Selasa, 12 Mei 2009

BICARA MALAS : OH MATA KU.... MENGANTUK.


Jam baru menunjukkan 10.45 pagi, seperti biasa kami dalam opis ni baru saja selesai minum pagi, so kami semua kembali kemeja masing - masing untuk menyambung semula semua kerja - kerja yang kami buat sebelum minum. Aku tersenyum sendirian memerhatikan gelagat seorang teman sekerja ku, apabila aku tengok dia mengantuk dihadapan komputernya. Aku cuba bawa dia bergurau untuk hilangkan rasa mengantuknya, namun dia hanya melayan aku dengan sambil lewa saja, maklum sajalah matanya sudah benar - benar mengantuk. Aku perhatikan saja keranahnya dari tempat aku duduk. Semakin lama aku tengok sudah semakin lelap, matanya pun sudah semakin tertutup rapat. Aku diamkan diri dan terus buat kerja, dari duduk dengan kepala menghadap komputer kini dia ubahkan posisinya, dibukanya suratkhabar lalu diletakkan dihadapannya dengan dagunya diletakkan diatas mejanya. Aku terus tersenyum melihat kelakuan kawan ku tersebut.


Bagi ku salah satu tabiat yang paling aku tak gemari ialah mengantuk tengah aku sedang buat kerja, ditambah lagi masa tu idea tengah berapi - api, so bila dah mengantuk mau tak mahu terpaksalah dilalapkan sekejap, tetapi bila dah sedar semula idea yang pada mulanya banyak dah hilang. Itu yang membuatkan aku tak suka buat kerja selepas makan ataupun minum. Ini kerana selepas makan tambah lagi dalam keadaan yang begitu selesa iaitu berada didalam bilik yang berhawa dingin membuatkan mata bertambah mengantuk. Sebab itulah aku lebih suka membuat kerja dalam keadaan yang tidak begitu mengenyangkan.
Namun itulah kita, bila sudah mata mengantuk, dimanapun kita dalam apa keadaan sekalipun, mata yang mengantuk terpaksa dilayan dan dilelapkan jika tidak pastinya akan menganggu keadaan bekerja kita. LAin halnya jika dirumah pastinya tilam dan bantallah tempat yang dituju jika mata mengantuk. Itulah dia kehidupan kita seharian.....

0 ulasan: