Selasa, 26 Mei 2009

BICARA HIDUP : BERTAPA BERUNTUNGNYA KITA....

24/7 adalah bahasa yang begitu sinonim dengan kehidupan kita setiap hari. Manusia moden tidak lagi memperkatakannya dengan sehari 24jam dan 7 hari seminggu, sekarang ini segalanya digunakan dalam singkatan bahasa. Tidak lagi ada perkataan yang panjang lebar, sudah tidak ada perkataan yang panjang menjuntai - juntai. Dan itulah kehidupan kita diatas pentas dunia ini. Semakin moden kehidupan dan semakin terasa pantas waktu berlalu dan semakin cepat jugalah kita meniti usia, dan semakin pendek jugalah kini perjalanan kehidupan kita. Namun semua itu adalah percaturan yang sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.

DIsini kita masih mampu untuk menguntum senyuman, biarpun kesedihan itu sesekali menyelubungi kehidupan kita, namun pernahkah kita meninjau keluar sana? Meninjau kearah jiran kita disana, dimana mereka tiada dapat ketawa seperti kita, namun hanya mampu menangis setiap hari, kerana beban yang mereka pikul terlalu berat. Mereka menangis kerana mereka tidak hidup seperti kita, setiap hari 24/7, kehidupan mereka terpaksa berdepan dengan peluru dan bom yang akan memusnahkan tempat dan juga nyawa mereka. Segalanya mereka hadapi dengan seribu macam kesedihan dan keperitan dalam kehidupan mereka. Rintihan mereka hanya mampu kita dengar namun tidak dapat untuk kita membantu mereka. Apa yang termampu kita luahkan daripada mulut kita hanyalah satu doa untuk mereka dan satu sumpah sereka dan laknat keatas mereka yang menginaya mereka.

Bertapa beruntungnya kita hidup dalam keadaan yang aman damai, yang bisa tersenyum setiap pagi apabila melihat kehadiran sang mentari, yang mampu untuk bergurau senda bersama rakan - rakan, segalanya kita mesti syukuri hidup dalam keadaan yang sebegini. Namun dalam keadaan begitu, dalam keadaan kehidupan kita yang semuanya biasa terselit lagi satu penyakit moden, iaitu penyakit yang dipanggil 'STRESS'. Dunia moden hari ini, sepatutnya dengan segalanya serba canggih, sememangnya apabila difikirkan akan boleh mengurangkan peyakit stress, namun sebaliknya semakin moden dan canggihnya teknologi, semakin banyak juga manusia yang terkena penyakit stress. Malah bukan saja orang tua yang mempunyai penyakit ini, malah kanak - kanak yang seusia beberapa bulan juga boleh terkena penyakit ini, entahlah aku pun binggung memikirkannya. Kadang aku tersenyum bila memikirkan statement yang dibuat oleh sebahagian pihak mengenai dengan stress yang bukan saja melanda orang dewasa malahan juga anak - anak kecil yang berusia beberapa bula. Entah apakah puncanya menjadi begitu????????????

Apa pun semua jawapannya ada pada diri kita, kerana suka duka adalah permainan dalam kehidupan kita, dan juga stress adalah merupakan satu tekanan yang memang juga sentiasa kita hidapi. Segalanya ada pada diri kita dan ubat untuk semua itu juga hanya ada pada diri kita, mereka yang ada disekeliling kita hanya dapat membantu dan menyokong kita namun kekuatan diri kita untuk menghadapi semua cabaran dihadapan ada pada diri kita. Maka fikirkan lah...!

Ahad, 24 Mei 2009

BICARA HIDUP : JEJAK YANG SEMAKIN HILANG

Kita terlupa bahawa teman yang seiringan sewaktu kita berjalan itu tidak selamanya akan berada disebelah kita mengiringi perjalanan kita, adakalanya dia akan hilang dalam sesak manusia ditengah perjalanan sehingga kita tidak dapat menjejaki langkah - langkah mereka itu lagi. Dan kita akan terus mencari mereka dan mencari jejak dimana kedudukan mereka. Barulah kita menyedari bahawa setelah jejaknya hilang mereka itulah yang terbaik diantara mereka yang seiringan kita dalam perjalanan.

Semakin lama kita berjalan, dan semakin jauh perjalanan pastinya akan luaslah pengalaman kita, namun semakin jauh kita berjalan semakin banyak juga kita kehilangan jejak. Kita tidak pernah nampak jejak - jejak itu lagi dibelakang kita. Hari - hari yang berlalu, membawa cerita yang baru untuk kita lalui, dan bersama -sama hari yang baru kita banyak mempelajari nilai dan erti sebuah kehidupan itu sebenarnya. Dan semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak pula yang hilang, yang akhirnya akan menjadikan diri kita kehilangan jejak - jejak itu.

Mungkin terlalu berputar belit apa yang aku tuliskan sehingga kalian terlalu sukar untuk mempengertikan apa yang aku maksudkan dalam tulisan ku kali ini. Esuk atau lusa adalah pertambahan pada umur kita, bermakna perjalanan kita bertambah, dan pertambahan usia itu menjadikan kita samada semakin dewasa atau semakin tua. Dan dalam pada masa yang sama orang - orang disekeliling kita semakin berkurangan, terutama orang tua yang ada disekliling kita pada satu waktu yang dulu. Bagi aku ketiadaan mereka satu persatu adalah merupakan satu kehilangan yang jejaknya sukar untuk dijejaki lagi, ilmu dan kepandaian yang mereka miliki tiada banyak yang dapat kita ambil, kerana kelekaan kita pada benda yang kita rasakan lebih perlu untuk dipelajari dari apa yang mereka ada. Namun ketika kita dala usia yang juga sudah hampir meniti senja ini akhir baru memahami bahawa kita dalam kerugian kerana tidak mewarisi apa yang mereka tinggalkan dulu. Sudah terlewat rasanya bila mereka sudah tiada dan segalanya tidak dapat lagi dijejaki, kita menjadi menyesal. Sesalan yang sudah tiada gunanya lagi.

Kebanyakan daripada kita, tidak sedar bahawa orang tua yang berada disekeliling kita sebenarnya mempunyai sesuatu yang berharga, namun kita tidak pernah untuk menyelami mereka secara lebih dalam. Mereka tidak akan memberikan apa yang mereka ada itu secara bersahaja tanpa kita sendiri yang memintanya. Itulah kerugian kita sebenarnya, kita menganggap apa yang mereka ada itulah adalah sudah terlalu lapok untuk dipraktikkan dalam dunia yang serba canggih ini, sehinggakan kita hanya memandang semua keistimewaan yang mereka ada dan miliki itu sebagai remeh temeh, dan tak perlu. Namun setelah mereka tiada lagi, dan semakin kita matang dalam meniti perjalanan kita, barulah kita sedar bahawa apa yang mereka mlilki itu sebenarnya adalah sesuatu yang berharga untuk kita ambil disaat kita meniti usia yang semakin menghampiri senja ini. Dan akhirnya kita kehilangan jejak, dan terus menyesal.

Biarlah kita susuri jejak yang semakin hilang itu, biarpun sedikit namun yang pastinya jangan biarkan ia hilang terus dan sukar untuk dijejaki lagi. PAda anda yang menjadi setia pada blog ini, mungkin apa yang aku tuliskan ini terlalu sukar untuk kita fahami, namun satu waktu ianya akan awda/anda akan fahami jua, disinilah kita akan cuba untuk terus mencar jejak ituagar ianya tidak akan hilang. Selamat membaca.......!

Rabu, 20 Mei 2009

BICARA KOSONG : KAWAN YANG BENAR KAWAN

Aku tersenyum sendirian apabila aku mengenangkan tentang kisah rancangan kartoon yang aku tontoni semalam disalah sebuah stesyen tv. Entah kenapa aku sukakan pada jalan cerita karton tersebut. Namun semuanya banyak menyedarkan aku dari jalan cerita yang telah ditayangkan dan aku tengok semalam. Seperti biasa jenis - jenis karton Jepun banyak mempunyai format dan jalan cerita yang kebanyakkannya berunsurkan khayalan yang diluar dari jangkaan kita, seperti juga karton DORAEMON gendre dan jalan cerita yang aku tengok semalam, aku sudah lupa nama karton tersebut, namun apa yang aku tengok semalam adalah merupakan kelainan dari jalan cerita Jepun yang pernah aku tengok.


Dalam cerita tersebut, telah sedikit sebanyak mengajar aku tentang kisah hidup, biarpun hanya ilusi dan khayalan penerbit karton tersebut, namun ianya telah banyak memberikan kesedaran kepada aku, tak tahulah pula pada orang lain..hehehehe. Cerita tersebut menceritakan, bahawa bertapa pentingnya seorang kawan tersebut, biar sejahat mana pun perangainya namun disebabkan sudah terlalu rapat, pastinya kita tidak ingin dan mahu untuk berpisah dengannya. Inilah antara sinopsis dalam cerita tersebut. Ianya mengisahkan tentang kisah 4 orang budak dan sebuah robot (biasalahkan karton jepun, pstinya ada robot yang berfungsi sama seperti manusia... hehehehe), dimana diantara mereka ini terdapat seorang yang berbadan tegap dan besar, dimana dia selalu saja membuli kawan - kawannya. Pada satu hari salah seorang kawan mereka ini menapat tahu yang kawan mereka yang situkang buli ini akan meninggal ( biasa lagi, jepun punya karton khayalan dia melampaui batas...), jadi pada masa yang sama situkang buli ini membuli kawan - kawannya, jadi kawan yang tahu awal mengenai dengan situkang buli ini hendak mati, hanya terus menglah semata - mata ingin melihat situkang buli gembira sebelum dia mati, dia cuba merahsiakan dari kawna - kawannya yang tiga orang ini, pendekkan cerita akhirnya rahsia dia terbongkar, dan kesemua mereka menjadi sedih, lalu mereka terus mahu berbuat apa saja asalkan situkang buli ini tidak mati. Mereka cuba mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan dia mati. Sehingga pada satu hari situkang buli ini pergi ketempat saudara mereka yang tinggal jauh darimkawaan perumahan mereka, pun kawan - kawannya sanggup menjejaki mereka demi mengelakkan dia mati. Dan akhirnya dia terselamat disitu dan tidak jadi mati sekalipun pada penglihatan awal dia akan mati disitu. Jadi pada satu hari, mak dan bapa situkang buli ini berpakaian serba hitam, kawannya yang melihat orang tua situkang buli ini berpakaian hitam tersalah sangka lalu menganggap dia telah mati, mereka semua lalu pergi kerumah sambil menangis, nyatanya dia masih hidup lagi cuma ketika itu ibubapanya hendak pergi menziarahi kubur datuk situkang buli ini, yang mana wajahnya mirip betul dengan situkang buli ini. Akhirnya barulah mereka faham bahawa apa yang dia lihat itu sebenarnya adalah datuk kepada situkang buli ini.
Dari karton yang aku tengok tersebut, seolah mengajar aku tentang erti sebuah persahabatan. AKu memperolehi sesuatu yang ku rasa begitu baik untuk aku jadikan teladan buat diriku, terutama sekali dalam menilai seorang kawan dan juga seorang sahabat. Berapa banyakah diantara kita yang sanggup bersikap seperti cerita karton itu tadi? Terlalu sedikit diantara kita akan sanggup menunggu kawan kita yang sering membuli kita, untuk sanggup menjadi kawan setia mungkin agak mustahil namun untuk sering dan mahu dia mati cepat telalu banyak. Cerita itu benar - benar membarikan motivasi baru kepada ku, aku akui aku terlalu memilih dalam berkawan, dan bukanlah seorang kawan yang setia, jika kawan yang bersikap keterlaluan pastinya akan aku tinggalkan. Namun moral of the stroy yang aku dapat melalui cerita tersebut, adalah bertapa tinggi nilai sebuah persahabatan tersebut, sehingga jahat mana pun kawan tersebut mereka masih sanggup untuk terus bersama, namun masih sanggup untuk menghalang segala rintangan yang akan cuba memisahkan mereka. Namun diantara kita, berapa ramai yang sanggup seperti mereka itu? Pastinya kita akan terus meniggalkan kawan kita yang jahat dan membiarkan dia hidup bersendirian.
Akhirnya, 'kita sering menilai orang lain mengikut pada pandangan mata kita, namun kita selalu lupa untuk menilai diri kita sendiri pada pandangan orang lain', ' Kita menilai segala keburukan orang lain mengikut sesedap rasa kita namun kita akan terusik bila orang cuba menilai keburukan kita mengikut cara mereka'. 'Tanpa kawan, kita tidak akan belajar menilai diri kita, kawan yang baik adalah kawan yang sering memperingatkan kepada kita tentang apa yang kita lakukan, dan mengingatkan untuk kejalan kebaikan'. Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian, kerana semakin kita bersendirian kita akan menjadi dunggu, oleh itu pilihlah kawan yang benar - benar boleh menjadi kawan kita, yang sama ketawa tika kita ketawa, yang sama menangis kita kita bersedih. Nilaikan sebuah persahabatan itu seperti sebuah permata yang telalu mahal untuk kita jual beli.

Jumaat, 15 Mei 2009

BICARA HIDUP : NILAI PERSAHABATAN



Tengah aku surfing pada satu blogspot seorang selebriti tempatan yang juga aku minati, tiba - tiba aku terpandang pada satu gambar yang dipostkannya dalam blognya, aku suka pada gambar ini, lalu aku masuk dalam blog chatboxnya untuk meminta izin padanya mengambil gambar yang terselit pada blognya tersebut untuk aku sisipkan pada blogspot aku juga. Nyatanya dia seorang yang baik, sebaik aku snd msg pada chatboxnya dia terus mereply msg aku, memberi kebenaran untuk aku mengambil gambar tersebut, sebab itulah aku berani postkan dekat blog aku ni. Terima kasih bro ALIFF atau DJ ALIFF.
Nama yang selama ini perseonalitinya hanya aku kenali melalui corong radio, rupanya baik juga orang, kata ku dalam hati. Aku benar - benar terkilan dengannya, orang yang aku sangkakan bukan terlalu mudah untuk dikenali rupanya adalah seorang yang peramah malah mesra dengan sesiapa saja. Berbagai cerita yang aku dengan mengenainya sebelum ini, nyatanya hanyalah merupakan gossip liar saja, nyatanya dia seorang yang begitu mesra kawan, mungkin juga kerana dia seorang DJ, membuatkan dia begitu mudah mesra untuk dikenali. Dan buat DJ ALIFF terima kasih ye... atas pemberian gambar diatas. Kerana gambar tersebut telah lahir idea untuk blog aku yang tak seberapa indah ini.
Bila kita berbicara tentang kawan atau persahabatan, berapa ramaikah yang benar - benar menjadi sahabat kepada kita? Berapa ramai diantara mereka itu yang benar - benar ingin berkongsi segala susah senang bersama - sama dengan kita? Tentang itu saya serahkan kepada diri anda sendiri untuk menilai dan menjawabnya. Arwah ibuku sering memperingatkan aku setiap kali dia menasihati aku, 'KAWAN YANG INGIN KETAWA MEMANG RAMAI YANG BERDAMPINGAN DENGAN KITA DIKALA KITA SEDANG SUKA, NAMUN BERAPA RAMAIKAH KAWAN - KAWAN KITA YANG AKAN MENANGIS BERSAMA KITA DIKALA KITA BERDUKA?'
Tidak perlu untuk saya menghuraikan maksud dan erti yang dimaksudkan oleh arwah ibu saya tersebut, dan mungkin jawapannya juga mungkin ada pada diri awda sendiri. Jika aku ingatkan semula kata - kata ajaib dan nasihat dari arwah ibu ini memang banyak kebenarannya. Kita akan dikelilingi oleh ramai kawan semasa kita bersuka, malah terlalu ramai yang ingin menjadi pendamping kepada diri kita dikala kita senang, segala apa yang kita inginkan semuanya teman - teman kita berada disekeliling kita, kemanisan mulut dan budi bicara jelas terbayang diwajah masing - masing ketika kita dalam kesenangan, namun waktu kita dalam kesusahan berapa ramai diantara kawan kita tersebut akan sanggup menunggu kita? Kadang - kadang teman - teman semasa suka yang beratus orang tersebut langsung seorang pun yang tidak tinggal bersama kita semasa kita berada didalam kesusahan, jauh sekali untuk menolong untuk bersimpati pun tidak ada. Akhirnya kita terpaksa mengharungi kedukaan tersebut seorang diri, tanpa ada sesiapa disisi kita.
Seorang sahabat sejati seorang insan yang benar - benar ingin mengongsikan kehidupannya dalam apa jua situasi, terutama situasi duka. Dialah teman untuk kita meluahkan perasaan dikala kita dalam kedukaan yang menjadi pembimbing dalam masa kita bersedih. Dia akan sanggup berkongsi maslaah bersama kita dan dapat menyimpan segala rahsia kita. Yang menjadi benteng pertahanan dikala kita diserang oleh musuh, bukan meninggalkan kita keseorangan dikala kita diserang oleh musuh. Sanggup menangis bersama ketika kita menghadapi musibah tanpa meninggalkan sendirian dalam bersama - sama menanggung musibah itu. Teman yang sanggup menjadi penasihat dikala kita berjalan dalam arah yang salah yang menjadi lilin dikala kita dalam kegelapan. Itulah teman yang sejati, yang menjadi sahabat pada diri kita dalam segalanya, baik duka maupun suka, yang tidak meninggalkan kita basah dan kesejukan bersendirian dikala hujan lebat dan tidak membiarkan kita kepanasan ketika dipancar oleh sang mentari. Semuanya snaggup dilakukan bersama.
Siapapun sahabat kita, biarpun pada dasarnya terlalu pahit untuk dijadikan teman, jika kita ikhlas untuk bersama dengannya, memahami keranahnya pasti akhirnya ianya akan menjadi manis umpama madu. Kerana persahabatan yang tulus ikhlas itu adalah merupakan jalan bagi mengeratkan dan menymbungkan tali silatur rahim sehingga keakhir hayat kita.
Perjalanan kita dalam kehidupan seharian sepenuhnya dikelilingi masa kita bersama teman -teman. Setiap hari dari hari isnin hingga sabtu, bermula dari jam 7.45 pagi , hari - hari dan waktu itulah kita sudah bersama dengan teman kita. Kita menghadbiskan masa kita berkeja selama 8 - 9 jam sehari, dalam masa itulah juga kita dikelilingi oleh teman - teman kita. Kita akan bercerita apa saja dengan mereka, membuat kerja bersama mereka dan kadang - kadang bertengkar bersama mereka, namun sejauh manakah kita sudah dapat mengenali hati budi masing-masing? Biar kita bertemu dengan mereka setiap hari, duduk, minum dan makan sambil berbual - bual bersama mereka setiap hari pun kita masih belum dapat untuk menilai hati budi mereka masing - masing. Kita kadang - kadang masih gagal untuk menjadikan rakan untuk kita meluahkan segala isi hati kita pada mereka, pada kita sentiasa bersama mereka setiap hari dan jika diikutkan pada pemikiran secara logik sudah tidak ada lagi segan silu diantara kita dengan mereka semua, dan itulah hakikatnya bahawa bukan mudah untuk mendapat seorang sahabat yang boleh memahami hati kita sepenuhnya, yang menjadi pendamping kepada kita dikala suka dan duka. Betapa sukar untuk mendapat sahabat.
Apapun jua, sahabat sejati itu adalah orang yang boleh menjadi benteng dikala kita dalam masa kita berperang, menangis bersama dikala berduka dan ketawa bersama dikala suka. Tiada yang lebih baik dan indah dalam kehidupan kita selain dari memiliki seorang insan yang bernama sahabat yang memahami kita sepenuhnya.
Buat DJ ALIFF, semoga ini adalah titik perkenalan pertama untuk menjadikan kita sebagai seorang rakan jika pun tidak sebagai seorang sahabat. Anyway thanx a lot for the picture.

Selasa, 12 Mei 2009

BICARA MALAS : OH MATA KU.... MENGANTUK.


Jam baru menunjukkan 10.45 pagi, seperti biasa kami dalam opis ni baru saja selesai minum pagi, so kami semua kembali kemeja masing - masing untuk menyambung semula semua kerja - kerja yang kami buat sebelum minum. Aku tersenyum sendirian memerhatikan gelagat seorang teman sekerja ku, apabila aku tengok dia mengantuk dihadapan komputernya. Aku cuba bawa dia bergurau untuk hilangkan rasa mengantuknya, namun dia hanya melayan aku dengan sambil lewa saja, maklum sajalah matanya sudah benar - benar mengantuk. Aku perhatikan saja keranahnya dari tempat aku duduk. Semakin lama aku tengok sudah semakin lelap, matanya pun sudah semakin tertutup rapat. Aku diamkan diri dan terus buat kerja, dari duduk dengan kepala menghadap komputer kini dia ubahkan posisinya, dibukanya suratkhabar lalu diletakkan dihadapannya dengan dagunya diletakkan diatas mejanya. Aku terus tersenyum melihat kelakuan kawan ku tersebut.


Bagi ku salah satu tabiat yang paling aku tak gemari ialah mengantuk tengah aku sedang buat kerja, ditambah lagi masa tu idea tengah berapi - api, so bila dah mengantuk mau tak mahu terpaksalah dilalapkan sekejap, tetapi bila dah sedar semula idea yang pada mulanya banyak dah hilang. Itu yang membuatkan aku tak suka buat kerja selepas makan ataupun minum. Ini kerana selepas makan tambah lagi dalam keadaan yang begitu selesa iaitu berada didalam bilik yang berhawa dingin membuatkan mata bertambah mengantuk. Sebab itulah aku lebih suka membuat kerja dalam keadaan yang tidak begitu mengenyangkan.
Namun itulah kita, bila sudah mata mengantuk, dimanapun kita dalam apa keadaan sekalipun, mata yang mengantuk terpaksa dilayan dan dilelapkan jika tidak pastinya akan menganggu keadaan bekerja kita. LAin halnya jika dirumah pastinya tilam dan bantallah tempat yang dituju jika mata mengantuk. Itulah dia kehidupan kita seharian.....

Ahad, 10 Mei 2009

7HB MEI DALAM KENANGAN.... KAU AKAN TERUS BERTAHTA DIHATI KU MAMA.



Tarikh 7hb Mei datang lagi, dan dengan datangnya tarikh itu, bermakna sudah setahun ibu pergi meninggalkan kami, pergi untuk selamanya. Tidak terasa waktu berputar dengan pantas, dan setiap waktu yang berlalu aku tidak pernah melupakan mama, biarpun kini beliau tiada lagi disamping ku, namun setiap detik dan waktu dia tetap hampir disisi ku. Aku tidak melupakan dirinya dimana pun aku berada. Bagi ku dialah ratu hidup ku selepas isteri ku. Biarpun kini isteri ku menjadi pendamping dan permaisuri dalam hidupku, namun mama masih kekal sebagai ratu dan bintang hati ku. Tiada yang lebih indah untuk dijadikan kenangan disepanjang perjalanan hidup melainkan kenangan sewaktu bersama bonda yang tersayang. Insan yang tempat mencurahkan kasih sayang dan meluahkan segala masalah jika ada masalah. Dialah insan yang benar - benar dapat memahami hati ku, yang menjadi teman dikala sakit, yang berkorban menjaga ku disepanjang malam dikala aku demam.





Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Biarpun telah ada orang yang berada disisi dikala sunyi ku, yang menjadi penghibur dikala duka ku, namun segalanya berbeza. Dialah ratu hati yang padanya syurgaku berada ditelapak kakinya, yang menggadaikan nyawanya dikala melahirkan aku , yang mengandung aku selama sembila bulan sepuluh hari, yang berkorban segalanya buat diri ku. Duhai bonda ratu hati ku, selagi hayat dikandung badan kasih ku untuk mu tidakkan pernah luput dari dalam diri ku. Biarpun kini tiada lagi tangan halus mu membelai diri ku, tiadalagi tangan lembut yang menyuapkan aku nasi dikala sakit ku, yang marah dikala aku melakukan kesalahan, segalanya akan terus kekal menjadi memori indah untuk ku kenang sepanjang perjalanan hidup ini.




Bonda sesungguhnya kaulah insan teristimewa dalam hidupku yang menjadi lilin dikala aku kegelapan, yang menjadi serikandi dalam hidup yang mempertahankan diri ku berkorban apa saja demi untuk ku. Tiada cukup dengan hanya mengatakan ucapan terima kasih ku kepada mu kerana terlalu besar jasa yang kau sumbangkan untuk ku, sejak dari aku kecil hinggalah aku dewasa, sehinggalah hari - hari terakhir hidup mu, kasih mu pada ku tidak pernah pudar, namun mungkin aku yang pada satu ketika buta tidak pernah nampak apa yang kau berikan pada ku, namun aku bersyukur kerana diri ini mampu membuka mata seluasnya menilai kasih yang kau berikan pada ku sedalamnya, akhirnya kaulah ratu hati buat diri ku.




Al - Fatihah buat mu bonda, doa ku sentiasa teriring bersama - sama langkah perjalanan kehidupan ini, tiada luput barang sedetik doa ku untuk mu, semoga roh bonda yang tercinta akan sentiasa mendapat rahmat dari Allah Wajalla, dan dimasukkan kedalam golongan orang - orang beriman, yang beramal soleh dan dimasukkan kedalam golongan ahli syurga..... Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin. Damailah engkau disana.