Jumaat, 19 Februari 2010

BICARA HIDUP: SANGGUP MELUPAKAN TUHAN HANYA KERANA MEMUASKAN HASAD DENGKI



Setiap perbuatan yang kita lakukan pastinya akan mendapat balasan yang setimpal dari Tuhan, dan apa pun yang kita buat dan lakukan pastinya akan sentiasa siperhatikan oleh Tuhan, mungkin sesama manusia tidak akan mengetahui apa yang kita lakukan namun Maha Pencipta lebih mengetahui apa yang kita lakukan dan atas niat apa. Dan pastinya kita sudah disediakan balasan yang setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan ini.
Penyakit Hasad Dengki adalah merupakan salah satu penyakit yang dimiliki oleh manusia, dimana penyakit ini jika kita tidak terlalu pandai untuk mengimbanginya ianya bukan saja akan mengheret kita untuk kearah kesasatan dan kemusyrikan malah ianya juga akan memusnahkan kehidupan kita juga akhirnya....Na'uzubillah.
Siapa sangka dalam dunia yang serba moden ini dengan pelbagai teknologi yang semakin canggih ini, masih juga ada yang melepaskan rasa dengki mereka dengan menggunakan ilmu -ilmu hitam dan sihir, ini dilakukan kerana ingin membalas dendam dan inginkan rasa kepuasan agar pihak yang didengkikan itu akan jatuh atau sakit malah mati dan kedengkian dan dendam itu terbalas. NAmun pada dasarnya tidakkah mereka terfikir bahawa semua itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri? Mungkin dari segi kepuasan mereka setentunya akan dan telah beroleh kepuasan melalui apa yang telah mereka lakukan, namun dari segi hukum dalam ugama pula tidakkah mereka terfikir bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah merupakan satu kerugian besar buat mereka? Kerana apa.....?
Kerana apa yang mereka lakukan itu adalah merupakan satu kerugian besar buat diri mereka, mungkin satu kepuasan bagi mereka semasa hayat mereka didunia ini, namun ianya adalah merupakan satu kerugian besar apabila berada diakhirat nanti. Tidak pernahkah terfikir oleh mereka dengan cara mereka melepaskan dendam mereka itu akan merugikan mereka seumur hidup mereka, apakah mereka tidak pernah terfikir bahawa dengan melepaskan dendam dengan melakukan perkara sedemikian dan mengakibatkan orang yang mereka kerjakan dengan ilmu hitam tersebut akan menjadi sakit atau mati akan membuatkan mereka meanggung dosa yang amat besar, antaranya dosa kerana melakukan pembunuhan, kedua kerana mereka syirik iaitu menyekutukan Tuhan. Dan apa yang dikhuatirkan adalah orang yang telah disakiti itu, tidak akan memaafkannya sehingga hari pembalasan. Dan inilah yang ingin saya kupas sedikit mengenainya.
MUngkin setengah orang berfikir melepaskan dendam dengan menggunaka ilmu hitam adalah jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka pada musuh mereka, namun mereka lupa bahawa dengan apa yang mereka buat kepada orang myang mereka anggap sebagai musuh itu akan memberikan lebih sengsara dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka sudah setentunya akan dapat melepaskan dendam mereka dengan cara yang mereka sukai namun hukum Tuhan terhadap diri mereka tidak pernah lepas walaupun sesaat. Dalam blog saya tempoh hari, saya pernah menyatakan bahawa kita sering merasa gementar apabila kita mendengar tenang hukum tuhan kepada kita jika kita melanggar segala larangan dan hukuman Tuhan, lalu kita dekatkan diri kita dengan Tuhan dengan melakukan apa yang disuruhnya. Bak kata orang kita tidak pernah tinggal walau satu waktu pun sembahyang dan apa saja yang disyariatkan kepada kita, dalam erti kata yang lain hubungan kita dengan Tuhan kita terus perkukuhkan dengan niat bahawa apabila kita diakhirat kelak kita akan mendapat jaminan syurga kerana ketaatan kita pada Tuhan, namun pada masa yang sama dalam kita mengukuhkan hubungan kita kepada Tuhan dengan mendirikan apa yang disuruhnya, hubungan sesama insan tidak kita perbaiki. Kita mempunyai perasaan hasad dengki dan malah dendam juga sering melakukan permusuhan dengan orang lain dan juga mungkin terdekat dengan kita. Jadi dimanakah kita meletakkan diri kita sebenarnya?
Pada hal jika kita pandang pada apa yang telah ditafsirkan oleh Tuhan dalam AlQuran, bahawa Tuhan akan mengampunkan segala dosa yang lakukan oleh hambanya kepada Tuhan jika mereka bertaubat, namun Tuhan tidak akan dapat menolong hambanya itu untuk menghapuskan dosa yang dilakukan kepada orang lain sehinggalah orang tersebut mengampunkan dosanya tersebut. Jadi tidakkah kita pernah memikirkan bahawa dosa kita kepada sesama insan ini adalah satu dosa yang amat berat, malah jika diakhirat kelak, jika orang yang kita aniaya ini tidak mengampunkan dosa kita maka kita akan tergantung - gantung pada titian siratul mustaqim. Hanya kerana itu saja yang mengahalang kita dari masuk kesyurga Tuhan diakhirat kelak. Tidakkah kita terfikir bahawa kita akan tergantung - gantung sehingga orang yang kita aniaya itu mengampunkan kita, dan sesungguhnya itulah janji Allah kepada kita hambanya. Bertapa besar dosa kita jika kita menganiayai orang lain apa tah lagi sehingga orang itu mati, kita tidak pernah tahu bahawa apakah orang yang dianiayi itu akan mengampunkan kita ataupun tidak.
Inilah kesilapan yang sebilangan orang lakukan, mereka terlupa bahawa hukum Tuhan itu adil, mereka mendekatkan diri dengan Tuhan dengan melaksanakan segala hukuman tuhan, namun dalam masa yang sama, mereka melepaskan kedengkian mereka dengan melakukan perkara syirik kepada insan lain yang tidak berdosa.
Dengki dan Cemburu adalah merupakan penyakit yang seharusnya dihindari oleh kita manusia, kerana kedua - dua penyakit ini, apabila ianya kita biarkan bersarang dalam diri kita, ianya akan mengheret kita kepada melakukan perkara syirik dan terkutuk yang akan mengheret kita untuk kepintu neraka dihari pembalasan itu nanti. Kerana cemburu dan dengki yang sering mengakibatkan manusia beraling arah dan sering melupakan Tuhan , mereka sanggup untuk melakukan apa saja demi memuaskan hawa nafsu mereka kepada orang yang mereka dengkikan dan cemburui.
Kita fikirkan sedalamnya, dan bukalah pintu minda kita seluasnya kita letakkan hati kita pada satu sudut arah yang menghala kepada jalan Tuhan, kerana biar macamana pun dengki dan rasa cemburu kita pada seseorang jika kita membukan minda dan pintu hati kita dengan mengingatkan Tuhan serta sentiasa bertawakal, maka kita akan dapat mengawal diri kita dari melakukan perkara yang diluar jangkaan kita. INgatlah semua...... biarpun hari ini kita telah mendapat kepuasan dengan melepaskan dendam kita pada orang yang kita kehendaki dan berjaya menyakitinya, apakah esuk kita akan terus merasai kesenangan ataupun esuk kita akan lebih tersiksa lagi? FIkirkan semua itu......
Pada insan yang telah terlanjur melakukannya, renungkanlah apakah sudah terbalas semua yang kau kehendaki dan apakah dengan menimpakan siksaan kepada insan yang kau dendami itu menjadikan kau merasa selesa sudah? Pernahkah kau terfikir bahawa pembalasan dari Tuhan itu tidak pernah luput dan Tuhan tidak pernah lupa walau sesaat apa yang kau pernah lakukan pada insan lain, dan apakah esuk perjalanan kehidupan mu akan akan bertambah selesa atau esuk penyiksaan dari Tuhan akan baru bermula dari apa yang kau buat semalam.
Esuk lusa dan tulat perjalanan kita akan terhenti dimuka bumi ini, dan perjalanan seterusnya adalah perjalanan yang akan kita harungi bersendirian tanpa ada sesiapa menemani kita , apa yang kita lakukan apa yang kita buat tiada lagi sesiapa berada disisi, hanya kita bersendirian, sepanjang waktu kita hanya bersendirian, terpulanglah apa yang kita bawa sepanjang perjalanan ini, hendak kita sesali ianya sudah terlewat dan ianya tiada lagi untuk diulang kembali. Jadi insaflah kau wahai yang bernama manusia, bahawa apa yang kau lakukan itu adalah sesungguhnya salah...........

0 ulasan: