Jumaat, 31 Oktober 2008

SAMBUTAN RAYA DIOPIS...... SIUK KALI AH.....!

Hari Khamis yang lalu adalah hari terakhir bulan syawal 1429, bermakna genaplah sudah sebulan kita meraikan Hari Raya dan hari ini juga berakhirlah sudah Hari Raya bagi tahun ini selepas ini , dan jika dipanjangkan umur insyaAllah akan bertemu lagi Syawal 1430...AMIN.



Dalam hari terakhir bulan syawal, kami sestaff tiba - tiba membuat perancangan last - last minute untuk mengadakan Sambutan Hari Raya dan khas untuk bahagian kami saja. Rencana untuk mengadakan sambutan Hari Raya adalah secara spontan saja iaitu semasa kami minum pagi didapur opis, masa tu kami cuma borak - borak, secara kebetulan pula kami ada mendengar yang bahagian pentadbiran Jabatan ada mengadakan sambutan hari raya tetapi khas untuk staff pentadbiran saja, jadi timbullah pula idea kami untuk mengadakan Sambutan Hari Raya, jadi dalam saat - saat akhir juga kami merancang untuk mengadakan sambutan tersebut, dan atas persetujuan semua kami telah bersetuju untuk membawa makanan dan kueh muih secara individu, maksudnya setiap seorang akan membawa apa saja jenis makanan dan kueh muih. Jadi atas kata sepakat jadi semasa penghujung syawal iaitu hari khamis lalu, jadilah juga majlis kami biarpun hanya secara sederhana tetapi tetap meriah, maklum sajalah dari semuanya bersatu hati, dan perkara yang dibuat pun secara ikhlas dari hati masing-masing sebab itulah sambutan itu nampak meriah. Inilah antara aksi yang sempat kami rakamkan semasa sambutan hari raya kami tempoh hari yang mana diselajurkan dengan sambutan Hari Jadi salah seorang staff kami.

Sedang sibuk menyediakan hidangan



Wajah-wajah wanita yang ayu dibahagian kami
(Hehehehehehe.... ayu lah tu....)
Sebahagian dari staff yang hadir pada majlis tersebut



Antara makanan yang dihidangkan

Birthday Man hari atu

hAPPY bIRTHDAY HJ ALIAS

Ahad, 26 Oktober 2008

AKSI TERLEBIH LAH PULA NI..... MASYAALLAH SELISIHKAN MALAIKAT 44

Yang ini pula hanyalah sekadar gambar hiasan, mereka berdua ni sebenarnya sepupu sekali isteri aku, mereka berdua ni sangat rapat. Yang seorang dah pun berumahtangga dan mempunyai 2 orang puteri dan yang satu lagi masih solo. Ish..ish... kamu berdua ni tak ada kerja lain kah....?! Kalau iapun nak buat macam tu tengok-tengoklah.....! Inilah gelagat mereka pada majlis tempoh hari, bila dah berkumpul ada sajalah kerenah dan kelucuannya. Hahahahaha... Jangan marah ye DIDIK & AZIM... abang Haji gurau aje....! Apa yang pasti selepas ni engkau berdua memang akan glamour habis, dan mungkin akan keluarlah gossip gempak yang kononnya akan mengatakan kamu berdua ni pasangan GAY....! Hahahahahahahahaha......Salam..!

(Selisih Malaikat 44.... ada-ada sajalah budak 2orang ni...)

(Bukan saja sepupu tapi juga teman baik)

PASANGAN HANGAT BERCINTA.... SELAMAT BECINTA BEB..!

(Pasangan Merpati Dua Sejoli......)
Mereka berdua ni dah sah jadi merpati dua sejoli, eh abang Haji nak tanya pada kau berdua, engkau berdua ni bila lagi nak langsungnya? Jangan tunggu lama-lama, barang dah naik harga, kahwin pun naik harga juga, tak elok benda baik ni dilalaikan, jangan menyesal pula, jangan jadi abang Haji, kalau abang Hajitau kahwin ni seronok, awal lagi abang Haji Kahwin..... Hahahahahaha...., jangan marah ye ASRUL... abang Haji gurau aje.... apa pun kami berdua suami isteri mendoakan semoga panjang jodoh dan tahun depan boleh lah kami tumpang makan nasi minyak. Hehehehehe.......Salam.

AKSI - AKSI TERCANTIK SEMASA MALAM MAJLIS MENERIMA TANDA PERTUNANGAN

Inilah antara gambar dan aksi yang sempat dipaparkan semasa malam Majlis Menerima Tanda Pertunangan adik ipar ku. Semuanya penuh semangat didepan lensa camera, dan pandai bergaya, tengok sajalah tak susah untuk diarahkan untuk bergaya bila depan lensa kamera..... hehehe pada yang gambarnya ada dipaparkan dalam blog ini jangan marah ye.... sekali sekala pun ok bah...... hehehehehehee......! Glamour jua....!

(Penyambut tetamu yang paling glamour pada malam tu.....)
(Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut)


(Wajah - wajah anak teruna )
Glamourlah hang semua lepas ni hah.... hehehe jangan marah ah...!











SELAMAT BERTUNANG BUAT ADIK IPAR







Alhamdulillah sahlah sudah mereka bedua ditunangkan pada malam minggu yang lalu, dan tahniah ku ucapkan kepada adik ipar ku dan juga tunangannya. Nampaknya perkenalan mereka yang sudah hampir lima tahun akhirnya bersatu juga dengan ikatan tali pertunangan, dan mudah-mudahan ianya akan sampai keakhir hayat.....Amin..!

Biarpun hujan turun dari siang hari pada hari tersebut nyatanya bukanlah menjadi satu halangan untuk majlis itu diteruskan. Awal - awal lagi dirumah nampak sibuk, biarpun kami menggunakan perkhidmatan katering bagi majlis jamuan, nyatanya masih jua nampa kesibukannya. Menjelang malam suasana semakin nampak makin meriah, maklum sajalah bukan saja menerima kedatangan para tetamu yang diundang juga dengan kehadiran sepupu-seupu sebelah isteri ku. Maklum sajalah keluarga isteri ku memang begitu rapat sekali dengan sepupunya, terutama sekali begitu rapat dengan anak - anak angah yang tinggal dimentiri. Kelihatan mereka membantu membuat persiapa terakhir bagi majlis tersebut.

Aku yang hanya menjadi jurukamera pada malam itu hanya dapat merakam sedikit keadaan malam itu pada lensa kamera ku. Memang seronok mereka pada malam itu,maklumlah seronok buat posing , nyatanya meeka tak sedar yng gambar - gambar mereka itu akan aku muatkan dalam blog. Ini adalah sebahagiannya dan yang lainnya akan aku muatkan lagi dalam edisi biacara warong kopi ku, halaman yang aku pling suka dalam usik mengusik. Dalam halaman ini, hanya khusus untuk suasana majlis pada malam itu.

Buat adik ipar ku dan tunangannya, Selamat bertunang dan semoga cepat naik pelamin dan kekal hingga keakhir hayat. Amin....!

Selasa, 21 Oktober 2008

BICARA WARONG KOPI: RAHSIA DI SEBALIK WAJAH


Bila kita bercerita bersama rakan kita jika kita terus berbual kosong sambil berangan-angan, rakan - rakan kita akan terus menyuruh kita untuk mencerminkan wajah kita dicermin. Kenapa kita sering disuruh mencerminkan wajah kita? Bagi aku sendiri, kadang - kadang aku tertanya-tanya kenapa mesti wajah sering berkait rapat dengan cermin, masih sendiri kurang pasti, tapi apa yang pastinya, wajah kita mencerminkan keperibadian kita, itu yang aku difahamkan.
Tapi benarkah wajah kita menceminkan keperibadian kita? Sejauh mana kita dapat menilai seseorang itu daripada wajahnya? Kadang - kadang ada orang lebih mementingkan wajah daripada keperibadian, hal begini sering terjadi dalam memilih teman hidup. Banyak yang lebih suka memandang kepada kecantikan wajah daripada kecantikan peribadi, akhirnya kerana memandang kepada kecantikan wajah rupanya sesalan dibawa hingga kemati. Maklum saja bila dah jadi teman seumur hidup, peribadi yang dulu tersembunyi bila dah kahwin barulah nampak. Aku tak katakan yang semua yang berwajah cantik ini perangai dia bukan tak elok, cuma sebilangan saja. Tapi bagi yang dapat wajah cantik dan perangai pun elok juga, Alhamdulillah lah kerana tak sia-sia dia dikurniakan jodoh sebegitu.
Aku tak nak borak dan bual panjang dalam warong aku kali ni, kerana msa aku terlalu pendek, kerana banyak kerja yang perlu aku selesaikan dalam minggu - minggu terdekat ni. Aku pun makan gaji juga, jadi tugas aku adalah yang terwajib untuk aku selesaikan dulu, kerana apa aku dibayar setiap bulan, jika aku lalai dan tak nak buat kerja aku dengan betul, satu hal yang aku sering ingatkan pada diri aku ialah halalkah wang aku terima setiap hujung bulan tu? Itulah yang sering hadir dalam kepala aku setiap kali aku cuba bermain dalm tugas aku. Ingatlah wajah kita menunjukkan keperibadian kita, bagi yang pandai menyembunyikan perwatakannya, itu kira selamatlah, tapi sampai bila lah kan kita nak jadi mcm tu. Masa berputar semakin pantas, sedar tak sedar kita sudah semakin senja, pada hal rasanya baru semalam masa remaja ditinggalkan,tau-tau sekarang kita sudah menghampiri waktu senja. Dalam menghampiri waktu senja ini sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk menghadap Tuhan yang Esa? Kita sering terlupa akan tugas kita pada yang Esa, namun kita tidak pernah lupa dan lalai dalam mengejar kesenangan kita, kita tidak pernah lupa dalam ,menunaikan tugas kita untuk mencari rezeki dan kita selalu terlupa pada kewajipan yang benar-benar mustahak dan penting untuk dibawa kepada perjalanan seterus menghadap Maha Pencipta, namun Tuhan tidak pernah lupakan kita.
Kita renunglah wajah kita dicermin kali ini, kita pandang pada setiap kedut yang ada pada wajah kita, dan sambil itu kita berfikir-fikir sudah cukupkah amalan kita untuk menuju kejalan Akhirat pada hari esuk ataupun lusa yang tidak kita ketahui? Marik kita berfikir bersama.............. HM Tasra '08.

Rabu, 15 Oktober 2008

BICARA WARONG KOPI : TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG.....

(Gambar hiasan diambil dari goole image)


Kampong Ayer adalah merupakan satu tempat tarikan kepada pelancong - pelancong yang berkunjung ke Negara Brunei Darussalam. Ianya sudah terkenal diseluruh dunia kerana keunikannya sehinggakan ianya lebih mudah dikenali sebagai jolokkan 'VENICE OF THE EAST' oleh salah seorang pelanong dari negara barat yang pernah berkunjung keBrunei dalam abad ke-15.
Aku sendiri adalah anak kelahiran Kampong Ayer, aku membesar dikampong Ayer dan sesudah aku berumur 22 tahun barulah aku berhijrah kedarat. Namun segala kenangan ku banyak ku abadikan diKampong Ayer, yang mana tempat kelahiran ku dipanggil Kampong Pandai Besi 'A'. Kehidupan di Kampong Ayer pada ketika zaman ku, memang berbeza dengan suasana Kampong Ayer pada ketika ini. Kini Kampong Ayer sudah semakin banyak berubah, baik dari segi pembangunan maupun mereka yang tinggal dikampong Ayer juga sudah semakin berkurangan, ini adalah kerana penghijrahan sebilangan penduduknya kedarat dan ini juga menampakkan perubahan ketara kepada suasanan diKampong Ayer.
Pada masa aku tinggal diKampong Ayer, suasana yang paling mariah yang dapat dilihat adalah semasa Hari Raya Aidil Fitri. Masa inilah kita dapat melihat bertapa banyak orang yang lalu lalang diatas jambatan untuk berkunjung berhari raya, yang didarat turun kekampong Ayer untuk bersama - sama berhari raya, malah suasananya agak begitu meriah sekali. Suasana yang agak meriah berterusan sehingga beberapa hari raya. Anak - anak muda berjalan kaki mengunjungi rumah - rumah berjalan kaki menggunakan jambatan untuk berhari raya. Kegembiraan jelas terbayang. Jambatan dipenuhi dengan orang yang lalu lalang untuk berhari raya. Namun suasana tersebut kini telah berubah, kini sudah tidak banyak orang yang berkunjung untuk berhari raya dikampong Ayer, jadi pintu rumah pun sudah awal tertutup untuk menerima tetamu. Siang hari kanak - kanak pun sudah berkurangan berkunjung kerumah - rumah untuk berhari raya, tidak seperti masa aku kecil - kecil dulu. Segalanya sudah semakin berubah.
Kini Kampong Ayer sudah semakin sunyi, terlalu nyata perbezaan Kampong ayer masa kini dan sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Jika dulu disebelah malam kelihatam kelibat anak - anak muda duduk - duduk berbual - bual dan sambil itu bermain gitar diatas jambatan, tidak kurang juga mengusik anak - anak dara yang melintas diatas jambatan. Kini jambatan pun sudah sunyi disebelah malam, anak - anak muda kini lebih suka berperap dirumah menonton Tv melalui rancangan yang disiarkan melalui rancangan yang dimainkan melalui Cable Network seperti ASTRO dan njuga Parabola, cuma sesekali saja kelihatan kelibat anak - anak muda duduk diLagoon. Kini segalanya berubah.
Semasa aku tinggal dikampong ayer, salah satu aktiviti yang paling disukai oleh anak - anak kampong ayer ialah Bergalau atau mandi sungai. Inilah antara aktiviti yang paling disukai oleh sebilangan anak - anak kampong Ayer. Bagi aku dan rakan - rakan sekampong, jika kami mandi sungai ianya akan memakan masa sehingga tiga ke empat jam lamanya. Berbagai aktiviti yang kami buat semasa kami mandi sungai. Dan aku sendiri pernah dimarah oleh arwah ibu kerana mandi sungai. Begitu juga dengan permainan yang dimainkan oleh kanak - kanak dikampong Ayer memang banyak perbezaannya dari kanak- kanak didarat. Bermain tembak, main santul dna banyak lagi permainan yang kami mainkan, terutamanya samasa waktu cuti penggal persekolahan. Jelas semasa cuti persekolahan kampong ku akan menjadi meriah bising dengan hirok pikuk suara kanak - kanak bermain, berlari - lari diatas jambatan, namun kini segalanya sudah berubah. Kanak - kanak tidak lagi banyak yang bermain diluar rumah, kanak - kanak kampong ayer kini sudah jarang kelihatan yang mandi bergalau seperti kami dulu - dulu, sehabis sekolah mereka akan berada didalam rumah begitu juga semasa cuti persekolahan mereka lebih gemar berada dalam rumah bermain permainan video, tidak banyak yang menghabiskan masa mereka dengan bermain diluar rumah, kini sudah tidak banyak, dan ini jelas kelihatan ketikan ini.
Sayu hati bila aku melihat keadaan perubahan kampong ayer masa ini. Segalanya kini telah berubah. Aku hanya kini melihat perubahan yang berlaku dikampong Ayer, dan sungguh begitu segala kenangan aseh segar dalam ingatan ku. Aku tidak akan pernah lupa bahawa aku ini juga asalnya dari Kampong Ayer, biarpun kini sudah hampir dua dekad aku tinggal didarat, namun aku tetap mengatakan pada diri ku yang aku adalah orang kampong ayer, TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULAN TEMPAT BERMAIN. InsyaAllah satu waktu pasti akan ku ceritakan kepada anak - anak ku bahawa ayah mereka ini adalah berasal dari kampong ayer, keturunan PEBALAT. .....aidilfiqh'08

Ahad, 12 Oktober 2008

BICARA SECAWAN KOPI .... PEPERANGAN

(Gambar diambil dari google imej)
Alhamdulillah aku memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana aku dilahirkan dan tinggal didalam sebuah negara yang begitu indah dan aman damai. Aku jauh lebih bersyukur kerana tiada apa-apa yang perlu aku risaukan tinggal didalam sebuah negara yang begitu aman sekali, yang jauh dari peperangan, jauh dari persengketaan sesama dan apa yang penting adalah aku cukup bersyukur dapat tinggal dinegara yang aman damai seperti Negara Brunei Darussalam.

Namun kadang - kadang aku berfikir bagaimana kiranya aku hidup ditengah - tengah sebuah negara yang sedang bergolak dengan peperangan, contohnya di Iraq, Georgia dan juga yang lebih sedih dan kasihan ada Palestin yang sudah agak sekian lama terhimpit oleh Israel yang jauh lebih kejam.

Peperangan adalah sesuatu kekejaman, dimana banyak orang yang tidak bersalah menjadi mangsa terutama Orang - orang tua dan kanak - kanak. Selain daripada berlakunya pertumpahan darah peperangan juga menjadikan sesebuah negara itu menanggung kerugian yang amat banyak. Selepas habis perang bukankah pembangunan baru perlu dibuat semua? Bukankah itu perkara bodoh? Kenapa tidak difikirkan semua itu? Hanya kerana nafsu segalanya terjadi, kerugian dan kehilangan banyak nyawa tidak difikirkan, sedangkan jika kita bawa ia kejalan perdamaian, segalanya dapat diselesaikan dengan lebih menguntungkan lagi. Tidak perlu mengalami kerugian yang amat besar dan tidak ada nyawa yang terkorban dengan sebegitu saja.

Manusia sekarang semakin bertemadun dan mempunyai ilmu pengetahuna yang tinggi, tidakkah dapat kita memikirkan cara yang terbaik untuk mencari penyelasaian dalam segala hal yang berbangkit untuk sesuatu persengketaan? Perlukah sesuatu persengketaan itu berakhir dengan peperangan? Dimana kita sebenarnya? Dimana kita meletakkan ketamadunan kita sebagai seorang manusia yang berilmu dan mempunyai pemikiran yang selalu kedepan. Kita sudah mampu menjejakkan kaki kita kebulan dan kita juga telah berjaya dalam mencipta teknologi tertinggi pada masa kini, tapi kenapa mesti peperangan juga yang kita pilih untuk menyelesaikan sesuatu persengketaan? Mestikan berperang.

Lihatlah diPelastin....! Kita yang mendengar berita tentang penindasan mereka hanya sanggup meluahkan kata - katas kasihan kepada rakyat pelastin dan menyumpah serakah kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Pelastin, namun selaku warga muslim dimana kita sebenarnya? Dan apa yang jelas sekarang dimana kedudukan OIC (Pertubuhan Persidangan Islam), dimana mereka ini sebenarnya? Kemana mereka ini sebenarnya? Kita tahu bahawa PBB tidak akan dapat membantu dalam menyelesaikan hal Pelastin - Israel ini, namun dimana OIC dalam hal ini? Dimana ketegasan OIC dalam membantu rakyat Pelastin sebenarnya? Nyatalah Islam sekarang ini tidak bersatu, dan kerana kita tidak bersatulah makanya kita mudah ditindas, kita takut untuk menyatakan suara kita sebenarnya. Orang - orang kuat OIC seolah takut untuk bersuara dalam mengecam kebiadaban kaum Zionis Israel. Kita perlu ingat semakin kita tidak bersatu, dan semakin itulah juga akan terus ditertawakan dan tertindas. Kita akan terus jadi budak kepada kuasa besar, kerana apa, kita takut untuk bersuara kerana kita takut kita akan diperangi. Jika pihak PBB akan mengambil tidakan kepada OIC, pedulikan kerana OIC adalah satu organisasi yang juga besar, malah sebilangan ahli - ahli negara - negara OIC adalah pengeluar terbesar dunia, jadi kenapa mesti takut? Jika negara - negara OIC dipulaukan dan sekatan dibuat keatas negara - negara OIC kenapa mesti takut, buktikan bahawa Kuasa Besar itu silap, kita bersatu, kenapa mesti takut? Kita bersatu, bukankah negara - negara OIC juga sebilangannya adalah kini telah menjadi penghasil dan pengeluar dalam sesuatu penghasilan, jadi kenapa perlu takut? Kita boleh berurus niaga hanya melalui kalangan ahli - ahli negara OIC saja, dan jika ini dapat kita buat apa kuasa besar itu akan mampu lakukan keatas negara - negara OIC? Sudah tentu mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa, terutama sekali soal minyak? Mereka akan takut.

Ini tidak kita hanya berdiam diri saja, melihat bagaimana bumi Pelastin dan rakyatnya habis musnah dengan kekejaman Zionis Israel, setiap hari ada saja yang mati oleh kekejaman israel laknatullah, tidak ada seorang pun perwakilan dari OIC yang buka mulut untuk membantu Pelastin, perjanjian - demi perjanjian dibuat, namun tidak ada jua penyelesaian yang dibuat, kita kecam dan kutuk saja tidak akan membuat kedamaian pada bumi pelastin. Sekurangnya kita selaku umat islam mulai sekarang berfikir dan mulalah kita untuk bersatu. Sekurangnya OIC sekarang sudah mempunyai tentera berbilang negara yang terdiri dari negara ahli - ahli OIC, yang mana ianya bertindak sebagai tentera pengaman seperti yang dilakukan oleh PBB, agar pihak bangsa lain tidak akan berani untuk terus bertindak sesuka hati terhadap negara islam, jika ini mampu kita lakukan, kita sekurangnya mampu untuk menyatukan semula umat islam seluruh dunia dan sekurangnya umat islam tidak dituduh dengan bergai tuduhan dan tidak dikecam sebagai umat pengganas seperti yang pihak barat uwar - uwarkan setiap hari yang mengatakan pengganas terdiri dari umat islam. Kita perlu bangkit dan berfikir. Kita perlu bersatu semula, dan membukakan mata orang - orang besar yang memduduki jawatan besar dalam OIC. Kita adakan mesyuarat bukan untuk mencari teman baru tapi adalah untuk membincangkan tentang bagaimana untuk menyatukan umat islam seluruh dunia. Jika kita bersatu umat lain tidak akan dapat memperbodohkan kita, ini jelas kita mudah diperbodohkan hanya kerana umat lain nampak kita tidak bersatu, dan sebab itulah kita sering bersengketa sesama kita.

Maka fikir - fikirkanlah, jika kita rasa kita ingin terus hidup dalam dunia yang aman damai jauh dari peperangan, berhentikanlah peperangan, jangan dijadikan perlumbaan senjata sebagai satu cara terbaik dengan melakukan peperangan. Kita mampu hidup panjang jika kita dapat hidup dalam rukum damai. Fikir - fikirlah kita bersama dan mudahan apa yang saya tuliskan ini tidak akan menjadi sesuatu yang agak kontroversi dan mudahan ianya tidak akan menjadi kesalahan. Ini hanya sekadar pandangan kerana takut dengan peperangan. Marilah kita sama - sama bermuhasabah.... mudahan kita semua akan diberkati dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT jua selalu. AMIN.......aidil fiqh


Rabu, 8 Oktober 2008

QIBLAT


Perjalanan kehidupan kita seperti roda yang berputar, kadang ia diatas dan adakalanya ia berada dibawah. Dan nasib kita jarang sekali kita ketahui, apa yang akan terjadi pada hari ini apakah ianya akan terus sama pada hari esuk dan seterusnya atau mungkinkah ianya akan berubah dari apa yang kita nikmati pada hari ini. Sebagai manusia kita tidak terlepas dari sikap lupa. Malah kealpaan kita sering melalaikan kita sehingga kita terlupa jauh sekali, tidak pernah ingat siapa diri kita sebenarnya.
Sudahkah kita bermuhasabah diri? Seringkah kita berfikir tentang keadaan diri kita pada hari - hari esuk? Dan yang penting sudahkah kita halakan kiblat kita? Dalam kehidupan kita kita dituntut untuk menunaikan solat sebanyak lima kali sehari, dan dalam lima waktu solat yang kita tunaikan juga kita akan menghalakan kiblat kita keKaabah. Soalnya berapa kerapkah sudah kita menghalakan kiblat kita?
Kita sering terfikir bila kita berbicara tentang kiblat ianya hanya dituntut untuk ditunaikan semasa mengerjakan sembahyang lima waktu, namun jika kita lihat pada gambar diatas, dari manakah gambar tersebut diambil oleh rakan saya? Ianya diambil sewaktu rakan saya berziarah ditanah perkuburan pada ramadhan yang lalu. Qiblat bukan saja dituntut untuk dihadapkan semasa kita mengerjakan solat, tetapi juga kita dituntut untuk menghadap keQiblat semasa jenazah dikebumikan. Jangan kita sangka yang kita diminta untuk menghadap kearah Qiblat semasa hidup dan menunaikan solat lima waktu tetapi semasa kita meninggal pun kita dituntut untuk menghadap kearah Qiblat. Itulah dia keindahan Islam.

Selasa, 7 Oktober 2008

BIACARA SECAWAN KOPI - KAHWIN


Sebut saja perkataan 'KAHWIN' semua orang akan tersenyum lebar, namun tidak semua juga yang gembira mendengar perkataan tersebut. Apa tah lagi belanja atau kos perbelanjaan kahwin sekarang sudah semakin meningkat jika dibandingkan dengan sepuloh tahun yang lalu. Segalanya sudah semakin berubah sekarang ini.
Jika dulu perbelanjaan kahwin boleh dapat dijangkakan perbelanjaannya, segalanya dapat diaturkan maklum sajalah ketika itu harga barang tidaklah seperti harga barang sekarang ini. Jika ditinjau dengan majlis perkahwinan Melayu dimana - mana tempat seperti di Malaysia atau Singapura dan Indonesia, perkahwinannya agak berbeza dengan Majlis Perkahwinan yang diadakan diBrunei Darussalam. Dilihat secara beradat majlis perkahwinan diBrunei terlalu banyak aturcaranya, bermula dari acara majlis pertunangan sehinggalah kemajlis bersanding semuanya diadakan dalam majlis beracara dengan menjemput orang. Namun jika dibandingkan dengan dulu acara perkahwinan sekarang sudah banyak juga yang telah berubah, tidak seperti dulu lagi segala acara perlu dibuat mengikut satu acaranya yang tersendiri, namun sekarang segalanya seperti makanan instant, iaitu boleh diadakan 2 atau 3 dalam satu.
Seperti contoh jika dulu acara Majlis Masuk berbedak perlu diadakan pada hari sebelum perkahwinan, namun sekarang Majlis tersebut sudah boleh diadakan awal sebelum majlis bersanding, dan malah ada juga majlis yang sudah tidak lagi diguna pakai seperti majlis mulih tiga hari, jika dulu majlis tersebut diadakan tiga hari selepas majlis bersanding namun sekarang ianya sudah tidak banyak yang memakai adat tersebut malah ianya juga diteruskan dengan malam berambil - ambilan.
Alhamdulillah Majlis perkahwinan ku telah selesai berlangsung pada akhir bulan Jun yang lalu, biarpun majlis tersebut diadakan dalam masa aku dan keluarga masih dalam berkabung kerna sebulan sebelum majlis perkahwinan ku Ibu ku telah kembali kerahmatullah. Namun kerana semuanya telah diaturkan Majlis Perkahwinan ku ditetap diadakan juga. Dan biarpun masih dalam kesedihan Alhamdulillah segalanya berjalan dalam keadaan yang teratur dan lancar semua ini atas bantuan sanak saudara juga.
Bercerita tentang perbelanjaan Perkahwinan ianya bukanlah satu perkara yang mudah, apa tah lagi ketika ini permintaan dari pihak perempuan terutama untuk perbelanjaan Serba guna semakin tinggi, sudah mencecah sehingga lima ribu ringgit, itu aku tak heran keran aku juga memahami sekarang ini harga barang sudah semakin meningkat dan semuanya itu aku redha, namun aku juga terfikir yang itulah juga kerugiannya aku kahwin lewat dalam usia yang sudah hampir 40 tahun. Apabila aku kira kesemuanya belanja yang aku guna bermula dari hantaran sehinggalah katering dan juga barang-barang lain semuanya mencecah hampir empat puloh ribu ringgit, itupun nasib baik ada sebahagiannya terutama cenderahati bagi majlis kahwin dan malam berbedak dan menghantar berian diSPONSOR oleh arwah ibu dan ayah serta abang ipar dan kakak ku. Namun aku rasa puas kerana semasa aku kahwin ianya juga adalah penutup perkahwinan bagi keluarga ku, kerana akulah yang paling akhir berkahwin dalam keluarga ku.
Namun itulah hakikatnya, jika dulu semasa kakak - kakak ku dan abang ku berkahwin, ketika itu untuk majlis jamuan tidak menggunakan katering sepeti sekarang ini, dan mungkin jugalah kos perbelanjaannya agak murah sedikit ketika itu, dan sebab itulah juga ianya berbeza ketika aku berkahwin tempoh hari. Dan juga terlalu banyak sudah perbezaan kawhin dulu dan sekarang, kerana sekarang ini segalanya perlu dibuat dengan berbagai cara dan mungkin kerana itulah juag perbelanjaannya agak besar.
Namun aku bersyukur biarpun sudah agak terlewat usia ku berkahwin namun aku berkahwin juga akhirnya, sekurangnya sekarang aku sudah mempunyai keluarga, dimana sekarang ini sudah ada orang yang memeduli makan dan minum ku, sudah ada yang menggosokkan pakaian ku malah segalanya sudah ada yang mengaturkan hidup ku. Dan ianya semakin ketara amat berbeza dengan kehidupan semasa bujang. Memang betullah kata orang rugi kalau tak kahwin, begitu juga rugi kerana kahwin lewat. Namun apa pun Alhamdulillah aku kini sudah bergelar sebagai seorang suami dan insyaAllah jika ada rezeki daripada Allah aku akan menjadi seorang ayah, dan mudahan aku akan dapat menjadi seorang suami dan bapa yang baik bagi keluarga ku. Itulah harapan dan doaku setiap hari.
Biarpun kehidupan berumahtangga ini mempunyai perbezaan dari
kehidupan zaman bujang, yang mana memerlukan kesabaran dan juga komitmen yang tinggi utnuk kedua belah pihak, insyaAllah jika dapat bersabar dalam apa juga rintangannya, kehidupan kita suami isteri akan sentiasa baik, apa yang penting sentiasa bertoleransi dan berkompromi dalam semua hal, tidak boleh untuk pentingkan diri sendiri saja, kerana hidup berumahtangga perlu ada sikap toleransi yang tinggi kerana kita mempunyai dua hati yang perlu dijaga, dan juga hubungan persaudaran yang sudah semakin bertambah dan inilah yang memerlukan kesabaran dalam hidup berumah tangga. Mudah-mudahan aku akan tabah menempuhi kehidupan ini.