Isnin, 7 Disember 2009

AKU RINDUKAN ARWAH MAMA.......

Sudah hampir dua tahun arwah mama pergi , namun bagi aku pemergiannya meninggalkan kesan yang agak dalam bagi diri ku, impaknya terlalu besar pada aku. Aku masih belum dapat menerima pemergiannya, entahlah bukan tidak meredhakan pemergiannya, namun rasanya aku belum puas untuk berkasih sayang dengannya. Biarpun kini aku telah berumahtangga, hidup bersama isteri yang tersayang, namun kasih seorang ibu itu maseh juga aku dambakan, terutama apabila menghadapi berbagai masalah. Berdusta rasanya aku jika tidak rindukan beliau setiap waktu.
Bila aku terpandang pada setiap wajah wanita tua, imbasan ku terus kepada arwah ibu, entah kenapa sehingga kini aku maseh belum dapat menerima sepenuhnya pemergiannya. Semalam aku teringat pada arwah ibu lagi, ketika ini dirumah mertua ku sedang sibuk bagi persiapan majlis perkahwinan adik ipar ku, dan saudara mara banyak yang datang bagi membantu melaksanakan persiapan majlis tersebut. Diantara saudara mara yang hadir itu, adalah ibu saudara bapa mertua ku, entah sejak mama tiada, aku begitu rapat dengan beliau. Kerana ciri - ciri keibuannya hampir serupa dengan arwah mama.
Entah kenapa semalam tiba - tiba sewaktu kami sedang makan aku seolah merasakan aku sedang makan bersama arwah mama, ketika dia melayan aku sewaktu makan hampir serupa bagaimana arwah mama melayan aku ketika kami sedang makan, ketika itu sebak terasa dihati ku, namun kesedihan itu terpaksa aku sembunyikan. Ketika itu rindu ku pada arwah mama kembali bertaut, Ya Allah sahut hati ini, kenapa sedang ketika aku menghadap rezeki mu kau duga aku dengan yang sebegini? Itu rintih hati ku.....
Aku akui rindu ini masih tebal pada arwah mama, adakalanya bila aku bersendirian, aku akan menangis, entah kenapa??? Ketiadaannya telah memberikan perubahan kepada diri ini, biarpun pada pandangan setiap mata memerhatikan aku bisa ketawa, bergurau senda bersama mereka, namun terlalu dalam pada sudut hati ini, terpahat satu kerinduan pada seorang insan yang paling aku sayangi, seorang insan yang telah banyak berkorban dalam kehidupan ku, yang banyak mengorbankan dirinya demi kebahagiaan ku. Tiada kasih sejati yang aku terima selain dari kasihnya mama. Kerinduan ini masih tebal. Andainya mama bisa mendengar ketika ini, akan aku katakan padanya yang aku begitu merinduinya.
Tidak cukup rasanya kunjungan ku kepusaranya setiap pagi jumaat untuk melepaskan kerinduan ini padanya. Bagi ku hanya itulah saja tanda kasih dan sayang ku kepadanya selepas ketiadaannya. Aku pasti bahawa kedatangan ku juga seperti dinanti oleh nya. Cuma iringan doa untuknya agar ia akan aman damai bersemadi disana, dan semoga rohnya akan terhimpun bersama - sama dengan orang -orang yang beriman dan sentiasa memperolehi rahmat dari yang maha esa...... Amin.......!
MUM I LUV U & U R ALWAYS IN MY HEART

0 ulasan: