiki diri kita sendiri, dan belajar untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan yang kita impikan. Bila kita toleh kebelakang dan mempelajari sejarah tokoh - tokoh dunia yang berjaya menempah kejayaan dan menempah nama, mereka juga pernah gagal dalam kehidupan mereka, namun mereka tidak berputus asa untuk bangun dari kegagalan mereka, dan akhirnya mereka berjaya menempah kejayaan melalui kegagalan mereka yang terdahulu.
Bangunlah kita, buka minda seluasnya dan berfikir kedepan adalah satu matlamat, memandang kebelakang adalah satu pedoman dan pengalaman dan akhirnya ianya akan menjadi kejayaan. Usia kita akan terus meningkat dari setahun dan kesetahun, angka yang bertambah menujukkan siapa diri kita dalam merempuh kehidupan kita, adakalanya biarpun umur yang dimiliki terlalu tinggi, namun tidak pernah mempunyai pengalaman yang luas, dan ada sebilangan pula mempunyai umur yang rendah tetapi mempunyai pengalaman yang luas, inilah putaran dunia, yang kadang - kadang berputar belit dalam menuju satu distinasi esuk. Biar setiap hari disitinasi yang kita lalui adalah sama, namun ceritanya akan berbeza pada hari hari seterusnya, namun kita yang harus berfikir bagaimana untuk mengolah ianya menjadikan ia sebagai satu cerita dalam kehidupan kita. Berfikirlah kita apa kita akan buat untuk hari esuk, dan belajarlah dari paa yang kita lalui pada hari ini dan kelamarin. - HM TASRA

0 ulasan: