Jumaat, 30 Januari 2009
TAHNIAH.... NORA & NOI
Hari khamis yang lalu mungkin adalah satu berita yang amat menggembirakan buat kedua orang anak saudara ku yang diatas, dan mungkin mereka saat ini akan menganyam angan-angan untuk merasai belajar ditempat yang baru dengan suasana pembelajaran yang serba baru. Tahniah buat kamu berdua anak - anak buah ku yang manis-manis, tahniah kerana telah berjaya mencapai kejayaan dalam peperiksaan 'O' level tahun lalu dengan keputusan yang amat membanggakan, bukan saja buat kedua orang tua kalian malah bagi uncu sendiri turut tumpang gembira kerana kejayan kalian ini. Inilah hasil dari kesabaran kalian berdua dalam pembelajaran kalian berdua, tahniah uncu amat berbangga dengan kalian berdua. Apa yang uncu harapkan semoga kejayaan yang kamu raih ini akan berterusan hingga keperingkat yang tertinggi lagi. Apa pun kata orang dan bagaimana sekali pun penilaian orang terhadap kamu, hanya kamu berdua yang tahu, kerana kamu saja tahu menilai cara pembelajaran kamu dan juga pencapaian kamu.
Apa pun buat kamu berdua Tahniah dari uncu dan harapan dari uncu semoga apa yang kamu berdua capai ini adalah perintis awal untuk kejayaan kamu pada masa - masa yang mendatang , bila orang pandang rendah dengan apa yang kamu capai jadikan ianya sebagai satu cabaran untuk kamu terus berjaya, jangan lupa diri dengan kejayaan kamu,kerana semua itu akan memudahkan kamu untuk jatuh dan ingatlah perasaan RIAK hanya akan membunuh kejayaan kamu seterusnya. Ingatlah bahawa setinggi mana pun kau berjaya jika kau punya sikap sombong dan riak ianya tidak akan menjadikan kau siapa pada mata orang yang ada hanyalah kehancuran pada diri mu dan kebencian pada mata orang lain. Keep upa good work you both......Tahniah form UNCU disini.
Isnin, 26 Januari 2009
BICARA SECAWAN KOPI - APA ITU JIHAD SEBENARNYA
MEMAHAMI ERTI JIHAD
(petikan daripada akbar HARIAN METRO, 27/01/2009)
(petikan daripada akbar HARIAN METRO, 27/01/2009)
‘DALAM kamus Islam, jihad bermaksud perang pada jalan Allah. Tetapi, sejauh mana ia difahami, khususnya oleh masyarakat antarabangsa?’
Salah faham itu menyebabkan orang Islam sering dikaitkan dengan 'keganasan' (terrorism) sedangkan jihad dan keganasan jauh berbeza.
Jihad bermaksud berjuang sedaya upaya pada jalan Allah seperti dijelaskan dalam al-Quran: "Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)
Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda maksudnya: "Sesiapa mati padahal dia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang, maka matilah dia seperti mati jahiliyah."
Tetapi di Barat, jihad kerap disalah erti sebagai perang suci yang dianggap sama dengan perang suci orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi sedangkan dalam terminologi Islam pengertiannya lebih luas.
Jihad berasal dari perkataan juhd yang bermaksud kuasa dan upaya (at-taaqah) serta kesukaran (al-masyaqqah), membabitkan dua pengertian iaitu secara umum dan khusus.
Pengertian umum jihad ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum dan perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.
Jihad umum ini merangkumi jihad harta, pembelajaran, politik, penyampaian dakwah dan peperangan.
Jihad dengan pengertian yang khusus merujuk kepada perang pada jalan Allah.
Sayyid Abul 'Ala al-Maududi berkata: "Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda, jiwa raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian jihad umum.
"Tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menentang musuh Islam kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan duniawi."
Menurut Syeikh Sayyid Sabiq, jihad ialah menggunakan sepenuhnya kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangannya.
Di kalangan sarjana, ada yang memberikan pengertian lebih umum kepada jihad dengan turut memasukkan mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.
Ibnu Qayyim al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat iaitu jihad terhadap hawa nafsu, syaitan, orang kafir dan munafik, orang zalim serta pelaku bidaah dan kemungkaran.
Jihad adalah sesuatu tidak asing dari lembaran sirah perjuangan nabi.Menurut kiraan ahli sejarah, sepanjang 10 tahun nabi di Madinah, kira-kira 70 angkatan perang diutuskan untuk menghadapi peperangan dengan musuh Islam dan 28 angkatan itu dipimpin baginda sendiri.
Dalam jihad ini baginda menggunakan beberapa jenis pedang seperti Ma'thur, pedang terawal dimiliki baginda sebagai harta pusaka dari bapanya, al-'Adhab dan Zulfiqar iaitu pedang yang tidak pernah berpisah dengan baginda yang dihiasi dengan perak.
Justeru, orientalis melemparkan kritikan dan mengadakan dakwaan kononnya Islam berkembang dengan mata pedang.
Sebenarnya matlamat peperangan dalam Islam ialah untuk meruntuhkan sistem kekufuran, menegakkan ubudiyah hanya untuk Allah serta menzahirkan keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam di atas muka bumi ini.
"Dan, perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah." (al-Baqarah:193)
Maksud fitnah dalam ayat itu ialah kufur dan syirik, sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi'.
Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia menganut Islam melalui peperangan.
Mustafa al-Syiba'iy ada menegaskan, peradaban Islam adalah untuk mengajak manusia supaya saling kenal mengenal dan tolong menolong dalam keadaan damai.
Prinsip peradaban Islam, katanya, mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa.
"Dalam Islam perang yang sah hanyalah bertujuan membela akidah dan moral umat dan kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan umat," katanya, dipetik daripada buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh.
Jihad perang disyariatkan untuk tujuan membalas serangan musuh, tetapi tidak secara melampaui batas seperti ditegaskan pada ayat 190 surah al-Baqarah, bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
Ia juga diharuskan untuk membantu orang Islam yang lemah dan dizalimi orang kafir seperti dijelaskan pada ayat 75 surah an-Nisa' serta menghukum perosak agama dan masyarakat Islam termasuk golongan murtad, pemberontak, perompak dan lanun.
Jihad bukanlah suatu peperangan secara agresif, yang menghalalkan semua perkara bagi mencapai kepuasan dan kepentingan diri termasuk merosakkan rumah ibadat, kanak-kanak dan wanita, haiwan dan tumbuhan.
Ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah ditetapkan dan jika tidak ia tidaklah dikatakan jihad.
Wasiat Saidina Abu Bakar kepada tentera Usamah jelas menggambarkan mengenai jihad dan garis panduannya, iaitu: "Jangan menyeksa, jangan membunuh anak kecil, orang tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu atau unta kecuali untuk dimakan. Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil, maka biarkan mereka dengan apa yang mereka lakukan."
Dalam perang Uhud, yang mana Rasulullah cedera dan kalangan sahabat meminta baginda mengutuk kaum musyrikin lalu baginda menjawab: "Aku diutuskan bukan untuk membawa laknat, tetapi diutuskan untuk menyeru dan pembawa rahmat."
Kemudian baginda berdoa: "Ya Allah, tunjuki kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
Ungkapan Rasulullah itu jelas menunjukkan baginda berperang bukan kerana hausnya pada pertumpahan darah seperti pemimpin empayar besar lain, tetapi kerana ingin menunjukkan jalan kebenaran.
BICARA SECAWAN KOPI: BENARKAH SEPERTI YANG DITULISKAN SALAH SEBUAH SURATKHABAR DIMALAYSIA... FIKIRKANLAH DAN HAYATILAH.
Pedoman: Umat Islam kini malas berusaha
(petikan dari suratkhabar Harian Metro Malaysia - 27 Januari 2009)
SATU daripada tuntutan dalam syariat Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT ke atas umat-Nya ialah anjuran supaya berusaha dan bekerja untuk mendapatkan rezeki halal selain kejayaan di dunia ini.Masalah utama umat Islam zaman ini ialah gemar meminta-minta tetapi malas untuk berusaha demi kebaikan semua.
Akibatnya, berlaku banyak peristiwa yang membawa kehancuran serta kerugian kepada dunia Islam, seperti kekurangan profesional dalam bidang sains.Dalam masa sama, seteru Islam mengambil kesempatan atas sikap malas umat Islam dan akibatnya, banyak perkara dalam pelbagai bidang yang dikuasai generasi lalu dalam zaman keagungan Islam gagal dicapai umat Islam hari ini.Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan rasul-Nya serta orang yang beriman dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (At-Taubat ayat 105)Ayat di atas jelas menunjukkan kepada umat Islam supaya sentiasa berusaha dan bekerja, selain menyeru manusia menunjukkan kesungguhan dalam hidup bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW melarang umatnya untuk hidup meminta-minta. Sabda baginda: “Sesungguhnya salah seorang kamu mengambil seutas tali, lalu dibawa bersama sejumlah kayu yang diikat itu di atas bahunya. Lalu ia menjualnya, maka Allah SWT akan menutup wajahnya (tidak mengaibkannya) lebih baik baginya daripada hidup meminta-minta sama ada mereka memberinya atau tidak.”Selain kekurangan dalam bidang berteknologi tinggi, segelintir umat Islam hari ini tidak kisah bagaimana mereka mendapatkan rezeki tanpa mengira sama ada ia mendatangkan keberkatan selain keredaan daripada Allah SWT.Hakikatnya, ada juga yang tamak dan lupa diri apabila berjaya hingga menyisihkan mereka yang memerlukan bantuan seperti zakat dan sebagainya.Bagi memastikan usaha selain kerja yang kita laksanakan mendapat keredaan selain keberkatan, beberapa langkah perlu diambil iaitu niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan memastikan kerja yang dilaksanakan tidak bertentangan dengan syariat Islam.Langkah lain yang perlu dilakukan ialah hendaklah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan, tidak meninggalkan tanggungjawab wajib kepada Allah SWT seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, penjagaan aurat dan akhlak.Menyerahkan segala urusan selepas usaha dilakukan hanya kepada Allah SWT dan yakinlah semua usaha serta kerja yang dilakukan pasti mendapat balasan setimpal kerana Allah maha adil serta saksama.Sabda Rasullullah SAW: “Jikalau kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung yang keluar di waktu dinihari dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan perut berisi.”
Jika benar... kita haruslah berusaha dengan segigihnya, dan mungkin kerana inilah juga kenapa musuh - musuh islam sering mengambil kesempatan dari kelemah kita ini. Dan seperti yang kita dengar, pada masa ini banyak umat islam yang menjadi murtad hanya kerana kemiskinan yang mereka hadapi, dan musuh - musuh islam mengambil kesempatan dengan memberikan kemewahan kepada mereka dan kerana kesilapan kita itulah kita sanggup menukar ugama. Jadi fikirkanlah dan sesungguhnya kita harus ingat, jika kita malas untuk berusaha maka kehidupan kita tidak akan pernah berubah, dan jika kita hanya mengharap kehidupan kita melalui pemberian belas ihsan dari orang maka selagi itulah juga kehidupan kita tidak akan pernah berubah dan selama itulah juga kita akan terus susah. Banyak cara untuk kita berusaha mengubah nasib kita, tapi terpulanglah kepada kita untuk memikirkan apakah usaha kita selanjutnya untuk mengubah nasib kita. Sampai bila kita harus meminta-minta untuk mengubah nasib kita? Dan sampai bila kita akan terus diberikan simpati? FIkirkanlah sebaiknya....
Khamis, 15 Januari 2009
Oppsss...... I'm Late To Update.
Hei Guys, It's almost a week i didn't update this blog. Well last week seems was a very busy week for us mean for all of our family, coz my cozin got bersanding. Well beside that I'm also busy with my daily job. For those who follow this blog well i'm sorry coz updating this blog late. But don't worry i will fill it with the picture which we took during my couzin's wedding event. Well sorry guys once again......!
Selasa, 6 Januari 2009
WANNA LOOK YOUNGER ALL THE TIME?... FOLOW THIS TIPS
WELL GUYS... WANNA STILL LOOK YOUNGER? LIKE 17 YEARS OF AGE? FOLLOW THOSE TIPS ABOVE, SURE YOU WILL LOOK MORE YOUNGER THAN WHAT YOU EXPECT...LOL! hahaha...
AKU ADALAH AKU.....DAN INILAH PRINSIPKU
'LEBIH BAIK DIBENCI KERANA HAL YANG DIRI KITA MILIKI....
DARIPADA DISUKAI KERANA HAL YANG TIDAK KITA MILIKI.'
Dimana kita letakkan diri kita sebenarnya dalam kehidupan ini? Jawapan pada pertanyaan soalan tadi ada pada diri awda sendiri, kerana hanya kita yang tahu meletakkan diri kita. KAdang kita benyak berkompromi dengan orang sehingga kita terpaksa menanggung kesakitan, kadang kita banyak berkorban untuk orang lain, namun akhirnya segala pengorbanan yang kita lakukan itu tidak pernah untuk dipandang malah terus dilupakan.
Bila kita punya pendirian yang kukuh untuk diri kita sendiri, pendirian kita itu jarang dipandang, malahan kita sering diperlekihkan dan diperkecilkan, dan bila kita cuba bangkit untuk menerangkan nilai pegangan yang kita pegang itu, kita akan dichop sebagai seorang yang ego dan keras kepala. Namun sejauh mana mereka yang berkata tersebut sudah memahami diri mereka sendiri? Adakah awda akan akan menyerahkan keyakinan diri awda pada orang lain, kemudian membiarkan diri awda itu dibentuk sepenuhnya oleh orang lain, yang sentiasa diatur seolah segalanya sudah diprogram dan kita hanya menjalankan apa yang diprogramkan untuk soal kehidupan kita sepanjang waktu?
Sebab itulah bagi aku, biarlah aku dibenci kerana hal yang aku miliki, daripada aku disukai kerana hal yang tidak pernah aku miliki, buat apa aku menipu diri ku sendiri hanya kerana ingin meminta untuk disanjungi sedang aku tidak memiliki apa yang diharapkan untuk ku.
DiPerjalanan hidup ini kita tidak pernah tahu bilakah noktahnya, dan apakah sudah pasti esuk itu noktah untuk hidup kita, jika belum lagi, tentunya perjalanan ini masih panjang dan kita perlu untuk berdiri dan berjalan untuk meneruskan perjalanan ini. Esuk lusa dan seterusnya perlu kita tempuhi lagi, jika kita tidak pernah belajar untuk mendidik diri kita berdiri dan berkayakinan, pastinya diri kita akan terus dijajah oleh orang yang akan mengambil kesempatan diatas siap kita tersebut.
Ahad, 4 Januari 2009
SELAMAT MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN : NOOR SA'ADAH & MOHD. GADDAFI - Pt. II
Langgan:
Catatan (Atom)
















