Selasa, 21 Oktober 2008

BICARA WARONG KOPI: RAHSIA DI SEBALIK WAJAH


Bila kita bercerita bersama rakan kita jika kita terus berbual kosong sambil berangan-angan, rakan - rakan kita akan terus menyuruh kita untuk mencerminkan wajah kita dicermin. Kenapa kita sering disuruh mencerminkan wajah kita? Bagi aku sendiri, kadang - kadang aku tertanya-tanya kenapa mesti wajah sering berkait rapat dengan cermin, masih sendiri kurang pasti, tapi apa yang pastinya, wajah kita mencerminkan keperibadian kita, itu yang aku difahamkan.
Tapi benarkah wajah kita menceminkan keperibadian kita? Sejauh mana kita dapat menilai seseorang itu daripada wajahnya? Kadang - kadang ada orang lebih mementingkan wajah daripada keperibadian, hal begini sering terjadi dalam memilih teman hidup. Banyak yang lebih suka memandang kepada kecantikan wajah daripada kecantikan peribadi, akhirnya kerana memandang kepada kecantikan wajah rupanya sesalan dibawa hingga kemati. Maklum saja bila dah jadi teman seumur hidup, peribadi yang dulu tersembunyi bila dah kahwin barulah nampak. Aku tak katakan yang semua yang berwajah cantik ini perangai dia bukan tak elok, cuma sebilangan saja. Tapi bagi yang dapat wajah cantik dan perangai pun elok juga, Alhamdulillah lah kerana tak sia-sia dia dikurniakan jodoh sebegitu.
Aku tak nak borak dan bual panjang dalam warong aku kali ni, kerana msa aku terlalu pendek, kerana banyak kerja yang perlu aku selesaikan dalam minggu - minggu terdekat ni. Aku pun makan gaji juga, jadi tugas aku adalah yang terwajib untuk aku selesaikan dulu, kerana apa aku dibayar setiap bulan, jika aku lalai dan tak nak buat kerja aku dengan betul, satu hal yang aku sering ingatkan pada diri aku ialah halalkah wang aku terima setiap hujung bulan tu? Itulah yang sering hadir dalam kepala aku setiap kali aku cuba bermain dalm tugas aku. Ingatlah wajah kita menunjukkan keperibadian kita, bagi yang pandai menyembunyikan perwatakannya, itu kira selamatlah, tapi sampai bila lah kan kita nak jadi mcm tu. Masa berputar semakin pantas, sedar tak sedar kita sudah semakin senja, pada hal rasanya baru semalam masa remaja ditinggalkan,tau-tau sekarang kita sudah menghampiri waktu senja. Dalam menghampiri waktu senja ini sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk menghadap Tuhan yang Esa? Kita sering terlupa akan tugas kita pada yang Esa, namun kita tidak pernah lupa dan lalai dalam mengejar kesenangan kita, kita tidak pernah lupa dalam ,menunaikan tugas kita untuk mencari rezeki dan kita selalu terlupa pada kewajipan yang benar-benar mustahak dan penting untuk dibawa kepada perjalanan seterus menghadap Maha Pencipta, namun Tuhan tidak pernah lupakan kita.
Kita renunglah wajah kita dicermin kali ini, kita pandang pada setiap kedut yang ada pada wajah kita, dan sambil itu kita berfikir-fikir sudah cukupkah amalan kita untuk menuju kejalan Akhirat pada hari esuk ataupun lusa yang tidak kita ketahui? Marik kita berfikir bersama.............. HM Tasra '08.

0 ulasan: