Isnin, 21 Disember 2009

BICARA KITA : ' MARI KITA CERMIN DIRI KITA SEBELUM KITA TENGOK ORANG LAIN'



Mungkin agak terlalu pelik apabila membaca tajuk yang aku sediakan untuk awda semua baca dalam blog aku kali ini. Entahlah kenapa aku tiba - tiba teringatkan tajuk tersebut dan aku teringin sangat nak muatkan dalam blog aku kali ini. Namun pada hakikatnya ianya adalah untuk peringatan pada diri ku sendiri dan tiada terniat untuk menyindir sesiapa pun.
Kita sering menilai seseorang itu melalui perwatakan yang ditunjukkan kepada kita, namun pernahkah kita menilai diri kita sendiri? Kadang kita terlupa terlalu banyak menilai orang lain sehinggakan diri kita sendiri terlupa untuk menilainya. Sememangnya siapapu yang sanggup mengatakan dirinya terlalu buruk, tiada siapa pun yang sanggup mengatakan dirinya buruk kepada orang lain. Sekalipun aku sendiri, namun sejauh mana kita selalu menilai keperibadian kita seperti mana kita sering menilai keperibadian orang lain? Inilah aspek yang perlu kita lihat dan ambil kira.
Kita terlalu ambil mudah dan senang untuk menilai keperibadian dan perwatakan orang lain, hanya kadang - kadang dengan melihat perwatakan dan gaya yang ditunjukkan ataupun melalui apa yang kita dengar cerita mengenai orang tersebut dari sesuatu. Kita menghakimi keperibadian seseorang itu melalui watak luarannya saja, namun apakah watak luaran itu sama dengan watak dalam dan keperibadian mereka sebenarnya? Kadang watak yang baik yang ditunjukkan oleh seseorang itu hanyalah sebagai pemikat kepada orang lain, namun sebaliknya kadang - kadang ianya mempunyai sikap dalam yang lebih buruk dari apa yang kita nampak.
Kita sering menilai bahawa mereka yang ada dipenjara tersebut adalah orang yang jahat, namun apakah kita pasti orang - orang yang berada diluar penjara itu adalah mereka - mereka yang baik - baik? Sudah tentu tidak semua yang ada diluar ini adalah golongan yang baik - baik. Kita terlupa untuk memberikan penilaian kepada diri kita, kerana semakin banyak pujian yang kita terima dari orang lain membuatkan kita sering terlupa siapa diri kita, sehinggakan kita sering beranggapan yang kita ini adalah seorang yang sempurna. Namun pernahkah kita menilai diri kita sendiri dengan penilaian kita sendiri? Kita selalu terlupa untuk memberikan penilaian kepada diri kita, kadangnya apabila kita sering terlupa untuk menilai kepribadian kita membuatkan kita menjadi ego dan angkuh, kadangnya kita terlupa bahawa penilaian orang itu lebih baik dari penilaian kita sendiri.
Bagi aku teguran dari orang lain adalah amat mustahak untuk memperbaiki diri ku, kerana setengah dari kelemahan kita dapat dinilai oleh orang lain dan selebihnya adalah datang dari kita sendiri. Kadang - kadang tidak semua teguran yang diberikan oleh orang lain tersebut adalah satu teguran yang baik untuk kita ikuti, adakalanya kita perlu memikirkannya terlebih dulu sebelum kita mengambil kira teguran tersebut, dan disinilah kita perlu berfungsi untuk menilai dan mencerminkan nilai keperibadian kita sebenarnya. Banyak faktor yang membuatkan kita perlu untuk menilai dan bercermin dengan diri kita sendiri, kerana dengan cara menilai dan bercermin dengan diri kita sendiri dapat membantu kita untuk bermuhasabah, menilai keburukan yang ada pada diri kita sendiri dan berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk kita memperbaikinya.
Namun kita tidaklah begitu sempurna, mungkin sudah dijadikan sebagai satu sifat yang ada pada setiap insan itu, kita lebih suka melihat dan menilai orang lain daripada kita menilai diri kita sendiri. Kekadang kita berbangga kerana hubungan kita dengan Tuhan itu kita dpat laksanakan dengan sebaiknya, kita kerjakan apa yang disuruh oleh Ugama, dan hubungan kita dengan Tuhan kita jaga dengan sebaiknya tanpa sedikit pun kita pernah mengabaikannya, kerana kita mengharapkan Syurga sebagai balasan daripada Tuhan pada satu masa nanti, namun bagaimana hubungan kita dengan sesama insan? Apakah hubungan kita sesama insan sebaik hubungan kita dengan Tuhan? Ini yang kita juga sering terlupa, kita sering terlupa untuk menjaga hubungan kita sesama insan, yang mana kita sering tidak pernah ambil peduli hal ini. Namun pernahkah kita terfikir, hubungan sesama insan itu teramat penting untuk membawa kita keSyurga?
Kenapa Saya katakan begini? Bukankah hubungan sesama insan ini juga ditekankan dalam ugama kita? Hubungan silatur rahmi sesama insan adalah salah satu faktor yang utama yang dituntut oleh Ugama kita, kerana salah satu dosa yang tidak termapun adalah dosa sesama insan, dan inilah yang menjadikan kita sering terlupa. Bagi kita hal sesama insan ini adalah sesuatu yang sering menjadiremeh temah bagi sebilangan daripada kita. Hablum min nan nas adalah satu satu yang paling utama kerana setinggi mana pun ibadat yang kita lakukan kepada tuhan, jika hubungan sesama insan tidak kita laksanakan dengan yang terbaik, ianya akan memusnahkan segala amal kita. Kerana dosa kita kepada Tuhan apabila kita memohon keampunan dan bertaubat insyaAllah Tuhan akan memberikan keampunan, namun jika kita melakukan kesilapan dan kesalahan sesama kita sesama insan selagi kita tidak mendapat keampunan dari mereka yang pernah kita sakiti dan terusikkan hati mereka , segala amaln kita akan tergantung - gantung. Jadi mari kita fikirkan bersama, dan marilah kita nilai semula diri kita masing - masing.
Aku akui diriku tidaklah sempurna dan aku juga melakukan kesilapan. NAmun marilah kita sama - sama bermuhasabah merenung dimana diri kita sebenarnya, bukan saja pada penilaian orang lain malah juga pada Tuhan. Mudahan kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Tuhan yang maha Kuasa......AMIN.

0 ulasan: