Rabu, 13 Ogos 2008

AKU AKAN TERUS MERINDUI MU.... MAMA.



Tengah malam 07 Mei 2008 bersamaan dengan 1 Jamadilawal 1429H, adalah tarikh yang tidak mungkin akan luput dalam ingatan ku. Tarikh ini akan terus ku ingat sampai bila - bila dan ianya akan terus kekal bersama kehidupanku. Pada tarikh itulah mama ku yang tersayang telah pergi meninggalkan kami semua untuk selama - lamanya, pergi menghadap Maha Pencipta Allah SWT.
Tiada yang dapat diluahkan melainkan hanya tangisan pilu. Tiada siapa pun diantara kami yang tahu bahawa malam itu adalah malam terakhir kami untuk bersamanya sebelum ia menghembuskan nafas kali terakhir. Apa yang amat menyedehkan disaat pemergiannya tiada siapa pun diantara kami anak-anaknya maupun ayah berada disisinya mengirini pemergiannya kali terakhir kecuali anak saudara perempuanku dan juga adik mama iaitu ibu saudara ku. Perginya begitu tenang seolah tiada apa yang menggangu perjalanan terakhirnya, dia begitu tenang kata ibu saudara ku. Aku begitu pilu, insan yang ku sayang pergi meninggalkan aku disaat aku hendak melangsungkan hari perkahwinanku, kira - kira 6 minggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan ku.
Tiada yang dapat ku luahkan dikala berita pemergiannya diberitahu dikala kami semua dalam perjalanan menuju hospital ketika dia diberitahu dalam kadaan tant, hati ku tidak percaya, dan hanya terus mengatakan mama akan terus hidup sehingga majlis perkahwinan ku. Sampai kewad mama ditahan, hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa berada didepan ku, ayah sudah hilang arah mnangis tanpa segan silu, kakak- kakak ku juga begitu. Aku terus hilang akal, aku gerakkan tubuh mama yang sudah tidak bernyawa sambil menangis, aku suruh ia bangun sambil menyatakan bahawa mama tidak boleh pergi dulu kerana hasratnya belum tercapai untuk melihat aku besanding, aku semakin kehilangan akal, sepupu ku terus memapah aku membawa keluar demi untuk melaraikan keadaan ku.
Sampai jenazah dirumah, apa yang dapat ku buat hanyalah bermain dengan airmata. Seribu kekesalan bermain dibenak, namun aku redah disaat hari terakhirnya, aku juga sempat merawat ibu, memberinya makan ibu, dan mungkin itulah kali terakhir yang dapatku buat untuk ibu dan mudahan ianya adalah satu kegembiraan buatnya. Mengepalai anak - anak buahku membaca surah Yassin, aku tersekat sekat yang mana akhirnya aku tidak dapat membaca, kerana hanya airmata yang bermain dengan ku. Aku menangis sehingga aku tidak tahu lagi bagaimana hendak berhenti. Tambah pilu apabila aku melihat wajah ayah ku kini yang tiada berteman. Hubungan kasih sayang diantara mereka adalah kekuatan yang begitu kuat dalam keluarga kami. Ketegasan arwah mama dalam memberikan pendidikan kepada kami adalah satu peninggalan yang paling berharga buat kami adik beradik, aku cukup berbangga kerana ketegasan mama itulah yang menjadikan kami berpelajaran dan berjaya dalam hidup kami.
Bagi ku pemergian mama adalah kehilangan besar dalam keluarga kami. Bukan saja ayah dan kami anak - anaknya yang kehilangan, cucunya juga merasakan kehilangannya. Keceriaannya kini telah tiada lagi, kemarahan dan keriuhannya juga sudah tiada lagi dalam menegur cucunya. Hati nya yang sentiasa inginan untuk anak cucunya juga hanya kini tinggal kenangan. Apa yang kini menjadi satu kenangan ialah, bahawa setiap hari lahir anak - anak dan juga cucu-cucunya tidak pernah dilupakannya, pasti diala orang yang pertama akan mengingatkan kami dan begitu bersemangat untuk menyambut hari lahir kami semua. Itulah kenangan yang kini akan terus segar dalam hidup kami semua. Pemergian mama adalah kehilangan besar buat seluruh keluarga.
Ya Allah, sesungguhnya kau maha pengampun atas segala dosa yang dilakukan oleh hamba mu, ampunkan dosa ibu ku dan kau himpunkanlah rohnya beserta dengan orang - orang yang engkau saya, para salihin dan juga ahli - ahli syurga. Amin...! Tenanglah kau disana wahai bonda ku yang tersayang, satu waktu kita pastinya akan berjumpa lagi disana.

0 ulasan: