Isnin, 21 Disember 2009

KEMBARA YANG SEPI

Tiada lagi segalanya
yang dibawa bersama hanyalah amal semalam

yang menjadi pendamping setia
pada sebuah kembara sepi ini.


Tiada lagi teman disisi
untuk menemani pengembaraan sepi ini
tiada lagi isteri tersayang
sebagai pendamping pada pengembaraan ini

tiada lagi anak - anak untuk mengiringi
sepanjang pengembaraan sepi.


Tiada lagi pakaian yang berjenama
yang dipakai disepanjang pengembaraan ini
tiada lagi kereta mewah untuk dipandu
disepanjang jalan pengembaraan ini
yang dipakai hanyalah kain putih pembalut tubuh
hanya amalan dan iman semasa hidup
yang menjadi pandu pada kembara sepi ini.


Tiada guna lagi memiliki wang berjuta ringgit
tiada lagi guna tanah beribu hektar
yang ditunggu setiap hari sebagai pengiring
disepanjang jalan kembara ini
hanyalah doa dan sedekah
dari mereka yang ada didunia sana


Tiada lagi ruang luas
untuk bebas bergerak
tiada lagi penghawa dingin dikala kepanasan
tiada lagi lampu untuk dinyalakan
pada kala kegelapan melanda
segalanya berpandu pada amal dan taqwa.

Segalanya bergerak bersendirian
Segalanya ditanggung bersendirian
Segalanya dilaksanakan sendirian
tiada lagi sesiapa berada disisi
segalanya berseorangan, bersendirian
rintihan dan kesal yang tiada lagi berguna
tika kembara sepi ini.


Oleh:
HM Tasra
DES, HQ
22 Disember 2009

0 ulasan: