Ahad, 28 Februari 2010

SYAFIQAH 11TH BIRTHDAY PARTY





What a busy weekend last week, my scheduled was full all along the weekend. Though its a long holiday, but full with family gathering. Last saturday night there was another event at my dad's house. We celebrate my niece birthday, Syafiqah, it's her 11 birthday that day. Well it's only a small gathering , just us my family, we only have a simple BBQ. Just like a family gathering.
To syafiqah, Happy 11th Birthday from both of Us, Uncu Boy and Uncu Girl, may Allah blessing You Always, and May Your Dreams True and don't forget this year you'll be sitting the PSR Exam, so study hard for thaat and hope you will get a good result in the exam.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI PERKAHWINAN YANG KE-32 UNTUK NGANGAH PG SHADON DAN NGANGAH DAYANG




26 Februari yang lalu juga dilangsungkan sambutan hari ulang tahun perkahwinan yang ke - 32 untuk bapa dan ibu saudara isteri ku iaitu Ngangah Pg. Hj Shadon dan Ngangah Dayang. Acara ini sebenarnya adalah acara kejutan dari anak - anak mereka. Jadi dalam masa yang sama selain daripada majlis hari jadi juga diadakan sekaligus acara ulangtahun perkahwinan buat ngangah laki dan ngangah bini.
Dikesempatan ini kami suami isteri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke - 32 untuk Ngangah berdua dan semoga akan kekal bahagian hingga keakhir hayat dan bahagia selalu disamping anak - anak dan juga cucu - cucu biskita.

SAMBUTAN HARI JADI SYAZA DAN FASYA






26 Februari yang lalu aku dan isteri ku telah menghadiri Majlis Hari Jadi anak saudara isteri ku di Kampong Perpindahan Mentiri. Macam biasalah parti hari jadi kanak - kanak sudah setentunya meriah, dan berbagai acara diadakan pada petang itu, doa kesyukuran adalah acara yang wajib, disamping acara memotong kek oleh dua birthday girls. Disamping itu ianya dimeriahkan lagi dengan cabutan angka bertuah dan juga diadakan pada petang itu bouncer.

Acara pada petang tu diadakan dengan meriah apa tah lagi tuan rumah menyediakan bouncer dan yang paling seronok pada petang itu adalah kanak - kanak. Kepada Syaza dan Fasha, Wawa Long berdua ucapkan Selamat Hari Jadi dan semoga dipanjangkan umur serta dimuarhkan rezeki serta menjadi anak yang pintar......Amin...!

Rabu, 24 Februari 2010

WAIE





SALAM MAULIDUR RASUL



Assalamualaikum semua, sememangnya dalam minggu ini awda semua mesti gembira kerana banyak meluangkan masa rehat, maklum sajalah minggu ini kita bekerja cuma tiga hari sahaja dan selebihnya adalah cuti awam. Cuti Hari Kebangsaan kemudian beberapa hari selepas itu nanti adalah cuti Sempena Maulidur Rasul. Setiap malam pada masa ini Masjid - masjid diseluruh negara mengadakan majlis Berdikir tidak kurang juga ada juga rumah - rumah persendirian yang mengadakan majlis berdikir.
Kepada semua umat islam dimana saja mereka berada Selamat Menyambut Maulidur Rasul, semoga kita akan sentiasa mendapat syafaat dari Junjungan kita....Amin.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-26 BUAT NEGARA TERCINTA BRUNEI DARUSSALAM.



Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke - 26 buat Seluruh Rakyat dan penduduk negara Brunei Darussalam dan juga Sembah Takzim kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Dengan tema 'NegaraKu Brunei Darussalam' pada tahun ini, acara sambutan yang diadakan pada tahun biarpun rengkas namun mempunyai makna yang luas lebih - lebih pada tema yang diberikan.
Selaku rakyat dan penduduk yang tinggal diNegara Brunei Darussalam ini merasakan amat beruntung dan bertuah kerana mempunyai Negara Yang aman damai dan mempunyai seorang pemimpin yang bijaksana dan berkaliber. 26 tahnu menjagkau usia kemerdekaan, Alhamdulillah selaku rakyat dinegara ini sama - sama daapt melihat kemajuan yang dicapai oleh negara. Membesar dalam era merdeka, telah banyak yang aku pelajari dan lihat segala kemajuan dan pencapaian yang dicapai oleh Negara.
Laungan kalimah 'ALLAHHU AKBAR' pada tengah malam 1 Januari 1984, merupakan pembuka tirai baru bagi penduduk dinegara Brunei Darussalam. Biarpun aku tidak berdiri bersama - sama dengan sebilangan orang ditengah padang Sir Muda Haji Omar Ali Saifuddien dan hanya melihat keadaan itu dari luaran padang pada waktu, namun aku dapat merasakan bahawa ianya adalah malam yang paling bermakna buat penduduk dinegara Brunei Darussalam. Ketika itu usia ku baru saja 11 tahun ketika negara mencapai kemerdekaannya. Sesuatu yang unik untuk digambarkan ketika itu keadaan yang tidak pernah aku saksikan sebelum itu, biarpun dalam keadaan hujan yang lebat ketika waktu itu, namun atas rasa ingin melihat dan merasai suasana malam kemerdekaan pada waktu itu, seluruh rakyat berkumpul dan bersama -sama berada ditaman Haji Sir Muda Omar ali Saifuddien menyaksikan hari yang paling bersejarah bagi seluruh penduduk negara ini.
Kita 26 tahun berlalu, kita dapat mengecapi makna kemerdekaan itu sebnarnya, aku bersyukur mempunyai sebuah negara yang begitu aman dan makmur, mempunyai seorang pemimpin yang begitu prihatin terhadap apa jua keperluan rakyatnya. Sepanjang tempoh 26 tahun kita meredeka, banyak kemajuan yang telah kita capai selama ini, dan dalam tempoh itu juga aku membesar dan dalam kedewasaan aku mula mengenali erti kemerdekaan itu.
Buat sleuruh Rakyat diNegara Brunei Darussalam aku ingin mengucpakan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBAGSAAN YANG KE 26 TAHUN 2010 dan semoga negara kitani akan terus bertambah aman dan makmur selamanya. AMin....

Ahad, 21 Februari 2010

PHOTOSCAPE





Bagi yang berminat dengan bidang photography dan penyuntingan gambar, PHOTOSCAPE adalah satu software yang begitu mudah untuk digunakan terutama dalam menyunting gambar - gambar yang diinginkan. Berbagai kaedah disediakan pada software ini, dan ianya mudah untuk tujuan penyuntingan gambar. Gambar yang diatas adalah sebahagian dari teknik yang aku gunakan melalui PHOTOSCAPE.

KETIKA CINTA BERTASBIH


Tiada yang lebih bahagia dalam kehidupan kita melainkan kita ingin melihat diri kita berjaya dan dapat membahagiakan orang yang tersayang. Dan tiada yang lebih bermakna dalam hidup kita andainya kita mendapat cinta yang sejati. Cinta adalah sebuah perasaan yang tidak pernah lepas dalam kita sebagai seorang manusia dan ianya tidak akan pernah luput walau sesaatpun. Dan itulah yang mungkin ingin disampaikan oleh penulis skrip dan juga novel 'KETIKA CINTA BERTASBIH'.
Semalam aku melihat carita 'KETIKA CINTA BERTASBIH', cerita ini benar - benar membuatkan aku begitu teruja sekali malah terasa ingin melihat berulangkali lagi selepas ini. Bagi aku yang juga penulis, ungkapan kata - kata yang disampaikan pada sudut penulisan kita adalah merupakan sesuatu yang terindah pada idea penulisan kita, gaya bahasa dan juga olahan kata - kata yang begitu romantis yang ditonjolkan dalam filem ini adalah merupakan satu gayabahasa yang begitu indah sekali. Tiap patah kata perkataan yang disampaikan adalah sesuatu yang paling indah aku dengar, seolah setiap patah kata yang disampaikan adalah merupakan satu puisi indah. Perasaan cinta dan kasih saya yang ditunjukan melalui cerita ini adalah merupakan sesuatu yang merangkumi isi semuanya makna cinta itu.
Unsur cerita yang diperlihatkan dalam cerita ini merupakan sesuatu yang agak terlalu indah untuk dihuraikan. Rasa cinta dan keintaan itu terlalu besar buat pengarang cerita ini. Cinta yang ditunjukkan adalah merupakan sesuatu yang besar, bukan saja cinta sesama insan yang menjadi pembuka cerita ini, malah juga kecintaan insan pada Tuhan juga ditunjukkan melalui unsur cerita ini, yang mana ditunjukkan keseimbangan makna cinta itu sebenarnya, iaitu cinta pada sesama insan dan juga kecintaan pada Tuhan.
Senerio perjalanan kehidupan yang ditunjukkan dalam cerita ini adalah sesuatu yang unik yang disampaikan melalui jalan penceritaannya. Roda yang berputar dalam kehidupan harian seorang insan itu adalah bertukar - tukar, disalingi dengan penceritaan yang bukan saja dengan cerita percintaan adam dan hawa, juga kecintaan pada agama dan Tuhan, malah juga cerita ini menonjolkan sekuil certia tentang sebuah pengorbanan yang diperlihatkan oleh seorang anak muda. Jalan cerita yang ditonjolkan dalam cerita ini adalah merupaakn sesuatu yang begitu unik.
Rasa cinta yang hadir yang juga ditunjukkan dalam cerita ini bukan daripada rasa cinta yang dilihat pada pandangan pertama, namun rasa cinta yang diperlihatkan dan diceritakan melalui sekuil ceritanya adalah hanyalah melalui dari jalan cerita yang disampaikan oleh orang lain, dan ceritanya pula menonjolkan situasi zaman modern. Inilah yang menjadikan cerita ini menjadi bertambah suspen. Unsur - unsur keegoan dan kesombongan hidup insan juga ditonjolkan dalam cerita ini, yang menjadikan ianya sebagai sebuah filem yang bergenrekan cinta sepenuhnya. Nilai - nilai penerapan pendidikan ugama yang begitu kuat dijadikan sebagai pegangan hidup dalam filem ini yang ditonjolkan melalui cerita ini menjadikan ianya begitu indah dan ianya semakin menguatkan perjalanan cerita ini.
Bagi aku yang telah menonton kedua - dua siri cerita ini berpendapat filem adalah merupakan satu cerita yang terbaik yang pernah aku tontoni, yang mempunyai unsur - unsur penerapan rohani dalam kehidupan insan yang semuanya digaul menjadi satu. Itu hanya melalui padangan dari kacamata ku saja, dan aku menyukainya kerana banyak terdapat keindahan dari segi bahasanya dan aku sendiri telah jatuh cinta pada filem ini, dan teringin untuk melihatnya berulangkali.

Jumaat, 19 Februari 2010

BICARA HIDUP: SANGGUP MELUPAKAN TUHAN HANYA KERANA MEMUASKAN HASAD DENGKI



Setiap perbuatan yang kita lakukan pastinya akan mendapat balasan yang setimpal dari Tuhan, dan apa pun yang kita buat dan lakukan pastinya akan sentiasa siperhatikan oleh Tuhan, mungkin sesama manusia tidak akan mengetahui apa yang kita lakukan namun Maha Pencipta lebih mengetahui apa yang kita lakukan dan atas niat apa. Dan pastinya kita sudah disediakan balasan yang setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan ini.
Penyakit Hasad Dengki adalah merupakan salah satu penyakit yang dimiliki oleh manusia, dimana penyakit ini jika kita tidak terlalu pandai untuk mengimbanginya ianya bukan saja akan mengheret kita untuk kearah kesasatan dan kemusyrikan malah ianya juga akan memusnahkan kehidupan kita juga akhirnya....Na'uzubillah.
Siapa sangka dalam dunia yang serba moden ini dengan pelbagai teknologi yang semakin canggih ini, masih juga ada yang melepaskan rasa dengki mereka dengan menggunakan ilmu -ilmu hitam dan sihir, ini dilakukan kerana ingin membalas dendam dan inginkan rasa kepuasan agar pihak yang didengkikan itu akan jatuh atau sakit malah mati dan kedengkian dan dendam itu terbalas. NAmun pada dasarnya tidakkah mereka terfikir bahawa semua itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri? Mungkin dari segi kepuasan mereka setentunya akan dan telah beroleh kepuasan melalui apa yang telah mereka lakukan, namun dari segi hukum dalam ugama pula tidakkah mereka terfikir bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah merupakan satu kerugian besar buat mereka? Kerana apa.....?
Kerana apa yang mereka lakukan itu adalah merupakan satu kerugian besar buat diri mereka, mungkin satu kepuasan bagi mereka semasa hayat mereka didunia ini, namun ianya adalah merupakan satu kerugian besar apabila berada diakhirat nanti. Tidak pernahkah terfikir oleh mereka dengan cara mereka melepaskan dendam mereka itu akan merugikan mereka seumur hidup mereka, apakah mereka tidak pernah terfikir bahawa dengan melepaskan dendam dengan melakukan perkara sedemikian dan mengakibatkan orang yang mereka kerjakan dengan ilmu hitam tersebut akan menjadi sakit atau mati akan membuatkan mereka meanggung dosa yang amat besar, antaranya dosa kerana melakukan pembunuhan, kedua kerana mereka syirik iaitu menyekutukan Tuhan. Dan apa yang dikhuatirkan adalah orang yang telah disakiti itu, tidak akan memaafkannya sehingga hari pembalasan. Dan inilah yang ingin saya kupas sedikit mengenainya.
MUngkin setengah orang berfikir melepaskan dendam dengan menggunaka ilmu hitam adalah jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka pada musuh mereka, namun mereka lupa bahawa dengan apa yang mereka buat kepada orang myang mereka anggap sebagai musuh itu akan memberikan lebih sengsara dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka sudah setentunya akan dapat melepaskan dendam mereka dengan cara yang mereka sukai namun hukum Tuhan terhadap diri mereka tidak pernah lepas walaupun sesaat. Dalam blog saya tempoh hari, saya pernah menyatakan bahawa kita sering merasa gementar apabila kita mendengar tenang hukum tuhan kepada kita jika kita melanggar segala larangan dan hukuman Tuhan, lalu kita dekatkan diri kita dengan Tuhan dengan melakukan apa yang disuruhnya. Bak kata orang kita tidak pernah tinggal walau satu waktu pun sembahyang dan apa saja yang disyariatkan kepada kita, dalam erti kata yang lain hubungan kita dengan Tuhan kita terus perkukuhkan dengan niat bahawa apabila kita diakhirat kelak kita akan mendapat jaminan syurga kerana ketaatan kita pada Tuhan, namun pada masa yang sama dalam kita mengukuhkan hubungan kita kepada Tuhan dengan mendirikan apa yang disuruhnya, hubungan sesama insan tidak kita perbaiki. Kita mempunyai perasaan hasad dengki dan malah dendam juga sering melakukan permusuhan dengan orang lain dan juga mungkin terdekat dengan kita. Jadi dimanakah kita meletakkan diri kita sebenarnya?
Pada hal jika kita pandang pada apa yang telah ditafsirkan oleh Tuhan dalam AlQuran, bahawa Tuhan akan mengampunkan segala dosa yang lakukan oleh hambanya kepada Tuhan jika mereka bertaubat, namun Tuhan tidak akan dapat menolong hambanya itu untuk menghapuskan dosa yang dilakukan kepada orang lain sehinggalah orang tersebut mengampunkan dosanya tersebut. Jadi tidakkah kita pernah memikirkan bahawa dosa kita kepada sesama insan ini adalah satu dosa yang amat berat, malah jika diakhirat kelak, jika orang yang kita aniaya ini tidak mengampunkan dosa kita maka kita akan tergantung - gantung pada titian siratul mustaqim. Hanya kerana itu saja yang mengahalang kita dari masuk kesyurga Tuhan diakhirat kelak. Tidakkah kita terfikir bahawa kita akan tergantung - gantung sehingga orang yang kita aniaya itu mengampunkan kita, dan sesungguhnya itulah janji Allah kepada kita hambanya. Bertapa besar dosa kita jika kita menganiayai orang lain apa tah lagi sehingga orang itu mati, kita tidak pernah tahu bahawa apakah orang yang dianiayi itu akan mengampunkan kita ataupun tidak.
Inilah kesilapan yang sebilangan orang lakukan, mereka terlupa bahawa hukum Tuhan itu adil, mereka mendekatkan diri dengan Tuhan dengan melaksanakan segala hukuman tuhan, namun dalam masa yang sama, mereka melepaskan kedengkian mereka dengan melakukan perkara syirik kepada insan lain yang tidak berdosa.
Dengki dan Cemburu adalah merupakan penyakit yang seharusnya dihindari oleh kita manusia, kerana kedua - dua penyakit ini, apabila ianya kita biarkan bersarang dalam diri kita, ianya akan mengheret kita kepada melakukan perkara syirik dan terkutuk yang akan mengheret kita untuk kepintu neraka dihari pembalasan itu nanti. Kerana cemburu dan dengki yang sering mengakibatkan manusia beraling arah dan sering melupakan Tuhan , mereka sanggup untuk melakukan apa saja demi memuaskan hawa nafsu mereka kepada orang yang mereka dengkikan dan cemburui.
Kita fikirkan sedalamnya, dan bukalah pintu minda kita seluasnya kita letakkan hati kita pada satu sudut arah yang menghala kepada jalan Tuhan, kerana biar macamana pun dengki dan rasa cemburu kita pada seseorang jika kita membukan minda dan pintu hati kita dengan mengingatkan Tuhan serta sentiasa bertawakal, maka kita akan dapat mengawal diri kita dari melakukan perkara yang diluar jangkaan kita. INgatlah semua...... biarpun hari ini kita telah mendapat kepuasan dengan melepaskan dendam kita pada orang yang kita kehendaki dan berjaya menyakitinya, apakah esuk kita akan terus merasai kesenangan ataupun esuk kita akan lebih tersiksa lagi? FIkirkan semua itu......
Pada insan yang telah terlanjur melakukannya, renungkanlah apakah sudah terbalas semua yang kau kehendaki dan apakah dengan menimpakan siksaan kepada insan yang kau dendami itu menjadikan kau merasa selesa sudah? Pernahkah kau terfikir bahawa pembalasan dari Tuhan itu tidak pernah luput dan Tuhan tidak pernah lupa walau sesaat apa yang kau pernah lakukan pada insan lain, dan apakah esuk perjalanan kehidupan mu akan akan bertambah selesa atau esuk penyiksaan dari Tuhan akan baru bermula dari apa yang kau buat semalam.
Esuk lusa dan tulat perjalanan kita akan terhenti dimuka bumi ini, dan perjalanan seterusnya adalah perjalanan yang akan kita harungi bersendirian tanpa ada sesiapa menemani kita , apa yang kita lakukan apa yang kita buat tiada lagi sesiapa berada disisi, hanya kita bersendirian, sepanjang waktu kita hanya bersendirian, terpulanglah apa yang kita bawa sepanjang perjalanan ini, hendak kita sesali ianya sudah terlewat dan ianya tiada lagi untuk diulang kembali. Jadi insaflah kau wahai yang bernama manusia, bahawa apa yang kau lakukan itu adalah sesungguhnya salah...........

Rabu, 17 Februari 2010

SELAMAT HARI JADI KE-76 TAHUN BUAT BAPA TERSAYANG

Tanggal 17 Februari 2010, adalah hari jadi Bapa yang ke-76 tahun. Pada tahun ini acara yang kami adakan tidaklah semriah tahun yang sebelumnya, dan juga tahun ini adalah tahun kedua Hari Jadi bapa disambut tanpa arwah mama.
Sebenarnya perancangan awal kami ingin menyambut hari jadi bapa diluar, namun atas dasar kesihatan kakak ku masih belum mengizinkan jadi kami menyambutnya dirumah saja. Walaupun diadakan dirumah namun ianya nampak mariah, dan jelas kegembiraan terbayang diwajah bapa.
Buat bapa yang tersayang, SELAMAT MENAYMBUT HARI JADI YANG KE-76 TAHUN, SEMOGA SENTIASA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK, DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMUR DAN KAMI ANAK - ANAK MU BERTUAH MEMPUNYAI SEORANG BAPA YANG PENYAYANG, UNDERSTANDING KEPADA ANAK - ANAK DAN CUCU NYA, SAYANG SELALU DARIPADA KAMI ANAK - ANAK DAN CUCUMU.
Kepada pengunjung blog ku semua, aku berharap dan memohon agar kalian dapat sama -sama mendoakan semoga kakak ku yang ketika ini sedang sakit akan cepat sembuh dan dikurniakan kekuatan untuk melawan penyakitnya, dia kembali sembuh dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa. Amin....! Terima kasih semoga kalian akan mendapat berkah dari Allah SWT jua...Amin...!

Khamis, 11 Februari 2010

AIN - ADILLAH KITCHEN BLOGSPOT

Assalamualaikum Semua,

Pastinya ada yang tertanya - tanya kenapa title kali bunyinya lain sekali. Ok lah, untuk pengetahuan semua aku dan isteri ku akan memulakan perniagaan makanan seperti kueh mueh yang boleh ditempah melalui blogspot insyaAllah dalam waktu yang terdekat ini. Dan selain daripada itu ianya adalah juga sebagai langkah permulaan dan pengenalan berhubung dengan perniagaan yang kami sedang jalankan ketika ini. Semoga dengan cara begini banyak pihak akan mengetahui perniagaan kami.
Dalam blog itu nanti kami akan mempamerkan gambar - gambar kueh mueh yang kami jual berserta dengan harganya sekali dan juga nombor telefon untuk memudahkan pembeli berhubung dengan kami. Apa yang kami harapkan semoga langkah awal kami akan mendatangkan hasil yang terbaik bagi kami. Dan semoga pengnjung blog ku yang rajin berkunjung keblog ku akan dapat berkunjung keBlog kami yang barui itu nanti. InsyaAllah bila ianya sudah siap tersedia aku akan memberitahu diblog ini nanti.
Sekian......

Isnin, 8 Februari 2010

BICARA SEBUAH KERINDUAN: AKU RINDU PADA ARWAH MAMA LAGI.

Entah kenapa sejak akhir - akhir ini aku begitu merindui arwah mama. Terlalu mendalam kerinduan padanya, entah bagaimana aku hendak nyatakan disini. Apa tah lagi hari lahir ayah tidak lama lagi akan tiba, dan biasanya tarikh lahir ayah diraikan bersama dengan arwah mama.

Entah kenapa tiba - tiba saja aku teringat pada arwah mama, ketika aku tengah bersendirian didalam bilik ofis ku hari ini. Ketika bersendirian tiada apa yang hendak aku buat ketika ini, aku berkhayal dan kenangan ku tiba - tiba mengimbau pada arwah mama. Aku tidak dapat membendung rasa rindu ku pada arwah mama ketika ini. Entahlah kenapa terlalu aku sukar untuk melupakannya, pada hal sudah hampir dua tahun arwah mama meninggalkan kami, namun aku masih terlalu sukar untuk menerima hakikatnya dia telah tiada. Kadang aku menangis apabila terkenangkan arwah. Kenapa terlalu sukar untuk ku menerima hakikatnya? Hari ini aku menangis lagi... entahlah seolah kerinduan ini tidak pernah putus, dan aku seolah mengharapkan arwah mama akan muncul pada kehidupan ku lagi, namun itulah hakikat pada kerinduan ini. Aku cuba untuk melupakannya buat seketika, namun semakin aku cuba utuk melupakannya maka terlalu besar kerinduan ku padanya. Akhirnya airmata ini mengalir pantas dipipi. Kenapa aku terlalu sukar untuk menerima hakikat bahawa mama telah tiada?
Setiap hari kerinduan itu datang, dan setiap hari pula aku cuba untuk membuangkan wajah itu daripada pandangan ku, namun semakin aku ingin membuangnya jauh daripada fikiran dan pandangan ku, hati ini pula yang tidak untuk membenarkan untuk aku melupakannya. Mungkin yang dikatakan sebagai kasih dan sayang yang abadi hingga keSyurga, kasih seorang ibu dan kerana itulah kerinduan ini juga berbeda daripada kerinduan yang lain.
Bagi awda yang masih mempunyai seorang ibu, kasihilah ibu kalian, kerana sesungguhnya kasih yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak - anaknya tidak pernah sama bagaimana kasih yang diberikan oleh seorang kekasih. Kasih seorang kekasih apabila ia terguris ia akan meninggalkan kita, namun kasih seorang ibu sehancur mana hatinya oleh sikap dan perangai anak - anaknya, masih ada kemaafan yang diberikan dan tidak akan pernah ditinggalkan olehnya. Maka bahagiakanlah ibumu selagi ia masih ada, terimalah kemarahannya sebagai satu teguran yang mulia, terimalah kasihnya sedalam-dalamnya, bahagiakanlah hidup ibumu, kerana setelah ia tiada barulah kita akan merasakan bahawa kehilangannya merupakan satu kehilangan yang amat besar buat hidup kita. Biar isteri jadi pendamping hidup namun ada saatnya kita akan merindui belaian kasih ibu, tatkala kita sakit, kita pastinya akan teringat dan merindui belaian tangan bonda yang mengurut kita, yang menyuapkan nasi kemulut dan mengelinga kita. Itulah yang akan kita rindui dan akan kita kenang kembali. Segalanya akan terkenang kembali, bertapa indahnya hidup kita dikala bonda masih berada disisi.
Buat kalian disana, hargai dan sayangilah ibu kalian, kasih seorang ibu adalah kasih yang abadi yang akan membawa kita kesyurga. Hari ini dan esuk serta seterusnya hanya akan ada kerinduan buat mama, dimana tangisan adalah ubat pada kerinduan ini. Itulah aku yang akan terus merindui mama..........

Ahad, 7 Februari 2010

MESIN PHOTOCOPY BARU

Hari khamis yang lalu 4 Februari 2010, bilik ofis ku menerima mesin photocopy yang baru. baru saja dibekalkan khas untuk Bahagian kami. Maklum sajalah yang lama telah rosak. Lama juga kami menunggu ianya untuk menerima kebenaran, akhirnya minggu lepas barulah tertunai. Sekurangnya mudah jugalah tugas kami sekarang terutama bagi kerja - kerja yang memerlukan salinan. Dan lagi memudahkan tugas kerani kami untuk membuat salinan bagi segala dokumen untuk bahagian kami.
Semoga dengan adanya mesin photocopy baru ini nanti ianya akan dapat lagi membantu melekaskan tugas - tugas yang diberikan. Hehehe...... sekurangnya sekarang mudahlah tugas Kak Mai dan Ain dalam menjalankan tugas mereka, tak perlulah lagi nak masuk keBahagian lain semata untuk meminjam mesin photocopy. Dan bagi semua semoga ianya akan dapat digunakan dengan lebih baik.

Rabu, 3 Februari 2010

PUISI KU TERBIT LAGI DIMAJALAH BAHANA.




(Click picture to enlarge)

Mungkin kebanyakan pengunjung blog tidak mengetahui yang aku sebenarnya juga menulis untuk majalah - majalah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Karierku banyak diterbitkan dalam Majalah - Majalah seperti Bahana, Mekar dan juga beberapa buah buku kompilasi puisi. Dan antara Genre tulisan ku adalah antaranya Puisi, Cerpen dan juga rencana. Namun sejak kebelakangan ini tulisan ku sudah jarang diterbitkan kerana aku sudah jarang lagi menulis, sejak arwah ibu meninggal dan aku mendirikan rumah tangga aku sudah kurang menulis, namun banyak juga puisi yang ku hasilkan ketika ini namun kebanyakannya masih banyak yang pending dan belum habis lagi kerana ketandusan idea ketika ini.



Semalam aku menerima complimentari dari DBP iaitu berupa Majalah Bahana keluaran Bulan Ogos 2009, pada mulanya aku terkejut juga kerana sudah hampir setahun tulisan ku tidak dimuatkan dalam majalah bahana namun kemarin rupanya sebuah daripada puisi ku telah diterbitkan, aku mula terfikir untuk menulis kembali selepas ini cuma yang penting aku perlukan sedikit ruang untuk mencari ilham. Aku cuba memberitahu pada isteriku yang bahawa masa ini aku belum ada ilham untuk menulis sebarang rencana, puisi ataupun cerpen. Isteri ku mencelah dan cuba memperli aku secara halus, katanya tak kan tak ada idea langsung sedangkan untuk menulis pada blog ni setiap hari ada pula idea aku. Well dalam manis rupanya isteri ku menyindir aku, memanglah pada mulanya aku terasa pedas juga dengan sindirannya namun bila aku cuba meenpis pandangannya tersebut. Bagi aku menulis didalam blog adalah merupakan satu idea yang datang secara spontan danianya adalah seperti menulis pada diari, memberitahu apa yang kita buat pada sebelumnya dan juga memberikan beberapa pandangan pada pembaca blog. Namun untuk menulis puisi, rencan dan juga cerpen memerlukan konsentrasi yang cukup baik dalam mengadun jalan cerita agar ceritanya tidak menjadi kelam kabut, dan sbeagai penulis dan pemuisi aku perlu mencari apa jenis cerita yang perlu aku muatkan apa watak yang ingin ku muatkan dan plot cerita yang ingin aku sampaikan akan tidak terkeluar dari plot cerita yang ingin disampaikan.

