Sabtu, 3 Januari 2009

HARI PERTAMA BEKERJA DITAHUN 2009.... APA AZAM KITA?

Hari ini adalah hari pertama bagi tahun 2009 kita memulakan tugas baru. Bermakna kita akan menghadapi berbagai cabaran dihadapan yang akan perlu untuk kita tempuhi. Jadi apa tekad dan azam kita pada tahun 2009 ini? Terutama dalam kerjaya dan pekerjaan kita. Apa yang ingin kita capai pada tahun ini, dan apa perubahan yang ingin kita buat pada tahun ini. Apakah kita akan terus dengan pendirian kita yang lalu atau kita akan berubah mengikut 'goal' kita. Semua jawapan ada pada diri kita sendiri, dan tak perlu untuk mengikut pendirian orang lain untuk dijadikan sebagai pendirian diri sendiri juga. Kita perlu memandang kedepan sebagai titik tolak kita untuk dapat mencapai apa yang kita inginkan dan citakan, dan hari kelmarin adalah sebagai satu pengalaman yang perlu kita panduan pada kehidupan kita seterusnya. Kita perlu melihat apa kekurangan yang ada pada diri kita, kemudian kita berusaha untuk memperbaikinya barulah kita akan dapat mencapai apa yang kita hajatkan.



Kita sering mengeluh kerana apa yang kita inginkan sering menghadapi kegagalan, namun kita sering menjadi lemah dan kurang bersemangat kerana kegagalan tersebut tanpa berusaha untuk bangun dari kegagalan tersebut, dan kerana itulah juga kita terus menjadi orang gagal, dan segala azam yang kita buat pada awal tahun akan terus tinggal begitu saja. Sikap kita yang tidak ingin untuk bangkit dari kegagalan adalah penyumbang kepada kegagalan seterusnya, kerana kita terus berputus asa dan tidak mahu bangun untuk terus berusaha. Sekali gagal atau walau sehingga lima kali gagal sekalipun jika kita terus bangkit dan berusaha serta berusaha untuk mencari punca kegagalan tersebut tidak mustahil kita akn mencpai kejayaan. Namun tidak semua yang mempunyai dan suka untuk bangkit semula dari kegagalan - kegagalan yang dihadapi, banyak yang mudah berputus asa dan tidak ingin mencuba lagi.



Bagi aku, kerana sering menghadapi kegagalanlah aku belajar untuk bangkit dan berusaha untuk berjaya dalam kehidupan ku. Aku tidak pernah berputus asa dalam segala apa jua yang aku inginkan, malah dari kegagalan itulah juga aku banyak menimba pengalaman, dan kesemuanya adalah pengalaman yang berharga untuk aku jadikan panduan, yang akan aku bawa kedepan dalam menuju arah kejayaan cita- cita dan impian ku. Tidak pernah aku rasakan kegagalan itu menjadi penghalang untuk aku menuju kejayaan, malah kejayaan itu semakin hampir dengan aku dengan menilai dan mencari punca kegagalan itu. Biarpun banyak kali gagal dalam mencapai cita - cita, namun kerana tidak pernah ada rasa bosan untuk bangkit dan terus bangkit membuatkan aku dapat mencapai apa yang aku inginkan, apa yang perlu adalah menggandakan usaha.




Tahun 2009, dalam kerjaya aku ingin mencapai satu lagi cita - cita ku, biarlah aku jadikan ianya rahsia diri dulu, kerana bagi ku inilah yang ingin aku impikan sejak dari dulu lagi, dan aku berdoa semoga tahun ini aku akan dapat mencapainya. Dan dalam keluarga, azam ku adalah untuk menjadi seorang suami yang baik buat isteri, dan aku menginginkan dan berdoa semoga aku akan dikurniakan zuriat atau anak pada tahun ini, kerana itulah impian ku suami isteri dalam perkahwinan kami ini. Sekurangnya dengan adanya anak ianya akan dapat menambahkan lagi keceriaan dalam kehidupan kami berdua. PAda pembaca blog ku ini, doakan semoga aku akan mendapat cahaya mata dalam masa yang singkat ini.... AMIN. Kerana itulah impian dan harapan ku pada tahun 2009 ini.

GOOD LUCK TO YOU ALL GUYS, HOPE 2009 WILL BRING A LOT OF LUCK TO ALL OF US, AND BRING MANY OPPOTUNITIES TO OUR WAY TO EXPLORE EVERYJOY IN OUR LIFE.....!

0 ulasan: