Rabu, 27 Oktober 2010

SALAM BUAT SEMUA....



Salam buat semua, maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ni. Faktor masa membuatkan aku jarang untuk menuliskan segala apa yang berlaku akhir - akhir ini kedalam blog kesayangan ku ini. Selain daripada faktor masa juga berbagai faktor lain menjadi penyebab aku jarang untuk menulis keblog ku akhir - akhir ini.





Sejak akhir -akhir ini, aku terlalu risau dengan keadaan kesihatan ayah ku, sejak arwah kakak ku meninggal kesihatan abah semakin terganggu, apa yang merungsingkan kami adik beradik adalah sikap degilnya yang tidak mahu makan ubat membuatkan sakitnya bertambah, badan abah juga sudah semakin susut, kerana tidak mahu makan, apa tah lagi dia juga kurang minum. Dia sering mengadu yang badan dia sering lemah. NAmun apa yang dapat aku lakukan, jika dia sendiri pun tidak mahu untuk makan dan minum. Otak ku bercelaru sejak akhir - akhir ini namun aku hanya dapat berdoa agar ayah ku akan kembali sihat... AMIN....!




Dua minggu yang lalu berlangsung mesyuarat ke-11 HAPUA bagi Kumpulan Kerja - 3, dimana Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tersebut, dan jabatan ku menjadi penyelaras kepada mesyuarat tersebut. Aku dilantik dan diberikan kepercayaan untuk menjadi Jawatankuasa Urusetia dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari tersebut telah dihadiri oleh lapan buah negara ASEAN, kecuali Malaysia dan Cambodia saja yang tidak menghantar wakilnya keMesyuarat tersebut kali ini. Biasalah biarpun mesyuarat tersebut berlangsung selama dua hari, namun persiapan yang dibuat lebih awal daripada itu, jadi banyaklah kerja yang perlu aku buat. Alhamdulillah, biarpun terdapat sedikit masalah, namun segalanya dapat diselesaikan. Jadi tahniah buat semua jawatankuasa, dan kepada Boss ku PJW, maaf kerana untuk mesyuarat kali ini aku terlalu banyak melakukan kesilapan, maklum sajalah Boss terlalu banyak yang merungsingkan aku dan banyak yang perlu aku fikirkan, terutama dengan ayah ku, kerana itulah aku kurang menunjukkan kerja yang efisyen untuk mesyuarat kali ini.




Bulan ini juga adalah bulan kelahiran isteri ku tersayang, Selamat Hari Jadi Sayang.... Maaflah kerana cuma dapat mengadakan acaranya secara sederhana saja, cuma makan simple saja dirumah, abang harap sayang pun faham dengan kondisi abang ketika ini. Namun apa yang abang dapat katakan, Selamat Hari Jadi semoga dipanjangkan Umur dimurahkan rezeki serta terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi melayan kerenah abang selama ini. Apa pun 'I LUV U, dear'.








BUlan ini juga, aku memikul satu tugas baru dan juga satu tanggungjawab yang begitu besar, aku masih kekal bertugas didalam Jabatan Yang sama, dan masih ditugaskan dibahagian yang sama, cuma aku kini telah dipindahkan ksatu Unit yang mana tugas yang diberikan kepada ku adalah satu tugas yang begitu mencabar aku. Namun aku bersyukur kerana sekurangnya ianya adalah satu pengalaman baru bagi ku, biarpun ianya berat namun aku suka dengan kerja ini. Mencabar.....! Namun aku sedih meninggalkan bilik kerja lama ku, aku sedih meninggalkan kawan - kawan aku disana, biarpun kini lebih selesa dengan keadaan bilik baru ku, namun dari segi keserasian kerja bersama staff disini, masih lagi baru, serba baru bagi ku. Dan apa pun aku suka dengan kerja baru ku, dan aku suka dengan bilik baru ku.......!





Kepada mereka yang menunaikan fardhu haji tahun ini, ku doakan semoga segala pekerjaan yang akan dilakukan disana akan dapat dikerjakan dengan mudah dan selesa, dapat menunaikan ibadat dengan khusyuk dan semoga selamat pergi dan selamat pulang dengan beroleh haji yang mabrur....AMIN...!







Apapun itu saja yang dapat aku tuliskan untuk kali ini, kerana aku perlu menyambung kembali kerja - kerja aku, insyaAllah, jika ada masa yang terluang, aku akan menulis lagi dan yang pastinya aku akan sering menulis jika ada masa. Bye...... Semua.....!! dan jumpa lagi.....