Pagi tadi aku sewaktu aku membuka email yang aku sudah lama tidak aku baca aku tertarik dengan salah satu email yang dikirimkan oleh rakan ku berhubung dengan cerita yang aku muatkan didalam blog ku ini. Dimana ianya banyak memberikan kesedaran kepada diri ku, bahawa kehidupan ini jika kita cuaikan pastinya kita tidak akan memperolehi apa juga ganjaran dari yang Maha Esa. Dan dari apa yang aku baca ini jua telah banyak memerikan kesedaran kepada diri ku.
Bagi aku , kenangan 20 tahun yang lalu semasa aku mengerjakan ibadah Haji adalah merupakan satu kenangan yang tidak akan pernah aku lupakan, dan jauh daripada sudut hati ini ingin kembali lagi berkunjung keTanah Suci Mekah dan Madinah pada satu masa insyaAllah jika diizinkan oleh Tuhan dan mempunyai rezeki yang luas. Yang pastinya itulah antara disitinasi yang ingin aku kunjungi semula, kerana bagi ku tempat itulah yang paling seronok untuk dikunjungi kerana ianya mempunyai perbezaan yang banyak dibandingkan jika kita pergi melancong ketempat yang lain. Jika kita pergi melancong ketempat yang lain, paling tidak pun kita hanya pergi samada untuk shopping ataupun untuk melawat ketempat menarik, namun jika kita pergi keMekah dan Madinah, samada untuk mengerjakan Haji ataupun Umrah, banyak manfaat yang kita perolehi beserta dengan ganjarannya sekali , antaranya selain daripada kita dapat melawat ketempat yang menarik dan juga membeli belah, kita juga dapat mengerjakan ibadat umrah, tawaf dan juga menunaikan perintah Allah. Dan segala ketenangan kita akan perolehi disana insyaAllah. Dan aku berdoa semoga Tuhan akan menyampaikan hasrat ku untuk aku berkunjung kesana lagi.
Untuk yang ku janjikan tadi ikutilah cerita selanjutnya untuk kita jadikan sebagai renungan dan motivasi bagi diri kita semua. Ikutilah ceritanya seterusnya.
KAABAH TIDAK MAHU BERGERAK.
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah. Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga tentang neraka.Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikanoleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju kesyurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menujuke syurga.
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikatbertanya kenapa enggan bergerak kesyurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orangberkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.....Allah yang Maha Pengampun dan MahaMengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga.... How nice kan .... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?
Wallahua'lam....bissawab . Semoga ianya akan dapat membukakan mata kita dalam untuk kita menunaikan ibadat kita kepada Allah SWT.
0 ulasan:
Catat Ulasan