'SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU', itulah ungkapan yang kita sering dengar sejak kita kecil dan sejauh mana kita sudah menghargai jasa seorang wanita yang telah menjaga dan mendidik kita dari kecil itu? Kita mungkin mengenali dirinya sejak dari kita lagi, namun apakah kita sudah benar - benar memahami hatinya, benar - benar memahami kehendaknya? Kita mungkin mampu memberinya hadiah setiap tahun dan juga mungkin memberinya apa saja, namun apakah itu sudah mencukupi dengan kehendaki hatinya? Apakah kita sudah mendengar segala keluhan hatinya? Kerinduannya? Kesunyiannya? Pernahkah kita mengambil tahu semua itu? Kita sebagai anak - anak kadang - kadang tidak pernah mengambil endah tentang apa yang dikehendaki dan diperlukan oleh Ibu kita, kadang - kadang kita terlupa bahawa kini dia kesunyian dan mengharapkan kita untuk bersamanya. Namun pernahkah kita mengetahui semua itu??????? Jawapannya ada pada diri kita sebagai anak - anak.
Kita akan rasa kehilangan apabila dia sudah tiada dan pergi meninggalkan kita untuk selamanya, disaat itulah kita akan merasakan bahawa kita kehilangan seseorang yang amat kita kasihi, orang begitu memahami kita selama ini, orang yang tahu akan keperluan kita, orang yang tahu apakah yang ingin kita makan apabila kita bersamanya, kerana kini tiada lagi insan yang mengambil berat tentang kita. Kehilangan itulah yang akan memberikan keinsafan kita kepada apa yang telah kita lakukan kepadanya selama ini. Tapi kenapa setelah dia pergi baru kita menyedari semua itu? Kenapa tidak semasa dia masih ada kita tidak merasakan kehilangan itu. Aku cuba berfikir tentang sebilangan umat manusia dimuka bumi ini, yang mana mereka kerap mengabaikan ibu mereka, apa yang amat menyedihkan lagi ialah mereka sanggup menghantar ibu mereka kerumah orang tua, dengan alasan mereka tidak sanggup untuk memelihara ibu mereka, dengan berbagai alasan diberikan asal dia dapat duduk disana, pada hal seribu alasan yang diberikan itu kadangnya hanyalah satu alasan kosong, hanya kerana mereka malas untuk memelihara seorang ibu tua. Tidakkah mereka mempunyai perasaan bagaimanakah perasaan si Ibu apabila anak - anak menyisihkan dirinya terlalu jauh dari mereka, pada hal seorang ibu tidak pernah untuk mengeluh memelihara seberapa ramai pun anak - anaknya, diterima dengan tangan yang terbuka, berusaha dengan lebih gigih untuk memelihara dan membesarkan anak - anaknya, tapi apa yang terjadi, bila dirinya sudah tua, dan anak - anak sudah tidak bersamanya lagi, kesemua anak memberikan berbagai alasan untuk tidak mahu memelihara seorang ibu. Dimana kesilapan ini? Kepada mereka yang tika ini masih mempunyai ibu, tetapi mereka menempatkannya dirumah orang tua, fikirkanlah sebaiknya, apakah perasaan anda jika satu masa anak - anak anda juga akan melakukan sepertimana yang anda lakukan pada ibu anda kini? Apa yang anda rasakan? Jawapanya a pada diri anda untuk menjawabnya......
Setiap 8 Mei tiap tahun adalah tarikh istimewa buat semua ibu diseluruh dunia. Buat semua ibu tidak lupa saya ucapkan Selamat Hari Ibu, hari bahagia ini sememangnya ingin dikongsikan oleh semua ibu, bagi aku sendiri kini ianya hanya tinggal sebagai mengingati Hari Ibu saja, untuk menyambutnya kini hanya sebagai kenangan, sudah tiga tahun aku tidak lagi merayakan sambutan Hari Ibu bersama keluarga, kerana sudah tiga tahun ibu meninggalkan aku pergi untuk selamanya. Sejak itulah juga aku merasakan kerinduan pada ibu, tiada lagi pipi lembut yang aku cium dan dahi yang aku kucup, segalanya tinggal kenangan kini.
Aku bersyukur, biarpun tiada harta yang ditinggalkan namun terlalu cukup aku syukuri kerana dia telah melengkapkan aku dan adik beradik yang lain dengan ilmu pengetahuan yang begitu cukup, baik ilmu dunia mahu pun ilmu ugma, tiada seorang pun diantara kami yang tercicir dikeduanya. Ketegasannya didalam mendidik kami semasa hayatnya adalah merupakan sesuatu yang paling istimewa buat diriku, ketegasan yang memberikan kejayaan didalam kehidupan ku, dan itulah satu nikmat yang amat aku syukuri. Ketegasannya didalam mendisiplinkan aku dan yang lain adalah merupakan satu rahmat yang besar, kerana tanpa ketegasan disiplin itu mungkin kami semua akan jadi spoil, namun kini semua itu hanya menjadi kenangan bagi diri ku dan yang lain, kasihnya kepada kami adalah kasih sejati yang tiada tolok bandingnya. Kasih yang diberikan adalah kasih yang paling ikhlas. Setiap tahun ibu tidak permah melupakan hari lahir kami adik beradik, biarpun ketika itu kami sudah dewasa, dan abang - serta kakak- kakak ku sudah pun berumah tangga, ianya masih lagi disambut oleh arwah ibu, pastinya dia akan sibuk untuk menghubungi kami semua untuk balik berkumpul dirumah semata untuk menyambut hari lahir kami, itulah istimewanya arwah ibu begitu juga dengan arwah abah juga sama. Kami akan berkumpul dirumah untuk meraikan hari lahir, bukan saja hari lahir kami anak - anaknya malah juga cucu-cucunya dan juga anak menantunya juga disambutkan setiap tahun dan hampir setiap bulan ketika itu kami akan meraikan hari lahir dirumah, namun apabila hari lahir arwah ibu yang juga sama dengan hari lahir arwah abah, pastinya mereka akan membawa kami untuk menyambutnya diluar terutama direstoran. Pastinya cucunya diberikan peluang untuk memilih restoran manakah kami hendak pergi untuk menymbut hari lahir abah dan ibu. Tidak pernah untuk meminta dari kami walau sesen pun untuk bayaran menymbut hari lahir mereka, malah mereka berdua sanggup belanja kami, begitu mulia hati ibu ku. Kini segalanya berubah, biarpun kami meneruskan tradisi tersebut, tetapi segalanya terus berubah mengikut masa. Namun aku bersyukur, kerana contoh yang ditunjukkan oleh ibu adalah satu contoh yang amat terbaik bagi ku untuk aku ikuti, ketegasannya telah membawa seribu kebaikan buat kami adik beradik.... Terima Kasih Ibu....... Damailah kau disana dan mudahan rahmat dari Tuhan akan terus bersama mu.....Amin.
Buat mereka yang masih lagi ada orang tua, peliharalah ibu kalian sebaiknya, kasihi mereka dengan kasih yang sejati, kita tidak akan rugi bila kita hidup dan tinggal bersama mereka, namun kita akan kerugian apabila kita menyisihkan mereka, kerana setelah mereka tiada, ada sesuatu yang amat besar akan kita rasakan kehilangannya setelah mereka pergi, malah begitu juga dengan kerinduan setelah mereka tiada pastinya kerinduan itu akan sering bertandang, tapi tiada guna lagi kerana kerinduan itu hanya sesuatu yang menjadikan sebuah kesakitan kerana tiada ada lagi insan yang ingin kita ziarahi untuk kita cium pipi lembutnya dan juga kita kucupi dahinya untuk kita lepaskan kerindua itu. Jadi semasa mereka masih ada, hulurkan kasih sayang anda kepada mereka sepenuhnya, ceriakan hidup mereka, biarkan mereka terus tersenyum riang, dan sekurangnya isikanlah kesunyian mereka dengan kedatangan kita untuk menjenguk mereka selalu, seorang ibu tidak pernah mengharapkan yang lain melainkan kasih aaknya, dan adalah satu hadiah yang berharga kepada mereka dengan kehadiran anak - anak untuk menjenguk mereka selalu dan mengisikan kesunyian mereka, kerana kita tidak pernah tahu kesunyian dan kerinduan siibu pada anda. Jadi kasihi dan sayangilah ibu anda dengan sepenuh hati........
S E L A M A T H A R I I B U
BUAT SEMUA IBU - IBU
0 ulasan:
Catat Ulasan