Puisi aku yang diterbitkan dengan tajuk 'MIMPI - MIMPI YANG SEDAR', entah aku tak dapat menghuraikan disini namun apa yang pasti yang ingin ku sampaikan adalah aku ingin mengejar cita-cita ku dan aku ingin membuktikan pada mereka yang pernah mengatakan pada mereka bahawa aku yakin aku akan dapat mencapai cita-cita itu biarpun ianya terlewat namun yang pasti ianya akan dapat ku gapai. Itu yang ingin ku sampaikan dalam puisi ku tersebut.
Apapun itu hanyalah idea ku, dan kini aku sedang berjinak - jinak untuk menulis lirik lagu, namun masih juga lagi belum habis kepenghujungnya. Nantikan saja apa lagi yang akan aku buat untuk puisi ku kali ini.

PAGAR RUMAH FASA 3 - HAMPIR SELESAI



Rutin harian ku seperti biasa sebaik pulang dari bekerja aku pastinya akan singgah menjenguk ayah ku dan juga kakak ku yang ketika ini sedang sakit, Alhamdulillah dia sudah semakin sembuh, dan apa yang ku harapkan para pengunjung blog akan sama - sama dapat mendoakan agar kakak ku akan cepat sembuh sepenuhnya dalam masa terdekat ini dan dia akan kembali mengajar... Amin... Amin... Ya Rabbal alamin....
Semasa aku sampai dikawasan rumah, ku lihat pagar rumah dikawasan rumah abag ipar ku sudah hampir selesai. Sudah siap terpasang pagar steel pada pagar batu tersebut, dan diatas tersebut adalah gambar pagar yang hampir selesai yang sempat aku ambil. Apapun ianya dibina adalah atas dasar keselamatan. Namun bila sudah melihat perubahan pada kawasan rumah ni, terasa rindu juga pada suasana yang lama, namun apa boleh buat faktor keselamatan lebih utama. Betulkan tu semua........!

Isnin, 1 Februari 2010

KITA RENUNGKAN BERSAMA DAN KITA AMBIL IKTIBARNYA BERSAMA

BILA BAYI LAHIR KEDUNIA
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'
Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu '
Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'
Jawab Tuhan : 'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'
Tanya bayi lagi : 'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'
Di Jawab Oleh Tuhan :'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'
'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'
'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'
'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?
'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'
'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'
'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu'
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan
'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?'
'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ' IBU '
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.'

BICARA KESILAPAN: ANTARA SENSODYNE dan PEPSODENT

Mungkin bila membaca tajuk tersebut kalian sudah mengetahui apa yang ingin aku tuliskan dalam blog ku kali ini. Mungkin sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia tidak terlepas dari membuat silap dan juga mempunyai sifat pelupa, ialah kan kita pun manusia ni bukannya sempurna.
Nak dijadikan cerita, hari minggu yang lalu aku sekali lagi diserang sakit gigi, kali ini ditempat yang lain pula, kebetulan masalah yang sama, gigi aku berlubang lagi. Namun kali ini aku rasakan terlalu berbeza sangat, kali ini apabila aku memakan apa saja maupun minum aku akan merasa ngilu sangat. Bayangkan saja aku terpaksa mengunyah makanan melalui gigi depan, well bila dah makan dengan keadaan begitu apa yang dimakan pun tidak menjadi sedah semuanya menjadi sukar. Jadi aku teringat juga pesan sepupu ku jika berlaku keadaan sedemikian ada baiknya menggunakan ubat gigi sensodyne kerana ianya boleh membantu memulihkan rasa ngilu dan sakit pada gigi. Jadi hari ahad tu selepas minum pagi aku keluar bersama isteri ku membeli barang, jadi semasa di salah sebuah kedai runcit aku teringatkan ubat gigi tersebut, lalu aku carilah, namun apa yang terjadi????? Dan disinilah bermulanya cerita, pada ingatan ku nama ubat gigi tersebut ktika itu bukan sensodyne seperti maa yang diberitau, lalu yang terlintas dikepala ku jenama ubat gigi Pepsodent, oleh kerana itu saja yang aku ingat jadi kebetulan pula jenama itu ada disana aku apa lagi terus beli. Rupanya isteri ku menyedari hal tersebut namun dia berdiam diri kerana dia berfikir mungkin itulah dia. Jadi aku gunakanlah ubat gigi tersebut, aku kecewa kerana tidak ada tindak balas langsung dan gigi ku masih juga sakit. Jadi kemarin selepas kami menonton wayang aku singgah di Pasaraya yang ada diMall tersebut, dalam mencari - cari barang aku terlihat ubat gigi yang dimaksudkan iaitu SENSODYNE, lalu akupun beritau isteri ku inilah dia yang betulnya, lalu sambil ketawa isteri ku bercerita kepada ku bahawa dia sebenarnya semasa aku membeli pepsodent itu sudah dia menyedarinya tatpai oleh kerana aku yang beria-ia menyebut nama ubat gigi tersebut dia hanya berdiam diri. Hai.............. itulah dia kesilapan manapun kita tidak pernah lepas dari membuat kesilapan. Apa lagi terpaksalah jua aku beli yang satu itu lagi demi untuk gigi ku..... Hahahahahaa
Yang aku tak suka aku sudah melakukan pembaziran yang teramat sangat, dan itulah sikap yang mesti aku elak agar ianya tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang, bagi aku mungkin pada masa akan datang aku perlu bertanya kepada isteri ku sebelum aku membeli barang yang aku sudah lupa agar tidak berlaku lagi pembaziran. Ish...ish...nasib baik cuma isteri ku kalau orang lain entahlah tak tahu aku bagaimana. Tapi biarpun hanya isteri ku yang tahu, teruk juga aku ditertawakan oleh isteriku semalam, entahlah ianya silap aku juga.......

DUA HATI SATU JIWA

Semalam sepulang dari bekerja isteri ku terus membawa aku ke Mall untuk menonton wayang, kebetulan pula kemarin aku tidak membawa kereta memandangkan kereta ku dibawa oleh sepupu ku untuk inspection bagi menyambungkan road tax tahunan yang sudah mansuh, jadi isterikulah yang mengambil aku pulang bekerja.
Bayangkan saja pulang dari bekerja terus menonton wayang, ish... tak dapat aku bayangkan ketika itu, namun nak buat apa dah isteri ku beria sangat nak menonton wayang tersebut jadi aku layan sajalah. Sampai di Mall kelam kabut juga kerana biasalah terlalu sukar untuk mendapatkan parking, beberapa kali aku berpusing - pusing mencari parking lastnya dapat juga, punyalah lenguh kaki aku, maklum sajalah aku jarang memandu kereta isteriku. Nasib baik tikit aku beli awal semasa aku lunch kemarin jadi taklah rasa berebut - rebut, kalau tak mampus memang isteri aku tarik muka panjang jika tak sempat ambik tikit. Well cerita yang kami tonton semalam tajuknya 'DUA HATI SATU JIWA'.
Cerita ini diarah oleh Professor A. Razak Mohaidin dibawah LineClear Production, 2 Hati 1 Jiwa yang dibintangi Yasmin Hani & Fouziah Ghous ini adalah Filem komedi famili ini memaparkan kisah suka duka sepasang kembar siam yg dipisahkan. Bila menonton filem ini kita akan dapat melihat bagaimana perasaan orang yang kembar siam ini hidup, dan bagaimana keadaan mereka dalam melakukan tugas harian mereka lebih - lebih lagi mereka yang belajar diUniversiti dengan mengikuti kursus yang berbeza. Apapun kau orang tengoklah sendiri dipanggung lagi pun malas lah aku nak cerita panjang lebar tentang filem ini tak seronoklah lah kan nanti. Apa yang penting bagi kau orang yang meminati Yasmin Hani dan Faziah Ghous bolehlah menonton filem mereka ini dipawagam yang berdekatan.
Bagi aku semalam taklah habis sangat menonton filem tersebut, tapi yang pentingnya aku temankan isteri aku nonton wayang semalam. Biasalah habit aku kalau masuk pangung dalam keletihan pastinya aku akan tidur sambil berdengkur, nasib baik isteri aku selalu mengejutkan aku ketika aku berdengkur semalam, jika tidak entahlah satu panggung boleh dengar aku berdengkur.... hahahahaha. Aku pula faham sangat dengan hobi isteri aku, dia memang suka menonton wayang, bukan saja disini, malah ketika berada diluar negeri juga dia gemar pergi menonton wayang. Hai itulah dia isteri aku, entahlah dah jadi hobi dia katanya kalau dia pergi luar negeri mesti tidak sekali dia mesti pergi tengok wayang, dan itulah yang terjadi ketika percutian bulan madu kami tempoh hari, bagi aku yang suka travelling ni tak sekali pun aku pernah menjajahkan kaki ke Panggung Wayang ketika berada diluar negeri, dan mungkin itulah kali pertama aku masuk panggung wayang diluar negeri ketika berbulan madu bersama isteri ku. Aku dah tak nak buat apa ketika itu bila diberitau yang dia hendak menonton wayang, aku jawab ikut suka hati kau lah. Itulah dia isteri aku, yang kadang - kadang bertentangan dengan kegemaran dan kesikapan ku. Namun apa pun SIAPA YANG TAK SAYANG ISTERI HOOOOIIIII...... hahahahahaaaa.