Selasa, 16 Mac 2010

MULUT OH MULUT.... KERANANYA BADAN BINASA.

Bak kata pepatah kita ' Kerana pulut santan binasa, dan kerana mulut Badan Binasa', itulah yang sering kita dengar ungkapan yang diluahkan oleh orang tua kita. Dan bila difikirkan kembali memang ada kebenaran apa yang diperkatakan oleh pepatah itu tadi, dan itu yang indahnya peribahasa orang melayu.



Berapa banyak diantara kita yang sedar fungsi mulut? Dan berapa banyak diantara kita yang bersikap jujur? Itu aku kurang arif itu jawapan yang aku berikan. Namun bagi aku, sekarang ini sudah terlalu banyak lawan daripada kawan..... Mungkin anda akan berfikir kenapa saya menuliskan begitu? Berapa ramai dari rakan kita yang boleh kita percayai apabila kita bercerita mengenai sesuatu dia hanya akan mendiamkan cerita itu dan dalam perkataan lain kita tak perlu risau kerana dia boleh simpan rahsia? Dan berapa ramai diantara kita yang hanya ambil sambil lewa dengan cerita yang didengar? Itu kita kena fikir sendiri... Bak Kata Pelakun Popular Malaysia NABIL...'Lu fikirlah sendiri'.


Sekarang ini kawan rapat boleh menjadi lawan dan seteru kepada kita. Kadang - kadang mereka yang kita percayai dan kita anggap boleh menyimpan rahsia kita inilah orang yang akan banyak membongkarkan rahsia kita dan menceritakan perihal kita pada orang lain, kerana itulah bagi saya, saya tidak terlalu percayakan orang dengan mudah, dan kadangnya apa yang terpendam dalam hati saya adalah rahsia saya, dan tidak perlu untuk diceritakan kepada orang lain. Saya pernah di tegur oleh rakan saya, kerana terlalu berahsia, dia memberitahu kepada saya, bahawa orang yang selalu memendam rasa dan berahsia ini adalah orang yang yang akan membunuh dirinya sendiri, saya ketawa mendengarnya, saya katakan kepadanya, selagi saya berpegang hidup dengan jalan Allah, insyaAllah saya tidak akan melakukan perkara yang sekeji itu, dan kata saya adalah lebih baik saya pendamkan dihati dan biar saya seorang saja yang tahu daripada ianya menjadi satu bahan cerita yang boleh mendtaang isu dan fitnah. Kerana itulah saya lebih gemar ketika ini mendiamkan diri daripada suka bercerita.


Sebilangan orang, mereka suka mendengar apa yang diceritakan kemudian menceritakan dan menyampaikan semula cerita itu kepada orang lain dan malah sehinggakan ianya menjadi cerita hangat dan berjela - jela, bagi pandangan saya, mereka ini saya lebih suka memanggil dengan panggilan mulut bergerak. Mereka yang mempunyai sifat seperti ini adalah pembunuh dalam senyap, kerana apa mereka - mereka ini tergolong dalam golongan orang yang suka menyibarkan fitnah. Sebilangan daripada mereka ini (berpandukan dari pengalaman ku sendiri) pandai bermain kata - kata, dan bermulut manis dalam meluahkan kata - kata, malah sifat yang ditunjukkan adalah seperti orang yang beriman (* sebaliknya hati mereka ini terlalu busuk) kepada kita, semasa kita bercerita dia akan menyelitkan nasihat, sama - sama bersimpati dan segalanya ada pada mereka ini, sehinggakan kita percaya sepenuhnya kepada mereka. Namun sebaliknya, selepas hari ini kita bercerita esuk pula akan ada kedengaran cerita yang sama dari orang lain, pada hal cuma dia insan yang bersama kita dan mendengar cerita itu. Namun itulah manusia, berapa ramai yang mahu mengakui kesilapan mereka? Itu awda kena jawap sendiri.


Mulut oh mulut.... kerananya badan binasa, berhati - hatilah apabila kita bercerita, kerana dalam setandan pisang itu belum tentu semuanya baik dan begitu juga dengan berteman atau berkawan. Kadangnya dalam kemanisan mulut berbicara terselit secubit racun yang bakal menghancurkan kehidupan kita, dan itulah yang perlu kita ingat. Itu yang kita kena ingat, biarpun hati kita menilai dan memandang seseorang itu pada sikap dan kebaikan yang ditunjukkan kepada kita, belum tentunya lagi dia itu insan yang baik (TIDAK SEMUA....... maksud saya), dan kadangnya orang yang kita anggap terlalu buruk itu pula adalah insan yang berhati mulia dan bersih. (Berpandukan pengalaman saya)


Setengah orang menganggap apabila berteman dan berkawan dengan penagih dadah kita akan menjadi penagih dadah. Mungkin persepsi itu ada kebnarannya, namun tidak semua dan tidak mungkin persepsi itu betul. Bagi saya itu tergantung pada pemikiran mereka sendiri, kerana jika kita bergaul dengan penagih dadah dan cmua setakat bergaul dengan mereka tanpa ikut mengambil dadah belum tentu kita akan menjadi penagih dadah, sebenarnya itu terpulang kepada gerak hati kita, namun persepsi orang yang melihat pergaulan kita terus menunjuk kearah kita yang kita juga adalah ikut menagih dadah pada hal kita cuma berkawan dengan mereka. Itulah manusia.... Berbalik kepada apa yang ingin saya sampaikan disini, saya pernah mempunyai kawan seorang penagih dan kini dia sudahpun menjadi arwah. Bagi saya beliau adalah seorang jujur, amanah dan bersifat suka menyimpan rahsia, cuma keburukan yang dimilkinya adalah dia penagih dadah. Bagi saya arwah adalah tempat saya melepaskan dan meluahkan rahsia isi hati saya. Malah dalam keadaannya yang sebegitu sebagai penagih dia memberikan saya idea yang baik untuk saya, kerana itulah sewaktu hari dia meninggal dunia saya menangis, kerana insan yang amat saya percayai telah meninggalkan saya. Arwah menjadi pendengar setia kepada rintihan dan luahan hati saya, malah setiap luahan hati dan permasalahan saya didengar dengan teliti kemudian dia berusaha untuk bersama - sama mencari jalan penyelesaiannya, saya tabik arwah kerana biarpun dia seorang penagih dadah, dia tidak pernah untuk menghasut saya untuk mengambil dadah dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi, malah dia sendiri menasihati agar saya bersabar dan mengambil tindakan yang positif. Dia sering menasihati saya supaya tidak mengikuti jejaknya, kerana baginya jika sekali terjebak ianya akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Dan ternyata bukan... persepsi sebilangan orang mengenai sebilangan penagih dadah. Mereka lebih jujur dan ikhlas dalam berteman, mereka jujur dalam menyimpan rahsia dan mulut mereka bukanlah celupar dan mulut bergerak. Kejujuran mereka itu yang amat saya sanjungi kerana biarpun apa yang mereka buat itu adalah salah, namun mereka masih boleh bersikap jujur dengan kita.
Dan kerana itulah bagi saya terlalu sukar untuk mendapatkan teman yang betul jujur dan boleh menyimpan rahsia. Tidak kesemuanya maksud saya. Walau apapun kita perlu beringat, kerana mulut badan binasa. Jadi bila kita hendak melontarkan kata pandanglah pada siapa kita ingin luahkan, kerana mulut bergerak dengan pantas, sedang minda berfikir terlalu lambat dan hati mudah berdendam dengan cepat, dan adakalanya kita dapat menahan rasa pada apa yang kita dengar, dan adakalanya kita hilang kawalan bila apa yang kita dengar itu terlalu menyakiti hati dan perasaan kita.
Apapun berfikirlah secara positif dalam apa jua yang inign kita lakukan. BUkalah minda kita seluasnya, dan jangan mudah melenting dengan apa yang kita dengar. Setengah orang ingin mencuba kita dengan bercerita yang lebih - lebih, dan apabila kita bertindak dari luar dugaan secara tidak langsung ianya akan membetulkan persepsi mereka tentang kita, Itulah bahayanya mulut bergerak. Bermuhasabahlah kita selalu, kita pandang pada diri kita dan nasihati serta belajar untuk diri kita juga, apabila kita mendengar cerita orang mengenai perihal orang lain, ada baiknya kita tutup mulut dan cuma menjadi pendengar, kekadang jika kita mulut untuk sama bersuara, orang yang bercerita ini akan memunipulasikan cerita berkenaan dan akan menghantar apa yang kita cakap pada orang itu lagi, jadi daripada kita menjadi beban ada baiknya kita berdiam diri dan mendengar apa yang dicakapkannya.
Akhirnya beringatlah, tidak semua kawan kita itu adalah sahabat setia kepada kita, jujur dan amanah, dan tidak semua musuh kita itu adalah pemusnah kepada kehidupan kita. Disebalik kemanisan mulut dan kelembutan hati itu, adakalanya terselindung satu perangai dan hati yang amat busuk dan buruk, dan tidak semua yang buruk itu mempunyai sifat buruk malah adakalanya yang buruk itulah yang mempunyai perangai indah dan berhati mulia........
Jumppa lagi.....

3 ulasan:

jonet berkata...

Many thanks for sharing this very good article. Very interesting ideas! sbobet88

gabriel berkata...

Many thanks for sharing this very good article. s1288 Very interesting ideas!

asd berkata...

This Post so good

situs judi slot online deposit pulsa tanpa potongan

Slot online joker123 terpercaya