Rabu, 15 Oktober 2008

BICARA WARONG KOPI : TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG.....

(Gambar hiasan diambil dari goole image)


Kampong Ayer adalah merupakan satu tempat tarikan kepada pelancong - pelancong yang berkunjung ke Negara Brunei Darussalam. Ianya sudah terkenal diseluruh dunia kerana keunikannya sehinggakan ianya lebih mudah dikenali sebagai jolokkan 'VENICE OF THE EAST' oleh salah seorang pelanong dari negara barat yang pernah berkunjung keBrunei dalam abad ke-15.
Aku sendiri adalah anak kelahiran Kampong Ayer, aku membesar dikampong Ayer dan sesudah aku berumur 22 tahun barulah aku berhijrah kedarat. Namun segala kenangan ku banyak ku abadikan diKampong Ayer, yang mana tempat kelahiran ku dipanggil Kampong Pandai Besi 'A'. Kehidupan di Kampong Ayer pada ketika zaman ku, memang berbeza dengan suasana Kampong Ayer pada ketika ini. Kini Kampong Ayer sudah semakin banyak berubah, baik dari segi pembangunan maupun mereka yang tinggal dikampong Ayer juga sudah semakin berkurangan, ini adalah kerana penghijrahan sebilangan penduduknya kedarat dan ini juga menampakkan perubahan ketara kepada suasanan diKampong Ayer.
Pada masa aku tinggal diKampong Ayer, suasana yang paling mariah yang dapat dilihat adalah semasa Hari Raya Aidil Fitri. Masa inilah kita dapat melihat bertapa banyak orang yang lalu lalang diatas jambatan untuk berkunjung berhari raya, yang didarat turun kekampong Ayer untuk bersama - sama berhari raya, malah suasananya agak begitu meriah sekali. Suasana yang agak meriah berterusan sehingga beberapa hari raya. Anak - anak muda berjalan kaki mengunjungi rumah - rumah berjalan kaki menggunakan jambatan untuk berhari raya. Kegembiraan jelas terbayang. Jambatan dipenuhi dengan orang yang lalu lalang untuk berhari raya. Namun suasana tersebut kini telah berubah, kini sudah tidak banyak orang yang berkunjung untuk berhari raya dikampong Ayer, jadi pintu rumah pun sudah awal tertutup untuk menerima tetamu. Siang hari kanak - kanak pun sudah berkurangan berkunjung kerumah - rumah untuk berhari raya, tidak seperti masa aku kecil - kecil dulu. Segalanya sudah semakin berubah.
Kini Kampong Ayer sudah semakin sunyi, terlalu nyata perbezaan Kampong ayer masa kini dan sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Jika dulu disebelah malam kelihatam kelibat anak - anak muda duduk - duduk berbual - bual dan sambil itu bermain gitar diatas jambatan, tidak kurang juga mengusik anak - anak dara yang melintas diatas jambatan. Kini jambatan pun sudah sunyi disebelah malam, anak - anak muda kini lebih suka berperap dirumah menonton Tv melalui rancangan yang disiarkan melalui rancangan yang dimainkan melalui Cable Network seperti ASTRO dan njuga Parabola, cuma sesekali saja kelihatan kelibat anak - anak muda duduk diLagoon. Kini segalanya berubah.
Semasa aku tinggal dikampong ayer, salah satu aktiviti yang paling disukai oleh anak - anak kampong ayer ialah Bergalau atau mandi sungai. Inilah antara aktiviti yang paling disukai oleh sebilangan anak - anak kampong Ayer. Bagi aku dan rakan - rakan sekampong, jika kami mandi sungai ianya akan memakan masa sehingga tiga ke empat jam lamanya. Berbagai aktiviti yang kami buat semasa kami mandi sungai. Dan aku sendiri pernah dimarah oleh arwah ibu kerana mandi sungai. Begitu juga dengan permainan yang dimainkan oleh kanak - kanak dikampong Ayer memang banyak perbezaannya dari kanak- kanak didarat. Bermain tembak, main santul dna banyak lagi permainan yang kami mainkan, terutamanya samasa waktu cuti penggal persekolahan. Jelas semasa cuti persekolahan kampong ku akan menjadi meriah bising dengan hirok pikuk suara kanak - kanak bermain, berlari - lari diatas jambatan, namun kini segalanya sudah berubah. Kanak - kanak tidak lagi banyak yang bermain diluar rumah, kanak - kanak kampong ayer kini sudah jarang kelihatan yang mandi bergalau seperti kami dulu - dulu, sehabis sekolah mereka akan berada didalam rumah begitu juga semasa cuti persekolahan mereka lebih gemar berada dalam rumah bermain permainan video, tidak banyak yang menghabiskan masa mereka dengan bermain diluar rumah, kini sudah tidak banyak, dan ini jelas kelihatan ketikan ini.
Sayu hati bila aku melihat keadaan perubahan kampong ayer masa ini. Segalanya kini telah berubah. Aku hanya kini melihat perubahan yang berlaku dikampong Ayer, dan sungguh begitu segala kenangan aseh segar dalam ingatan ku. Aku tidak akan pernah lupa bahawa aku ini juga asalnya dari Kampong Ayer, biarpun kini sudah hampir dua dekad aku tinggal didarat, namun aku tetap mengatakan pada diri ku yang aku adalah orang kampong ayer, TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULAN TEMPAT BERMAIN. InsyaAllah satu waktu pasti akan ku ceritakan kepada anak - anak ku bahawa ayah mereka ini adalah berasal dari kampong ayer, keturunan PEBALAT. .....aidilfiqh'08

0 ulasan: