Jumaat, 5 Jun 2009
GOSSIP KITA : KENAPA LELAKI MUDAH BOSAN DENGAN PEREMPUAN......?
Rabu, 3 Jun 2009
BICARA HIDUP : SYUKURI NIKMAT YANG DIBERIKAN PADA KITA.
Apabila aku menerima email yang dikirimkan ole abang ipar ku kepada ku berhubung dengan gambar - gambar diatas, keinsafan pada diri ku, aku tersedu merenung pada setiap gambar yang dikirimkan kepada ku melalui email tersebut. Subhanallah.... hati ku terus melontarkn perkataan tersebut. Seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. TImbul rasa keinsafan dan kesedaran pada diri, bertapa beruntungnya kita hidup dinegara kita ini, yang aman damai dan mudah sekali untuk mencari makan dan memakan apa saja yang kita inginkan, namun kita masih juga mengeluh dengan apa jua yang kita perolehi tersebut. Namun pernahkah kita terfikir dan bayangkan andainya kita berada ditempat orang sebegini? Bagaimanakah rasanya?
Selasa, 2 Jun 2009
Mari Kita Renungkan Bersama - Sama : JALAN KEARAH KEBAIKAN.
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua,pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat di hormati dan di segani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratajenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut di panggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya di serahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, di berikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. 'Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali keampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.'
'Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.'
'Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.'
'Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).'
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband
Bicara Perjalanan : TURUN KE KAMPONG AYER, LIMBANG
Hari jumaat yang lalu, aku bersama keluarga isteri ku, membuat perjalanan ke Daerah Limbang diSarawak. Seperti biasa distinasinya tidaklah berapa jauh sangat, cuma terpaksa berbaris dalam barisan yang panjang sewaktu berada dipusat pemeriksaan kawalan Imigrisin Kuala Lurah, maklum sajalah hari - hari jumaat memang tempat ini akan dipenuhi oleh mereka - mereka yang ingin berkunjung keLimbang. Bagi kami pula, kunjungan kami keLimbang bukanlah untuk sekadar makan angin tetapi untuk menziarahi saudara disana, iaitu ingin menziarahi Abang bapa mertua ku, yang mana anaknya ingin melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad, oleh kerana aku dan isteriku tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan tersebut, jadi kami kesana pada hari jumaat.
Sampai diLimbang, suasana seperti biasa saja. Namun tempat yang hendak dituju berada diseberang bandar Limbang, iaitu diKampong Ayer Limbang. Bagi aku sendri biarpun berasal dari kampong ayer diBrunei, namun oleh kerana aku sudah lama tidak pernah turun keKampong Ayer selepas berhijrah didarat, merasakan sedikit janggal dan ketakutan. Namun nasib kami baik pada hari tersebut kerana air pasang, jadi tidaklah begitu dikhuatirkan sangat untuk turun dan naik kesana. Bagi aku sendiri, biarpun sudah sering berkunjung keLimbang, namun itulah dalam hidupku kunjungan kali pertama ku kesana. Aku tidak pernah berkunjung kesana selama ini. Namun bila sudah berada disana, segalanya nampak bisa saja, lebih kurang juga dengan Kampong Ayer yang ada diBrunei. Dari segi corak rumahnya juga tidak kurang perbezaannya. Jadi semasa berada disana, aku dapat melihat bahawa keutuhan sistem berkampong masih kuat disana. Sifat gotong royong dikalangan penduduk yang berjiran disana masih dapat dilihat lagi, ini dapat dilihat dengan jelas bila mana ramai diantara jiran - jiran bapa saudara isiteri ku yang datang membantu, pada hal belum ada lagi kerja - kerja yang berat hendak dilakukan. Aku bangga melihat sistem kejiranan yang mereka tunjukkan dikalangan warga mereka disana. Dan mungkin kerana jarak rumah mereka yang berdekatan diantara satu dengan yang lain membuatkan mereka masih mengamalkan sifat bergotong royong dalam semua hal. Dan dalam masa aku berada disana aku teringatkan pada zaman kanak - kanak dan remaja ku, dimana aku membesar dikampong ayer, jadi kehidupan dikampong ayer banyak meninggalkan kenangan dalam hidup ku biarpun kini aku sudah berhijrah kedarat.
Sehingga tengahari kami disana, aku dan isteriku juga bapa mertua ku serta adik iparku pulang selepas solat jumaat. Biarpun cuma seketika disana, dapat juga aku merasakan suasana kampong Ayer yang sudah lama aku tinggalkan. Sememangnya aku juga rindu dengan suasana kehidupan kampong ayer, tapi inilah dia kehidupan. Masa yang berubah membawa kita berubah bersama, dari satu distinasi masa membawa kita kedistinasi masa yang lain, perubahan itu kita sendiri kadang - kadang tidak pernah merasakan pada awalnya namun semakin jauh dan banyak perubahan tersebut barulah kita merasakannya. Namun inilah kehidupan yang bak roda, sekejap kita berada diatas dan sekejap kita berada dibawah......
Selasa, 26 Mei 2009
BICARA HIDUP : BERTAPA BERUNTUNGNYA KITA....
24/7 adalah bahasa yang begitu sinonim dengan kehidupan kita setiap hari. Manusia moden tidak lagi memperkatakannya dengan sehari 24jam dan 7 hari seminggu, sekarang ini segalanya digunakan dalam singkatan bahasa. Tidak lagi ada perkataan yang panjang lebar, sudah tidak ada perkataan yang panjang menjuntai - juntai. Dan itulah kehidupan kita diatas pentas dunia ini. Semakin moden kehidupan dan semakin terasa pantas waktu berlalu dan semakin cepat jugalah kita meniti usia, dan semakin pendek jugalah kini perjalanan kehidupan kita. Namun semua itu adalah percaturan yang sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.
DIsini kita masih mampu untuk menguntum senyuman, biarpun kesedihan itu sesekali menyelubungi kehidupan kita, namun pernahkah kita meninjau keluar sana? Meninjau kearah jiran kita disana, dimana mereka tiada dapat ketawa seperti kita, namun hanya mampu menangis setiap hari, kerana beban yang mereka pikul terlalu berat. Mereka menangis kerana mereka tidak hidup seperti kita, setiap hari 24/7, kehidupan mereka terpaksa berdepan dengan peluru dan bom yang akan memusnahkan tempat dan juga nyawa mereka. Segalanya mereka hadapi dengan seribu macam kesedihan dan keperitan dalam kehidupan mereka. Rintihan mereka hanya mampu kita dengar namun tidak dapat untuk kita membantu mereka. Apa yang termampu kita luahkan daripada mulut kita hanyalah satu doa untuk mereka dan satu sumpah sereka dan laknat keatas mereka yang menginaya mereka.
Bertapa beruntungnya kita hidup dalam keadaan yang aman damai, yang bisa tersenyum setiap pagi apabila melihat kehadiran sang mentari, yang mampu untuk bergurau senda bersama rakan - rakan, segalanya kita mesti syukuri hidup dalam keadaan yang sebegini. Namun dalam keadaan begitu, dalam keadaan kehidupan kita yang semuanya biasa terselit lagi satu penyakit moden, iaitu penyakit yang dipanggil 'STRESS'. Dunia moden hari ini, sepatutnya dengan segalanya serba canggih, sememangnya apabila difikirkan akan boleh mengurangkan peyakit stress, namun sebaliknya semakin moden dan canggihnya teknologi, semakin banyak juga manusia yang terkena penyakit stress. Malah bukan saja orang tua yang mempunyai penyakit ini, malah kanak - kanak yang seusia beberapa bulan juga boleh terkena penyakit ini, entahlah aku pun binggung memikirkannya. Kadang aku tersenyum bila memikirkan statement yang dibuat oleh sebahagian pihak mengenai dengan stress yang bukan saja melanda orang dewasa malahan juga anak - anak kecil yang berusia beberapa bula. Entah apakah puncanya menjadi begitu????????????
Apa pun semua jawapannya ada pada diri kita, kerana suka duka adalah permainan dalam kehidupan kita, dan juga stress adalah merupakan satu tekanan yang memang juga sentiasa kita hidapi. Segalanya ada pada diri kita dan ubat untuk semua itu juga hanya ada pada diri kita, mereka yang ada disekeliling kita hanya dapat membantu dan menyokong kita namun kekuatan diri kita untuk menghadapi semua cabaran dihadapan ada pada diri kita. Maka fikirkan lah...!
Ahad, 24 Mei 2009
BICARA HIDUP : JEJAK YANG SEMAKIN HILANG
Kita terlupa bahawa teman yang seiringan sewaktu kita berjalan itu tidak selamanya akan berada disebelah kita mengiringi perjalanan kita, adakalanya dia akan hilang dalam sesak manusia ditengah perjalanan sehingga kita tidak dapat menjejaki langkah - langkah mereka itu lagi. Dan kita akan terus mencari mereka dan mencari jejak dimana kedudukan mereka. Barulah kita menyedari bahawa setelah jejaknya hilang mereka itulah yang terbaik diantara mereka yang seiringan kita dalam perjalanan.
Semakin lama kita berjalan, dan semakin jauh perjalanan pastinya akan luaslah pengalaman kita, namun semakin jauh kita berjalan semakin banyak juga kita kehilangan jejak. Kita tidak pernah nampak jejak - jejak itu lagi dibelakang kita. Hari - hari yang berlalu, membawa cerita yang baru untuk kita lalui, dan bersama -sama hari yang baru kita banyak mempelajari nilai dan erti sebuah kehidupan itu sebenarnya. Dan semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak pula yang hilang, yang akhirnya akan menjadikan diri kita kehilangan jejak - jejak itu.
Mungkin terlalu berputar belit apa yang aku tuliskan sehingga kalian terlalu sukar untuk mempengertikan apa yang aku maksudkan dalam tulisan ku kali ini. Esuk atau lusa adalah pertambahan pada umur kita, bermakna perjalanan kita bertambah, dan pertambahan usia itu menjadikan kita samada semakin dewasa atau semakin tua. Dan dalam pada masa yang sama orang - orang disekeliling kita semakin berkurangan, terutama orang tua yang ada disekliling kita pada satu waktu yang dulu. Bagi aku ketiadaan mereka satu persatu adalah merupakan satu kehilangan yang jejaknya sukar untuk dijejaki lagi, ilmu dan kepandaian yang mereka miliki tiada banyak yang dapat kita ambil, kerana kelekaan kita pada benda yang kita rasakan lebih perlu untuk dipelajari dari apa yang mereka ada. Namun ketika kita dala usia yang juga sudah hampir meniti senja ini akhir baru memahami bahawa kita dalam kerugian kerana tidak mewarisi apa yang mereka tinggalkan dulu. Sudah terlewat rasanya bila mereka sudah tiada dan segalanya tidak dapat lagi dijejaki, kita menjadi menyesal. Sesalan yang sudah tiada gunanya lagi.
Kebanyakan daripada kita, tidak sedar bahawa orang tua yang berada disekeliling kita sebenarnya mempunyai sesuatu yang berharga, namun kita tidak pernah untuk menyelami mereka secara lebih dalam. Mereka tidak akan memberikan apa yang mereka ada itu secara bersahaja tanpa kita sendiri yang memintanya. Itulah kerugian kita sebenarnya, kita menganggap apa yang mereka ada itulah adalah sudah terlalu lapok untuk dipraktikkan dalam dunia yang serba canggih ini, sehinggakan kita hanya memandang semua keistimewaan yang mereka ada dan miliki itu sebagai remeh temeh, dan tak perlu. Namun setelah mereka tiada lagi, dan semakin kita matang dalam meniti perjalanan kita, barulah kita sedar bahawa apa yang mereka mlilki itu sebenarnya adalah sesuatu yang berharga untuk kita ambil disaat kita meniti usia yang semakin menghampiri senja ini. Dan akhirnya kita kehilangan jejak, dan terus menyesal.
Biarlah kita susuri jejak yang semakin hilang itu, biarpun sedikit namun yang pastinya jangan biarkan ia hilang terus dan sukar untuk dijejaki lagi. PAda anda yang menjadi setia pada blog ini, mungkin apa yang aku tuliskan ini terlalu sukar untuk kita fahami, namun satu waktu ianya akan awda/anda akan fahami jua, disinilah kita akan cuba untuk terus mencar jejak ituagar ianya tidak akan hilang. Selamat membaca.......!














