Isnin, 28 Disember 2009

BICARA PENGEMBARA : UNIKNYA CIPTAAN TUHAN - DALAM LAUTAN ADA SUNGAI.... SUBHA NALLAH





Assalamualaikum Semua,

Semasa aku membuka blospot faezuddin.blogspot.com aku terlihat pada gambar ni, llu aku amati apakah yang dimaksudkan oleh sipenulis blog tersebut, lalu setelah puas aku perhatikan barulah aku nampak perkara sebenarnya.

Ya Allah, kata ku dalam hati bila aku ketahui yang rupanya didalam gambar tersebut adalah sebuah sungai, tidak dapat aku bayangkan bahwa didalam sebuah lautan ada lagi sungai, dapatkan kita bayangkan semua itu? Namun biar apapun itu semua adalah rahsia penciptanya iaitu Allah SWT, kerana mungkin ia mempunyai agenda yang tersendiri untuk mencipatakan semua itu. Aku terfikir bahawa bertapa kayanya Tuhan yang mempunyai daya cipta yang tidak tercapai oleh akal kita, namun semua itu adalah rahasia Tuhan. Dan itu adalah yang dipanggil sebagai keajaiban dunia. WALLAH HU WA'LAM.... Samada ia benar atau tidak itu semua adalah rahsia orang yang telah mengambil gambar tersebut, jika ianya betul itulah rahsia keajaiban tuhan.

BICARA HIDUP : KEMULIAAN SEORANG ISTERI DISISI TUHAN.

ﺒﺴﻢAsslamualaikum,

Hai semua bertemu kita lagi, kali ini tiada ada yang banyak ingin aku tuliskan untuk kalian pembaca blog ku, melain hanyalah sebuah renungan buat pembaca semua. Jadi silakanlah membaca artikel dibawah ini yang aku perolehi dari satu blog kegemaran aku juga, artikel ni saja aku ambil dan uatkan dalam blog aku ni untuk renungan kita semua. Silakanlah membacanya.


Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.



Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.



Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.



Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.



Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.



Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.



Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.



Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him .



“Wahai Tuhan…
ku tak layak ke syurgamu ….
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
kamilah hamba yang mengharap belas darimu …



“Ya Allah…
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia”……



Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.



Aku dapat petikan diatas melalui blogspot faezuddin.blogspot.com. Bukan aku yang tulis artikel diatas tu, aku dapat melalui blogspot yang aku tuliskan tadi tu, so aku ambil dan bawa semula keblog aku ni untuk renungan pembaca blog ni, sekurangnya aku dah minta izin dari tuan yang ampunya blog tu sebelum aku muatkan dalam blogspot aku ni. Aku tak ambik tau... tapi aku dah minta izin. Hehehehehe..... bukan apa sekadar untuk renungan kita bersama, berkongsi ilmu itu adalah sesuatu yang memberikan faedah besar selain daripada mendapat pahala.

Ahad, 27 Disember 2009

2009 SUDAH HAMPIR KEPENGHUJUNGNYA

Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, kita akan melangkah ke tahun baru 2010. Dan apakah matlamat serta azam kita disepanjang tahun 2009 ini banyak yang telah kita capai atau pun sebaliknya. Bagi aku banyak yang aku impikan dan cita-citakan disepanjang tahun 2009 ini belum lagi dapat mencapai matlamat dan sasarannya, masih belum dapat dilaksanakan dan masih ada yang belum aku capai lagi.
Bagi aku semua ini adalah cabaran dan memerlukan kesabaran bagi ku. Dan apa yang perlu aku lakukan kini adalah untuk berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai matlamat dan hasrat yang aku impikan. Pada dasarnya perancangan yang teratur adalah sesuatu yang penting, dan insyaAllah semua itu mungkin akan aku buat agar apa yang aku impikan akan terlaksana.
Bagi mereka yang bertanya belum lagi menimang anak? Itu adalah sasaran baru ku pada tahun 2010 ini, bagi semua pengunjung blog ku, jangan lupa doakan aku agar aku akan dapat menimang cahaya mata pada tahun 2010 ini. Itulah impian ku sejak mulah aku mendirikan rumahtangga, namun aku pasrah kerana mungkin balum lagi ada rezeki dari Tuhan buat aku dan isteriku. Dan itulah antara azam ku pada 2010 ini.
Apa yang aku harapkan semoga dengan datangnya tahun baru ini akan dapat meningkatkan lagi kemajuan pada diri kita masing -masing dan mana yang kita rasakan perlu untuk berusaha lebih, itulah yang perlu kita usahakan, dan yang penting apa pun yang ingin kita capai biarlah dengan matalamat dan niat yang betul, kerana setiap angan - angan itu perlukan usaha dan usaha itu adalah tangga kejayaan pada sebuah cita - cita dan angan - angan kita tersebut.
Akhirnya kepada semua, semoga dengan berundurnya tahun 2009 yang tidak lama lagi ini akan meninggalakn segala kenangan pahit manis yang tercata pada sepanjang tahun 2009 ini, dan marilah kita alukan kedatangan tahun 2010 ini dengan penuh azam dan penuh dengan cita - cita dan matlamat agar apa yang kita impian kita yang belum terlaksana pada tahun 2009 mini akan dapat kita capai pada tahun 2010.
Salam untuk semua.........

MEKAH TAHUN 2010


Assalamualaikum semua,
Inilah dia gambar dan rupa baru kota mekah sekitar tahun 2010 nanti. Sumber gambar diatas aku perolehi dari blogspot blogger faezuddin.blogspot.co

MasyaAllah itulah yang dikatakan sebagai kemajuan, siapa yang dapat menyangka kota mekah kini juga semakin pesat memangun, dan telah banyak pembangunan moden. Kini mekah sudah jauh membangun dan malah bangunan yang dibangunkan juga adalah dengan rekabentuk yang begitu moden.
Aku berdoa semoga satu masa nanti, jika diizinkan dengan rezeki yang luas dan kesihatan yang baik aku ingin kesana lagi, mudahan diperkenankan oleh Tuhan niat suci ku itu.

Selasa, 22 Disember 2009

BICARA KU : DALAM PUISI INI......

Isnin, 21 Disember 2009

KEMBARA YANG SEPI

Tiada lagi segalanya
yang dibawa bersama hanyalah amal semalam

yang menjadi pendamping setia
pada sebuah kembara sepi ini.


Tiada lagi teman disisi
untuk menemani pengembaraan sepi ini
tiada lagi isteri tersayang
sebagai pendamping pada pengembaraan ini

tiada lagi anak - anak untuk mengiringi
sepanjang pengembaraan sepi.


Tiada lagi pakaian yang berjenama
yang dipakai disepanjang pengembaraan ini
tiada lagi kereta mewah untuk dipandu
disepanjang jalan pengembaraan ini
yang dipakai hanyalah kain putih pembalut tubuh
hanya amalan dan iman semasa hidup
yang menjadi pandu pada kembara sepi ini.


Tiada guna lagi memiliki wang berjuta ringgit
tiada lagi guna tanah beribu hektar
yang ditunggu setiap hari sebagai pengiring
disepanjang jalan kembara ini
hanyalah doa dan sedekah
dari mereka yang ada didunia sana


Tiada lagi ruang luas
untuk bebas bergerak
tiada lagi penghawa dingin dikala kepanasan
tiada lagi lampu untuk dinyalakan
pada kala kegelapan melanda
segalanya berpandu pada amal dan taqwa.

Segalanya bergerak bersendirian
Segalanya ditanggung bersendirian
Segalanya dilaksanakan sendirian
tiada lagi sesiapa berada disisi
segalanya berseorangan, bersendirian
rintihan dan kesal yang tiada lagi berguna
tika kembara sepi ini.


Oleh:
HM Tasra
DES, HQ
22 Disember 2009

BICARA KITA : ' MARI KITA CERMIN DIRI KITA SEBELUM KITA TENGOK ORANG LAIN'



Mungkin agak terlalu pelik apabila membaca tajuk yang aku sediakan untuk awda semua baca dalam blog aku kali ini. Entahlah kenapa aku tiba - tiba teringatkan tajuk tersebut dan aku teringin sangat nak muatkan dalam blog aku kali ini. Namun pada hakikatnya ianya adalah untuk peringatan pada diri ku sendiri dan tiada terniat untuk menyindir sesiapa pun.
Kita sering menilai seseorang itu melalui perwatakan yang ditunjukkan kepada kita, namun pernahkah kita menilai diri kita sendiri? Kadang kita terlupa terlalu banyak menilai orang lain sehinggakan diri kita sendiri terlupa untuk menilainya. Sememangnya siapapu yang sanggup mengatakan dirinya terlalu buruk, tiada siapa pun yang sanggup mengatakan dirinya buruk kepada orang lain. Sekalipun aku sendiri, namun sejauh mana kita selalu menilai keperibadian kita seperti mana kita sering menilai keperibadian orang lain? Inilah aspek yang perlu kita lihat dan ambil kira.
Kita terlalu ambil mudah dan senang untuk menilai keperibadian dan perwatakan orang lain, hanya kadang - kadang dengan melihat perwatakan dan gaya yang ditunjukkan ataupun melalui apa yang kita dengar cerita mengenai orang tersebut dari sesuatu. Kita menghakimi keperibadian seseorang itu melalui watak luarannya saja, namun apakah watak luaran itu sama dengan watak dalam dan keperibadian mereka sebenarnya? Kadang watak yang baik yang ditunjukkan oleh seseorang itu hanyalah sebagai pemikat kepada orang lain, namun sebaliknya kadang - kadang ianya mempunyai sikap dalam yang lebih buruk dari apa yang kita nampak.
Kita sering menilai bahawa mereka yang ada dipenjara tersebut adalah orang yang jahat, namun apakah kita pasti orang - orang yang berada diluar penjara itu adalah mereka - mereka yang baik - baik? Sudah tentu tidak semua yang ada diluar ini adalah golongan yang baik - baik. Kita terlupa untuk memberikan penilaian kepada diri kita, kerana semakin banyak pujian yang kita terima dari orang lain membuatkan kita sering terlupa siapa diri kita, sehinggakan kita sering beranggapan yang kita ini adalah seorang yang sempurna. Namun pernahkah kita menilai diri kita sendiri dengan penilaian kita sendiri? Kita selalu terlupa untuk memberikan penilaian kepada diri kita, kadangnya apabila kita sering terlupa untuk menilai kepribadian kita membuatkan kita menjadi ego dan angkuh, kadangnya kita terlupa bahawa penilaian orang itu lebih baik dari penilaian kita sendiri.
Bagi aku teguran dari orang lain adalah amat mustahak untuk memperbaiki diri ku, kerana setengah dari kelemahan kita dapat dinilai oleh orang lain dan selebihnya adalah datang dari kita sendiri. Kadang - kadang tidak semua teguran yang diberikan oleh orang lain tersebut adalah satu teguran yang baik untuk kita ikuti, adakalanya kita perlu memikirkannya terlebih dulu sebelum kita mengambil kira teguran tersebut, dan disinilah kita perlu berfungsi untuk menilai dan mencerminkan nilai keperibadian kita sebenarnya. Banyak faktor yang membuatkan kita perlu untuk menilai dan bercermin dengan diri kita sendiri, kerana dengan cara menilai dan bercermin dengan diri kita sendiri dapat membantu kita untuk bermuhasabah, menilai keburukan yang ada pada diri kita sendiri dan berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk kita memperbaikinya.
Namun kita tidaklah begitu sempurna, mungkin sudah dijadikan sebagai satu sifat yang ada pada setiap insan itu, kita lebih suka melihat dan menilai orang lain daripada kita menilai diri kita sendiri. Kekadang kita berbangga kerana hubungan kita dengan Tuhan itu kita dpat laksanakan dengan sebaiknya, kita kerjakan apa yang disuruh oleh Ugama, dan hubungan kita dengan Tuhan kita jaga dengan sebaiknya tanpa sedikit pun kita pernah mengabaikannya, kerana kita mengharapkan Syurga sebagai balasan daripada Tuhan pada satu masa nanti, namun bagaimana hubungan kita dengan sesama insan? Apakah hubungan kita sesama insan sebaik hubungan kita dengan Tuhan? Ini yang kita juga sering terlupa, kita sering terlupa untuk menjaga hubungan kita sesama insan, yang mana kita sering tidak pernah ambil peduli hal ini. Namun pernahkah kita terfikir, hubungan sesama insan itu teramat penting untuk membawa kita keSyurga?
Kenapa Saya katakan begini? Bukankah hubungan sesama insan ini juga ditekankan dalam ugama kita? Hubungan silatur rahmi sesama insan adalah salah satu faktor yang utama yang dituntut oleh Ugama kita, kerana salah satu dosa yang tidak termapun adalah dosa sesama insan, dan inilah yang menjadikan kita sering terlupa. Bagi kita hal sesama insan ini adalah sesuatu yang sering menjadiremeh temah bagi sebilangan daripada kita. Hablum min nan nas adalah satu satu yang paling utama kerana setinggi mana pun ibadat yang kita lakukan kepada tuhan, jika hubungan sesama insan tidak kita laksanakan dengan yang terbaik, ianya akan memusnahkan segala amal kita. Kerana dosa kita kepada Tuhan apabila kita memohon keampunan dan bertaubat insyaAllah Tuhan akan memberikan keampunan, namun jika kita melakukan kesilapan dan kesalahan sesama kita sesama insan selagi kita tidak mendapat keampunan dari mereka yang pernah kita sakiti dan terusikkan hati mereka , segala amaln kita akan tergantung - gantung. Jadi mari kita fikirkan bersama, dan marilah kita nilai semula diri kita masing - masing.
Aku akui diriku tidaklah sempurna dan aku juga melakukan kesilapan. NAmun marilah kita sama - sama bermuhasabah merenung dimana diri kita sebenarnya, bukan saja pada penilaian orang lain malah juga pada Tuhan. Mudahan kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Tuhan yang maha Kuasa......AMIN.