Salah satu hobi ku adalah melancong, dan banyak teman-teman ku mengatakan aku mempunyai hobi yang mahal, aku menjadikan melancong sebagai hobi ku bukanlah kerana ingin melancong begitu saja, tapi sebenarnya selain daripada dapat melihat suasana keindahan negara orang, kita juga akan dapat menyaksikan kehidupan sebenar orang yang tinggal dinegara tersebut. Dan benarlah kata pepatah banyak berjalan luas pemandangan.
Satu yang aku paling suka apabila melancung ialah aku suka melihat sekitar kehidupan orang dan kemudian ianya akan menjadi bahan bagi tulisan ku. Dan dengan melancung saja akan dapat membuka minda ku untuk dijadikan bahan tulisan ku.
MUngkin kau orang tertanya - tanya apa hal pula dengan gambar Taj Mahal tu....? Sebenarnya inilah tempat yang aku impikan yang ingin aku lawati, TAJ MAHAL. Entah kenapalah aku suka sangat nak pergi TAJ MAHAL, namun yang pastinya aku ingin melihat sendiri simbul cinta sejati yang ditunjukkan ditempat ini, kerana itulah aku teringin benar hendak pergi tempat itu.
TAJ MAHAL menyimpan banyak rahsia, terutama rahsia kisah cinta seorang raja terhadap permaisurinya. Selain daripada rahsia kisah cinta, juga terselit beberapa rahsia yang kita sendiri tidak mengetahuinya, terutama sekali dari segi pembangunannya, dari segi akiteknya dan bermacam lagi, yang menjadikan TAJ MAHAL salah satu daripada LAPAN keajaiban dunia.
DIbawah ini adalah sedikit informasi yang aku perolehi daripada internet mengenai dengan TAJ MAHAL, aku harap kau orang akan dapat berkongsi dengan aku mengenai dengan TAJ MAHAL dan selain itu boleh menambah sedikit ilmu mengenainya. Aku dapat informasi ini daripada googles.
TAJ MAHAL
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Taj Mahal kekadang dipanggil ‘Taj’ sahaja adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan ‘permata senibina Islam’.
Asal dan Inspirasi
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isteri tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.
Pengaruh
Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibina ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.
Pembinaan
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad bentuk bangunan ini. Ustaz mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa sebanyak 22 tahun.
Taman rekreasi
Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Ada empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.
Seni khat
Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.
Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .
Kontraktor projek
Taj Mahal mendapat dibina oleh sekumpulan tukang / kontraktor dari seluruh dunia:
Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
[Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
Muhammad Hanif - penyelia
Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
Pengukir dari Bukhara.
Caligrafi dari Syria dan Farsi.
Inlayer dari India Selatan.
Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.
Bahan binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.
28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.
Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.
Arkitek dipancung
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhi arkitek Ustaz Ahmad Lauhari hukuman pancung. Di samping itu, kesemua tukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.
Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang ’sentimental’ dan tidak ada bukti kezalimannya.
Sejarah
Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.
Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata d dindingnya.
Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.
Ketika Perang Dunia II pada 1942 , dindingnya rosak terkena serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.
Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah dari serangan udara.
Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.
So macamana you all dah baca kan sekilas kisah dan sejarah Taj Mahal, dan if you all nak tau sangat kenapa aku nak sangat nak pergi kesana itulah dia sebabnya, kerana selain daripada teruja dengan kisah cintanya juga aku ingin melihat sendiri bangunan tu, yang mana ianya dibuat dengan permata-permata yang mahal. Dan kerana inilah juga yang menjadi kegilaan ku untuk pergi kesana. Kerana itu aku berharap aku akan kesana satu waktu, biar dalam keadaan apa sekali pun. India pun India lah.... Yang penting aku dapat berkunjung keTAJ MAHAL......!