Khamis, 14 Ogos 2008

BELAJAR DARI PERJALANAN HIDUP


Hidup ini umpama roda, yang terus berputar kadang lama ia berada diatas dan kadang ia berada dibawah sekejap, namun percaturan hidup ini kadang - kadang tidak dapat untuk ditentukan. Namun apa yang penting, hidup perlu diteruskan.
Kegagalan adalah merupakan satu perkataan yang tidak diingin oleh setiap orang, namun bagaimanakah cara kita untuk mengelakkan kegagalan itu dari terus berlaku dan menyelubungi kehidupan kita? Gagal sekali bukan bermakna kita akan terus menerus gagal, dalam erti kata yang lain rabah sekali bukan bermakna kita akan terus lumpuh, biarpun kita patah bukan bermakna kita tidak lagi dapat bangun untuk meneruskan perjalan dan akan terus terbaring, berbagai cara untuk kita berusaha untuk kembali berjalan, biar sekali patah namun kita boleh gunakan tongkat asalkan kita mampu berjalan dan menuju kearah kejayaan.
Sebilangan orang dia akan terus berputus asa apabila dia gagal dalam segala hal. Kerana baginya kegagalan itu umpama sial yang akan terus menyelubungi dirinya. Padahal jalan masih panjang didepan untuknya meneruskan perjalanan menuju kejayaan. Tidak pernah dia menjadikan kegagalan itu sebagai perintis untuk dia terus maju apa yang dilakukannya hanyalah terus berputus asa dan bersedih. Bukan itu sesuatu yang bodoh yang akan terus merugikan diri. Bukan rugi untuk gagal, tapi adalah satu keuntungan kerana dari kegagalan kita belajar untuk memperbaiki diri kita sendiri, dan belajar untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan yang kita impikan. Bila kita toleh kebelakang dan mempelajari sejarah tokoh - tokoh dunia yang berjaya menempah kejayaan dan menempah nama, mereka juga pernah gagal dalam kehidupan mereka, namun mereka tidak berputus asa untuk bangun dari kegagalan mereka, dan akhirnya mereka berjaya menempah kejayaan melalui kegagalan mereka yang terdahulu.
Bangunlah kita, buka minda seluasnya dan berfikir kedepan adalah satu matlamat, memandang kebelakang adalah satu pedoman dan pengalaman dan akhirnya ianya akan menjadi kejayaan. Usia kita akan terus meningkat dari setahun dan kesetahun, angka yang bertambah menujukkan siapa diri kita dalam merempuh kehidupan kita, adakalanya biarpun umur yang dimiliki terlalu tinggi, namun tidak pernah mempunyai pengalaman yang luas, dan ada sebilangan pula mempunyai umur yang rendah tetapi mempunyai pengalaman yang luas, inilah putaran dunia, yang kadang - kadang berputar belit dalam menuju satu distinasi esuk. Biar setiap hari disitinasi yang kita lalui adalah sama, namun ceritanya akan berbeza pada hari hari seterusnya, namun kita yang harus berfikir bagaimana untuk mengolah ianya menjadikan ia sebagai satu cerita dalam kehidupan kita. Berfikirlah kita apa kita akan buat untuk hari esuk, dan belajarlah dari paa yang kita lalui pada hari ini dan kelamarin. - HM TASRA

Rabu, 13 Ogos 2008

AKU AKAN TERUS MERINDUI MU.... MAMA.



Tengah malam 07 Mei 2008 bersamaan dengan 1 Jamadilawal 1429H, adalah tarikh yang tidak mungkin akan luput dalam ingatan ku. Tarikh ini akan terus ku ingat sampai bila - bila dan ianya akan terus kekal bersama kehidupanku. Pada tarikh itulah mama ku yang tersayang telah pergi meninggalkan kami semua untuk selama - lamanya, pergi menghadap Maha Pencipta Allah SWT.
Tiada yang dapat diluahkan melainkan hanya tangisan pilu. Tiada siapa pun diantara kami yang tahu bahawa malam itu adalah malam terakhir kami untuk bersamanya sebelum ia menghembuskan nafas kali terakhir. Apa yang amat menyedehkan disaat pemergiannya tiada siapa pun diantara kami anak-anaknya maupun ayah berada disisinya mengirini pemergiannya kali terakhir kecuali anak saudara perempuanku dan juga adik mama iaitu ibu saudara ku. Perginya begitu tenang seolah tiada apa yang menggangu perjalanan terakhirnya, dia begitu tenang kata ibu saudara ku. Aku begitu pilu, insan yang ku sayang pergi meninggalkan aku disaat aku hendak melangsungkan hari perkahwinanku, kira - kira 6 minggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan ku.
Tiada yang dapat ku luahkan dikala berita pemergiannya diberitahu dikala kami semua dalam perjalanan menuju hospital ketika dia diberitahu dalam kadaan tant, hati ku tidak percaya, dan hanya terus mengatakan mama akan terus hidup sehingga majlis perkahwinan ku. Sampai kewad mama ditahan, hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa berada didepan ku, ayah sudah hilang arah mnangis tanpa segan silu, kakak- kakak ku juga begitu. Aku terus hilang akal, aku gerakkan tubuh mama yang sudah tidak bernyawa sambil menangis, aku suruh ia bangun sambil menyatakan bahawa mama tidak boleh pergi dulu kerana hasratnya belum tercapai untuk melihat aku besanding, aku semakin kehilangan akal, sepupu ku terus memapah aku membawa keluar demi untuk melaraikan keadaan ku.
Sampai jenazah dirumah, apa yang dapat ku buat hanyalah bermain dengan airmata. Seribu kekesalan bermain dibenak, namun aku redah disaat hari terakhirnya, aku juga sempat merawat ibu, memberinya makan ibu, dan mungkin itulah kali terakhir yang dapatku buat untuk ibu dan mudahan ianya adalah satu kegembiraan buatnya. Mengepalai anak - anak buahku membaca surah Yassin, aku tersekat sekat yang mana akhirnya aku tidak dapat membaca, kerana hanya airmata yang bermain dengan ku. Aku menangis sehingga aku tidak tahu lagi bagaimana hendak berhenti. Tambah pilu apabila aku melihat wajah ayah ku kini yang tiada berteman. Hubungan kasih sayang diantara mereka adalah kekuatan yang begitu kuat dalam keluarga kami. Ketegasan arwah mama dalam memberikan pendidikan kepada kami adalah satu peninggalan yang paling berharga buat kami adik beradik, aku cukup berbangga kerana ketegasan mama itulah yang menjadikan kami berpelajaran dan berjaya dalam hidup kami.
Bagi ku pemergian mama adalah kehilangan besar dalam keluarga kami. Bukan saja ayah dan kami anak - anaknya yang kehilangan, cucunya juga merasakan kehilangannya. Keceriaannya kini telah tiada lagi, kemarahan dan keriuhannya juga sudah tiada lagi dalam menegur cucunya. Hati nya yang sentiasa inginan untuk anak cucunya juga hanya kini tinggal kenangan. Apa yang kini menjadi satu kenangan ialah, bahawa setiap hari lahir anak - anak dan juga cucu-cucunya tidak pernah dilupakannya, pasti diala orang yang pertama akan mengingatkan kami dan begitu bersemangat untuk menyambut hari lahir kami semua. Itulah kenangan yang kini akan terus segar dalam hidup kami semua. Pemergian mama adalah kehilangan besar buat seluruh keluarga.
Ya Allah, sesungguhnya kau maha pengampun atas segala dosa yang dilakukan oleh hamba mu, ampunkan dosa ibu ku dan kau himpunkanlah rohnya beserta dengan orang - orang yang engkau saya, para salihin dan juga ahli - ahli syurga. Amin...! Tenanglah kau disana wahai bonda ku yang tersayang, satu waktu kita pastinya akan berjumpa lagi disana.

Ahad, 10 Ogos 2008

BICARA SECAWAN KOPI.... NAK KERJA KE TIDAK NI???


Orang nak kerja dia pun nak kerja juga. Bila dapat kerja banyak pula sengehnya. Entahlah itulah perangai setengah dari orang kita. Sebelum dapat kerja beria-ia dia hendak bekerja, tapi bila kerja ada dalam tangan mulalah dia berlagak seperti boss. Bila disuruh buat kerja berbagai alasan diberikan, itulah inilah, sakit itulah sakit inilah, tapi bila hujung bulan segalanya mesti cepat terutama dalam bab - bab gaji.
Teringat aku satu kisah, bukan ditempat lain tempat aku bekerja. Biasalah tempat aku kerja ni, selalu adakan mesyuarat, maklumlah bahagian aku atu tingkat dengan bilik big boss jadi hampir setiap hari mesyuarat diadakan. Dipejabat kami memang ada beberapa orang yang bekerja sebagai pembantu pejabat, tugas mereka adalah untuk menyediakan keperluan - keperluan mesyuarat termasuklah menyediakan makanan dan minuman untuk mesyuarat. Salah seorang daripada pembantu pejabat ini, memang sudah agak terbiasa dengan tugas macam ini, dia sudah lali dengan tugasnya yang macam ni, dia sudah tahu mesyuarat apa yang diadakan setiap hari, dan bilik apa yang akan digunakan, jadi dia akan menyediakan semua itu sesuai dengan keramaian mereka yang akan hadir pada mesyuarat itu.
Namun apakan daya tanpa disedari rupanya umurnya kakak tu dah pun menjangkau 55 tahun dan dia dikehendaki untuk menamatkan perkhidmatannya, jadi berpencenlah kakak tadi. Semasa kakak tu pencen, dia sepatutnya diganti oleh salah seorang staff yang sama jawatan dengan kakak tadi, jadi dipanggillah orang ni untuk menggantikan tempat kakak yang pencen tadi. Ohoi.......! nak tahu apa??? ceritanya jadi hebat pula....!
Orang yang menggantikan tempat kakak yang pencen tadi, memang pada dasarnya mempunyai tugas yang sama, cuma sebelum ini tugas yang dia lakukan tidaklah seberat tugas yang dijalankan oleh kakak yang pencen tadi. Jadi dipanggillah kakak yang satu ni, hari pertama lagi dia mula mengeluh, dia kata tugasnya terlalu berat. Dia marah - marah, dia tak nakbuat kerja - kerja macam tu. Hari kedua dia datang tapi sekejap saja. Hari seterusnya dia tak timbul langsung, hilangkan diri....! ( Tapi ada dekat bawah, tolong orang dekat kedai operasi susun - susun barang jualan). Dia beri berbagai alasan jika dia ditelepon untuk naik keatas untuk menolong orang sediakan keperluan mesyuarat, sakit kakilah, sakit tulanglah, demamlah nasib baik dia tak sebut dia lumpuh jika tidak mapuih.
Sambung balik cerita, dahlah begitu, dia jaja pula cerita dari tingkat bawah hingga atas, konon staff dalam bilik boss dera dia suruh cuci cawang sehingga 70 biji? Ish..ish..ish.... celupar betul dia ni...! heboh kita orang dibuatnya....! dia cakap dia sakit kaki sebab terlebih cuci cawan. Hait suruh jalankan tugas dia berikan alasan yang berbagai, tapi duduk bawah bantu budak koperasi kantin tu susun -susun barang tak pula dia sakit apa-apa, mana satu betul ni? Siapa bayar gaji dia ni? koperasikah atau jabatan kah?
Peristiwa lucu berlaku, bila dah staff kat atas ni mengomel pasal orang ni, akhirnya sampailah ketelinga boss, jadi kita orang usulkanlah pada pengarah sendiri untuk memanggil dia datang atas buat kerja, tau - tau pengarah sendiri takut, kata big boss dia takut nanti berbagai cerita pula dia jaja kesana kemari, nanti teruk pula orang fikir tentang dia.
Yang jadi persoalan sekarang, orang macam ni, layakkah tidak untuk terus diambil bekerja? Bila ada kerja dia tak mahu jalankan tugas dengan baik, dah tu pula dia buat kerja orang lainj, yang bukan pula bayar gaji dia, hei... teruklah macam ni. Company pun boleh lingkuplah kalau macam ni. Kalau macam tu bagus buat company sendiri, sendiri jadi boss sendiri jadi kuli, ada keuntungan telan sendirilah. Jadi fikir-fikirlah, kalau nak lama bekerja buatlah tugas dengan baik, jangan nanti bila dah tersepit baru mengadah.
Heheheheheheeeee...... sekadar ingat mengingati jangan sampai kita terus lupa. Ingat apa yang kita buat ganjarannya adalah gaji, gaji adalah sesuatu yang halal. Jika kita tak buat kerja dengan betul maknanya kita juga makan gaji yang tak halal ooooohhhhh.....! Selisih malaikat 44, jauhkan. Aku tak nak bersubhah dan masuk neraka kerana semua ni.














Rabu, 6 Ogos 2008

KEMARIN...

Pusingan waktu dan masa dari hari kehari semakin pantas, samada kita perasaan atau tidak dengan perubahan waktu tidak kurang pastilah. BAgi aku perubahan waktu yang bergerak begitu pantas ini terlalu amat ketara ku rasakan. Terasa amat pantas gerak waktu berlalu dari minit ke jam hinggalah sampai sehari 24jam.


Aku yang lahir dalam era 7o'an dalam abad kedua puluh ini kadang - kadang terasa benar dengan perubahan dunia masa kini. Bukan kerana pantasnya masa berlalu, namun keatas perubahan yang telah banyak keatas dunia. Dalam abad ke-21 ini kita telah ditekankan dan diberitahu mengenai dengan isu kepanasan global. Dikhabarkan dalam berita ais - ais yang ada di Khutub Utara kini sudah menjadi cair, dan ini adalah berpunca dari kepanasan global akibat kecuaian manusia. Kini kita sibuk untuk mengurangkan pencemaran udara, malah kes rumah hijau juga sering menjadi perbincangan. DUnia diancam b\dengan berbagai isu, bukan isu kepanasan global, tapi dengan berbagai - bagai isu yang lain, antaranya isu Nuclear, peperangan dan berbagai lagi yang menjadi isu dunia sekarang.


Sedang hari hari kemarin isu - isu sebegini jarang sekali kedengaran, apa yang sering didengar hanyalah isu yang berbangkit dengan penindasan, peperangan dan sedikit dengan isu nuklear. Jarang ada yang memperkatakan tentang isu kepanasan global seperti yang sedang hangat diperkatakan diseluruh dunia ketika ini.


Kecanggihan masa kini memang terlalu banyak ketara, jika dulu perantara untuk meyampaikan khabar berita hanyalah melalui surat saja, biarpun ada telepon cuma sering digunakan sekali sekala dengan alasan bayaran atau caj yang dikenakan adalah amat mahal, lagipun berapa banyak saja rumah yang mempunyai telefon, jadi hanya surat saja yang dijadikan tempat untuk melepaskan rindu. Namun perbezaan kini nampak ketara, dan malah semakin jelas ialah dengan kemudahan teknologi terkini yang semakin canggih. Telepon bimbit atau mobile phone adalah satu lagi alatan perhubungan cepat yang mesti dimiliki oleh setiap orang masa kini, dan ianya adalah juga perantaraan yang paling cepat masa kini. Yang lebih menyeronokkan lagi masa kini adalah, telepon bimbit kini telah dibekalkan dengan kamera, jadi apabila kita berbual kini kita bukan saja hanya sekadar berbual malah juga sudah boleh untuk melihat wajah orang yang menghubungi kita, jadi segalanya serba mudah, dan inilah yang dikatakan oleh orang moden sebagai teknologi yang tiada sempadan.


Apa yang ada pada hari ini telah banyak berbeza dari hari - hari kemarin, segalanya kini menjadi serba rengkas dan cepat, jika dulu kerja - kerja yang dibuat terutama untuk kerja - kerja yang berhubung dengan kertas kerja dibuat hanya dengan menggunakan mesin taip (type writer), yang mana jika berlaku kesalahan akan banyaklah kertas yang terbuang, namun kini segalanya menjadi lebih rengkas dengan adanya komputer, mudah untuk melakukan kerja, tidak ada lagi pembaziran kertas, malah segala data yang diperlukan hanya disimpan kedalam data yang telah tersebid didalam komputer tersebut. Ingin membuatnya kembali hanya dengan membuka fail yang telah disimpan didalam perisian khas komputer tersebut, segalanya serba canggih.


Jika dulu, saluran - saluran tv hanya ada beberapa buah saja, dapat dihitung dengan tangan, namun dengan dunia teknologi yang semakin canggih ini kita telah dapat melihat berbagai stesen tv melalui parabola dan juga sistem tv cable network, kita boleh mngubah apa saja rancangan yang ingin kita lihat, tapi apa yang perlu ada untuk mendapatkan semua ini adalah duit. Kerana segalanya menggunakan duit untuk mendapatkannya.


Itulah hidup pada hari ini, segalanya telah berubah. Hari - hari kemarin adalah kenangan dan pengalaman yang perlu dibawa untuk hari ini dan lusa, sebagai iktibar pada perjalanan hari - hari ini dan seterusnya. Kemarin dan kemarin hanyalah sebuah sejarah dan kenangan yang hanya akan menjadi cerita dan iktibar untuk mereka generasi yang akan datang....

TERMENUNG DAN RENUNGKANLAH.....


Bila kita teringatkan peristiwa lalu, kita sering termenung. Dalam masa termenung kadang - kadang timbul rasa kesal kita yang tidak dapat kita lupakan. Bermacam- macam kekesalan timbul dalam masa kita termenung. Apa tah lagi jika kita pernah melakukan sebarang kesalahan maka akan bertambahlah kekesalan pada diri kita.
Jarang sekali kita termenung untuk suka-suka. Melainkan jika kita ada masalah kita akan termenung panjang sambil berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapai ketika itu. Adakalanya dalam masa kita termenung kita ketawa sendirian itu pun jika ada perkara lucu yang bermain dalam benak fikiran, dan adakalanya kita menangis tanpa disedari apabila teringat akan kesilapan kita pada masa yang lalu. Kadang - kadang kita murung, mungkin kerana masalah yang kita hadapai tidak dapat kita selesaikan sendirian. Ada masa kita meronta-ronta dalam hati namun hanya dapat dilontarkan dalam masa kita termenung.
Orang yang melihat hanya akaan dapat memerhatikan diri kita semasa kita termenung saja, adakalanya sewaktu kita termenung, kita dikejutkan oleh orang sekeliling kita yang tidak ingin melihat kita termenung panjang.Apapun, bila kita termenung panjang maka otak kita juga akan turut berfikir. Kehidupan ini terlalu panjang namun kita juga mesti ingat bahawa semakin usia kita meningkat maka semakin itu jugalah kita hampir kepada kematian.
Kita bersyukur umur kita dipanjangkan oleh Tuhan setiap tahun, dan apakah kita sering teringat bahawa kematian itu juga sudah semakin dekat dengan kita? Saya sering mengingatkan diri saya agar selalu ingat pada kematian, dan saya sering ingatkan bahawa saya juga perlu merubah keolahan saya. Saya pernah diberitahu oleh kawan saya bahawa seseorang itu apabila usianya 40 tahun, jika dia tidak berubah maka akan begitulah keadaannya sehingga keakhir hayatnya. Kerana itu juga saya selalu ingatkan pada diri saya bahawa sebelum usia saya mencecah ke 40 tahun yang hanya tinggal beberapa tahun saja lagi, saya mesti berubah secara perlalhan. Saya ingin menjadi seorang insan yang berguna pada ugama, bangsa dan negara, juga ingin menjadi seorang hamba Allah yang begitu mentaati suruhanNya. Cukuplah saya tinggalkan perangai dan perbuatan syaa yang buruk yang dulu - dulu semasa usia remaja dan zaman bujang saya, kini saya sudah bergelar suami dan insyaAllah jika ada rezeki akan dikurniakan anak, jadi kini saya perlu untuk merubah kehidupan saya. Namun saya cukup bersyukur kerana pengalaman masa lampau yang saya lalui telah banyak mengajar saya erti perjalanan hidup. Banyak pengalaman yang saya timba dan lalui, selain dari merasai berbagai kegagalan dalam hidup. Dan dari pengalaman semua itulah saya belajar untuk terus bersabar dalam menjalani kehidupan ini. Semoga saya akan terus tabah dalam mengharungi perjalanan ini seterusnya, kerana perjalanan hari esuk mungkin akan terus mencabar dari perjalan hari ini dan hari - hari semalam.

Isnin, 4 Ogos 2008

PERJALANAN


Dalam perjalanan kemana saja kita pergi kita bebas bergerak, kita bebas untuk berundur andainya distinasi yang hendak kita tuju itu tersalah. Namun pernahkah kita berundur kebelakang semula dalam perjalanan kehidupan kita? Dapatkah kita berundur kehari - hari semalam? Tentunya tidak bukan.....


Maha kaya Tuhan yang telah menciptakan kita, bertapa agung ciptaan Tuhan diatas muka bumi ini. Sejak dari hari pertama kita berada diatas muka bumi ini, selepas sembilan bulan sepuluh hari kita berada dalam kandungan ibu kita, kita hanya menangis apabila kita lapar, kita akan menangis apabila kita kencing dan berak, segalanya yang kita buat kita hanya akan gunakan tangisan. Dari hari kelahiran kita sehinggalah kita membesar dan dewasa, tidak pernah masa berundur, kita terus kedepan, apa yang tinggal hanyalah sebuah kenangan pada hari - hari semalam yang kita lalui. Hari semalam yang akan menjadi cerita pada hari esuk dan seterusnya.


Andai perjalan hidup ini dpat diundur kehari - hari semalam, sudah setentunya ramai yang akan terus berundur kezaman kanak-kanak, dan tidak ingin kemabli kezaman ia berada sekarang, kerana zaman itulah saja zaman yang paling bahagia bagi setiap orang. Zaman yang meninggalkan banyak kenangan manis dalam hayat kehidupan seorang insan.


Zaman kanak - kanak tidak banyak mendatangkan stress maupun tension kerana zaman kanak-kanak hanyalah zaman dimana kita hanya memikirkan masa untuk bermain dan berkhayal. Berkhayal untuk naik kebulan, berkhayal untuk menjadi superman, batman dan berkhayal untuk menjadi apa saja yang kita fikirkan kita kan jadi. Biarpun ianya tidak dapat dicapai, namun ianya sudah menjadi kepuasan hanya dengan berkhayal tidak perlu untuk memikirkan untuk mencapainya secara realiti. Sudah setentunya, apabila malam kita tidur akan didendangkan dengan alunan lagu-lagu naindong oleh ibu yang akan melenakan waktu tidur. Kemudian apabila kita bangun pagi, kita tidak perlu untuk berfikir apa hendak dibuat pada hari ini maupun untuk meikirkan apa yang terjadi semalam. Yang hanya ada pada benak kepala hanyalah hari ini aku nak main apa sama kawan - kawan. Itulah dia zaman kanak-kanak, dan itulah perjalan sebuah kehidupan dizaman kanak-kanak.


Terlalu unik perjalanan kehidupan yang telah ditentukan oleh maha pencipt keatas setiap hambanya. Dan terlalu indah juga adakalanya perjalanan ini. Apapun inilah perjalanan hidup yang mesti kita lalui. Dari seorang anak kecil yang tidak tahu apa - apa kita terus membesar dan menajdi seorang manusia. Dan untuk menentukan perjalanan kehidupan kita, adalah dalam tangan kita. Masa depan kita ada dalam tangan kita sendiri. Sesungguhnya Tuhan menyuruh kita berusaha untuk merubah nasib kita, kerana itulah kita perlu berusaha untuk mengubah nasib kita. Sesuatu yang terbaik tidak akan datang dengan bergolek dan terus melumpuk didepan kita, apa yang kita perlukan adalah melipatgandakan usaha kita untuk mecapai apa yang kita perlukan. Kita tidak perlu jadi seperti orang lain, namu kita mampu mencapai seperti apa yang orang lain capai. Kerana jika kita ingin menkadi seperti orang tersebut, jadi dimana kita mesti meletakkan diri kita. Bermakna kita tidak ada pegangan hidup untuk diri kita sendiri, dan kita hanya bergantung pada apa yang orang lain itu lakukan dulu, kemudian kita akan mengikutnya dari belakangnya. Itu bukannya kita. Kerana dalam perjalanan kehidupan kita ini, kita perlu meniru bagaimana orang lain itu buat, namun kita juga perlu untuk menghasilkan ciptaan kita sendiri. Hidup bukan untuk makan, dan makan bukan untuk hidup.


Perjalanan semakin pendek, dunia sudah semakin tua, masa berlalu sudah begitu pantas sehinggakan kita sudah tidak merasakan pertukaran waktu dari minit ke jam sudah semakin sekejap. Waktu pagi menuju senja hanya sekejap dirasakan, apatah lagi perjalanan waktu malam menuju subuh juga semakin pantas. Kita rasakan baru saja kita melabuhkan kepala diatas bantal dan baru saja melelapkan mata tau - tau ayam sudah berkokok dan matahari sudah mula bersinar. Belum sempat lagi bermimpi matahari sudah bersinar dan hari baru sudah bermula. Itulah dia perjalanan kehidupan kita, berputar dan terus berputar, kita hanya mengikut putaran itu dengan berlari - lari mengejar masa yang berlalu pantas, dan nyatanya dalam kita terus berlari mengejar masa masih banyak jua lagi yang tertinggal yang perlu kita perbaiki untuk perjalanan seterusnya.


Setiap hari waktu berputar 24jam dan dalam 24jam itulah juga kita tidak merasa yang perjalanan kehidupan kita juga sudah semakin lewat senjanya. Kita semakin melewati waktu dan semakin itu juga kita sudah menghampiri batas kematian. Persoalannya sudahkah kita bersedia untuk mati?? Jawapannya ada pada diri kita masing-masing...!

KASIH


Seperti juga dengan CINTA, perkataan KASIH adalah terlalu sukar untuk diungkapkan. Bak kata bidalan 'BERKAWAN BIAR SERIBU BERKASIH BIAR SATU', itu mungkin ungkapan yang ditujukan pada mereka yang sedang dilamun cinta. Namun bagiku perkataan kasih itu jika hendak dihuraikan adalah terlalu dalam maknanya. Kasih bukan saja untuk pasangan yang bercinta, malah juga untuk orang yang tersayang iaitu ibu bapa kita.


Kasih Ibu membawa kesyurga kasih ayah sepanjang hayat, itulah antara salah sebuah tajuk lagu yang pernah didendangkan oleh seorang penyanyi veteran tahun 60an. Kadang - kadang kita selalu terlupa untuk memberikan kasih sayang kepada orang tua kita, malah kita sering menumpukan kasih sayang kita kepada kekasih hati kita. Namun setelah orang tua kita pergi meninggalkan kita untuk selamanya barulah kita mula menyedari akan kesilapan kita kepada mereka, barulah kita mencuba mencari - cari kasih sayangnya. Barulah kita cuba untuk mengingati kasih sayang yang pernah diberikan, kita menyesal diatas kesilapan kita kepada mereka.


Bagi yang mempunyai ibubapa, curahkanlah kasih sayang awda kepada mereka, kerana apabila mereka telah tiada lagi didunia ini, anda pastinya akan tercari - cari kasih sayang kedua ibubapa kita itu, terlalu berbeza memberikan kasih dan menerima kasih sayang. Kasihi ibu kita kerana kasihnya hingga keSyurga, kasihi ayah kita kerana kasehnya tidak pernah putus. Jadi kasihilah mereka selgai mereka masih ada, kerana apabila mereka telah tiada kita akan menangis tercari - cari kasih mereka itu sebenarnya.

Ahad, 3 Ogos 2008

CINTA









Apa itu C. I. N. T. A.? Entahlah, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghuraikan makna CINTA itu sebenarnya. Terlalu luas untuk dihuraikan maksud dan makna CINTA itu, meluas dalam erti kata bukan tertumpu untuk satu saja tetapi untuk merangkumi semuanya.



Bagi sesetengah orang maksud cinta itu adalah huraian kepada seseorang yang sangat disayangi. Itu bagi yang mabuk cinta. Namun bagi aku rasa cinta itu amat meluas untuk dihuraikan. C inta kepada Tuhan yang menjadikan kita, cinta pada Rasul, Cinta kepada Ugama, Cinta kepada Negara, Cinta Kepada Ibubapa, cinta kepada keluarga. Jadi makna CINTA itu sebenarnya terlalu luas, yang perlu untuk dihuraikan satu - persatu.



Menyatakan hasrat hati pada pasangan 'AKU CINTA PADA MU' adalah merupakan satu perkata yang terlalu amat lumrah untuk diluahkan. Bila sudah mabuk bercinta, segalanya terlalu indah untuk dinyatakan. Aku cinta pada mu tidak kira tempat untuk dilafazkan. Namun itulah keajaiban CINTA, yang lahir dari hati.

CINTA MONYET, dari mana perkataan itu datang? Dan bagaimana mereka tahu yang itu adalah cinta monyet? Entahlah aku sendiri pun kadang - kadang terfikir juga darimana mereka dapat tahu yang bagaimana monyet bercinta. Aku sendiri pun kadang gelak juga bila memikirkan binatang yang tak tahu apa-apa tu dijadikan contoh terdekat dalam memberikan makna cinta. Hebat bukan...? Itulah dia keajaiban cinta sehinggakan cinta monyet pun orang tahu.....!



ABSTRAK - CATUR


Apakah itu abstrak? Bagi pendapat dan pandangan ku ABSTRAK adalah merupakan satu kebebasan, bebas dalam apa jua, pendapat, pemikiran dan apa jua, asalkan ianya tidak melampaui dari batas - batas yang ditentukan oleh agama dan hukum - hukum tertentu.
Pada mula aku melihat gambar ini aku mula tertarik, kerana bagi ku ianya mempunyai unsur pandangan secara peribadi. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri keatas gambar ini, namun aku tak pasti apakah huraian dan pandangan ku ini akan sama dengan pandangan yang ingin dihuraikan oleh pelukisnya.
Pandangan ku, lukisan yang berbentuk abstrak catur ini mempunyai maksud yang mendalam bagi ku. Dalam kebebasan yang terkandung pada maksud ABSTRAK itu sendiri, ada lagi percaturan yang perlu dijalani , mungkin inlah yang dimaksudkan oleh pelukis itu.
Dalam huraian yang lain, dalam kita menjalani perjalanan sebuah kehidupan ini, biar sebebas mana kita berjalan diatas muka bumi milik Tuhan yang luas ini, pastinya kita akan merempuhi berbagai ranjau dan duri. Pastinya kita tidak akan lepas dari berbagai percaturan hidup, biar sebebas mana pun kita berjalan dan hidup, pastinya ada saja percaturan hidup yang akan kita lalui, kita tidak hidup sendirian diatas muka bumi ini, dan biar pun kita bersendirian sekalipun hidup kita pastinya kita juga peka pada sekeliling kita.
Jadi dalam kita menjalani kehidupan kita, apa pun yang kita lalui adalah merupakan satu cubaan pada diri kita, sejauh mana kita dapat mengatasi masalah itu, sejauh mana kita dapat berfikir untuk menyelasaikannya semuanya terpikul diatas bahu kita. Jika kita kata kita ingin lari dari masalah itu, kita mungkin tidak mampu, kerana semakin kita lari dari masalah yang membelenggu maka semakin itulah juga kita akan terus berdepan dengan percaturan hidup ini.
Apa yang penting dalam hidup ini adalah bijak untuk mencaturkan perjalanan kehidupan kita, bijak dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Kerana sejauh mana pun kita lari maka tidak lepaslaj kita juga dari percaturan hidup dan masalah. Yang penting kita sering ingat pada yang Maha Kuasa. Berpegang pada Ugama dan sentiasa ingat pada Tuhan, InsyaAllah kita akan selamat selalu.

WELCOME TO MY BLOG....

WELCOME TO MY BLOG.. ATAU SELAMAT DATANG KE BLOG KU. BELUM BANYAK YANG DAPAT DICORETKAN KEATAS BLOG YANG BARU KU CREATE INI. SEMOGA BLOG INI NANTI AKAN DAPAT KU JADIKAN SEBAGAI WADAH UNTUK AKU MELUAHKAN SEGALA APA JUA YANG ADA PADA KEPALA OTAK KU, UNTUK MELUAHKAN SEGALA PERASAAN YANG TIDAK KU INGINI, DAN PADA SEMUA BOLEHLAH JUA MEMBERIKAN SEGALA KOMEN PADA APA YANG KU CORETKAN PADA BLOG INI.
SEMOGA DENGAN KOMEN DARI KALIAN AKU AKAN DAPAT MEMPERBAIKI LAGI APA JUA DALAM BLOG INI. SEKIAN DARI KU UNTUK KALI INI...