Hari khamis yang lalu mungkin adalah satu berita yang amat menggembirakan buat kedua orang anak saudara ku yang diatas, dan mungkin mereka saat ini akan menganyam angan-angan untuk merasai belajar ditempat yang baru dengan suasana pembelajaran yang serba baru. Tahniah buat kamu berdua anak - anak buah ku yang manis-manis, tahniah kerana telah berjaya mencapai kejayaan dalam peperiksaan 'O' level tahun lalu dengan keputusan yang amat membanggakan, bukan saja buat kedua orang tua kalian malah bagi uncu sendiri turut tumpang gembira kerana kejayan kalian ini. Inilah hasil dari kesabaran kalian berdua dalam pembelajaran kalian berdua, tahniah uncu amat berbangga dengan kalian berdua. Apa yang uncu harapkan semoga kejayaan yang kamu raih ini akan berterusan hingga keperingkat yang tertinggi lagi. Apa pun kata orang dan bagaimana sekali pun penilaian orang terhadap kamu, hanya kamu berdua yang tahu, kerana kamu saja tahu menilai cara pembelajaran kamu dan juga pencapaian kamu.
Apa pun buat kamu berdua Tahniah dari uncu dan harapan dari uncu semoga apa yang kamu berdua capai ini adalah perintis awal untuk kejayaan kamu pada masa - masa yang mendatang , bila orang pandang rendah dengan apa yang kamu capai jadikan ianya sebagai satu cabaran untuk kamu terus berjaya, jangan lupa diri dengan kejayaan kamu,kerana semua itu akan memudahkan kamu untuk jatuh dan ingatlah perasaan RIAK hanya akan membunuh kejayaan kamu seterusnya. Ingatlah bahawa setinggi mana pun kau berjaya jika kau punya sikap sombong dan riak ianya tidak akan menjadikan kau siapa pada mata orang yang ada hanyalah kehancuran pada diri mu dan kebencian pada mata orang lain. Keep upa good work you both......Tahniah form UNCU disini.
0 ulasan:
Catat Ulasan