Isnin, 26 April 2010

BICARA ILUSI: ANDAINYA... SEMUT.......




Semalam aku keluar menemankan anak buah ku Nora untuk membeli nasi ayam penyet disebuah gerai yang terletak dikawasan kampong ku. Jadi biasalah dalam kami menunggu tempahan nasi tersebut disiapkan, kami berborak -borak dan diiringi dengan gurauan dan ketawa kecil. Sememangnya Nora pandai berlawak, dan aku sendiri terhibur juga dengan gurauannya.
Semasa kami sedang menanti tempahan kami siap, tiba - tiba Nora terpandang pada satu kumpulan semut yang memang banyak diatas tempat penyimpanan barang digerai tersebut. Aku tidak mengendahkan sama sekali reaksi Nora apabila melihat sekumpulan semut - semut tersebut, namun aku jadi tergamam seketika dan menjadi bengang apabila satu soalan singgah kepada ku, apabila dia betanyakan kepada soalan ini:
' Uncu aku kan tanya uncu......... semut ani pandai becakap kah?' Tanya Nora kepada ku tiba - tiba.
Aku yang ketika itu tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan hanya memberikan satu jawapan rengkas:
' Entah eh inda uncu tau ah, kenapa kau tanyakan uncu soalan macam atu? Mana uncu tau, tapi apa perasaan mu kan? Becakap kan semut atu? ' Balas ku memberikan jawapan pada pertanyaan soalannya.
'Cuba uncu liat ah arah semut atu, kalaunya bejalankan tejumpa ia kawannya, mesti ia beranti tu, nah kan tu cua uncu liat (sambil tangannya menunjukkan kearah kumpuln semut), kenapa tia beranti atu kalau nya inda becakap tu kan....' Balas Nora lagi.
'Antah ah, awu becakap ia kali ah banar, lepas atu besalam ia lagi tu lau inda masakan ia berantikan.......' Jawabku kepadanya sambil bergurau.
Sepanjang jalan pulang kerumah aku tersenyum sendirian mengenangkan apa yang dikatakan oleh Nora mengenai dengan semut tadi. Aku mula berfikir sendiri, dan membuat persepsi mengenai semut tadi. Mungkin betul juga dengan tanggapan anak buah ku tadi berhubung dengan semut tersebut, maklum sajalah apabila diperhatikan saja gerak - geri semut tadi, jelas kelihatan dalam mereka bergerak secara berpasukan apabila mereka terjumpa satu pasukan yang lain mereka seolah berhenti dan seolah mereka berbual seketika dan seperti mereka bersalam, kemudian barulah mereka meneruskan perjalanan mereka semua. Mungkin kerana itulah anak buah ku terfikir kearah itu mengenai semut - semut yang kami lihat tadi.
Bagi aku cara anak buah ku berfikir adalah bijak, kerana apa saya katakan sebegitu, kerana dia begitu peka dengan keadaan sekelilingnya, sehinggakan dia mempunyai pemikiran yang jauh kearah itu, jarang sekali aku mendengar seseorang itu berfikir seperti itu, kerana jika seseorang itu tidak begitu prihatin dan peka masakan dia boleh memikirkan kearah itu. Bayangkan tumpuannya yang begitu tajam terhadap semut - semut yang dilihatnya sehinggakan otaknya ligar berfikir dengan pantas mengenai dengan hal - hal semut tadi. Walau bagaimapun persepsi kita tentang semut tadi samada ia boleh bercakap atau bersalam, ianya adalah rahsia Tuhan, kerana dia yang maha mengetahui tentang sesuatu yang diciptakannya diatas muka bumi ini. Segala rahsia yang tidak diketahui oleh kita manusia hanya dia yang maha mengetahui. Dan itulah dia keindahan dan keunikan setiap ciptaan Tuhan keatas setiap hambanya. Setiap apa yang dijadikan oleh Tuhan diatas muka bumi ini mempunyai rahsia yang hanya tuhan yang mengetahuinya saja.

Selasa, 20 April 2010

TUDING - MENUDING ...... BILA AKAN HABIS CERITANYA

Bila berlaku sesuatu, kebanyakannya akan menuding jari, saling tuduh menuduh. Namun apakah yang akan kita perolehi daripada tuding - menuding dan tuduh menuduh? Apakah perkara yang berbangkit itu akan selesai dengan hanya kita saling tuduh menuduh antara satu dengan yang lain? Kebanyakan perkara yang berbangkit selalunya tidak pernah berakhir dengan penyelesaian yang terbaik jika tuduh menuduh berterusan kerana masing - masing ingin menegakkan benang yang basah, dan masing - masing ingin menang sendiri, akhirnya perkara kecil menjadi lebih besar. Apa yang kita dapat melalui tuduh menuduh? Masing - masing tidak akan memperolehi apa - apa, melainkan hanya satu saja iaitu kejahatan. Kenapa saya katakan begitu, kerana masing - masing saling menyalahkan dan tidak ada seorang pun yang ingin mengalah malah keduanya ingin menjadi api, yang mana akhirnya membakar diri masing - masing.
Sering saya dengar apabila berlakunya perselisihan faham dikalangan kita, jarang sekali perkara yang terjadi itu akan dapat diselesaikan pada waktu itu juga, apa yang sering terjadi adalah apabila berlakunya salah faham dikalangan sesama sendiri, masing - masing akan cuba mempertahankan diri masing - masing, dan apa yang tidak eloknya ialah masing - masing ingin mencari pengikutnya, apa yang kurang eloknya ialah, apabila hal yang boleh diselesaikan dengan cara yang baik itu menjadi panjang dengan satu pihak cuba menceritakan dan memburukkan orang sayang bertelegah dengannya itu kepada orang lain, dan hal ini bukannya akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik, malah ianya akan menambah burukkan lagi persengketaan antara mereka. Kerana apa??????
Kerana apabila kita kita mula bercerita hal persengketaan kita kepada orang lain, maka cerita itu akan menjadi lebih panas dan lebih hebt lagi, ingin tau kenapa? Jawapannya adalah, pastikah kita bahawa orang yang mendengar cerita kita itu akan dapat menutup mulut dan menyimpan rahsia ataupun sebaliknya? apa hal jika orang tersebut adalah kaki domba yang suka melaga-lagakan dan ingin melihat awda terus bersengketa? Jawapannya adalah akan menjadikan persengketaan awda berdua menjadi lebih buruk lagi. Inilah hal yang sering terjadi kepada sebilangan orang. Apabila berlakunya sengketa, mereka lebih suka bermasam muka bila bertemu, lebih suka bercerita kepada orang lain dan banyak hal lain lagi yang sering berlaku. Dan akhirnya mejadikan persengketaan itu berlangsung dengan lebih lama dan akan menjadi lebih besar lagi. Masing - masing ingin mencari kebenaran masing - masing.
Kadang - kadang yang lebih hebat lagi, apabila sering membabitkan orang lain yang tidak tahu menahu hal persengketaan mereka. apabila membabitkan orang lain maka akan bertambah lagilah besar masalahnya, dan akan menjadi lebih komplexlah cerita tersebut jadinya, dari persengketaan individu akan membawa pula kepada persengketaan secara berkroni dan akhirnya akan membabitkan banyak pihak. Wajarkah hal sebegini terjadi? Hal ini sering saya perhatikan terjadi dikalangan sebilangan orang, ini dengan sendirinya akan mengundang banyak masalah. Dimana akhirnya akan menjadikan punca yang lebih buruk keatas individu itu masing - masing. Apabila sudah ada pengikut maka akan menjadi besarlah lagi cerita, kerana kini masing - masing ingin mempertahankan hak masing - masing, akhirnya perbelahan besar terjadi.
Jarang sekali kita mencari konklusi kepada persengketaan ini dengan jalan yang mudah dan rengkas, maksud saya, ada berbagai cara yang baik untuk menyelsaikan permasalahan dan persengketaan malah perkara ini juga tidak akan membabitkan sesiapa, kecuali kedua pihak yang bersengketa. Saya juga berpengalaman dalam hal sebegini, namun saya menyedarinya setelah banyak perkara yang berbangkit, dalam hal ini pihak ketiga adalah merupakan pihak yang memberikan kesan buruk kepada persengketaan yang berlaku, ini seperti yang terjadi kepada diri saya sendiri. Saya pernah bersengketa dengan teman baik saya, dan sebenarnya persengketaan itu cumalah perkara yang terlalu remeh temeh, namun kerana saya begitu sensitif dan juga mudah marah, jadi saya marah untuk sektika kepada teman saya ini, namun apabila pihak ketiga yang juga kawan saya datang kepada saya yang mana dia juga mengetahui kami ada masalah, jadi dia datang kepada saya seperti seorang yang tidak bersalah. Jadi dia bertanya kepada saya punca masalah tersebut, jadi saya cuba menceritakan hal tersebut kepadanya, rupanya dalam diam dia menceritakan kepada teman yang bersengkta dengan saya tadi, jadi semua cerita tadi disampaikan kepada saya dan juga teman tadi, namun saya bersyukur kerana dalam masa yang sama setelah persengketaan ini berlaku terlalu lama dan ianya menjadi lebih buruk, saya tersedar bahawa seperti ada sesuatu perkara yang tidak kena dalam hal ini, jadi saya cuba menyiasat kenapa hal ini menjadi lebih buruk, kerana biasanya apabila terjadi hal pertengkaran ianya tidak menjadi lebih panjang, jadi apabila saya siasat rupanya rakan dipihak ketiga ini yang mejadikan punca perbelahan ini menjadi lebih buruk, dia dalam diam cuba mengadu domba kami berdua. Lalu saya berfikir bagaimana untuk tidak menjadikan perkara ini menjadi lebih buruk, perkara pertama yang saya ambil adalah dengan berdiam diri. Yang saya maksudkan dengan berdiam diri itu adalah dengan tidak menceritakan perkara yang berlaku kepada orang lain, kerana semkain kita bercerita kepada orang lain maka akan mejadikan perkara tersebut menjadi lebih buruk, jadi dengan berdiam diri orang lain yang melihat perkara tersebut akan merasakan tidak akan ada perkara buruk yang terjadi dengan individu yang bersengketa dengan kita, kerana apabila kita membuka mulut kita menceritakan keburukan orang tersebut, sebilangan orang yang tidak suka kepada persengketaan akan menganggap seolah kita ini seperti bahasa yang sering saya gunakan 'bibir bergerak', dan sebilangan lagi akan cuba menjadi api menghasut kita dan yang sebilangan lagi hanya akan mendengar saja tanpa berkata apa - apa. Jadi jika kita berdiam, orang lain akan berfikir jika individu yang bersengketa dengan kita itu mebuka mulut kepada mereka tanpa kita bertindak apa - apa dan berdiam diri, orang lain pastinya akan berfikir samada cerit asiPolan itu betul atau tidak mengenai kita, dan kemungkinan orang lain tidak akan mudah asuk campur dalam hal kita.
Perkara yang kedua yang saya lakukan adalah dengan tidak melayan orang yang sering menjadi batu api kepada persengketaan kita, menjauhkan diri daripada golongan ini adalah amat mustahak kerana dengan cara sebegini saja kita akan menjadikan diri kita kurang bermasalah. Perlu diingat golongan insan seperti ini adalah golongan yang tidak pernah senang untuk melihat kita berdamai dengan orang lain, dan sehinggalah mereka sanggup untuk mengucar kacirkan hubungan baik kita dengan sahabat kita. Dan ini juga sering terjadi kepada kebanyakkan persengketaan yang mana golongan batu api ini seolah telah mencuci otak individu yang bersengketa tersebut dengan menjadi penyampai mesej yang tidak berasas.
Perkara seterusnya yang saya lakukan adalah untuk bersemuka dengan teman yang saya bersengketa. Menyedari hal ini, saya terus berfikir dan adalah lebih baik jika saya bertemu sendiri dengan kawan yang bersengketa dengan saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hampir setahun saya tidak bertegur dan bermaam muka dengannya, dan akhirnya saya mengambil keputusan sebelum saya bertemu dengannya biarlah saya terlebih dulu yang mengalah dan demi kebaikan saya dan kawan saya tersebut. Selepas itu saya cuba hubungi kawan saya tersebut melalui SMS untuk menyatakan kemaafan dan ingin bertemu dan berbincang untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit secara empat mata tanpa ada orang lain. Alhamdulillah saya bersyukur kawan saya tersebut sudi menerima pelawaan saya, dan kami bertemu dan berbincang dan akhirnya persengketaan yang hampir setahun dapat saya selesaikan dengan cara yang terbaik, malah lebih mudah cara penyelesaiannya. Dan kini saya masih lagi berkawan dengannya.
Kesimpulannya, jika berlaku persengketaan diantara awda dan teman awda, perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah bersikap mengalah biarpun itu bukan kesilapan kita, dan jika masih juga berlarutan dan masih ada tuduh menuduh lebih baiknya duduk bermuzakarah berdua atau bertiga dan pastikan kita duduk hanya bersama dengan pihak yang bersengketa dengan kita, dan apabila kita duduk bersama -sama untuk meyelsaikan masalah kita, pastikan kita bersedia untuk mengakui kesilapan kita jika individu itu menerangkan kesilapan yang kita lakukan kepadanya, jangan terlalu hipokrit untuk menerima kenyataan yang kita bersalah dan menjadi punca kepada permasalahan tersebut, terima hakikat yang kita juga melakukan kesilapan dan cepat - cepat meminta maaf. Semasa menerangkan kesilapan teman kita tersebut jangan terlalu kasar, biarlah berlembut kerana kelembutan lidah itu boleh menikam hati yang sedang panas. Dan apa yang penting sekiranya masih dalam persengketaan elakkan dari bercerita dan menceritakan hal teman yang bersengketa dengan kita, kerana hal ini akan menambah burukkan lagi keadaan dan mungkin akan membawa kepada permasalahan yang lebih besar lagi. Kita perlu ingat, tidak semua individu itu hanya mendengar tanpa menjadi penyampai tentang apa yang kita ceritakan. Harus diingat kadang - kadang apa yang kita ceritakan mengenai sesuatu itu pastinya akan ada tokok tambah mengenainya apabila ia diceritakan kepada orang lain, padahal cerita asal kita cuma pendek saja namun apabila ianya diceritakan kepada orang lain, maka cerita itu akan berubah dari yang asalnya. Hal ini yang perlu diingat.......
Apa pun tuding menuding dalam masalah yang timbul tidak akan pernah habis dan selesai jika kita tidak menyelesaikannya.

Jumaat, 16 April 2010

MENCARI DIRI SEBENAR........

Kenapa baru sekarang baru terfikir untuk mencari siapa diri sendiri? Apakah kerana matlamat diri yang sebenar belum tercapai, yang sering gagal dalam kehidupan yang membuatkan diri sendiri belum dikenali secara dalam....? Itu yang menjadi persoalan selama ini.
Hampir tiga puluh lapan tahun aku hidup, namun nyatanya hari ini baru aku menyedari bahawa aku belum mengenali siapa diri ku sebenarnya. Entah dimana aku sebenarnya selama ini dalam perjalanan ku ini. Biarpun sering pergi jauh mengembara bukan saja merentasi negara malah juga sudah merentasi negara orang, namun nyatanya aku belum dapat mengenali siapa diri ku sebenarnya aku. Mungkin kalian akan bertanya, betulkah tidak apa yang aku tuliskan ini? Bagi sebilangan pembaca mungkin menganggap aku ini mungkin agak gila, kerana selama ini aku tidak mengenali siapa diri ku. Bukan kerana kehilangan daya ingatan ataupun otak miring, bukan namun aku belum tahu dimana letaknya diriku sebenarnya didalam diri ku ini, itu yang aku katakan aku sebenarnya ketika ini sedang pencarian diri ku sebenarnya. Mencari identiti ku sebeanrnya dalam hidup ku. Aku sebenarnya hilang... hilang bertahun..... namun untuk kembali aku gagal menjejakinya.
Kehilangan jejak menjadikan aku sukar untuk kembali kedalam diri ku, self confident ku sering hilang, jalan ku sering terpesong, aku takut aku akan kehilangan terus akan diri ku. Begitu lama aku mencari diri ku, destinasi diri ku semakin jauh aku terus mengejar, lenguh rasa kaki mengejar badan ku menjadi lemah, minda ku menjadi bosan tidak mahu untuk berfikir. Dalam aku mencari jejak langkah - langkah diri ku sebenarnya, aku keletihan, ku cari danmencari, namun kenapa tidak pernah ia melekat terlalu lama, dan pastinya ia akan hilang kembali. Egokah aku kerana terlalu sukar untuk mempercayai diri sendiri?
Kegagalan demi kegagalan dengannya aku tetap bangkit jua, namun kenapa setiap kali aku bangkit untuk melawan kegagalan itu, aku tersungkur lalu membuatkan aku lemah lagi, dan aku kehilangan diri ku lagi, lemah lagi...... entah dimana sebenarnya aku ini.......!!!!!!!!!
Setiap kali bila bangun pagi aku bercermin, aku lihat pada fizikal badan ku, sama seperti biasa dan hari - hari sebelumnya....! Namun dalam diam minda ku berfikir apakah ini diri ku sbenarnya? Lalu aku lemah lagi, malas untuk bangkit semula, kelemahan dan longlai.......!! Ingin menjadi seperti orang lain... namun kenapa sering tergagal.....! Bukan ingin menjadi mereka sepenuhnya atau ingin seperti diri orang lain tersebut.... bukan namun aku inigin menjadi berjaya seperti mereka itu..... Namun kenapa aku gagal dan gagal..... tidak pernah untuk aku mendapat apa yang aaku inginkan. Kenapa....itu pertanyaan ku pada maha pencipta..... kenapa? Itu juga yang aku tanyakan pada maha pencipta........ Otak dan minda ku jadi keletihan......!
Pintar? betulkah? namun dimana letakanya kepintaran itu....namun tidak sedikitpun aku meraakan semua itu....? Aduh..... aku merintih..... aku menangis kerana sepanjang perjalanan ku ini aku tergagal, terjatuh.... biarpun aku berjaya bangun dari kejatuhan ku itu, nmaun aku gagal lagi, dimana sebenarnya aku?????????????
Keyakinan pada diri ku hilang..... ku renung dan bercermin diri ku, mencari dimana sebenarnya diri ku bersembunyi dalam diriku sebenarnya? Namun aku gagal dimana letaknya diri ku sebeanrnya dalam diriku. Aku patah harapan... ingin aku biarkan saja aku takut aku akan tersungkur jatuh dalam jurang yang dalam, aku mencuba namun aku takut aku akan terus kehilangan arah tuju. Dimana letaknya diri ini sebenarnya???????
Muhasabah diri, meletakkan aku untuk dekat pada maha pencipta, namun dalam aku mendekatkan diri dengan maha pencipta, aku masih agal mencari diri ku sebenarnya...... Berkhayalkan aku disepanjang perjalanan kehidupan ku ini?????? Waraskah aku disepanjang jalan kehidupan ku ini? Mentaliti otak dan minda ku masih ditahap yang baik, bermakna aku masih waras, namun pencarian pada diri ku masih aku teruskan kerana semakin aku gagal menjejaki diri ku, maka aku akan umpama hidup dalam khayalan. Lemah kaki untuk berdiri berjalan keletihan..... tiada yang pernah tahu apa sebenarnya yang aku tanggung biarpun bibir mengukir senyum, kaki masih mampu untuk berjalan dan tangan masih lagi kuat untuk mengangkat, namun pada dasarnya aku hilang jejak dalam diri ku sendiri..........!
Aku hilang arah dan jejak, ditambah lagi dengan kekeliruan pada minda untuk mencari diriku sebenarnya......! Aku terhina pada diri ku sendiri kerana tidak mampu untuk kembali kepada diri ku sendiri, berputar - putar aku redahi diri ku, namun aku masih gagal. Dimana??????? Sering aku bertanya diri persoalan sebegitu namun jawapannya juga sama...... gagal lagi gagal lagi.....! Aku tidak pernah untuk menyalahkan diriku kepada nasib, namun aku sering salahkan kepada diri ku kerana aku gagal dalam menjajaki diri ku sebenarnya, dan kerana itulah nasib ku sering malang dan kejayaan itu takut untuk datang kepada ku. Namun kegagalan itu saja yang sudi bertandang kepada diriku.
Aku bangkit kini, bersemangat setelah aku ketahui diri ku sebenarnya hilang dalam diri ku, dan kini aku mempunyai matlamat yang tinggi agar aku akan dapat menjejaki diri ku yang sebenarnya, dan kekuatan inilah yang akan membawa aku kepada diri ku sebenarnya, ketempat persembunyian diri ku kini bersembunyi. Esuk lusa pastinya aku akan hadir dengan diri ku sendiri dengan diri yang telah hilang begitu lama.........!
Aku berdoa dan berharap agar esuk aku akan menemui diri ku sebenar dalam diri ku ini, dan semoga tidak akan ada lagi kekeliruan dalam diri ku ini.....................

KEKAL DALAM INGATAN DAN SENTIASA DALAM KENANGAN




Kemarin genap sudah dua tahun pemergian arwah Mama mengikut kelendar Hijriah. Namun pemergiannya masih aku rasakan seperti baru kemarin, secara jujur aku masih merindui mama dan masih belum dapat untuk menerima hakikat yang dia telah pergi meninggalkan aku untuk selama - lamanya. Dua tahun bukanlah satu jangka masa yang agak panjang dan agak lama dan yang ada cumalah perasaan rindu pada arwah mama. Kenangan lama sering mengimbau dan dikala itulah hanya airmata yang sering jadi permainan dikala rindu datang bertandang. Aku merasakan pemergiannya adalah satu kehilangan yang amat besar buatku dan juga seluruh keluarga ku. Seorang insan yang begitu penyayang kepada keluarganya.
Kini semuanya hanya tinggal kenangan yang terabadi, mama kini sentiasa dalam ingatan dan sentiasa dalam kenangan, kasih sayangnya tetap akan kekal didalam kenangan jasanya tiada akan pernah aku dan kami lupakan. Kami akan terus merindui mu, merindui tawa mu, merindui amarah mu, merindui belai kasih mu....... Kami sentiasa menyayangi mu sehingga keakhir hayat kami.... Semoga Kau damai disana...Amin.
'Doa kami sentiasa mengiringi mu bonda yang tercinta, semoga Roh Bonda akan sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah serta dihimpunkan bersama - sama dengan golongan orang - orang yang beriman, beramal soleh dan termasuk dalam golongan Ahli - Ahli Syurga..... Amin...Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamin......!'
-Al - Fatihah -

Khamis, 15 April 2010

EGO DAN HIPOKRIT.

Perlukah dalam hidup kita ini kita mempunyai sifat hipokrit dan ego? Dan kenapakah ia perlu ada pada sifat diri kita? Jawapan pada pertanyaan saya itu ada pada diri awda sendiri.
Ego sering dikaitkan dengan sifat yang dimiliki oleh kaum lelaki, benarkah begitu? Namun bagaimana pula dengan kaum perempuan? Apakah mereka tidak mempunyai sifat ego? Sebenarnya sifat ego dimiliki oleh kedua - dua kaum Adam dan Hawa, cuma masing - masing dengan caranya. Keegoan lelaki sering dilihat pada ketegasan mereka, baik dari segi berfikir yang kadangnya tidak ada toleransi dan jua kompromi dalam apa yang mereka lakukan, namun bagi setengah andaian sifat ego lelaki mudah cair apabila ia bertemu dengan wanita. Apakah ini benar? Mungkin persepsi seperti ini ada kebenarannya dan mungkin juga boleh ditolak sedikit kebenaran yang diberikan.
Ada setengah lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi, sehinggakan terlalu susah untuk berkompromi dalam apa jua yang mereka buat, malah ketegasan mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat dilihat bila mana tiada toleransi yang mereka tunjukkan, dan hal ini juga dapat dilihat walaupun mereka bersama kaum hawa, sebilangannya akan menunjukkan taring mereka pada setiap wanita, malah ada ingin wanita itu mengikut telunjuk meeka. Namun berapa ramai jenis lelaki yang sebegini? Itu kita kenalah buat survey dulu.......
Ada pula sebilangan lelaki, mempunyai sifat keegoan yng mudah cair bila berdepan dengan wanita. Dan ini kelemahan yang dapat dilihat pada sebilangan lelaki, mereka nampak keras pada sifatnya, namun bila berdepan dengan wanita yang mereka minati bak kata satu lirik dalam lagu "PIJAK SEMUT PUN TAK MATI", mereka akan mati akal bila mereka bertemu dengan wanita, malah ketegasan yang dapat dilihat pada sifat diri mereka akan cair dengan mudah. Itu bagi sifat ego lelaki yang dapat diketahui..... Bagi saya sendiri saya akui saya memang ego, namun dimana syaa ingin meletakkan keegoan saya itu, itu hanya saya sendiri yang dapat mengetahuinya.
Siapa menyangka wanita tidak mempunyai sifat ego? Bagi sebilangan orang, sifat ego yang dimiliki oleh wanita lebih tinggi daripada kaum lelaki. Entahlah itu saya tak berani komen, kerana nanti tersalah komen yang menerima padah saya pula. Tapi sebenarnya, ego wanita itu dapat dilihat pada ketegasan mereka, banyak yang memberikan persepsi yang berbeza mengenai dengan ego wanita. Sebenarnya apabila seorang wanita itu menjadi boss dalam jabtan, kita akan nampak bagaimana ketegasan mereka dalam menjadi ketua. Malah kita akan ternampak mereka ini mempunyai ketegasan yang tidak mempunyai sifat kompromi dan toleransi, dan malah mereka lebih bertegas dalam memberikan arahan, mereka berani melakukan tindakan yang diluar daripada apa yang kita fikirkan seorang wanita itu dapat bertindak. Sifat mereka inilah yang kadang - kadang dibenci oleh kaum Adam. Bagi sebilangan wanita mereka tidak mudah cair pada lelaki, malah sifat ego mereka nampak terlalu tinggi bila mereka bersama lelaki. Betulkah apa yang saya nyatakan ini? Bagi kaum Hawa, saya minta maaf kerana membuat persepsi ini, namun pada dasarnya dalam ketegasan kaum hawa ada juga sifat kelembutan yang mereka miliki, jadi inilah yang mebuatkan peratusan wanita yang paling tinggi yang mereka pamerkan.
Namun apa pun yang pentingnya, masing - masing diantara kita mempunyai sifat ego, cuma sebilangannya dapat dilihat keegoannya dan sebilangan lagi tidak kita ketahui. Dan dalam hal ini, ada juga perlunya kita mempunyai sifat ego, terutama dalam kehidupan kita, terlalu lurus pada pandangan kadangnya kita akan dibuli, namun terlalu tegas pun kita akan dibenci, apa pun kita imbangilah sifat ego kita agar ianya tidak akan membinasakan diri kita.
Hipokrit sifat yang bagaimana pula??? Banyak jawapan diberikan kepada saya apabila saya bertanya kepada kawan - kawan saya, masing - masing memberikan jawapan yang berbeza-beza, dan mengikut pada pandangan mereka mengenai sifat ini. Namun apa pun ini adalah pandangan saya secara peribadi, hipokrit adalah satu sifat yang dimiliki oleh orang yang tidak pernah untuk mengetahui kesilapan pada dirinya dan cuma mengetahui dan mencari silap orang lain. Orang yang mempunyai sifat hipokrit ini adalah mereka yang tidak pernah untuk meminta maaf pada orang lain sekalipu kesilapan itu dilakukan olehnya sendiri. Terlalu susah baginya untuk melepaskan perkataan maaf dan malah jika seorang lain melakukan kesilapan kepadanya dia tidak akan bertindak untuk membuatkan orang itu sendiri datang kepadanya memohon maaf. Orang yang mempunyai sifat HIPOKRIT ini adalah manusia yang tidak pernah mengenal erti budi orang lain, dia tidak pernah kenal hati budi orang lain apa yang diketahuinya adalah hanya mengetahui sebanyak mana budi yang dibtaburkannya kepada orang lain. Selain daripad itu juga orang yang mempunyai sifat hipokrit ini dapat dilihat daripada lagak dan caranya berkata - kata, sifat yang mereka miliki seolah mereka itu saja yang layak untuk dihormati. Sifat mereka terlalu sombong, mereka tidak pernah mahu untuk menerima sebarang nasihat yang diberikan kepada mereka, kerana bagi mereka apapun tindakan yang mereka lakukan itu adalah semuanya betul, malah bagi mereka itu adalah hak mereka dan orang lain tidak layak untuk masuk campur.
Itu adalah pandangan peribadi saya. Kerana terus terang saya katakan saya banyak bergaul dengan insan yang sebegini, namun apa yang saya lakukan dengan sikap dan perangai mereka yang terlalu hipokrit ini, saya hanya mengikut rentak yang mereka mainkan, namun dalam masa yang sama saya juga bertindak apa yang saya rasa perlu, tidak semestinya saya mengiakan semua perbuatan mereka. Kerana jika mereka salah saya perlu juga memberikan teguran, itu terpulanglah kepada mereka untuk menerima atau tidak. Dan disinilah saya saya daapt memerhati sifat seseorang itu. Pergaulan kita bersama kawan - kawan kadang - kadang mempunyai had dan batasannya, kita pun perlu ada rentak kita dan apa pun yang penting dalam pergaualan kita seharain, mestilah ada sikap toleransi dan berkompromi dalam semua hal, jika kita tidak mempunyai kedua sikap ini, dan hanya mementingkan diri kita sendiri, maka kita akan dapat melihat sendiri bagaimana persepsi rakan - rakan kita terhadap diri kita.
Kerana itulah kita sering tertanya-tanya kenapa kita sering kehilangan kawan atau kenapa kawan - kawan kita menghindarkan diri daripada kita? Itu persoalan yang sering kita ajukan, namun pada dasarnya kita perlu kembali kepada diri kita sendiri, kita lihat apa saja perbuatan yang pernah kita lakukan kepada kawan - kawan kita sehinggakan mereka tidak mahu lagi untuk bersama kita. Dengan cara sebegini sekurangnya kita akan dapat mengubah sikap dan perangai diri kita. Sikap Ego dan Hipokrit adalah kedua sifat yang boleh memusnahkan kehidupan seseorang, dengan hanya memiliki kedua sifat ini secara berlebihan maka ianya akan memakan diri kita sendiri, malah akan membuatkan kita kehilangan banyak kawan adakalanya keluarga sendiri.
Jadi mari kita berfikir bersama-sama, apakah kita perlu berubah sebelum ada orang yang merubah kita? Tidak salah untuk memiliki kedua sifat tadi, namun biarla kena pada tempatnya dansesuai untuk kita meletakkan kedua sifat tadi, namun jika kita terlah tempat untuk meletakkan kedua sifat tadi ianya boleh menghancurkan kehidupan kita. Jadi kita lihat diri kita, kita cermin diri kita bersama - sama, memang untuk melakukan perubahan kita perlu banyak bersabar, perlu banyak berkorban, kita berubah bukan untuk sehari dua malah untuk selamanya. Semoga kita akan sama - sama merubah sikap diri kita.

Rabu, 14 April 2010

CEMBURU... DENDAM.... KHIANAT....!




Perjalanan dalam kehidupan kita setiap hari berubah - ubah dan perubahan yang terjadi kepada diri kita itu samada kita sedari atau tidak, ianya pasti akan terjadi jua. Apa yang kita selalu sedari perubahan yang ada pada diri kita ialah apabila bertambahnya angka pada usia kita, dan dari sinilah kita akan menyedari bertapa setiap perubahan yang berlaku kepada angka usia kita, kita akan merasakan bahawa diri kita semakin menuju keusia yang semakin matang.
Tetapi apakah kita pernah menyedari pada perubahan yang ada pada sikap kita? Berapa ramai daripada kita yang menyedari perubahan yang terjadi keatas diri kita? Sememang tidak semua yang menyedari secara sedar akan perubahan yang terjadi pada dirinya, mungkin perubahan yang terjadi pada diri kita itu akan mencermin siapa diri kita sebenarnya ataupun sebaliknya. Namun semua itu hanya akan kita sedari apabila ada teguran dari orang terdekat dengan diri kita tentang apa yang terjadi pada diri kita. Dari sinilah kita akan menyedarinya.

Siapa diantara kita yang tidak punya rasa cemburu? Semua orang mempunyai sifat cemburu, namun cuma cara yang berbeza-beza, dan tidak kurangnya saya sendiri juga mempunayi sifat cemburu namun tidaklah pada tahap yang begitu kronik, cemburu saya bertempat dan masih dapat saya kawal perasaan itu tanpa meninggalkan sebarang dendam dihati saya, itu saya akui. Malah jika ditanya pada isteri saya sendiri pun mungkin beliau akan mengatakan saya bukanlah dari golongan lelaki yang penyemburu buta, dan saya cemburu pun ada tempatnya. Jika saya dqari jenis manusia yang kuat cemburu buta, mungkin rumah tangga saya akan sering bergolak. Begitu juga dengan isteri saya, saya akui dia bukanlah seorang yang penyemburu, dia mungkin ada sifat cemburu, namun dia meletakkan sifat cemburunya itu pada satu tempat yang dirasakan betul untuk meletakkan sifat cemburu itu. Kerana itulah saya sayangkan beliau, kami berdua mempunyai sifat keterbukaan atas segala hal, dan sentiasa bermuzakarah dan berbincang jika ada perkara yang masing - masing kami berdua rasakan tidak kena, begitu juga kami menjaga hak privacy kami masing - masing, kerana bagi saya privacy itu adalah hak masing - masing, kerana itu saya dan isteri saya begitu serasi, berdusta jika saya katakan saya tidak pernah bertengkar dengan isteri saya disepanjang perkahwinan saya, memang ada, namun segalanya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik, bermuzakarah dan melihat pada kesilapan masing - masing, dan akhirnya masalah yang timbul dapat kami selesaikan dengan baik tanpa bermasam muka. Itu sedikit cerita mengenai saya dan isteri saya, bagi saya dan isteri saya kami berdua meletakkan sifat cemburu itu pada sesuatu tempat yang betul. Maaflah bukan angkat bakul.
Tetapi saya terkadang begitu hairan sebilangan daripada kita mempunyai sifat cemburu yang begitu teruk sekali, apakah sifat cemburu yang ada pada diri mereka itu tidak membebankan kehidupan mereka? Maksud saya tidakkah mereka itu dibayangi oleh sifat mereka itu sendiri, dan bagaimana mereka melakukan kerja mereka jika mereka mempunayi sifat tersebut? Mungkin kerana sifat cemburu yang begitu tinggilah membuatkan sebilangan manusia itu kadang - kadang sanggup berdendam dan sehingga sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh Ugama. Dan kerana itulah juga mereka terlupa pada kekuasaan tuhan, sehingga mereka sanggup melepaskan dendam dan kecemburuan mereka itu pada sesuatu yang diluar daripada jangkauan fikiran mereka iaitu dengan membelakangkan Tuhan dan mengikut gerak hati yang dipenuhi dengan hsutan iblis. Kenapa mereka sanggup melakukan semua ini? adakah hanya semata - mata kerana ingin melakukan kepuasan pada sifat cemburu mereka atau untuk memuaskan dendam mereka? Mungkin untuk keduanya sekali, namun kenapa mesti membelakangkan Tuhan dan patuh pada hasutan Iblis? Kemanakah perginya akidah islam yang kita pegang?
Kerana dendam dan cemburu sebilangan individu itu sanggup melakukan perkara -perkara yang diluar tabie, mereka melepaskan dendam mereka dengan perkara yang menghancurkan orang lain, yang membuatkan orang lain tersiksa malah mereka akan terasa puas apabila mangsa yang mereka hajati itu mati tersungkur akibat perbuatan mereka. Namun apakah iu yang dinamakan kepuasan? Kepuasan dari segi apa? Membunuh dengan cara halus? Menghukum insan lain dengan cara sendiri? Sejauh mana kepuasan mereka itu? Mungkin itu pandangan dan persepsi sesat mereka, mereka seolah tidak mempunyai tuhan, dan mengabaikan hukum ugama yang menjadi pegangan mereka. Mereka seolah seperti orang jahil dan buta tentang ugama. Mereka lebih rela menghukum dengan cara dan kehendak mereka, sedang mereka terlupa bahawa esuk diakhirat apakah mereka itu layak untuk menjadi penghuni syurga atau sebaliknya? Mereka mungkin akan terlepas dari hukuman dunia, namun apakah mereka akan terlepas daripada hukuman tuhan diakhirat kelak. Kadang kita terlupa pada satu perkara, kita selalu menunaikan ibadat kepada Allah SWT dengan mengharaapkan pada hari pembalasan esuk kita akan mendapat belasan yang terbaik dan juga menjadi ahli syurga , dan hubungan kita sama Tuhan kita jaga dengan baik dan kita kerjakan dan tunaikan bersungguh - sungguh, sehingga satu pun tak pernah kita pernah ingkari, sedang hubungan kita dengan sesama insan bagaimana pula? Kita terlupa pada benda ini? Jika hubungan kita sesama manusia tidak berjalan dengan baik, maka ianya juga boleh menghancurkan segala amalan kita selama ini, hanya kerana hubungan kita sesama insan tidak kita jaga dengan baik sekali. Namun sama jugalah halnya sebegini, kerana cemburu dan dendam asalkan hati puas akidah kita pun turut berubah. Namun selepas kita cuba menginaya insan lain hanya kerana ingin memuaskan hati keran sifat cemburu dan dendam itu, adakah ianya mencukupi selepas mengatakan taubat kepada Tuhan, dengan menangis dan bersujud konon melapaskan kata taubat itu adakah dia sudah yakin bahawa Tuhan akan mengampunkannya, mungkin pada satu sudut kesilapannya itu Tuhan akan mengampunkannya, namun bagaiaman pula dengan insan yang dianiayanya? Apakah tuhan juga akan mengampunkannya? Bagaimana jika orang yang dianiaya itu tidak akan mengampunkan dosanya hingga kehari akhirat esuk? Jadi berfikirlah, apakah amalan kita selama ini akan menyelamatkan kita untuk terus membawa masuk kedalam syurga Tuhan????? Wallah hu wa'lam..... pada sudut ugama seperti mana yang saya pernah terbaca jika kita melakukan kesilapan dan kesalahan kepada Tuhan, jika kita bertaubat dengan sebenar - benar taubat atas segala kesilapan dan dosa yang telah kita lakukan kepada Tuhan, insyaAllah jika tuhan mengizinkan taubat kita akan diterima dan kita akan diampunkan, namun jika kita melakukan kesilapan kepada sesama manusia, sehingga manusia itu terluka dan tidak mahu mengampunkan dan meaafkan kita, maka sehingga bila pun selagi dia tidak memaafkan selagi itulah kita akan menanggung dosa orang tersebut, inikan pula jika sanggup berbuat kepada sesama insan dengan melakukan perkara yang dilaknati tuhan itiaut dengan melakukan pembunuhan dengan cara yang halus dalam perkataan lain dengan menggunakan ilmu hitam. Jadi tidakkah pernah terfikir oleh mereka tentang semua ini? Hanya kerana cemburu mereka berdendam dan kemudia melepaskan dendam mereka dengan cara yang terhina bukan saja hina pada pandangan manusia juga kepada Tuhan.
Apakah yang mereka terima setalh mereka melakukan khianat terhadap insan lain? Setakat hanya satu kepuasan bagi saya itulah pekerjaan yang sia - sia yang kosong, kepuasan dengan menghukum orang lain dengan cara mengikut nafsu sendiri dan juga hasutan iblis. Itulah perbuatan mereka yang tidak mempunyai akal dan pendirian diri sendiri dalam kehidupan mereka. Itu yang sering saya ingatkan kepada diri saya selalu, biarkan pun saya kadang - kadang cemburu dan iri pada kawan - kawan maupun keluarga saya, namun bagi saya tidak pernah untuk terfikir untuk berbuat perkara sedemikian, kerana bagi saya apalah ada pada kepuasan yang saya terima ketika itu, sedang esuk diakhirat saya akan tersiksa dan tidak dapat masuk syurga, secara berfikir dan bermuhasabah saya sering menasihatkan diri saya jika perasaan cemburu dan dengki itu ada pada diri untuk lebih berusaha dengan gigih agar apa yang mereka dapat ketika ini akan juga saya dapatkan pada masa akan datang biarpun lewat, dan malah ianya juga mendidik saya agar saya terus berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti mereka. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana sering memelihara saya daripada melakukan perkara - perkara yang terkutuk.
Akhirnya bagi mereka yang pernah melakukan kerja - kerja terkutuk ini insaflah, kerana apa yang awda lakukan itu adalah satu perkara yang akan membuatkan awda menyesal seumur hidup awda, pada ketika kita melakukan perkara itu, mungkin ada kepuasan dalam diri namun jangan lupa kadangkala balasan yang tuhan yang akan berikan bukan saja sesudah mati malah juga dalam masa hidup, kerana itu insaflah. Kita ingat beringat pada setiap perkara yang kita lakukan, bahawa ada yang memerhatikan kita, pada satu sudut lain kita berfikir perbuatan yang kita lakukan itu tidak terlihat oleh insan lain, namun ada lagi mata yang melihat perbuatan kita itu, jadi berfikirlah jika kita ikut hati kita akan mati, dan biarlah bertempat untuk kita meletakkan sifat cemburu, dengki , dendam kita pada insan lain, kita berusaha dengan gigih jika kita ingin menjadi seperti mereka, bukan melepaskan dendam irihati dan cemburu dengan melakukan perkara yang dilaknat. Ingatlah hukum tuhan itu amat berat.........! Hari ini kita terlepas dari perbuatan kita itu, esuk belum tentu lagi, kerana ingatlah Tuhan itu maha adil......!
Mudahan kita semua akan sentiasa didalam peliharaan tuhan, dan semoga tuhan tidak akan pernah untuk memalingkan akidah yang kita ppegang dan semoga kita akan terus menjadi hamba yang senitasa berpegang teguh dengan pegangan ugama. AMIN....AMIN...Ya RABBIL ALAMIN...!

Isnin, 12 April 2010

MASA SEMAKIN PANTAS BERGERAK PERJALANAN SEMAKIN PENDEK

Pernahkah kita menyedari bahawa akhir - akhir ini perubahan masa berlaku dengan begitu pantas sekali? Jika kita duduk didalam pejabat sambil membuat dan melakukan tugasan kita, tanpa disedari waktu berlalu dengan begitu pantas sekali. apa tah lagi perubahan masa dari satu minit kepada satu jam berlaku dengan pantasnya. Jika kita memulakan kerja didalam pejabat seawal jam 745 pagi, kita tidak pernah menyedari yang putaran masa berlaku dengan begitu cepat sekali, apa yang kita sedari setelah waktu rehat minum pagi jam 9, dan pernahkah kita merasakan bahawa sekelip mata saja waktu berjalan dan membawa kita kepada jam 9 pagi. Selepas waktu rehat minum pagi jam 9, kita menyambung semula kerja kita, dan tanpa kita sedari juga waktu untuk rehat jam 12 tengah hari sudah tiba, dan kita akan bertanya kepada diri kita, yang kenapa masa berlalu dengan begitu pantas sekali.
Samada kita sedar atau tidak perubahan masa dari hari keminggu dan dari minggu kepada bulan juga berubah dengan pantas, perubahan masa setiap hari kadang - kadang membuatkan kita terpaksa bergerak dengan begitu pantas, jika kita lalai, maka kita akan jauh ketinggalan. Hari - hari yang kita lalui setiap setiap hari begitu pantas pusingannya yang membawa kita kepada hari - hari baru, jika kita tidur dimalam hari, kita dapat merasakan yang putaran masa itu berlaku dengan pantas, kerana kita merasakan ianya seperti baru saja kita melelapkan mata dan baru saja bermimpi namun apabila tersedar waktu sudah menunjukkan hari sudah siang. Dan pusingan waktu itu yang membuatkan kita bergerak dengan pantas untuk mengejar apa yang kita inginkan aga kita tidak ketinggalan.
Namun dalam pergerakan masa yang semakin pantas, pernahkah kita terfikir bahawa perjalanan kita sekarang sudah semakin pendek? Usia kita juga semakin menghampiri usia kepada senja, namun dimanakah kita meletakkan diri kita disepanjang perjalanan ini? Dalam putaran masa yang berlalu dengan begitu sekejap saja, membawa setiap pergerakan kita kepada satu perubahan tanpa kita sedari, selari dengan bertambahnya usia kita. Dalam masa beberapa jam kita duduk didalam pejabat, tidak terasa masa memintas kita dengan begitu pantas sekali. Dalam pada masa yang sama pernahkah terfikir oleh kita untuk bertanya pada diri kita sepanjang perjalanan kita ini adakah sudah cukup bekalan yang akan kita bawa untuk perjalanan kita seterusnya?
Setiap tahun kita sentiasa didoakan panjang umur apabila kita mennyambut hari kelahiran kita, begitu juga setiap kali kita bersedekah kepada kawan, pastinya ada yang mendoakan kita semoa panjang umur dimurahkan rezeki dan berbagai doa untuk kebaikan kita. Tetapi adakah kita teringat bahawa semakin bertambahnya angka pada usia kita, maka semakin pendeklah juga perjalanan kita. Mungkin ada yang bertanya kenapa perjalana kehidupan kita semkin pendek? Sememangnya ajal maut adalah satu ketentuan dari yang Maha Kuasa, semakin bertambah usia kita dan semakin kita menghampiri senja. Namun apakah persiapan kita untuk perjalanan yang seterusnya? Jawapan itu ada pada diri kita masing-masing, kerana hanya kita yang berhak menilai seberapa besar dan banyaknya tugas dan tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta yang sudah kita laksanakan, mata orang lain hanya dapat memerhati pada apa yang kita lakukan namun kita yang empunya badan lebih mengetahui sejauh mana tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kita telah kita laksanakan.
Kadang kita perlu ingat, apakah yang kita laksanakan itu sudah mencukupi dan menjamin kita untuk keperjalanan kita seterusnya?? Sekali lagi kita tanya pada diri kita sendiri, kerana jawapan itu bukan orang lain yang perlu menjawabnya. Kadang kita terlupa, pada satu sudut lain kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan perintah dari Maha Pencipta dengan baik sekali, namun pada satu sudut lain kita terlupa akan tanggungjawb kita sesama insan lain tidak begitu baik, yang mana pada penghujungnya semua amalan yang kita lakukan itu akhirnya akan menjadi sia - sia disebabkan perhubungan kita dengan orang lain yang tidak kita perbaiki.
Sering saya peringatkan diri saya agar lebih berhati - hati dan menjaga pergaualan saya dengan orang lain, agar tidak menyakiti hati sesiapa. Itu yang kini saya ambil kira pada perjalanan kehidupan saya ketika ini, entahlah mungkin disebabkan faktor usia juga telah membawa saya untuk berfikir kearah itu. Melalui pengalaman telah banyak mengajar saya untuk tidak menilai orang lain sedari luarannya, kerana tidak semestiya orang yang mempunyai perwatakan luarannya yang agak pelik itu akan mempunyai perwatakan yang agak pelik juga, sebaliknya dalam kepelikan pada perwatakan itu adakalanya terselindung satu sifat yang tidak dimiliki oleh orang lain , seperti sifat kebaikan budi bahasa dan sopan santun terhadap orang lain. Dan adakalanya mereka yang mempunyai perwatakan yang begitu baik pada luarannya, belum tentu lagi ianya akan mempunayi satu sifat perangai yang terpuji. Malah mungkin perwatakan dalamannya lebik buruk dari apa yang kita telah sangkakan dari perwatakan luarannya.
Kerana itu, setiap perjalanan kita hari-hari, masa adalah sempadan dan pengukurnya, dan semakin pantas waktu bergerak akan membawa kita kepada satu perubahan kedalam diri kita. Faktor masa dan usia membawa kita kepada satu perubahan kepada diri , dan kedua - dua faktor ini akan merubah diri kita, peristiwa yang lalu adalah satu pengalaman untuk perjalanan kita seterusnya, dan melaluinya ianya akan merubah perjalanan kita, sebelum ianya menjadi satu sejarah pada kehidupan. Apa yang kita lalui pada hari kelmarin hanya dapat tercatat samada pada kotak memori otak kita, buku catatan diari kita mahupun pada gambar kita. Namun apa yang ada pada kotak memori otak kita, itulah yang banyak meninggalkan kesan pada diri kita sebenarnya sehinggakan membawa kepada perubahan dalam hidup kita. Namun sebaliknnya, ada juga yang tidak pernah kisah dengan pengalaman yang mereka lalui semalam, kerana bagi mereka yang berlalu itu biarlah berlalu, dan jalan untuk kehari esuk masih perlu untuk difikirkan lagi. Tapi betulkah peristiwa kemarin itu tidak perlu untuk kita imbas kembali?? Jawapan kepada pertanyaan itu ada pada diri awda sendiri.
Apa pun yang kita lakukan pada hari ini, biarlah ianya akan menjadi pengalaman yang manis pada diri kita dalam meniti hari - hari yang mendatang. Dan apa yang penting, biar esuk apabila kita telah tiada diatas muka bumi ini, mereka yang pernah hidup bersama kita akan terus mengenang kita sebaiknya, kerana jika kita meninggalkan kesan yang baik kepada mereka maka akan tinggallah satu kenangan yang baik pada mereka selamanya, namun sekali kita meninggalkan satu kejahatan apa tah lagi pernah mencalarkan hati orang lain, maka akan jahatlah kita selamanya pada kenangan mereka. Kerana itu, semakin pantasnya masa bergerak maka secepat itulah juga kita mesti mengejarnya, jika kita pantas dan dapat mencantas masa dengan baik, maka tidaklah kita rugi, kerana satu saat masa yang berlalu, adalah satu kerugian dalam itu kita. Kerana setiap mereka yang berjaya dalam kehidupan mereka, adalah mereka yang berlari seiring dengan masa dan berjaya mencantas masa. Mudahan aku akan dapat berlari seiring dengan masa.......!

Ahad, 4 April 2010

BOSAN DAN MEMBOSANKAN

Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ku ini, tidak ada cerita yang menarik untuk aku kongsikan. Adalah juga beberapa perkara yang menarik terjadi dalam beberapa hari kebelakangan ini, namun aku yang malas untuk mencatitkan dalam blog ku ini, aku seperti kehilangan mood, sudah tidak ada idea untuk menulis, entahlah kenapa aku tiba - tiba jadi seperti ini. Bosan mungkin.......!
Aku sudah jenuh dengan ragam berbagai manusia yang aku anggap kadangnya terlalu membosankan aku, terlalu bosan untuk melayan perangai dan attitude mereka yang kadangnya seakan tidak pernah ingin hendak berubah. Namun kerana sering memerhatikan rantak manusia yang lain itulah aku sering terfikir dan membuat aku sering berfikir, bagaimana pula aku pada pandangan manusia disekeliling ku? Bagaimanakah pandangan meeka terhadap diri ku? Apakah pemikiran mereka terhadap diri ku? Semua itu sering aku fikirkan. Aku tidak untuk dipanggil atau dichop sebagai manusia yang begitu 'HIPOKRIT" yang mempunyai perangai yang terlalu degil dan tidak lurus pada tempatnya untuk meletakkan sifat kedegilan dan keras kepala itu. Aku sering memikirkn bagaimana untuk meletakkan diri dihati orang, adakah mereka berpuas hati dengan cara aku bergaul dengan mereka? Cara layanan ku terhadap mereka, dan itu yang mustahak kepada aku dalam pergaulan ku bersama manusia yang lain. Dan apa cuma dapat aku buat adalah untuk melihat dan melihat kepada diri ku sendiri, mana kekurangan yang rasanya perlu aku tambah dan perbaiki aku akan berusaha untuk memperbaikinya, dan jika tidak mana yang termampu untuk ku lakukan itulah saja yang akan aku lakukan. Sememangnya bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang ini, lebih - lebih insan - insan yang baru aku kenali.
Berbicara mengenai dengan insan - insan yang baru dikenali ini, adalah terlalu susah untuk memberikan kepuasan pada mereka. aku akui terlalu sukar untuk mengikuti rentak merek, kadang biarpun sudah bertahun lamanya dikenali, namun masih belum juga menampakkan rasa keserasian pada diri kita, dan inilah juga yang kadangnya akan membuatkan cepat bosan. Namun itulah yang dikatakan kehidupan. Bagi aku, aku bergaul dengan sesiapa saja, dari seorang kanak - kanak sehinggalah kepada orang tua. Cuma cara pergaulan saja yang harus mengikut rentak. Sama kanak - kanak kecil aku ada rentak dan gaya ku tersendiri, bersama remaja ada rentaknya, begitu juga bersama teman yang seusia ada juga cara pergaulan yang aku terapkan, dan disebalik semua itu masih ada juga yang terlalu susah untuk ku menyesuaikan diri ku bersama mereka. Dan itulah yang kadang - kadang amat membosankan aku untuk berdmpingan dengan mereka. PAling tidak pun bila berdampingan dengan mereka aku hanya akan berdiam diri, dan buat apa saja yang aku suka, buka apa cara ini saja yang dapat aku lakukan dari menggelakkan mereka terasa dan berfikiran negatif. Sungguh membosankan bukan....!
Kerana itulah aku sering mencermin diri ku, dan sentiasa mencari kesilapan pada diri ku. Sekurangnya aku dapat memperbaiki dimana kesilapan itu sebenarnya, mencari dimana punca kesilapan itu dan tidak membiarkan ia berterusan. Bagi aku sendiri, aku lebih suka pada orang yang suka menegur secara berterus terang, sekurangnya kita akan dapat tahu dimana silap kita, daripada orang yang takut untuk menegur tetapi bercerita pada orang lain akan kesilapan kita itu, dan insan sebeginilah yang amat aku benci.... terus terang dan jujur aku katakan aku benci.....! Bagi aku sesiapa saja boleh memberikan teguran kepada ku, sekalipun kanak - kanak yang menegur aku. Bagi aku teguran yang baik akan aku terima sebagai satu teguran motivasi kepada diri ku, dan sekurangnya mereka cuba untuk memperbaiki kesilapan yang kita lakukan. Namun aku paling tidak suka mereka yang tidak berani untuk memberikan teguran tetapi cuba untuk memanjangkan cerita ini kepada orang lain, dan hal inilah yang menjadi kebencian kepada ddiri ku. Berapa ramai yang akan dapat menerima dengan baik cerita mengenai kita itu dibelakang kita? Tentunya berbagai persepsi dan andaian akan dibuat oleh berbagai pihak mengenai dengan cerita yang mereka akn dengar. Namun kerana itulah aku paling suka orang untuk menegur aku secara berdepan, sekurangnya aku akan dapat tahu dimana kesialapan ku dan dapat memperbaiki semua keilapan ku itu. Aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka sekalipun ada orang yang bercakap secara berdepan sambil mengatakan yang dia tidak sukakan aku, ataupun dia bencikan aku, kerana bagiku itu adalah hak mereka dalam memberikan penilaian mereka terhadap diriku. Dan aku terima dengan hati yang terbuka, kerana itu adalah penilaian pada kacamata pandangan mereka terhadap diri ku. Dan secara jujur aku katakan, aku bukan MANUSIA HIPOKRIT yang sentiasa berlindung dengan bayangnya sendiri.
Aku akui aku memang mempunyai sifat EGO yang tinggi, dan itu sudah setentunnya dimiliki oleh sesiapa saja. Namun dalam sifat EGO yang terlalu tinggi itu, aku masih juga mempunyai perasaan rendah diri. Aku tidak terlalu suka untuk bermegah biarpun sifat EGO itu aku miliki. Aku cuba meletakkan sifat KEEGOAN ku itu pada tempat yang betul bukan pada tempat yang salah, kerana bagiku mempunyai sifat EGO tidaklah salah asalkan betul tempat kita meletakkannya. NAmun bagi sebilangan manusia mereka tidak tahu meletakkan sifat keegoan mereka, yang mana akhirnya membawa kebinasaan kepada dirinya sendiri. Itu yang banyak aku lihat. Kedua sifat HIPOKRIT dan EGO adalah sifat yang banyak dimiliki oleh manusia, namun dimana mereka meletakkannya pada perangai dan attitude mereka itu adalah hak masing - masing, namun bagi aku sendiri, yang terbaik adalah untuk sering melihat pada kelemahan diri sendiri sebelum kita melihat kelemahan orang lain. Kadangnya terlalu banyak memerhatikan kelemahan orang lain kita lupa pada kelemahan diri kita yang kita miliki, boleh memusnahkan diri sendiri........!