Jumaat, 26 Jun 2009

BERITA MENGEJUTKAN SELURUH DUNIA : RAJA POP - MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA

Mungkin seluruh dunia sudah mengetahui tentang kematian Raja Pop Michael Jackson secara mengejut pada hari Khamis yang lalu akibat penyakit jantung, itupun seperti yang dilaporkan dalam berita. Kesian... cuma itulah yang hanya dapat aku keluarkan dari mulut ku, dan setakat itu saja cuma mungkin perjalanan bagi kehidupannya.
Pada mulanya aku tidak mengetahui tentang berita kematian beliau, hal ini cuma aku ketahui semaa aku hendak pergi menziarahi kubur arwah ibu, biasalah rutin mingguan setiap hari jumaat untuk melawat Kubur arwah ibu, seperti biasa aku ditemankan oleh dua orang anak saudara ku yang setia bersama ku setiap minggu untuk menjadi teman ku mengunjungi kubur arwah ibu ku, Khairul dan Hisham, mereka berdua ini sajalah yang terus setia menemani aku untuk menziarahi kubur arwah ibu setiap jumaat. Sewaktu dalam perjalanan, Khairul mengkhabarkan kepada ku tentang kematian Raja Pop ini, aku terkejut seolah tidak percaya. Lalu aku cuma mendengar berita yang disampaikan melalui radio dengansebaiknya, nyatanya betul. Kesian kata ku dalam hati, mungkin sudah sampai had perjalanan kehidupannya tambah ku lagi dalam hati.
Aku cuba mengimbas kembali masa yang lalu, sewaktu zaman - zaman kegemilangan mendiang Michael Jackson dulu, kira - kira 20 tahun yang lalu. Sewaktu lagu - lagunya seperti BILLIE JEANs, BEAT IT THRILLER, BLACK N WHITE dalam kegemilangannya aku ketika itu masih bersekolah lagi, aku baru mencapai usia remaja. Aku maseh ingat lagi bila mana tarian yang ditarikan oleh beliau menjadi ikutan anak - anak remaja seperti aku, terutama moon walk. Gambar beliau bukan saja dilekatka pada dinding malah juga pada file - file sekolah, tidak kurang juga pada buku - buku teks. Yang lucunya sehingga sanggup memphotocopy setiap gambarnya.
Aku bukanlah peminat yang begitu fanatik kepada MIchael Jackson, namun aku meminatinya kerana setiap lagu yang dinyanyikannya, jika kita lihat pada setiap lirik lagu-lagunya pastinya akan terselit massage yang berunsurkan kedamaian, selain daripada itu juga video - video clip beliau juga mepunyai gaya dan citarasa yang tersendiri yang mana kejarangan dibuat oleh penyanyi dan penghibur yang lain. Setiap video clip yang dibuat mempunyai keunikan yang tersendiri, yang mempunyai message yang tersendirri untuk disampaikannya. Dalam banyak video clip yang dibuat oleh Michael Jackson aku paling suka video Clip Thriller dan Black and White, kerana kedua - dua video clip tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri yang mencetuskan kelainan dari video clip penyanyi - penyanyi yang lainnya. Message yang disampaikan begitu jelas terutama pada video clip Balck and White, sebab itulah beliau terkenal sebagai seorang penghibur yang mempunyai keunikan dalam setiap persembahannya disetiap konsert yang diadakannya. Idea yang dicetuskan oleh beliau yang inginkan kelainan dari yang lain merupakan sesuatu yang banyak meninggalkan kesan kepada setiap yang melihat persemabahn beliau. Berbagai cara dan konsep dicetuskan dalam setiap persembahannya, ditambah lagi dengan koreografi yang begitu menarik yang kadangnya membuat orang terpesona apabila menonton persembahannya. Boleh diatakan beliau banyak mencetuskan kelainan dalam setiap persembahan yang dipersembahkan.
Namun satu perkara yang begitu mengejutkan aku adalah berita tentang beliau telah memeluk Agama Islam, aku terkejut dan memanjatkan syukur yang tidak terhingga sekiranya apa yang aku dengar mlalui berita yang disampaikan tersebut adalah betul. Khairul anak saudara ku yang bercerita tentang hal ini kepada ku semalam. Lalu aku beritahu kepadanya, jika kita ingin memastikan kesahihan cerita tentang keislaman beliau apa yang perlu kita tunggu adalah melihat semasa hari pengkebumiannya nanti, jika jenazahnya dibawa keMasjid bermakna beliau telah sah memeluk agama islam sepenuhnya, dan jika pada hari pengkebumian beliau diadakan didalam gereja maka beliau maseh lagi belum islam lagi. Itulah saja andaian yang dapat aku berikan tentang berita semua itu. Kerana bagiku apa yang kita ingin buktikan tentang kesahihan berita tersebut adalah melalui dengan cara tersebut, iaitu kita tunggu semasa hari pengkebumiannya nanti, kerana dari sanalah nanti akan terungkai segala jawapan pada semua persoalan yang digembar gemburkan selama ini.
Itulah kehidupan kita, dimana penghujung pada perjalanan kehidupan kita adalah sebuah kematian. Biar sebesar mana pun popularity yang kita telah buat, biarpun seluruh dunia mengetahui kepopularitian kita dan sebesar mana pun sanjungan yang diberikan kepada kita kita tidak dapat lari dari menghadapi sebuah kematian, kerana itulah penghujung dan noktah pada kehidupan kita ini. Namun mungkin cara kematian yang akan kita hadapi itu ada perbezaannya. Jika Raja Pop kita ini benar mati dalam keadaan seorang muslim dan mualaf, aku berdoa semoga rohnya akan terus dicucuri rahmat dari tuhan yang maha kuasa...Amin....! Dan Salam Takziah buat keluarganya dan semua peminat beliau.

1 ulasan:

inas berkata...

GIVE THANKS TO ALLAH dia ke nyanyi?