Khamis, 1 Januari 2009

JOM KITA JIMAT TENAGA ELEKTRIK..... UNTUK 2009.


Biarpun kita tahu yang ketika ini harga minyak telah pun turun, namun pada hakikatnya dunia global kini menghadapi kemelesetan ekonomi, yang mana impak dan kesannya bukan saja terkena pada negara - negara kecil juga kini terkena pada negara - negara kuasa besar seperti di Amerika dan ianya amat dirasakan diseluruh dunia. Banyak industri - industri gergasi dunia yang terpaksa memberhentikan beratus malah ribuan pekerja mereka akibat kemelesetan ekonomi ketika ini. Jadi disini jelas menampakkan kepada kita yang kesan kemelesetan tersebut banyak mendatangkan kesan buruk kepada global.





(Taken from googles)

Bagi kita yang berada dinegara ini, kesan kemelesetan tidaklah berapa ketara, kerana kehidupan berjalan dengan lancar dan seperti biasa. Cuma apa yang kita sedari ialah kenaikan harga - harga barang yang jauh melonjak, dan itu kesan yang jelas nampak pada kita masa ini.


Sejak akhir ini sering kedengaran orang - orang kita mengeluh yang mengatakan bil letrik melambung Tinggi, dalam blog ku kali ini aku nak kongsikan sama dengan pembaca - pembaca yang sudi berkunjung keblog ku ini. Ini pun aku perolehi daripada beberapa article yang aku dapat dari internet, tapi aku nak tanya sikit, sudahkah awda mnjimatkan tenaga elektrik awda? Kita mudah terlupa bahawa dalam sehari kita tidak terlepas dari menggunakan elektrik, peralatan dapur seperti mesin cuci sehinggalah kepada peralatan memasak itu adalah barang yang kita gunakan setiap hari, kemudian lain lagi peralatan seperti televisyen dan juga radio juga penghawa dingin, semua ini kita gunakan setiap hari. Dan tanpa kita sedari penggunaan kita pada semua peralatan ini berlebihan, dan dengan sendirinya kita mengamalkan sifat boros pada penggunaan elektrik, dan sebab itulah juga bil kita melambung tinggi. Jadi bersama ini saya sertakan beberap tips yang ingin saya kongsikan bersama awda semua, semoga selepas ini ianya akan dapat membantu kita dalam mengurang kos bil elektrik dalam pada masa itu juga kita membantu negara dalam penjimatan tenaga elektrik. Dan semoga ianya akan terus membantu awda dan saya juga untuk terus berjimat selepas ini.





(click disini untuk dibesarkan bagi memudah melihat tips yang disedian)

Akhirnya semoga semua ini akan dapat membantu kita dalam sama - sama menjimatkan kos - kos perbelanjaan kita, almaklum sajalah jika kita boros kita juga yang akan rugi, sekurangnya pada tahun baru 2009 ini akan dapat membantu kita menguruskan perbelanjaan kita dengan lebih teratur. Salam untuk semua.......

0 ulasan: