Rabu, 6 Ogos 2008

KEMARIN...

Pusingan waktu dan masa dari hari kehari semakin pantas, samada kita perasaan atau tidak dengan perubahan waktu tidak kurang pastilah. BAgi aku perubahan waktu yang bergerak begitu pantas ini terlalu amat ketara ku rasakan. Terasa amat pantas gerak waktu berlalu dari minit ke jam hinggalah sampai sehari 24jam.


Aku yang lahir dalam era 7o'an dalam abad kedua puluh ini kadang - kadang terasa benar dengan perubahan dunia masa kini. Bukan kerana pantasnya masa berlalu, namun keatas perubahan yang telah banyak keatas dunia. Dalam abad ke-21 ini kita telah ditekankan dan diberitahu mengenai dengan isu kepanasan global. Dikhabarkan dalam berita ais - ais yang ada di Khutub Utara kini sudah menjadi cair, dan ini adalah berpunca dari kepanasan global akibat kecuaian manusia. Kini kita sibuk untuk mengurangkan pencemaran udara, malah kes rumah hijau juga sering menjadi perbincangan. DUnia diancam b\dengan berbagai isu, bukan isu kepanasan global, tapi dengan berbagai - bagai isu yang lain, antaranya isu Nuclear, peperangan dan berbagai lagi yang menjadi isu dunia sekarang.


Sedang hari hari kemarin isu - isu sebegini jarang sekali kedengaran, apa yang sering didengar hanyalah isu yang berbangkit dengan penindasan, peperangan dan sedikit dengan isu nuklear. Jarang ada yang memperkatakan tentang isu kepanasan global seperti yang sedang hangat diperkatakan diseluruh dunia ketika ini.


Kecanggihan masa kini memang terlalu banyak ketara, jika dulu perantara untuk meyampaikan khabar berita hanyalah melalui surat saja, biarpun ada telepon cuma sering digunakan sekali sekala dengan alasan bayaran atau caj yang dikenakan adalah amat mahal, lagipun berapa banyak saja rumah yang mempunyai telefon, jadi hanya surat saja yang dijadikan tempat untuk melepaskan rindu. Namun perbezaan kini nampak ketara, dan malah semakin jelas ialah dengan kemudahan teknologi terkini yang semakin canggih. Telepon bimbit atau mobile phone adalah satu lagi alatan perhubungan cepat yang mesti dimiliki oleh setiap orang masa kini, dan ianya adalah juga perantaraan yang paling cepat masa kini. Yang lebih menyeronokkan lagi masa kini adalah, telepon bimbit kini telah dibekalkan dengan kamera, jadi apabila kita berbual kini kita bukan saja hanya sekadar berbual malah juga sudah boleh untuk melihat wajah orang yang menghubungi kita, jadi segalanya serba mudah, dan inilah yang dikatakan oleh orang moden sebagai teknologi yang tiada sempadan.


Apa yang ada pada hari ini telah banyak berbeza dari hari - hari kemarin, segalanya kini menjadi serba rengkas dan cepat, jika dulu kerja - kerja yang dibuat terutama untuk kerja - kerja yang berhubung dengan kertas kerja dibuat hanya dengan menggunakan mesin taip (type writer), yang mana jika berlaku kesalahan akan banyaklah kertas yang terbuang, namun kini segalanya menjadi lebih rengkas dengan adanya komputer, mudah untuk melakukan kerja, tidak ada lagi pembaziran kertas, malah segala data yang diperlukan hanya disimpan kedalam data yang telah tersebid didalam komputer tersebut. Ingin membuatnya kembali hanya dengan membuka fail yang telah disimpan didalam perisian khas komputer tersebut, segalanya serba canggih.


Jika dulu, saluran - saluran tv hanya ada beberapa buah saja, dapat dihitung dengan tangan, namun dengan dunia teknologi yang semakin canggih ini kita telah dapat melihat berbagai stesen tv melalui parabola dan juga sistem tv cable network, kita boleh mngubah apa saja rancangan yang ingin kita lihat, tapi apa yang perlu ada untuk mendapatkan semua ini adalah duit. Kerana segalanya menggunakan duit untuk mendapatkannya.


Itulah hidup pada hari ini, segalanya telah berubah. Hari - hari kemarin adalah kenangan dan pengalaman yang perlu dibawa untuk hari ini dan lusa, sebagai iktibar pada perjalanan hari - hari ini dan seterusnya. Kemarin dan kemarin hanyalah sebuah sejarah dan kenangan yang hanya akan menjadi cerita dan iktibar untuk mereka generasi yang akan datang....

0 ulasan: