Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua blogger yang ada diluar sana. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat awda yang disana. Semoga tahun 2011 ini akan membuka lembaran baru bagi kita semua.
2010 banyak meninggalkan seribu kenangan yang tidak akan pernah luput dari ingatan saya. Tahun yang banyak menguji kesabaran saya disepanjang hidup saya. Ditahun 2010 yang lalu saya telah kehilangan 2 insan yang tersayang iaitu arwah ayah dan arwah kakak saya. Mereka berdua pergi untuk selamanya dalam jarak waktu yang dekat, dan semua itu telah banyak menguji saya, menguji kesabaran saya ketika itu. Pemergian mereka berdua adalah merupakan satu kehilangan yang amat besar dalam diri saya, dan terlalu amat sukar bagi saya untuk menerima hakikat yang mereka telah tiada. Bagi saya ayah bukan saja seorang bapa yang begitu prihatin pada anak - anak dan keluarga malah beliau juga adalah sahabat yang paling baik kepada kami anak - anaknya, yang mudah untuk dibawa berunding didalam semua hal dan bagi aku pula ayah adalah seorang rakan karib tempat aku mengadukan hal masalah ku, tempat aku bermanja. Dan mungkin kerana itulah terlalu sukar bagi ku untuk menerima hakikat ayah telah pergi meniggalkan aku. Begitu juga dengan pemergian kakak ku, ianya juga amat dirasai oleh seluruh keluarga, seorang yang periang dan juga mudah untuk dibawa berunding. Bagi aku arwah kakak adalah juga teman baik ku juga tempat aku mengadu segala hal, dan kini segalanya telah berubah pemergian ayah dan kakak merupakan satu kehilangan yang paling besar buat seluruh keluarga, namun itulah hakikatnya yang perlu aku terima bahawa setiap yang bernyawa pastinya akan mati.
Kini 2011 menjelma, membuka satu lembaran baru bagi diri ku. Aku berdoa semoga tahun ini akan memberikan aku satu ruang yang terbaik disepanjang perjalanan ku tahun ini, dan semoga apa yang aku impikan akan menjadi satu kenyataan.... Amin.
Pada semua semoga tahun 2011 ini akan memberikan dan membuka satu lembaran baru buat awda semua dan mudah - mudahan awda semua akan dapat mencapai apa yang awda idamkan selama ini.
SELAMAT TAHUN BARU 2011
0 ulasan:
Catat Ulasan