Jumaat, 5 Jun 2009

GOSSIP KITA : KENAPA LELAKI MUDAH BOSAN DENGAN PEREMPUAN......?







Kita sering terlupa bahawa perjalanan kehidupan kita didunia ini umpamanya pentas, dimana kita manusia melakunkan berbagai watak untuk mengharungi kehidupan ini. Kadangkala kita membawakan berbagai watak dalam satu masa, dan tidak kurang juga kita akan jatuh tersungkur dalam sekelip mata apabila watak yang kita lakunkan itu tidak dapat kita kuasai dengan baik. Sampai waktu, lakunan kita tentunya akan ada penghujungnya yang akan mengakhiri lakonan kita, dan disitulah segala watak dan peranan kita akan pastinya akan menjadi penilaian, jika watak yang kita perankan itu terbaik maka imbalan yang kita akan terima adalah setimpal dengan lakonan kita didunia, jika tidak kita sendiri akan menerima akibatnya.
Kenapa lelaki mudah bosan dengan perempuan? Terlalu dalam untuk kita huraikan topik diatas, kerana ianya mungnkin akan menimbulkan kemarah pada sesetengah pihak yang membaca dalam blog saya ini. Namun apa pun sebelum ianya menjadi kemarahan serta banyak hati yang akan terusik saya ingin memohon kemaafan andainya tulisan saya dalam blog ini akan banyak membuatkan orang lain marah dan terusik. Siapalah saya, saya hanya seorang insan biasa saja, yang tidak lepas dari membuat khilaf, yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. NAmun apapun yang saya tuliskan disini, adalah melalui pengalaman dalam perjalan kehidupan bukan saja diri saya malah juga dari beberpa orang rakan karib saya.
Jika awda seorang wanita yang datang berkunjung kedalam blog saya ini, maafkan saya andainya apa yang saya tuliskan ini akan membuatkan awda terasa hati, namun apapun ianya adalah hakikat pada sebuah kehidupan. Dimana kadang - kadang kita tidak nampak dengan apa yang kita buat, namun kita akan terasa apabila ianya terkena pada diri kita sendiri.
Kenapa lelaki sering dikatakan bertindak sesuka hati pada pasangan mereka, samada teman wanita, tunang maupun isterinya? Dan kenapa ianya boleh terjadi sebegini? PAda permepuan kita sama - sama meredah dan mencari penyelsaiananya. Andainya andaian saya ini salah saya minta maaf, siapalah saya, saya hanya insan biasa saja, kerana sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.
Sebilangan perempuan tidak pernah menyedari perangai mereka terhadap pasangan lelalki mereka. Mereka tidak pernah untuk bertanya pada pasangan mereka itu, apakah yang dibuatnya itu dapat diterima oleh pasangan mereka atau tidak? Ada perempauan yang semasa mereka dalam alam percintaan tidak pernah menampakkan sikap dan sifat yang begitu kasar pada pasangan mereka, tidak begitu sensitif malah dapat ditegur dengan car ayang baik, apa pun ianya tidak membosankan pasangannya. Namun setelah mendirikan rumahtangga, segalanya berubah, belum sampai setahun perkahwinan segalanya berubah. Isteri tidak menunjukkan perangai yang ada pada dirinya semasa mereka bercinta, siisteri yang dianggap sabagai orang yang lemah lembut kini menjadi kasar dalam segala perbuatan, tidak dapat ditegur sekalipun untuk kebaikan, tidak tahu untuk melayan suami dengan baik, dan malah segalanya berubah dan apa yang ada pada masa bercinta sudah tidak ada. Sisuami menjadi serba salah melihat perubahan pada isterinya, namun dia tetap bersabar demi untuk menjaga hati siisteri apa tah lagi mereka masih lagi tinggal sebumbung dengan bapa dan mak mertua, jadi segalanya terpaksa ditanggung dengan penuh kesabaran.
Sikap sebilangan perempuan yang suka melenting juga adalah merupakan salah satu faktor yang kadang membuatkan sisuami beralih pandangan kepada perempuan lain. Sebilangan perempuan mempunyai sifat bahawa mereka tidak layak untuk diberikan teguran oleh sesiapa pun kecuali oleh orang tua mereka, ini termasuklah suami mereka. Kadangkala siisteri memberikan alasan bahawa mereka tidak pernah untuk diberikan teguran yang sebegitu, kerana konon - kononnya dia tidak pernah dibuat begitu, pada hal apa yang dilakukan oleh suami hanyalah untuk kebaikan, dan teguran yang diberikan bukanlah bermaksud apa - apa hanya untuk kebaikan bersama dalam rumahtangga. Dan hal sebegini, bagi lelaki, jika sudah pasangannya membuat perangai yang sebegini, akan membuatkan mereka terus bosan. Dan apa tah lagi bagi mereka yang merasakan kejantanan mereka tercabar sudah pastinya akan melakukan diluar batas kesabaran mereka. Dan kerana itulah juga kenapa terjadinya lelaki bersikap curang terhadap isterinya. Kecurangan yang dilakukan oleh sisuami, bukan atas kehendaknya atau hawa nafsunya, kerana sebagai seorang lelaki, sebilangannya mempunyai rasa prihatin dan kasih sayang yang begitu dalam, namun oleh kerana perangai pasangan yang menjadikan mereka bertindak diluar daripada apa yang difikirkan.
Telunjuk yang menunjuk pada kesalahan hanya tertumpu pada kaum lelaki andainya ada masalah didalam rumahtangga, namun tidak pernah tertanya apakah kesilapan yang terjadi sebenarnya, sehinggakan terjadi masalah besar dalam rumahtangga. Lelaki sering diekploitasikan sebagai manusia yang paling ganas, tidak mempunayi sikap balas kasihan dan sebagainya, namun pada hakikatnya tidak semua lelaki yang mempunyai habit atau attitude yang sedemikian. Dan tidak pula kesemua wanita atau perempuan yang bersikap seperti apa yang saya tuliskan diatas tadi, yang saya katakan hanya segelintir dari kita sahaja.
Pernah pada satu ketika saya bertanya pada teman karib saya kenapa berlaku curang pada isterinya, jawapan yang diberikan pada saya terlalu mudah dan simple, " aku dah tak tahanlah Beb, isteri aku dah melampau. Dia kata pada aku yang bukan-bukan, tuduh aku atas suka dia saja, pada hal apa kau sendiri taukan aku jenis yang bagaimana. Selama ni aku tak pernah nak berlaku curang pada dia, boleh dia kata aku dengan macam tu. Daripada aku dituduh macam - macam dan sebelum ni aku tak pernah buat, lebih baik aku buat", jawab teman aku.
Aku mula terfikir daripada apa yang dikatakan oleh teman aku tadi, aku faham benar dengan sikap dan perangai kawan aku yang satu ini, sedari bujang sehinggalah dia kawin, aku tau dia seorang yang jujur pada pasangannya, dan tidak pernah untuk melakukan perkara yang dibenci oleh pasangannya, namun setelah apa yang terjadi dia akhirnya mempunyai skandal, yang mana dia sendiri sudah berubah spenuhnya. Dia telah belajar daripad isterinya, itulah yang diberitahu kepada ku. Aku yang melihat perubahan pada dirinya hanya bisa memandang dengan mata, dan tidak dapat untuk berbuat apa - apa lagi, untuk dinasihatkan siapalah aku, yang hanya dapat aku buat hanyalah meminta suapaya ianya tidak terjadi kepada diri ku.
Masih banyak lagi yang ingin aku tuliskan namun aku ras cukuplah dulu untuk kali ini. Bagi aku, aku sering mendidik diri ku supaya aku bersabar jika ada apa yang berlaku, disamping itu, aku juga sering mengingatkan pada isteriku, bahawa jangan sekali mengeluarkan kata - kata atau membuat tuduhan yang tidak pernah aku buat, kerana ianya akan mendidik dan mendorong aku untuk melakukan perkara tersebut. Itu yang sering aku nasihatkan pada isteri ku, kerana aku yakin bahawa setiap patah perkataan yang terkeluar daripada mulut kita adalah merupakan satu doa, dan jika ianya diizinkan oleh Tuhan, ianya pastinya akan terkabul. Jadi fikirkanlah bersama..... Jika berlaku kesilapan didalam rumahtangga, kita selesaikan dengan cara yang terbaik, jika timbul syak wasangka kita berunding dengan cara yang baik, kita lihat dan pandang diri kita setiap waktu, cari dimana kekurangan kita dan terima sebarang teguran dengan hati yang terbuka, perbetulkan dengan cara yang baik jika terdapat kekeliaruan dalam rumahtangga kita, kita jaga hati pasangan kita masing-masing, sentiasalah berdoa kepada Allah SWT untuk kesejahteraan rumahtangga kita, insyaAllah kita akan mendapat keberkatan dari illahi.

0 ulasan: