Apabila aku menerima email yang dikirimkan ole abang ipar ku kepada ku berhubung dengan gambar - gambar diatas, keinsafan pada diri ku, aku tersedu merenung pada setiap gambar yang dikirimkan kepada ku melalui email tersebut. Subhanallah.... hati ku terus melontarkn perkataan tersebut. Seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. TImbul rasa keinsafan dan kesedaran pada diri, bertapa beruntungnya kita hidup dinegara kita ini, yang aman damai dan mudah sekali untuk mencari makan dan memakan apa saja yang kita inginkan, namun kita masih juga mengeluh dengan apa jua yang kita perolehi tersebut. Namun pernahkah kita terfikir dan bayangkan andainya kita berada ditempat orang sebegini? Bagaimanakah rasanya?
Kita sering terlupa pada orang - orang yang hidup seperti mereka yang diatas, kerana apa, kita tidak pernah melihat keadaan sebegini ditempat kita. Kerana kita terlupa dan terlalu alpa membuatkn kita bersikap suka membazir, tanpa kita ingat pada apa yang akan terjadi pada hari esuk dan akan datang. Kita lebih suka membuang lebihan makanan daripada disimpan untuk kita makan lagi pada hari esuk, dengan alasan ianya tidak lagi mempunyai khasiat jika dismpan untuk esuk hari, pada hal jika kita simpan untuk kehari esuk kita tidak perlu untuk membazirkan banyak hal termasuk waktu untuk memasak yang baru. Itulah kesilapan kita dan kerana sikap inilah pembaziran sering berlaku. BAyangkan ianya berlaku kepada kita? Apakah yang kita akan lakukan? Jawapan ada pada diri kita sendiri, sudah setentunya kita akan terus berfikir.
Kita sering berbelanja dengan mengikut kehendak hati kita apabila kita mempunyai wang yang banyak, kita akan membeli apa saja yang kita suka, terutama pada pakaian yang berjenama, membeli segalanya, tapi kita akan terus merintih apabila kita tidak ada mempunyai wang, kita akan mengeluh panjang kerana kita tidak mempunyai wang, kita tidak dapat membeli barang yang kita kehendaki. NAmun itupun kita rasakan hanya cuma seketika. Tetapi bagi mereka yang pada gambar diatas, sudah setentunya akan merasai kesakitan itu dengan lebih parah lagi, apa yang dapat mereka lakukan melainkan hanyalah dengan bersabar dan terus berusaha. JAdi buat semua marilah kita sama - sama bermuhasabah dan sama -sama kita memikirkan dan memandang kehadapan serta berdoa semoga kehidupan kita akan terus aman dan damai serta terhindar dari malapetaka....AMIN....!
0 ulasan:
Catat Ulasan