Rabu, 17 Mac 2010

GAJAH DIDEPAN MATA TAK KELIHATAN , KUMAN DISERANG KELIHATAN.

Assalamualaikum semua, bagaimana perkhabaran awda semua pada hari ini? Saya berharap awda semua dalam keadaan yang menyenangkan.

Mungkin awda berfikir kenapa sejak kebelakangan ini apa yang saya buatkan didalam blog saya amat berbeza dari sebelumnya, bukanlah berniat apa - apa cuma kadang - kadang kita perlu juga untuk berkongssi ilmu dan pendapat dalam setiap permasalahan yang kita dengar dan timbul pada sekeliling kita setiap hari, kadang kita harus peka dengan apa yang kita dengar setiap hari, dan apa pun tindakan yang ingin kita ambil hendaknyalah kita bermuhasabah terlebih dahulu, melihat apakah kekurangan yang ada pada diri kita sehinggakan kita diperkatakan dan dihina sebegitu. Itu jugalah yang ingin saya kupas bersama awda melalui topik diatas.



Saya sering menasihatkan diri saya sendiri, agar setiap waktu melihat dan memeriksa diri saya maksud saya tersebut adalah untuk melihat kesilapan diri saya sendiri sebelum saya cuba meneliti kesilapan yang dibuat oleh orang lain. Kita bukanlah sempurna, itu yang sering saya tekankan kepada diri saya akhir - akhir ini. Terlalu mudah bagi kita untuk menjadi hakim kepada orang lain, terutama untuk menilai orang lain hanya daripada pandangan mata kasar kita saja, namun persoalannya apakah penilaian kita terhadap individu itu benar - benar betul ataupun sebaliknya? Sebilangan individu (*mungkin juga termasuk diri saya) memberikan penilaian kepada individu lain itu melalui daripada apa yang didengar, dilihat dan juga pada perbuatan luarannya. Dari sana penilaian dibuat dan persepsi mula memainkan peranan dalam kesangsian kita terhadap seseorang itu. Kita sering beranggapan bahawa apa yang kita buat itu adalah betul, dan kerana itulah juga kita merasakan kita sering berada dipihak yang benar. Jika dipandang daripada satu sudut mungkin ianya adalah satu persepsi yang betul dan pada satu sudut lainnya ianya adalah salah.


Pada satu sudut persepsi yang betul kita dapat mengatakan ianya betul kerana ianya adalah kita sendiri, kita tahu apa yang kita telah buat dan lakukan, jadi kita dapat menilai sejauh mana betulnya apa yang telah kita buat dan lakukan. Namun pada satu sudut yang lain pula adalah kerana ianya adalah pada sudut pandangan kacamata orang lain makanya tanggapan itu berbeza dari pemikiran kita, kerana itulah jika kita pandang pada kedua - dua sudut itu, ada baiknya jika ia di ambil jalan yang terbaik adalah dengan melakukan muhasabah diri. Manusia sekeliling memandang dan mendengar apa yang kita buat, kerana itulah kita haruslah berhati - hati kadang kita tidak tahu siapa lawan dan siapa sahabat kita sebenarnya.


Sifat salah sangka dan buruk sangka adalah merupakan kepada penyumbang besar kepada perkara ini, sebilangan individu, mereka lebih suka mendengar dan terus bertindak tanpa ada usul periksa terlebih dahulu kesahihan dari cerita yang mereka dengar tersebut, melakukan andaian yang kadang melampau dan bertindak dengan keterlaluan. Ini yang kadangnya berlaku pertelingkahan dan pertengkaran. Inilah keburukan mempunyai perasangka yang salah dan begitu juga dengan membuat andaian yang sungsang.
Berapa ramai diantara kita yang berani untuk bersemuka dalam menyelesaikan masalah dan persengketaan yang berbangkit? Mungkin tidak ramai yang berani tampil untuk bersemuka dalam menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang timbul antara sesama, namun ramai yang suka menuding jari tuduh menuduh dalam menegakkan benang yang basah. Dan dimanakah silapnya semua ini? Jika dipandang pada satu sudut, bersemuka adalah satu cara yang terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang berbangkit pada pihak - pihak yang bersengketa, jika ianya dilakukan secara bersemuka dan dilakukan dengan berbincang tidak mungkin ianya akan terus berpanjangan dan menjadi dendam pada diri masing - masing. Namun mungkin sudah jadi hukum alam bahawa didalam dunia ini ada dunia jenis manusia iaitu yang baik dan yang jahat.
Saya ingin bertanya kepada pembaca blog ini, jika awda sering bercermin apakah yang awda dapat dilihat pada diri awda? Soalan itu tidak dapat untuk dijawab oleh orang lain melainkan jawpannya ada pada diri awda sendiri, dan mata - mata yang memandang hanya menjadi pemerhati dari segi luarannya sahaja. Jika awda dipandang oleh sebilangan individu, apakah reaksi yang awda akan berikan? Mungkin perasaan awda bercampur baur, hati awda mungkin tertanya - tanya kenapa dan mengapa mereka memandang kearah awda???? Dan mungkin juga degupan jantung awda akan berdegup kencang, dan fikiran awda mungkin akan terus bermain dan memikirkan perkara yang bukan - bukan. Malu, segan dan marah serta panas hati itu saja reaksi yang dapat awda berikan ketika itu. Dalam hati awda mungkin menyumpah dan dalam fikiran berbagai prasangka bermain diminda.
Bagi aku, perjalanan hidupku baru ku rasakan bermula, malah mata ku baru saja mula memandang perkara - perkara yang ku anggap sebelum ini adalah remeh temeh dan tidak perlu untuk aku ambil indah, dan telinga ku seolah baru saja berfungsi mendengar percakapan disekelilingku. Langkah ku aku rasakan baru saja bermula melangkah kearah disitinasi yang membawa hala tuju hidup ku sebenarnya. Namun ini yang dikatakan disitinasi ku baru bermula. Jika dulu aku tidak berapa mengendahkan dan peka dengan apa yang diperkatakan disekelilingku, namun kini aku merasakan lebih perlu untuk mengetahui serba sedikit mengenainya. Aku mula mengenali siapa mereka - mereka disekeliling ku yang menjadi teman sebenar dan siapa pula yang berselindung dibalik selimut dalam menjadi temandan sahabat dan juga siapa musuh besar ku. Semua itu kini aku perlu untuk mengetahuinya, kerana tidak semua diantara mereka ini yang bersifat jujur dengan kita.
Kadang hal sebegini membuatkan aku tersenyum sendirian bila mana ada individu itu hanya mengenal kesilapan individu lain daripada prospektus kacamata mereka, mereka menilai dengan cara pemikiran sendiri, dan mereka menjatuhi hukuman dengan cara mereka sendiri. Itu yang mengajar aku dengan nilai perjalanan hidup ini. Ada pula individu itu membuat kesimpulan dan andaian tentang perbuatan individu lain, dia tidak pernah untuk memberikan perbezaan diantara kata nasihat dan kata - kata kutukan, apa yang ada dalam pemikirannya dia tetap betul dan berdiri dengan betul sekalipun apa pun yang dilakukannya itu salah. Ada pula individu, yang hanya mahu mendengar kata dari satu pihak terutama dari mereka yang begitu rapat dengannya. Individu ini lebih suka mengikut apa yang didengar oleh orang yang begitu rapat dengannya sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja, padahal dia tidak pernah untuk mengetahui bahawa sipulan yang rapat dengannya itu yang mempunyai kesilapan besar, dan pula bermatian menegakkan kebenaran orang tersebut. Kerana itulah bagi saya, semua yang saya lalui ini adalah satu pelajaran baru yang telah saya pelajari, terutama dalam mengambil tindakan tertentu sebelum saya bertindak keatas apa yang saya dengar. Kerana itu adalah perlu kita melakukan muhasabah pada diri kita sendiri sebelum kita menuding jari kearah orang lain. JANGAN KUMAN DISEBERANG KITA NAMPAK GAJAH DEPAN MATA KITA TIDAK NAMPAK.
Jadi kita fikirkan bersama - sama, apakah sesuatu perkara yang kita buat itu adalah satu tindakan yang betul ataupun sebaliknya. Muzakarah adalah sesuatu yang terbaik dalam membinccangkan setiap masalah yang berbangkit, kita berbincang dengan cara yang terbaik dalam menyelesaikan setiap permasalah tersebut, dan bertindak dengan cara yang betul barulah segalanya akan berjalan dengan baik. Ingatlah hidup hanya sekali, jadi jangan kita siakan kehidupan kita dengan mengelinga hal ehwal orang lain lebih dari diri kita sendiri, kita perlu untuk melihat dan mencermin diri kita setiap masa agar esuk dalam perjalanan kita menuju mahsyar akan terus berjalan lancar...........
sekian wassalam......!

1 ulasan:

jonet berkata...

Really appreciate you sharing this blog post.Much thanks again. Great. sbobet88