Mudahan esuk mentari akan besinar indah, dan dengan sinaran matahari itu, sudah setentunya akan menggembirakan banyak insan, terutama bagi mereka yang benar mahu melihat mentari esuk bersinar indah.
Esuk pastinya akan menceriakan ramai orang , yang mana ia sememangnya hari dan bulan yang ditunggu oleh semua orang, dan sudah tentulah dalam dua tiga hari dan mungkin seminggu ini jalan raya dikompleks - kompleks membeli belah pastinya dipenuhi oleh ramai orang.... Esuk sudah pasti tempat yang akan dipenuhi selain daripada Kompleks belibelah adalah restoran. Masing - masing ingin membawa seluruh keluarga makan diluar dan setentunya ingin makan yang sedap dari hari - hari yang biasa.
Mungkin kau orang tertanya - tanya esuk ada apa? Kita bukan nak pergi shopping untuk perayaan Krismas, tetapi kita orang dekat Brunei ni akan menerima BONUS. BONUS....BONUS...BONUS...Bagi kita yang bekerja disektor kerajaan esuk adalah hari bonus.....Esuk sudah pastinya banyak kedai yang akan dipenuhi manusia, yang akan ramai dimasuki oleh orang ramai adalah kedai - kedai yang menjual barang - barang keperluan sekolah, maklum sajalah tinggal beberapa hari saja lagi sekolah akan dibuka. Menjadi satu rahmat kesyukuran bagi mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan keluarga yang besar, sekurangnya dengan pengurniaan bonus pada penghujung tahun seperti ini akan dapat mengurangkan beban dalam mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli keperluan peralatan sekolah anak-anak mereka.
Bagi aku sendiri, tahun ini aku tidak lagi bersendirian, aku kini sudah dimiliki oleh isteri ku, dan bermakna kehidupan ku juga berubah. Dan begitu juga dengan pengurusan kewangan ku, tahun ini sedikit sebanyak sudah ada perubahannya. Soal kewangan ku, kini terpaksa aku aturkan secara bijak, maklum sajalah aku juga bukan dari golongan yang berpendapatan tinggi, jadi masa inilah aku mulakan untuk berhemat dalam kewangan ku.
Mudahan bonus tahun ini, kita semua tidak akan menjadikan diri kita semua sebagai orang yang pemboros, beli apa saja kerana kita punya wang yang lebih, namun ada baiknya kita berjimat, beli apa yang patut, agar esuk kita tidak akan kerugian.
Selamat menikmati bonus tahunan.... Dan semoga kita akan menjadi insan yang berjimat dan bukannya pemboros.
0 ulasan:
Catat Ulasan