Selasa, 9 Disember 2008

BOSAN......dan MEMBOSANKAN.....!


(taken from googles)




Satu perkataan yang begitu sinonim dengan setiap orang BOSAN atau BORING. Perkara yang amat membosankan aku adalah ketika tiada kerja yang hendak dilakukan, hanya duduk dikerusi tanpa membuat sebarang kerja. Bagi aku duduk adalah sesuatu yang membosankan aku, otak ku rasanya seperti tidak berfungsi jika hanya duduk.

Saat yang amat membosankan aku adalah ketika menghadiri sesuatu majlis yang mana tiada teman untuk bercerita, itulah yang amat membosankan aku, dan juga ketika minum diluar tanpa ada yang menemankan aku. Perkara yang amat aku benci adalah ketika ada mata - mata liar yang merenung tajam kearah kita duduk. Itulah sebabnya aku jarang sekali minum diluar bersendirian, kerana aku terlalu sensitif jika ada orang yang merenung, ketidak selesaan pastinya aku rasakan. Namun ada juga kebaikannya jika kita direnung dan dilihat tu, pertama kebaikannya, kita dapat bermuhasabah diri, kita akan cuba tanyakan pada diri kita sendiri mungkin adakah sebarang kesilapan pada diri kita sehingga orang lain melihat kita begitu. Kedua secara tidak langsung kita cuba membayangkan bahawa kita adalah insan yang mungkin paling handsome ditempat itu, jika tidak maka kan orang akan melihat dan merenung kita dengan sedemikian rupa. Dan ketiga akan mengajar kita untuk mengawal rasa marah kita dikhalayak ramai.
Bosan jika bersendirian, dan bosan juga jika berteman. Bosan jika mempunyai teman yang hanya mementingkan dirinya sendiri, yang hanya tahu mengambil kesempatan daripada kita. Ah... bagi aku aku sudah kerap kali terkena dengan teman - teman yang sebegini, yang tidak mempunyai kesedaran diri, yang hanya tahu mengambil kesempatan dari kita. Dia cuba memanfaatkan kita dalam sesuatu hal; malah kita tidak penting jika dia telah mendapat apa yang diperlukannya. Mungkin itulah sebahagaian dari attitude insan yang dipanggil sebagai seorang manusia. Namun bagi aku biasa ajelah, aku akan ikut rentaknya saja dulu, sehingga dia menyedari kesilapan dirinya.
Itulah kehidupan, dalam kegembiraan kita mudah terlupa pada kedukaan. Namun pada kedukaan itu terlalu lama untuk dilupakan. Pada kebosanan itu kita ingat kembali pada keseronokan yang lepas namun dalam bosan kita buntu memikirkan untuk melakukan sesuatu. Segalanya berkait rapat, cuma kita sering terlupa pada putarannya yang berbeza-beza. Kerana itulah sebuah kehidupan.
'Nafas mungkin akan berhenti dan kehidupan dunia pastinya akan berakhir dengan kematian, akan berakhirlah semua kebosanan yang menyelubungi diri, namun perjalanan seterus kearah satu distinasi seterusnya bersendirian akan membawa diri dalam menuju kesuatu distinasi yang dipanggil alam kekal, akan bersendirianlah kita mengintai waktu yang akan berputar untuk membawa kita kedistinasi itu sehingga pada satu waktu yang telah ditentukan harinya, dan kita akan terus menunggu dan menunggu sehinggalah hari itu tiba. Akan adakah juga perasaan bosan kita pada ketika itu....??'

0 ulasan: