Ahad, 10 Mei 2009

7HB MEI DALAM KENANGAN.... KAU AKAN TERUS BERTAHTA DIHATI KU MAMA.



Tarikh 7hb Mei datang lagi, dan dengan datangnya tarikh itu, bermakna sudah setahun ibu pergi meninggalkan kami, pergi untuk selamanya. Tidak terasa waktu berputar dengan pantas, dan setiap waktu yang berlalu aku tidak pernah melupakan mama, biarpun kini beliau tiada lagi disamping ku, namun setiap detik dan waktu dia tetap hampir disisi ku. Aku tidak melupakan dirinya dimana pun aku berada. Bagi ku dialah ratu hidup ku selepas isteri ku. Biarpun kini isteri ku menjadi pendamping dan permaisuri dalam hidupku, namun mama masih kekal sebagai ratu dan bintang hati ku. Tiada yang lebih indah untuk dijadikan kenangan disepanjang perjalanan hidup melainkan kenangan sewaktu bersama bonda yang tersayang. Insan yang tempat mencurahkan kasih sayang dan meluahkan segala masalah jika ada masalah. Dialah insan yang benar - benar dapat memahami hati ku, yang menjadi teman dikala sakit, yang berkorban menjaga ku disepanjang malam dikala aku demam.





Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Biarpun telah ada orang yang berada disisi dikala sunyi ku, yang menjadi penghibur dikala duka ku, namun segalanya berbeza. Dialah ratu hati yang padanya syurgaku berada ditelapak kakinya, yang menggadaikan nyawanya dikala melahirkan aku , yang mengandung aku selama sembila bulan sepuluh hari, yang berkorban segalanya buat diri ku. Duhai bonda ratu hati ku, selagi hayat dikandung badan kasih ku untuk mu tidakkan pernah luput dari dalam diri ku. Biarpun kini tiada lagi tangan halus mu membelai diri ku, tiadalagi tangan lembut yang menyuapkan aku nasi dikala sakit ku, yang marah dikala aku melakukan kesalahan, segalanya akan terus kekal menjadi memori indah untuk ku kenang sepanjang perjalanan hidup ini.




Bonda sesungguhnya kaulah insan teristimewa dalam hidupku yang menjadi lilin dikala aku kegelapan, yang menjadi serikandi dalam hidup yang mempertahankan diri ku berkorban apa saja demi untuk ku. Tiada cukup dengan hanya mengatakan ucapan terima kasih ku kepada mu kerana terlalu besar jasa yang kau sumbangkan untuk ku, sejak dari aku kecil hinggalah aku dewasa, sehinggalah hari - hari terakhir hidup mu, kasih mu pada ku tidak pernah pudar, namun mungkin aku yang pada satu ketika buta tidak pernah nampak apa yang kau berikan pada ku, namun aku bersyukur kerana diri ini mampu membuka mata seluasnya menilai kasih yang kau berikan pada ku sedalamnya, akhirnya kaulah ratu hati buat diri ku.




Al - Fatihah buat mu bonda, doa ku sentiasa teriring bersama - sama langkah perjalanan kehidupan ini, tiada luput barang sedetik doa ku untuk mu, semoga roh bonda yang tercinta akan sentiasa mendapat rahmat dari Allah Wajalla, dan dimasukkan kedalam golongan orang - orang beriman, yang beramal soleh dan dimasukkan kedalam golongan ahli syurga..... Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin. Damailah engkau disana.

1 ulasan:

nabilah_2908 berkata...

Al-fatihah untuk Mama mu..;)