Selasa, 2 Jun 2009

Bicara Perjalanan : TURUN KE KAMPONG AYER, LIMBANG

Hari jumaat yang lalu, aku bersama keluarga isteri ku, membuat perjalanan ke Daerah Limbang diSarawak. Seperti biasa distinasinya tidaklah berapa jauh sangat, cuma terpaksa berbaris dalam barisan yang panjang sewaktu berada dipusat pemeriksaan kawalan Imigrisin Kuala Lurah, maklum sajalah hari - hari jumaat memang tempat ini akan dipenuhi oleh mereka - mereka yang ingin berkunjung keLimbang. Bagi kami pula, kunjungan kami keLimbang bukanlah untuk sekadar makan angin tetapi untuk menziarahi saudara disana, iaitu ingin menziarahi Abang bapa mertua ku, yang mana anaknya ingin melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad, oleh kerana aku dan isteriku tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan tersebut, jadi kami kesana pada hari jumaat.

Sampai diLimbang, suasana seperti biasa saja. Namun tempat yang hendak dituju berada diseberang bandar Limbang, iaitu diKampong Ayer Limbang. Bagi aku sendri biarpun berasal dari kampong ayer diBrunei, namun oleh kerana aku sudah lama tidak pernah turun keKampong Ayer selepas berhijrah didarat, merasakan sedikit janggal dan ketakutan. Namun nasib kami baik pada hari tersebut kerana air pasang, jadi tidaklah begitu dikhuatirkan sangat untuk turun dan naik kesana. Bagi aku sendiri, biarpun sudah sering berkunjung keLimbang, namun itulah dalam hidupku kunjungan kali pertama ku kesana. Aku tidak pernah berkunjung kesana selama ini. Namun bila sudah berada disana, segalanya nampak bisa saja, lebih kurang juga dengan Kampong Ayer yang ada diBrunei. Dari segi corak rumahnya juga tidak kurang perbezaannya. Jadi semasa berada disana, aku dapat melihat bahawa keutuhan sistem berkampong masih kuat disana. Sifat gotong royong dikalangan penduduk yang berjiran disana masih dapat dilihat lagi, ini dapat dilihat dengan jelas bila mana ramai diantara jiran - jiran bapa saudara isiteri ku yang datang membantu, pada hal belum ada lagi kerja - kerja yang berat hendak dilakukan. Aku bangga melihat sistem kejiranan yang mereka tunjukkan dikalangan warga mereka disana. Dan mungkin kerana jarak rumah mereka yang berdekatan diantara satu dengan yang lain membuatkan mereka masih mengamalkan sifat bergotong royong dalam semua hal. Dan dalam masa aku berada disana aku teringatkan pada zaman kanak - kanak dan remaja ku, dimana aku membesar dikampong ayer, jadi kehidupan dikampong ayer banyak meninggalkan kenangan dalam hidup ku biarpun kini aku sudah berhijrah kedarat.

Sehingga tengahari kami disana, aku dan isteriku juga bapa mertua ku serta adik iparku pulang selepas solat jumaat. Biarpun cuma seketika disana, dapat juga aku merasakan suasana kampong Ayer yang sudah lama aku tinggalkan. Sememangnya aku juga rindu dengan suasana kehidupan kampong ayer, tapi inilah dia kehidupan. Masa yang berubah membawa kita berubah bersama, dari satu distinasi masa membawa kita kedistinasi masa yang lain, perubahan itu kita sendiri kadang - kadang tidak pernah merasakan pada awalnya namun semakin jauh dan banyak perubahan tersebut barulah kita merasakannya. Namun inilah kehidupan yang bak roda, sekejap kita berada diatas dan sekejap kita berada dibawah......

0 ulasan: