Selasa, 3 Februari 2009

BICARA WARONG KOPI: FENOMENA ALAM ATAU BALA?


Sejak kebelakangan ini kita heboh dengan keadaan cuaca yang tidak menentu yang telah melanda negara. Tanah susur dan juga banjir kilat telah melanda dibeberapa kawasan dan juga daerah dinegara kita. Dalam kejadian yang berlaku itu telah mengorbankan dua nyawa, yang mana seorang warga berbangsa cina telah mati akibat tertimbus oleh tanah kerana kerjadian tanah susur dikawasan rumahnya dan juga seorang remaja telah mati lemas akibat dihanyutkan oleh banjir yang deras. Takziah buat kedua- dua keluarga diatas kehilangan keluarga mereka tersebut. Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

Bagi aku sendiri melihat daripada kejadian yang terjadi ini, berbagai persoalan timbul pada benak otak ku. Kerana selama ini kejadian seperti ini tidak pernah terjadi sehebat begini. Banyak yang mengaitkan hal ini dengan isu hanbgat yang sedang dipersoalkan oleh global iaitu isu KEHANGATAN GLOBAL antara penyumbang besar terjadinya kejadian ini. Namun aku bersyukur kerana kejadian itu tidaklah terjadi didalam kawasana perumahan tempat aku tinggal. Namun aku dapat bayangkan bagaimana dengan mereka yang terkena kejadian ini? Sungguh kasihan, kerana banyak barang yang berharga menjadi rosak binasa. Yang paling hebat sekali mereka terpaksa mengorbankan masa mereka untuk berehat terutama sekali mereka terpaksa berjaga sehingga banjir surut, selepas itu terpaksa pula membersihkan rumah mereka akibat lumpur yang dibawa oleh banjir. Aku prihatin dan kasihan kepada mangsa banjir ini namun apa yang dapat aku lakukan hanyalah berdoa semoga kejaidian ini tidak akan berlarutan.

Dalam pada itu aku sendiri terus berfikir dan memikirkan kenapa kejadian ini terus berlaku? Sepanjang hidup aku kejadian banjir yang berlaku kali ini adalah merupakan salah satu trajedi yang baru pernah aku lihat sepanjang aku hidup. Memang sering berlakunya banjir pada sesetengah kawasan namun tidaklah sehebat begini, sehingga berlakunya tanah susur dibanyak kawasan diseluruh negara, dan hal ini sungguh menakutkan aku. Aku dapat membayangkan bagaimana perasaan mereka yang ditimpa malang yang begini. Namun hanya kesabaran serta doa saja yang dapat dipanjatkan agar ianya tidak akan terus terjadi.

NAmun pernahkah kita terfikir kenapa ianya terjadi? Apakah ianya benar berlaku kerana isu kehangatan global seperti yang diperkatakan? Atau kerana sistem perparitan kita telah banyak yang tersumbat dan kerana itulah air naik melimpah dan terjadinya banjir? Atau apakah kemungkinan besar ianya adalah merupakan salah satu bala yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada kita kerana sikap dan sifat lalai dari kita semua? Jika ia bala apakah perkara yang patut kitA buat untuk membuatkan semua ini dari berterusan? Banyak yang mengatakan ianya adalah kerana bala, namun apakah puncanya sehingga Allah SWT menurunkan bala sedemikian rupa? Marilah kita sama - sama bermuhasabah dan memikirkan apakah segala dosa yang kita lakukan pada masa yang lalu sehingga ditimpakan kejadian seperti ini.
Kita sering terlupa bahawa jika kita mengundang kemurkaan Allah SWT, bahawa akan turunlah malapetaka dari Allah. Jika benar marilah kita semua bertaubat semoga agar semuanya akan diampun oleh Nya. Kita tidak menyangkal bahawa semua kejadian ini adalah berpunca dari malapetaka alam, namun kita tidak boileh menyangkalkan bahawa ianya juga mungkin adalah bala yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada kita. Mungkin ini adalah peringatan awal dari Allah SWT kepada kita agar seterusnya kita tidak akan lek dan lalai.

Jadi fikirkanlah dan marilah kita sama - sama mengingatkan diri kita masing - masing agar semua ini tidak akan berterusan dan semua ini akan mengajar kita untuk terus memerhati diri kita terlebih dahulu, memerhati pada apa yang kita lakukan dan juga berusaha untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum kita memperbaiki diri orang lain. Kerana jika kita terlampau memerhatikan orang lain dalam semua hal akhirnya bahawa kita sendiri yang perlu pembaikan sepenuhnya. Jadi fikirkanlah apakah kejadian yang terjadi ini adalah sebagai fenomena kejadian alam atau adakah ianya salah satu bala dari Allah SWT untuk menuntut kita supaya sentiasa bermuhasabah.

Akhirnya semoga kita semua akan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan perkara serta kejadian seperti ini tidak akan terus berulang. Sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah jua dan sesungguhnya sesuatu yang buruk itu databgnya dari diri kita sendiri juga. Marilah kita berfikir seketika bersama sambil menghirup secawan kopi hari ini. Dan mudah - mudahan esok mentari akan bersinar lagi mencerahkan suasana siang hari kita.

0 ulasan: