Bulan .....
Cahaya mu ku rindukan.....
Keindahan cahaya mu yang menerangi bumi
dikala kegelapan mengindahkan susasana malam.
Ingin rasanya aku jerit kelangit....
Kerana ingin lepaskan rindu ini....
Tiada tertahan rasa hati ini menanggung rindu
Padanya yang berada jauh disana.
Jika ia terbang kepada mu bulan
pastinya aku akan berjumpa
apabila ia kembali kebumi nanti
namun perjalanannya kini terlalu jauh sekali..... bulan
perjalanannya kini tidak akan kembali lagi
meninggalkan aku untuk selamanya
Aku merinduinya.....bulan..!
Aku hanya berbicara dengan mu
kerana hanya kau saja yang tahu kerinduan ini
bertapa aku tidak puas bersamanya
semasa ia bersama aku dulu......
Kala dia pergi......
hari bahgia ku sudah dekat
Namun dikala aku ingin berkongsi kebahgiaan
dia lebih dulu meniggalkan aku...bulan...!
Tanpa permit dari aku.....
Tanpa mengucapkan kata selamat tinggal
kepada aku yang menyayanginya
Dia terus pergi begitu saja
setenang air tanpa sedikit pun berkocak.....!
Aku menangis dan menangis
Biar aku tau tangisan ku ini
tidak akan membawa dia kembali kepada ku lagi
Sehinggakan aku terlupa
bahawa esuk adalah hari bahagia ku tiba
nyatanya aku lupa pada semua itu
kerana aku terus merinduinya .....bulan.
Bulan.....
aku rindu pada mama.....!
Biar kini hidup ku berteman.....
Namun aku masih rindu pada kasih mama...bulan....!
Rindu pada belaian halus tangannya
ketika aku sedang sakit....
Rindu pada air tangannya....
kala aku merindui masakan kegemaran ku
Aku rindu ... aku rindu.....
pada mama.....!
Bulan....!
Bertapa setiap malam aku berharap
Aku akan mimpi bertemu dengan mama
Agar aku dapat mengucup dahinya
mencium tangannya yang suci
agar kerinduan ku ini hilang.....
Namun kenapa dia tak pernah datang .....bulan...!
Apakah dia membenci ku.....bulan??
Apakah dia tidak kasihkan aku lagi..... bulan???
Tolong sampaikan rindu ku pada mama
wahai angin yang bertiup
bawakan berita rindu ku ini kepadanya
katakan padanya ....
Aku anaknya ini teramat rindu padanya....!
Bulan.....
Hanya kau teman ku berbicara
kerana hati ini terlalu rindu
hanya kaulah yang tahu
bicara ku ini adalah tentang rindu.....
Oleh:
HM Tasra
15 Disember 2008
Teratak UMMI AFNY
Kampong Bunut, Brunei.
0 ulasan:
Catat Ulasan