Selasa, 26 Mei 2009

BICARA HIDUP : BERTAPA BERUNTUNGNYA KITA....

24/7 adalah bahasa yang begitu sinonim dengan kehidupan kita setiap hari. Manusia moden tidak lagi memperkatakannya dengan sehari 24jam dan 7 hari seminggu, sekarang ini segalanya digunakan dalam singkatan bahasa. Tidak lagi ada perkataan yang panjang lebar, sudah tidak ada perkataan yang panjang menjuntai - juntai. Dan itulah kehidupan kita diatas pentas dunia ini. Semakin moden kehidupan dan semakin terasa pantas waktu berlalu dan semakin cepat jugalah kita meniti usia, dan semakin pendek jugalah kini perjalanan kehidupan kita. Namun semua itu adalah percaturan yang sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.

DIsini kita masih mampu untuk menguntum senyuman, biarpun kesedihan itu sesekali menyelubungi kehidupan kita, namun pernahkah kita meninjau keluar sana? Meninjau kearah jiran kita disana, dimana mereka tiada dapat ketawa seperti kita, namun hanya mampu menangis setiap hari, kerana beban yang mereka pikul terlalu berat. Mereka menangis kerana mereka tidak hidup seperti kita, setiap hari 24/7, kehidupan mereka terpaksa berdepan dengan peluru dan bom yang akan memusnahkan tempat dan juga nyawa mereka. Segalanya mereka hadapi dengan seribu macam kesedihan dan keperitan dalam kehidupan mereka. Rintihan mereka hanya mampu kita dengar namun tidak dapat untuk kita membantu mereka. Apa yang termampu kita luahkan daripada mulut kita hanyalah satu doa untuk mereka dan satu sumpah sereka dan laknat keatas mereka yang menginaya mereka.

Bertapa beruntungnya kita hidup dalam keadaan yang aman damai, yang bisa tersenyum setiap pagi apabila melihat kehadiran sang mentari, yang mampu untuk bergurau senda bersama rakan - rakan, segalanya kita mesti syukuri hidup dalam keadaan yang sebegini. Namun dalam keadaan begitu, dalam keadaan kehidupan kita yang semuanya biasa terselit lagi satu penyakit moden, iaitu penyakit yang dipanggil 'STRESS'. Dunia moden hari ini, sepatutnya dengan segalanya serba canggih, sememangnya apabila difikirkan akan boleh mengurangkan peyakit stress, namun sebaliknya semakin moden dan canggihnya teknologi, semakin banyak juga manusia yang terkena penyakit stress. Malah bukan saja orang tua yang mempunyai penyakit ini, malah kanak - kanak yang seusia beberapa bulan juga boleh terkena penyakit ini, entahlah aku pun binggung memikirkannya. Kadang aku tersenyum bila memikirkan statement yang dibuat oleh sebahagian pihak mengenai dengan stress yang bukan saja melanda orang dewasa malahan juga anak - anak kecil yang berusia beberapa bula. Entah apakah puncanya menjadi begitu????????????

Apa pun semua jawapannya ada pada diri kita, kerana suka duka adalah permainan dalam kehidupan kita, dan juga stress adalah merupakan satu tekanan yang memang juga sentiasa kita hidapi. Segalanya ada pada diri kita dan ubat untuk semua itu juga hanya ada pada diri kita, mereka yang ada disekeliling kita hanya dapat membantu dan menyokong kita namun kekuatan diri kita untuk menghadapi semua cabaran dihadapan ada pada diri kita. Maka fikirkan lah...!

0 ulasan: