Ahad, 12 Oktober 2008

BICARA SECAWAN KOPI .... PEPERANGAN

(Gambar diambil dari google imej)
Alhamdulillah aku memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana aku dilahirkan dan tinggal didalam sebuah negara yang begitu indah dan aman damai. Aku jauh lebih bersyukur kerana tiada apa-apa yang perlu aku risaukan tinggal didalam sebuah negara yang begitu aman sekali, yang jauh dari peperangan, jauh dari persengketaan sesama dan apa yang penting adalah aku cukup bersyukur dapat tinggal dinegara yang aman damai seperti Negara Brunei Darussalam.

Namun kadang - kadang aku berfikir bagaimana kiranya aku hidup ditengah - tengah sebuah negara yang sedang bergolak dengan peperangan, contohnya di Iraq, Georgia dan juga yang lebih sedih dan kasihan ada Palestin yang sudah agak sekian lama terhimpit oleh Israel yang jauh lebih kejam.

Peperangan adalah sesuatu kekejaman, dimana banyak orang yang tidak bersalah menjadi mangsa terutama Orang - orang tua dan kanak - kanak. Selain daripada berlakunya pertumpahan darah peperangan juga menjadikan sesebuah negara itu menanggung kerugian yang amat banyak. Selepas habis perang bukankah pembangunan baru perlu dibuat semua? Bukankah itu perkara bodoh? Kenapa tidak difikirkan semua itu? Hanya kerana nafsu segalanya terjadi, kerugian dan kehilangan banyak nyawa tidak difikirkan, sedangkan jika kita bawa ia kejalan perdamaian, segalanya dapat diselesaikan dengan lebih menguntungkan lagi. Tidak perlu mengalami kerugian yang amat besar dan tidak ada nyawa yang terkorban dengan sebegitu saja.

Manusia sekarang semakin bertemadun dan mempunyai ilmu pengetahuna yang tinggi, tidakkah dapat kita memikirkan cara yang terbaik untuk mencari penyelasaian dalam segala hal yang berbangkit untuk sesuatu persengketaan? Perlukah sesuatu persengketaan itu berakhir dengan peperangan? Dimana kita sebenarnya? Dimana kita meletakkan ketamadunan kita sebagai seorang manusia yang berilmu dan mempunyai pemikiran yang selalu kedepan. Kita sudah mampu menjejakkan kaki kita kebulan dan kita juga telah berjaya dalam mencipta teknologi tertinggi pada masa kini, tapi kenapa mesti peperangan juga yang kita pilih untuk menyelesaikan sesuatu persengketaan? Mestikan berperang.

Lihatlah diPelastin....! Kita yang mendengar berita tentang penindasan mereka hanya sanggup meluahkan kata - katas kasihan kepada rakyat pelastin dan menyumpah serakah kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Pelastin, namun selaku warga muslim dimana kita sebenarnya? Dan apa yang jelas sekarang dimana kedudukan OIC (Pertubuhan Persidangan Islam), dimana mereka ini sebenarnya? Kemana mereka ini sebenarnya? Kita tahu bahawa PBB tidak akan dapat membantu dalam menyelesaikan hal Pelastin - Israel ini, namun dimana OIC dalam hal ini? Dimana ketegasan OIC dalam membantu rakyat Pelastin sebenarnya? Nyatalah Islam sekarang ini tidak bersatu, dan kerana kita tidak bersatulah makanya kita mudah ditindas, kita takut untuk menyatakan suara kita sebenarnya. Orang - orang kuat OIC seolah takut untuk bersuara dalam mengecam kebiadaban kaum Zionis Israel. Kita perlu ingat semakin kita tidak bersatu, dan semakin itulah juga akan terus ditertawakan dan tertindas. Kita akan terus jadi budak kepada kuasa besar, kerana apa, kita takut untuk bersuara kerana kita takut kita akan diperangi. Jika pihak PBB akan mengambil tidakan kepada OIC, pedulikan kerana OIC adalah satu organisasi yang juga besar, malah sebilangan ahli - ahli negara - negara OIC adalah pengeluar terbesar dunia, jadi kenapa mesti takut? Jika negara - negara OIC dipulaukan dan sekatan dibuat keatas negara - negara OIC kenapa mesti takut, buktikan bahawa Kuasa Besar itu silap, kita bersatu, kenapa mesti takut? Kita bersatu, bukankah negara - negara OIC juga sebilangannya adalah kini telah menjadi penghasil dan pengeluar dalam sesuatu penghasilan, jadi kenapa perlu takut? Kita boleh berurus niaga hanya melalui kalangan ahli - ahli negara OIC saja, dan jika ini dapat kita buat apa kuasa besar itu akan mampu lakukan keatas negara - negara OIC? Sudah tentu mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa, terutama sekali soal minyak? Mereka akan takut.

Ini tidak kita hanya berdiam diri saja, melihat bagaimana bumi Pelastin dan rakyatnya habis musnah dengan kekejaman Zionis Israel, setiap hari ada saja yang mati oleh kekejaman israel laknatullah, tidak ada seorang pun perwakilan dari OIC yang buka mulut untuk membantu Pelastin, perjanjian - demi perjanjian dibuat, namun tidak ada jua penyelesaian yang dibuat, kita kecam dan kutuk saja tidak akan membuat kedamaian pada bumi pelastin. Sekurangnya kita selaku umat islam mulai sekarang berfikir dan mulalah kita untuk bersatu. Sekurangnya OIC sekarang sudah mempunyai tentera berbilang negara yang terdiri dari negara ahli - ahli OIC, yang mana ianya bertindak sebagai tentera pengaman seperti yang dilakukan oleh PBB, agar pihak bangsa lain tidak akan berani untuk terus bertindak sesuka hati terhadap negara islam, jika ini mampu kita lakukan, kita sekurangnya mampu untuk menyatukan semula umat islam seluruh dunia dan sekurangnya umat islam tidak dituduh dengan bergai tuduhan dan tidak dikecam sebagai umat pengganas seperti yang pihak barat uwar - uwarkan setiap hari yang mengatakan pengganas terdiri dari umat islam. Kita perlu bangkit dan berfikir. Kita perlu bersatu semula, dan membukakan mata orang - orang besar yang memduduki jawatan besar dalam OIC. Kita adakan mesyuarat bukan untuk mencari teman baru tapi adalah untuk membincangkan tentang bagaimana untuk menyatukan umat islam seluruh dunia. Jika kita bersatu umat lain tidak akan dapat memperbodohkan kita, ini jelas kita mudah diperbodohkan hanya kerana umat lain nampak kita tidak bersatu, dan sebab itulah kita sering bersengketa sesama kita.

Maka fikir - fikirkanlah, jika kita rasa kita ingin terus hidup dalam dunia yang aman damai jauh dari peperangan, berhentikanlah peperangan, jangan dijadikan perlumbaan senjata sebagai satu cara terbaik dengan melakukan peperangan. Kita mampu hidup panjang jika kita dapat hidup dalam rukum damai. Fikir - fikirlah kita bersama dan mudahan apa yang saya tuliskan ini tidak akan menjadi sesuatu yang agak kontroversi dan mudahan ianya tidak akan menjadi kesalahan. Ini hanya sekadar pandangan kerana takut dengan peperangan. Marilah kita sama - sama bermuhasabah.... mudahan kita semua akan diberkati dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT jua selalu. AMIN.......aidil fiqh


0 ulasan: